Sajak : Bila Rakyat mahu jadi Raja
Edisi I
DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.
DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata
DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA
DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI Raja pula tunduk sebak di dada.
DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda
Edisi II
DULU Raja Maha Mulia
KINI Raja dihina Maha Celaka
Dulu Raja sangat perkasa
KINI Raja cuba dilucut kekebalannya
DULU Raja tidak ada saingan
KINI ramai bersaing ingin mengganti Raja
DULU Raja tonggak Negeri/Negara
KINI Raja dipijak dan diletak bawah kaki sahaja..
KINI kita masih ada RAJA
LEPAS INI kita tidak tahu adakah
kita akan jadi negara tanpa RAJA
atau Raja diganti oleh rakyat biasa?????
Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja
Moga Tuhan Maha Perkasa Memelihara
Raja Raja dari segala ancaman ke atas takhta mereka
DAULAT TUANKU !
7 ulasan:
bagus2..
Syabas Pang5.... cukup bermakna.....
SALAM PANG5..
SEBAK DIHATI TUAH APABILA MEMBACA PUISI PANG5 YG SUNGGUH MENYENTUH HATI INI. BAGAIKAN TERBIT AIRMATA HIBA APABILA SULTAN PAYUNG AGAMA DAN BANGSA MELAYU DI PERLAKUKAN BEGINI.
SEKIRANYA TUAH MASIH DIZAMAN MELAKA HENDAK SAHAJA TUAH MENJALANKAN TUGAS MENGHAPUSKAN PENDERHAKA.
MARILAH KITA BERSIDANG SEMULA..KITA KELUARKAN RESOLUSI MENGUTUK
1. MEGUTUK TINDAKAN NIZAR, ANUAR DAN HADI YG ENGGAN AKOR PADA TITAH SULTAN.
2. MENGUTUK TINDAKAN KAPAL SINGH YG BIADAP HENDAK MENYAMAN SULTAN.
3. MENYARANKAN AGAR SEGALA KURNIAAN KEBESARAN DIRAJA DITARIK BALIK DARI PENDERHAKA.
4. MENYATAKAN KETAATAN AHLI BPN KEPADA SEMUA SULTAN MEMERINTAH DIMALAYSIA.
5. MENYARANKAN AGAR SEMUA PENDERHAKA DI HUKUM DENGAN SETIMPAL.
najib tak boleh pakai!!
Pemusnah negara!! najib kucar kacirkan kaum melayu!! Teman malu bebenor nengok situasi perak sekarang angkara Dato Seri Najib!!
Hanya Paklah Dihati kami!! Paklah!! kami generasi muda merayu agar tidak diberikan Najib Tun Razak ruang memerintah malaysia bulan mac ini. Kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Paklah serta Khairy!!
SAMBUNG..
6. MENGESA AGAR BEKAS MB PERAK MENGOSONGKAN KEDIAMAN RASMI, MEMULANGKAN SEMULA KENDERAAN RASMI DAN JANGAN MENGGANGUI MB BARU DR DATO ZAMBRY MENJALANKAN TUGASNYA.
Pak lah!! Gunakan kesempatan yang ada sekarang dan gunakan lah kuasa Paklah sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan untuk halang Dato Seri Najib dari menjadi Pemusnah kaum Melayu pada bulan MAC ini!!
Baik abang tuah. Saya cuba mesej untuk semua dapat bersidang esok hari..
Waktu akan ditentukan kemudia.May be malam.
Puisi ini saya hasilkan spontan untuk sahabat sahabat baca dan fahami isi hati saya.
tq sahabatku dan kita perlu berusaha lagi untuk terus maju.
sedikit berkualiti lebih baik dari ramai berkuantiti tapi tak ada kualiti..
salam...
Hidup Raja kita.Hidup Agama kita.Hidup Bangsa kita.
Hidup BPN kitaaaaaaaaaaaa....
Catat Ulasan