Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2009

Update Edisi Pagi : Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..



       bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

[eae5c8038ede9070f27bc57d280a0dec.jpg]

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib. 

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.



Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara )  yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa, 

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009 

 

8 ulasan:

USD berkata...

Salam Tuan, BPN wajib pjuangkan yg ini - Kristian Bolea Guna ALLAH.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Tanpa Nama berkata...

laaaaaa...

Adikku,

Di sekolah, cikgu telah mengajar kita tentang kepentingan kenegaraan berpaksikan:

Negara, Bangsa dan Agama


Janganlah kita kasi pusing aturannya jadi

Agama, Bangsa dan Negara


Tolongla... jangan dibuat rakyat Malaysia berpusing-pusing keliru. Kalau tak caya, sila tanya kat mereka yang menggubal Rukunegara Malaysia.

Sekali lagi, ingat aturan kepentingannya... NEGARA, BANGSA DAN AGAMA

Terimakasih.

Cikgu

Cheguman berkata...

Panglima,
Saya menyokong resolusi ini.

Izinkan saya memberi respon pada komen 'cikgu' tadi:

Cikgu,
Apabila kita menulis atau menyebut tiga elemen iaitu agama, bangsa, dan negara, ia tidak semata-mata bermaksud keutamaan didahulukan. Dari segi sebutan mahupun tulisan, adalah mustahil kita menyebutnya serentak atau ditulis bertindih. Walaupun begitu barangkali ada yang menganggap salah satu elemen lebih penting dari elemen yang lain. Itu tidak dinafikan namun perlukan kefahaman yang benar-benar jelas dan ikhlas.

Apabila meletakkan 'agama' di hadapan ertinya penulis bermaksud akidah itu penting untuk setiap manusia. Meletakkan 'negara' di hadapan bermaksud negara yang akan menjaga agama. Sebagai contoh berlaku di Andalusia (Sepanyol) iaitu apabila kerajaan Islam runtuh akhirnya akidah rakyat di situpun hanyut sedikit demi sedikit sehingga kini tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.

Meletakkan 'bangsa' di hadapan pula sekadar satu proses menjga akidah berdasarkan ayat "jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".

Wallahu'alam.

Cheguman berkata...

Sedikit tambahan:
Apabila kesultanan Melayu Melaka tewas kepada Portugis 1511, masjid-masjid diruntuhkan dan bahan-bahannya diangkut ke Banda Hilir untuk dijadikan kota A-Famosa. Kota itu disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Masjid pertama yang dibina di negeri Melaka selepas itu ialah Masjid Kampung Hulu pada 1720 oleh seorang hartawan Cina beragama Islam, iaitu 209 tahun selepas empayar Melaka runtuh.

Begitulah hebat kesannya apabila negara dijajah!

Untuk rujukan lanjut lihat http://waadat.blogspot.com/2008/08/masjid-kampung-hulu.html

Wallahu'alam.

zali berkata...

benda dah settle...nak resolusi apa lagi?

terima je kenyataan...pemuda umno cilaka
dan allah boleh di gunakan untuk
penyebaran agama kristian.

syabas bn syabas umno dan syabas bpn!
pembela bangsa agama dan negara
konon...jalan daa...

Panglima Perang Cyber berkata...

nampaknya resolusi di atas diterima sebulat suara barangkali kerana tidak ada komen atau pindaan..

terima kasih dan kepada yang buta hati, cukuplah dan jangan jadi manusia digelar manusia buta lagi celaka..

Chegu - lebih menarik jika cerita bagaimana Melaka jatuh diulang kembali.

Ia ada kaitan dengan senario sekarang..fakta sejarah tak akan berubah.

Lagi satu : orang Melaka ada ber BAHAR BAHAR emas...

kisah ni pun saya baru dengar ada sahabat hikayatkannya minggu lepas..

sangat menarik !!

Panglima Perang Cyber berkata...

Selepas ni UstazSaid kita akan siar resolusi isu kalimah Allah pulak..

Sekarang sedang disidangkan dengan member.

ustazSaid jika free boleh YM dengan saya utk kita bersidang sama2..

waktu akan diberitahu melalui YM

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Salam,

Mari ajak Melayu yang nak bersatu. Biar sedikit tetapi berpadu.
Apa guna ramai tetapi ramai yang jadi anai-anai. Luarnya baik dalam kayunya dah kosong.

Sokong resolusi

Cari Blog Ini

Translate