Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Februari 2009

Kematian semalam - satu nukilan dan juga iklan



Semalam saya agak sibuk sedikit dengan berita kematian orang terdekat dalam hidup saya. Berita yang diterima di saat saat saya masih lagi lena diulit mimpi. Ekoran keletihan hari sebelumnya dan kelewatan masuk beradu di kamar yang mencecah jam 4 pagi.

Arwah seorang yang sangat baik dan disenangi ramai. Ujian ditimpa sakit sejak setahun lepas tidak merubah kemanisan pada senyuman beliau. Akhirnya semalam takdir menentukan beliau sudah 'sedia' dipanggil mengadap Tuhan..

Ujian samada menghapus dosa silam, mengangkat darjat adalah RAHMAT ALLAH untuk si mati..Bayangkan jika kita mati dalam keadaan 'berlumuran dosa' tentu siksaan pedih yang akan menimpa..Begitu juga ia mengurangkan 'kejutan' berbanding mereka yang dicabut nyawa tanpa ada sedikitpun tanda tanda akan pergi mengadap Tuhan.

Namun di celah celah kesedihan itu saya melihat dan merasa sedikit kegembiraan dengan layanan ALLAH berikan kepada arwah yang meninggal.

Ribuan orang datang dan ribuan juga bertahlil dan mengiringi di kuburan serta hujan lebat sejurus selepas sesi dimakamkan di perkuburan, tanda rahmat Allah Tuhan Seru Sekelian Alam. Awan juga redup dan tidak panas seperti biasa... Alhamdulillah..

Atas permintaan, saya diminta menjemput sekumpulan pelajar tahfiz dan saya berhasil mendapat sejumlah pelajar tahfiz dari Bangi untuk tujuan membaca yasin tahlil serta khatam 30 juz Al Quran.

Apa yang dapat dilihat dengan acara turun temurun ini kita dapat lihat kekosongan ahli keluarga allahyarham dapat diisi dengan kehadiran ramai tetamu yang sudi meluangkan masa memberi sedikit amal jariah dihadiah kepada si mati tersebut.

Bayangkan jika kita meninggalkan atau melupuskan acara adat / syariat ini ? 

Antara kemungkinan saya nampak :

- Rumah akan sunyi dari alunan zikir bacaan alquran 

- Rumah akan sunyi dari tetamu dan akan menambahkan lagi kesedihan dan ingatan ahli keluarga terhadap si mati

- Keluarga akan merasa tidak mendapat sokongan dan lemah semangat di saat kesedihan hilang ahli keluarga yang tersayang.

- Syaitan akan mengisi kesedihan tersebut dengan membisikkan agar mereka menolak takdir atau tidak reda dengannya.


Al Fatihah dan moga roh yang saya maksudkan akan dirahmati ALLAH dan kita juga turut mendapat rahmatNYA ketika mati dan selepas berada di alam sana.


Sesiapa yang ingin menyumbang kepada sekolah Maahad Tahfiz tersebut yang seratus peratus bergantung sumbangan masyarakat yang mencecah RM 25k sebulan, bolehlah berbuat demikian dengan klik di sini


Maaf : Posting hari ini tidak ada unsur politik atau aksi ngeri dan lain lain. 

Sekadar tazkirah kepada yang hidup dan sedikit sumbangan promosi pusat pendidikan anak yatim di sana..

9 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ARWAH!!!
SEMOGA ROH NYA DI CUCURI RAHMAT.

Amz CamPro berkata...

takziah kepada arwah..al-fatihah

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan mereka yg beriman, amin.
Takziah kpd keluarga allayarham dan harap bersabar menempuh dugaan.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

daif sangat..kenapa tak tutup jenazah dengan kain sebagai penghormatan...

Panglima Perang Cyber berkata...

makluman :

Gambar Ilutrasi sekadar hiasan..

Tidak berkenaan dengan cerita yang saya sampaikan.

Nanti saya suruh diorang tutup lain kali abe mie.

hehehe

AbgTuah berkata...

Salam..

Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan mereka yg beriman, amin.
Takziah kpd keluarga allayarham dan harap bersabar menempuh dugaan.

AbgTuah berkata...

Salam Pang5..

Sekadar memberikan pandangan..

Sekira ada Cbox atau Shoutmix di blog Pang5 maka mudah bagi kami menghubingi atau menyalurkan sesuatu maklumat atau pandangan.

Panglima Perang Cyber berkata...

betul juga tu.saya akan isi cbox hari ini juga. tq atas cadangan.salam

Panglima Perang Cyber berkata...

satu lagi guna YM pun boleh utk edaran info 2 kpd sahabat bpn kita..

tengok jenis 'info' yang ingin disebarkan..

salam

Cari Blog Ini

Translate