Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2009

Pendikar Gunung Kriang bertamu di blog Panglima Perang - Malaysiakini



Antara tetamu sering menziarahi blog saya yang tidak pernah menutup pintu atau membuat 'pemeriksaan komen' ialah saudara pendikar gunung kriang.. Komen beliau dan juga temannya semutapi selalu singgah untuk berdebat dengan sahabat kita di sini...

Tetapi saya meragui juga tindakan saya menaip 'saudara' kepada blogger tersebut kerana pada hemat saya blogger di atas rasanya dari jenis 'saudari'.... walaupun gelaran dirinya ialah pendikar. Cuma beza antara pendikar dan pendekar rasanya kita kena tanya orang UPSI iaitu saudara malim muda...

Saya tidaklah pandai menilik orang tetapi 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina' ...Anda barangkali tentu setuju dengan komen saya ini yang berdasarkan beberapa faktor luaran yang saya cuba singkap dari tulisan dan paparan yang ada di blog beliau... Maaf ye jika saya salah 'meneka'

Kesungguhan blogger ini ingin menjelaskan pendirian parti disokongnya barangkali dengan meninggalkan komen komen dan membuat artikel artikel yang difikir boleh mengubah pandangan dan sokongan kita kepada kerajaan, amat saya alu alukan. Kerana jika dia selalu datang dan baca hasil jawapan kita serta rajin membuat artikel membela 'kebenaran' yang dipegangnya sekarang, dia juga akan begitu selepas menukar fikiran dan persepsi dan pasti akan selalu meninggalkan komen membela kerajaan kita selepas ini ..

Sekuat mana hujah sekalipun tiada siapa dapat menolak kenyataan bahawa kerajaan diperintah oleh rakyat dari parti paling ramai mendapat sokongan. Kita kena ingat juga bahawa parti tersebut dilantik / diperkenan oleh Yang dipertua Agung yang mana bertukar ganti 4 tahun sekali. Sebagaimana Yang dipertua Agung juga bergilir gilir...Sekali pandang tak ubah macam sistem Khalifah yang mana dipilih berdasarkan 'syura' dan semua juga tahu pemilihan Yang dipertua Agung dipilih hasil mesyuarat Majlis Raja Raja..

Patutlah Yahudi ingin menghapuskan sistem beraja di negara kita yang antara yang masih tinggal dan kekal berkuasa sekarang ini di dunia Islam selain negara jiran kita iaitu Brunei. Tak peliklah Sistem Beraja ini juga cuba dihapuskan oleh 'agen agen rahsia' Yahudi Zionis yang banyak di depan belakang anda yang mungkin anda dan saya tidak menyangkanya..Hapus sistem Raja maka akan terhapus juga sistem yang menjamin kedaulatan agama kita..


Makluman : Komen di atas diletak bawah tajuk : tv3 promosi transeksual ?


Ok sila baca komen beliau di bawah yang disalin dari blog beliau sendiri......Dan untuk lebih telus agar kita tidak terpesong saya salin sedikit artikel bernas dari blog Otai BPN Anwar Dot Com di bawah....





pendikar gunung kriang,

Thursday, February 12, 2009

Kajian Merdeka Center menunjukkan 74% rakyat Perak bersetuju DUN Perak wajar dibubarkan. Jadi kita boleh andaikan 74% rakyat Perak adalah penderhaka. Penduduk Perak semuanya berjumlah 2.2 juta org, bermakna 1.63 juta orang adalah penderhaka!!

1.63 juta penderhaka kini sedang bermaustautin di Perak, bahaya! bahaya!!

Jika 1.63 juta penduduk Perak yg derhaka itu dibuang negeri, siapa yang akan membangunkan Perak? Perlukah di import penduduk dari Bangla, Pakistan, Indonesia dan Nepal bagi menggantikan penderhaka-penderhaka itu?

Jom pikir-pikir...




Sebagai jawapan sila baca :


Bagaimana IRI bantu Anwar di Malaysia ?

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya). Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL

MAFREL atau 'Malaysians for Free and Fair Elections' diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin.

Selain itu AJK MAFREL terdiri daripada NGO yang menentang kerajaan seperti Syed Ibrahim Syed Noh (JIM) yang memegang jawatan Timbalan MAFREL.

Abd Malek sendiri mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. IRI sendiri mengakui melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya.

Sebelum ini, pernah ditulis sepintas lalu, kaitan MAFREL (Malaysia), ANFREL (Asia) dan IRI (Amerika). Baca artikel itu di sini.


Artikel di atas sila baca lebih lanjut di Blog Otai BPN di sini :
Anwardotcom



Salam....jumpa lagi.


p/s : tips menaikkan hits blog anda ialah dengan meletakkan tulisan malaysiakini di hujung tajuk.Cuba dan tengok ramai pembaca portal Malaysiakini akan datang selepas ia diadd secara automatik ke dalam laman tersebut... hanya letak dan tunggu ramai akan datang beribu ribu..

13 ulasan:

Tai berkata...

ha encik, bagus artikal encik.

Tak payahlah bertopengkan sesuatu untuk tarik minat pembaca encik. Biar kita berdiri di atas kaki kita sendiri. yang buruk, fitnah, jahat, memanglah orang minat nak baca encik. Tapi kalau mai yang betoi, benar, bukan depa suka encik.

Panglima Perang Cyber berkata...

tu la..akhir zaman ramai orang baik nampak jahat..

yang jahat sangat nampak maksum suci kudus mcm wali...

Jeepers Creepers berkata...

sayapun kurang bersetuju dengan cerita cerita didalam malaysia kini. kadang kadang banyak fitnah dari yang benar didalamnya.

Amz CamPro berkata...

aku rela hits aku naik kerana tulisan sendiri atau rakan-rakan dari cerita yg xpasti betul...aku musykil,kita sekurang-kurangnya membca dari semua sumber iaitu pro keraajaan dan pembangkang utk berhujah tetapi pihak pro pembangkang hanya mndapatkan mklumat dari puak-puak die shj,bukankah itu lbh menyempitkan otak krn kite duduk dlm ruang lingkup yg sama?

amieiezam berkata...

P5, kalau tak salah saya, tinjauan hanya dibuat ke atas 500 orang responden sahaja. Adakah 500 orang ini adalah suara kepada majoriti rakyat perak. Ye, ramai setuju diadakan pilihanraya tetapi ramai yang lebih bersetuju agar kestabilan poitik dan ekonomi dikukuhkan dahulu.

Tuanku Sultan Azlan Shah amat adil. Hanya segelintir rakyat perak yang terkejut sukar melihat situasi dari sudut pandang yang positif.

teman cukup sedih dan hampir setiap hari tertanya-tanya apa rasa hati tuanku sultan.

Tai berkata...

haha, terima kasih encik Panglima Perang Cyber atas penerangan yang diberi. Thank you terima kasih.

MAWAR BERDURI berkata...

salam pang5?

maksud juta2 tu kali bagi c penyelidik adalah seorang mewakili 100 borang ahahahah..talingung tahap naga bah pengkaji tu.

dah dia penyokong pembangkang tarus juta2 la yang menentang kui kui..limpar dengan sapit kain baru dia tau.

pang5 siuk bah gia muzik latar blog mu ni..teruja sya mcm di alam kayangan. hehe

salam perjuangan.

Tai berkata...

Hahahahahahahahahahahahahahaha MAWAR BERDURI, lawaklah depa ni.

Eh eh, jadi tak saman hari ni encik Panglima?

Cheguman berkata...

PKR, PAS, dan DAP tidak berhak dan tidak layak menggunakan istilah Pakatan Rakyat.

Sebab:
1) Rakyat hanya merujuk pada orang Melayu di negeri beraja manakala untuk yang lain-lain lebih sesuai dipanggil warganegara sahaja..

2) Majoriti orang Melayu (rakyat) Perak memilih UMNO dalam PRU12. Lihat fakta kerusi UMNO(27), PAS(6), dan PKR(3). Selebihnya ialah orang cina yang menolak MCA/MIC dengan memilik DAP atau PKR (bukan Melayu @ bukan rakyat).

GAP KEMBALI berkata...

merdeka center
pengerusinya (ibrahim suffian kalau tak silap) adalah barua kepada kalid jafar, pengamal doktrin liberalisme dalam IKD (inst kajian dasar)..

cara merdeka center mengumpul fakta dan kajian rambang atau poll cukup mudah..

mereka akan menghubungi semua penyokong anwar dan jawapannya sudah tentulah 100% pro anwar.

ada lagi rahasia sulit merdeka center. bila tiba masa aku bongkar.

pang 5 dan rakan2 teruskan henyak merdeka center dan malaysiakini.

ini petualang mendapat dana terus daripada yayasan soros.

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima,

Terima kasih kerana memilih blog kerdil saya sebagai topik hari ini. Terima kasih juga kerana blog panglima sentiasa membuka pintu untuk sesiapa mengunjunginya. Blog kerdil saya juga begitu: sentiasa membuka pintu utk sesiapa saja memberi komen, malangnya ada yg datang dengan bahasa carut, malah ada juga yg datang dengan kata-kata menghina Allah dan Nabi.

Sesuatu yg panglima harus tahu ialah walau apa pun yang panglima katakan tentang saya, ia tidak akan sesekali menghakis keyakinan saya terhadap apa yang saya yakini selama ini, insyaallah. Apa pun yang panglima ungkapkan tentang saya, rasanya ia tidak penting utk saya, kerana dalam dunia blog ini apa yg penting bukan siapa kita tetapi apa yang kita huraikan.

Walau apa yg panglima katakan, saya akan terus mengunjungi blok panglima. Saya datang bukan utk mengubah pendirian sesiapa, tetapi hanya utk bertukar fikiran. Jika ada yg baik, jangan malu utk menerima, tetapi jika ada yg tidak baik dipersilakan utk membakul sampahkan idea saya.

Apa pun yang panglima katakan tidak akan mengubah saya dan apa pun yang saya katakan pasti tidak akan mengubah pendirian panglima; kerana antara kita sama-sama bukan ahli politik profesional. Orang bukan ahli politik profesional seperti kita lazimnya tidak akan berubah idealogi dan pendirian hingga mati. Yang selalu berubah pendirian ialah ahli politik profesional seperti ADUN Bota, Behrang dan Changkat Jering itu.

Terima kasih kerana sudi memberi perhatian tehadap tulisan saya.

Saya akan terus bertamu lagi dlm blog panglima, dengann gaya yang sama, dengan wajah yang sama, dengan keyakinan yang sama, insyaallah.

Salam perjuangan dan terima kasih.

Panglima Perang Cyber berkata...

Itula saya suka dengan dengan Pendikar Gunung Kriang.

Kerana begitu open minded dan kita akan tengok siapa yang akan mengubah siapa.

Yang penting ialah kebenaran..dan ia relatif dan subjektif bergantung kepada fakta fakta yang kita ada dan kita yakini dengannya.

Cuma ada golongan yang disesatkan oleh ALLAH atas ILMU..

Dia mengetahui tetapi menolak KEBENARAN dan menjadikannya seperti KEBATILAN.

Tidak lain kerana sekadar ego dan takabur yang diwarisinya dari Iblis.

Ini bukan saya tujukan kepada sesiapa tetapi sekadar peringatan untuk diri saya dan kepada sahabat2 di team bpn juga.

Moga kita akan selalu berkata BENAR dan tidak takabur untuk mengatakan KITA SALAH atau mengatakan KESALAHAN saudara kita meskipun ia pahit untuk ditelan/diterima.

Salam dan selamat malam...



kepada GAP : Anda benar benar tahu siapa dia sebenar dan terima kasih kesudian GAP singgah menambah lagi penjelasan tersebut..

Kita akan jumpa..Tunggu saya akan call anda terdekat dan tak lama lagi..

Blogger pertama saya pernah jumpa setakat ini ialah Cheguman Waadat dan GAP blogger kedua Insya ALLAH..

Kedua dua anda adalah penyokong kuat kepada team BPN dan ALLAH MAHA MENGETAHUI siapa anda dan moga ia menjadi simpanan berharga kita di akhirat atas perjuangan kita melawan zionis dan konco konconya ini..

ALLAHU AKBAR !!!
terima kasih...

PARPUKARI berkata...

SALAM SEMUA,

WAH TUAN PANGLIMA, SAYA PUN TAK TAU CERITA NI....

TERIMA KASIH ATAS INFO INI TUAN PANGLIMA

Cari Blog Ini

Translate