Topik 1 : Friendster
Kesibukan dengan BPN menjadikan sukar saya luangkan masa dengan friendster tersebut. Hingga terlupa yang saya pernah memiliki sebuah laman friendster.
Namun ketika berchatting dengan seorang teman BPN beliau menanyakan tentang friendster tersebut dan saya kembali teringat pernah mendaftar satu friendster atas nama Panglima Perang Cyber.
Alhamdulillah semalam saya sudah berjaya menyuntik 'botox' untuk mencantikkan 'wajah' Friendster saya tersebut.
Mahu jengok ?
Sila layari friendster saya di sini : http://profiles.friendster.com/panglimaperangcyber
Saya juga meletakkan link friendster atas di ruang kanan blog bawah tajuk : Blog Blog Panglima
Saya rasa rugi jika kita tinggalkan alat bernama Friendster ini demi menjalin perkenalan dengan lebih ramai rakan rakan baru yang mungkin sama semangat dan aspirasi membela agama bangsa dan negara di alam siber.
Mari kita mula 'berfriendster' kepada semua sahabat BPN untuk menguatkan dan meramaikan lagi team BPN kita..
Ramai pemuda pemudi yang menanti masa untuk kita ajak mereka ke dalam jaringan kita....
TAJUK 2 : ANWAR mula BERKONGKALIKONG
Pagi ini saya melihat berita : Anwar tempelak PM kongkalikong di beritamalaysiakini yang dipetik dari Malaysiakini...
Anwar dilaporkan berkata :
“Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut,” kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar dah marah dan panasss rupanya....
Dia sangka dia lagi bijak, dan menganggap sudah mengenakan pukulan KO kepada Pak Lah dan BN. Tetapi tidak lagi sekarang ini.
Walhal ketika kemasukan Yb Bota Kanan Anwar berkata :
“Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
Kenapa ketika YB YB PKR nak menyertai UMNO dia kata PM Kongkalikong ?
Tidak ketika YB Bota Kanan isytihar keluar UMNO pindah ke PKR ?
Atau Anwar yang kongkalikong sebenarnya ????
Nampak benar dia sudah gusar sekarang dengan kelicikan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru 3 hari mengambil alih dari Tajol Rosli bermula 1 Feb lalu iaitu DS Najib.
Tindakan memujuk dua YB PKR untuk lompat ke kapal lebih besar dan selamat nampaknya berjaya 'memanaskan' hati Anwar yang tidak senang duduk dan tidak senang berdiri sekarang hingga dikutuknya Pak Lah dengan 'kongkalikong.'
Kerana tidak mustahil PR akan runtuh di Perak dalam masa terdekat dengan berita semalam menyebut Tajol Rosli dan Nizar sudah mengadap Sultan bagi memaklumkan situasi terkini menguatkan lagi hipotesis di atas.
Apa benda Kongkalikong ni ? saya pun tak pasti dan ini pertama kali mendengarnya hari ini.
Tetapi jika diri sudah marah macam macam 'kongkalikong' akan keluar.
Tetapi pelik kenapa dia tidak kata Nizar MB Kongkalikong ketika YB Bota Kanan dipuji Nizar kerana melompat baru baru ni ??
Adakah 'kongkalikong' itu tidak sesuai juga diberi kepada Nizar yang puji bagai nak rak 'lompatan' Yb Bota Kanan yang tidak mahu saya tulis namanya di sini dengan mengatakan Yb Bota sebagai seorang beriman berilmu dan berpengalaman ???
Ingat lagi kata Nizar tempoh hari ?
Nampak gayanya Anwar kena muhasabah diri dan kena akui bahawa dia sebenarnya yang KONGKALIKONG sama dua kali lima dengan Nizar yang akan kena jadi KONGKALIKONG tidak lama lagi selepas kerajaan PR di Perak akan runtuh.
Jadilah sejarah baru di Malaysia seorang MB terpendek ( jangan baca : pendek akal ) hayatnya menjadi YB selepas terlalu sombong dan bongkak selepas menjadi MB...Walaupun rakyat sudah memberitahu isi hati mereka dengan tindak tanduk beliau yang sangat mendukacitakan kita...
Mungkin jika ada sahabat pandai buat sajak Kongkalikong boleh tulis di ruang komen bawah ini..
Khas untuk Anwar dan geng dalam Pakatan Rakyat !!!!
Selamat Kongkalikonglah Anwar dan Nizar ......
10 ulasan:
Kong kali kong ketipung payung..
ape lagi nak meraung...
kalau dah buat rumah tepi gaung
jangan lah halal haram di harung
Soalan Pelbagai Pilihan dalam hal konkalikong ni..
I. Anwar Bodoh Terlampau
II. MB Nizar Bangang Terlajak
III. Anwar Munafik Melayu Terkini
IV.MB Nizar Sayangkan Jawatan MB Terlampau.
Pilih I atau II atau III atau IV atau kesemua sekali.
MB Nizar dgn Anwar ni macam watak Labu dan Labi sdg mengingau.. sebab tu macam2 ayat yg keluar.
apa benda kong ka li kong???
bahasa yahudi ke? jawb sikit penempak tepat.....
Dua-dua puak ini - BN dan PR sama-sama bermain kotor. Bagi BN main kotor dengan mengkuarantin ADUN pembangkang dan memujuk mereka melompat masuk ke BN bukan perkara baru, ia pernah tercatat dalam sejarah pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1960an dan 1990 serta di Sabah pada 1994. PR pula melakukannya baru-baru ini apabila ADUN Bota dari BN masuk PKR. Jika dari segi gol game kotor ini BN sudah menang besar: BN sudah membelasah PR 13-1!
Yang seronoknya ialah peranan blogger pro-BN (termasuk BPN) dan blogger pro-PR dalam permainan game kotor ini. Semuanya nampak macam tukang sorak tolol yang hanya nampak pihaknya sahaja yang betul, pihak satu lagi tak betul. Pada hal jika kamu boleh berdiri di tengah-tengah tanpa memihak ke BN atau PR kamu akan nampak kedua-duanya BN dan PR sama-sama tak betul, sama-sama jahat, sama-sama kotor.
Tapi kerana terlalu taksub dengan BN mahupun PR, blogger-blogger itu hanya nampak pihaknya sahaja yang betul manakala pihak yang satu lagi jahat; walaupun hakikatnya kedua-duanya 2x5, 5x2, sama-sama jahat, sama-sama ditunggang oleh iblis yang sama. BN dan PR sebenarnya seperti kata peribahasa: kata dulang paku serpih, mengata orang engkau (BN & PR) yang lebih!!
Apabila genersi akan datang belajar sejarah yang berlaku hari ini, pasti guru mereka akan menceritakan tentang 2 parti terkotor dalam sejarah Malaysia: BN dan PR! 2x5, 5x2!!!!!
Oh maksudnya, hantu pocong masuk tong encik.
Friendster aku ialah tai19744@streamyx.com encik.
Saya yakin mereka hilang bukan kerana tawaran wang berjuta. Mereka mengadap UMNO bukan kerana minta dibebaskan daripada kes rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Feb. ini. Kaitan mereka dengan kes ini begitu longgar. - Perak Express <-- media PKR Perak paling femes dalam alam blog
Jamaluddin turut menafikan pelbagai tuduhan liar yang dilemparkan kononnya beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas kerana telah ‘dibeli’ oleh UMNO. - Utusan
JADI, SIAPA YANG DOK MENIPU RAKYAT HARI-HARI KATA UMNO BELI ADUN PKR? DAJAL & FITNAH BAGAI IRAMA & LAGU !
Dah tau kawan dia menipu.... dia pura-pura jugak macam tak tau... turut menipu orang ramai..
huh!
Malam semalam aku tulis pasai Fauzi Muda nak buat PC dengan Ezam untuk mengisytiharkan diri masuk Umno. Tup-tup, pagi ini dia buat PC tentang Najib nak bagi dia RM50 juta. Ha..ha….aku gelak sakan.
Pada aku, pendedahan Fauzi tu cuma sebagai nak jaga maruah Hj. Osman. Orang kanan dan kiri Hj. Osman, Jamaludin dan Kapt. Osman dah hilang. Cikgu Mat dah letak jawatan sebagai Setiausaha. Semua yang sokong kehadiran Hj. Osman sebagai Ketua PKR Perak semua dah tak dak…yang tinggal cuma Fauzi Muda. Hangpa percaya kat Fauzi Muda ni ka?
Betui! Dia kata Najib offer dia 50 juta untuk tarik ADUN PKR lompat masuk Umno sebaik saja Pilihanraya ke12. Tentang offer yang Najib buat tu aku percaya, tapi jumlah tu aku tak tau la, sebab memang dia salah sorang yang cuba suap ADUN kita suruh masuk Umno tapi tak berjaya. Duit punya pasai, memang dia boleh buat apa saja. Kalau dia berjaya hari tu, mungkin tambah lagi satu bini macam dua EXCO tu.
Kemudian lepas dua EXCO tu kena cekup BPR, Najib masih suruh dia buat kerja untuk tarik dua EXCO ni masuk Umno! kalau kali pertama Najib suruh buat dan dia terus tolak, hangpa ingat Najib boleh suruh dia untuk kali kedua ka? Lu fikir la sendiri.
Dan semalam, aku tulis pasai dia nak buat PC untuk keluar PKR. Hello brader, gua punya kabel sudah bagi tau…lu sudah setuju dengan SD Johari untuk keluar.Tapi pasai aku dah tulis, dan pasai surat perletakan jawatan dua EXCO ini sudah dikeluarkan, hang pusing 360 darjah. Masuk Umno pun tak guna, tak dak sapa nak bayar.
Kalau Fauzi keluar PKR, imej Hj. Osman terus jatuh. Ini lah orang terakhir yang boleh membela Hj. Osman. Tak percaya tanya Mamamat. Imej PKR tak jatuh, sebab orang kenai sapa Fauzi Muda. - Mat Saman kati
APA CERRRR????
kejer membohong.. kejer memfitnah.. serah kat depa..
Jom kita ramai-ramai buang saja 2 parti bernama Barisan Neraka (BN) dan Pembohong Rakyat (PR) ini ke lapisan paling panas neraka jahanam!! Kedua-duanya penipu, cakap tak serupa bikin, 2x5 = 5x2. Busk....busuk....buuk....
Meloyanya bau busuk BN dan PR. Ueeekkkk utk BN, Ueeeeeek utk PR!!
IPOHMALAY
Saya pun sependapat dengan kamu - Najib mungkin offer Fauzi sejumlah wang dalam pertemuan di rumah Najib utk tarik ADUN PKR sertai BN. Datuk Zainal Abidin Zin bekas Menteri Pertahanan pun mengaku ada pertemuan itu, tapi dia tak dapat sahkan apa yg dibincang antara Najib dengan Fauzi.
Seperti kamu kata saya juga tak percaya nilai suapan Najib hingga RM50 juta. Tentang Najib yang kaki samun duit negara dan hulur kepada kroni, semua orang tahu. Jika tanya pegawai JUSA di MINDEF dan Treasury banyak cerita kita dapat pasal hobi buruk Najib itu, berlambak!
Tapi siapa boleh percaya Najib nak hulur Fauzi hingga RM50 juta? Siapa Fauzi yang melayakkannya terima sebanyak itu? Paling-paling RM5 juta pun sudah dikira besar untuk orang tua itu. Fauzi ni dah jaja cerita macam ayam telur sebiji riuh sekampung. Najib offer sikit saja, tapi ditambah angka kosong 5,6 kali. Hebat Fauzi, penipu, pergi solat sunat taubat lagi baik.
Ada orang bertanya, mengapa Najib tak nafikan dia nak hulur RM50 juta kepada Fauzi? Imej Najib pasti akan pulih jika dia berani muncul di TV dan umumkan, "Saya menafikan nak hulur Fauzi RM50 juta, mana saya ada duit sebayak itu? Sebenarnya RM5 juta sahaja yang saya tawarkan kepada Fauzi, itu saja yang saya mampu!"
Hakikatnya semua orang main kotor. Semuanya antara BN dan PR sama-sama kongkalikong. 2x5, 5x2!!
Catat Ulasan