Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.
Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/
13 ulasan:
Ok encik, dah settle. Dah letak kat blog.
Bijak Pas mengorek sejarah Perak. Saya tidak dapat menjawab bab ini kerana tidak mengetahui kes ini, sebab pada waktu itu saya masih mentah dalam mengikuti perkembangan politik.
Kes Ghazali Jawi tidak sama dengan kes Nizar. Ghazali Jawi tidak dipecat dan masih menjadi majority dalam DUN ketika itu.
Berlainan dengan Nizar yang hilang majority dan proses peralihan kuasa telah dibuat secara betul.
Nanti kita siasat apa punca perbalahan Ghazali Jawi dan Sultan , Adalah ia berkaitan dengan balak, sebab isteri Sultan iaitu Syarifah Salmah terkenal dengan pangilan Raja Balak, atau adakah Ghazali Jawi enggan meluluskan konsesi balak kepada Salmah dan menyebabkan Sultan Idris tidak menyukai MB tersebut.
http://pkrpasdap.blogspot.com
hari ini saman sultan Perak, nanti agaknya Anwar Ibrahim akan saman Yang diPertua Agung kalau dia tidak boleh jadi PM atau mengemukakan usul pilihanraya tidak betul terutama bila Pakatan akan kalah banyak kerusi nanti??
WAHAI SAHABAT2 SEKALIAN KITA KENA BERHATI HATI DENGAN MANUSIA BERNAMA ANWAR NI...
PUNCA PERPECAHAN MELAYU...
Boleh sesiapa beritahu saya, mengapa penderhaka-penderhaka Raja di bawah ini di beri hadiah sebgai ganjaran kpd penderhakaan mereka terhadap Raja:
a) Shahidan Kassim yg membuat kenyataan menempelak Raja lepas PRU-12; dikekalkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri;
b) Idris Jusoh yg membiarkan anak buah UMNOnya merusuh menentang Raja lepas PRU-12, dihadiahkan jawatan Pengerusi MARA Malaysia; dan
c) Rasol Wahid (ADUN Ajil, Terengganu) yg menjadi tulang belakang rusuhan UMNO menentang perintah Yg DiPertuan Agong dihadiahkan jawatan EXCO Terengganu.
Soalan saya: Mengapa ketiga-tiga penderhaka Raja kita itu disanjung, dijadikan sebagai hero dan diberikan ganjaran pula oleh UMNO sebagai balasan 'kerja baik' mereka menderhakai Raja?
semutapi,
a) shahidan tidak menemplak tetapi tidak berpuas hati dgn keputusan Raja tp beliau terima seadanya dan tidak bertegas 'menjalankan tugas' spt yg berlaku di Perak..
b) mereka tidak merusuh tp menyatakan rs tidak puas hati mereka. tidak lama pun cuma 2 3 hari je berlarutan dan tiada yg baring di dpn kereta Sultan smbil pegang bendera.
c) betol ker Rasol Wahid tulang blkg rusuhan tu? ada bukti? ker dgr dr mulut ke mulut ni..
kita lihat di Perak, siapa yg derhaka pd Sultan secara terang²an? UMNO atau PR?
Salam reez,
Terima kasih kerana GAGAL menjawab soalan saya dan oleh itu saya cuma dapat beri markah "0".
a) Mengenai Shahidan tu, pengikut-pengikut Shahidan tlh menyerbu istana Arau tempat kediaman Raja utk mengadap baginda. Bila pengawal istana enggan membuka pagar istana, puak-puak UMNO yg marah telah menendang2 pintu pagar istana. Pada pendapat reez yg bijak, apa yg patut digelar kpd org-org UMNO yg menendang pintu pagar istana tu? Budimankah? Bersopankah? Sayang & taat kpd Raja kah? Berbudi bahasakah?
b) pada 1993, Anuar Musa dan gengster UMNO yang tidak mengiktiraf pemerintahan alSultan Kelantan telah melantik Sultan baru (bernama Sultan Ibrahim Petra). Perlantikan Sultan baru penuh simbolik itu lucunya hanya dibuat di bawah sepohon pokok. Itu telah jadi sejarah, semua org tahu!
Pada pendapat reez yang bijaksana, apa kita nak gelar kepada petualang seperti Anuar Musa yang tidak mengiktiraf alSultan dan secara biadap telah melantik Sultan baru yg entah siapa-siapa tu? Kita gelar apa kpd Anuar - taat kepada alSultan, menghormti alSultan, setia kpd al-Sultan?
Harap jawab straight to the point, jangan tanya lain jawab lain seperti 3 soalan pertama tadi, nanti dapat markah "0" lagi!!
t.kasih.
Wah ! pandai2 bagi markah..
dia ingat orang tak leh jawab kot..
sudahlah semut api..
anda akan kehilangan keimanan anda kepada PAS jika lama lama nak ubah minda kami di sini.
kami tak heran dengan provokasi anda tetapi suka suka memberi markah tu nampak sangat berlagak dan nak tunjuk hebat.
terima kasih sahabat bpn semua yang bagi komen dan maafkan saya sebab tidak sempat menjenguk ulasan ini serta menjawabnya.
namun semangat berkumpulan telah menolong antara satu sama lain.
Pastinya ia menggerunkan musuh musuh kita.
Kerana kita tela bersatu teguh berganding bahu dan tidak lagi terasing atau bersendiri mengatur langkah di perang siber ini..
salam perjuangan dan harap lebih ramai dari pro pakatan rakyat akan menjenguk blog team kita jika mereka rasa mereka benar dan kita salah..
Terdapat sebuah blog yang secara terang terangan menghina sultan perak
http://malaysianindian1.blogspot.com/
Bukan setakat menghina sultan malah menghasut rakyat menggulingkan sultan perak.
Diharap panglima dapat memaklumkan kepada semua ahli BPN.
Saya ingat panglima nak tolong jawab soalan saya yg gagal dijawab reez, rupanya ding dong ding dong....gagal jawab juga! Kalau panglima pun selemah itu dlm ilmu persilatan, bagaimana pula dgn anak buahnya?
Yang masih sabar menunggu jawapan: semutapi.
"Nanti adalah menanti
Tapi jangan lambat amat"
(petikan sajak Osman Awang)
uhuk....uhuk..
tokwan nak tanya semutapi kenapa dikait kisah lama yang tak ada kena mengena untuk pertahan nizar?
Nizar memang jelas diangkat DAP dan nak tanya semasa shahidan dan anuar musa ada tak depa baring tengah jalan nak halangan kereta sultan?
Sejahat jahat depa pun taklah sampai nak kawan dengan DAP yang biadap dengan sultan.
Jangan dilupa Karpal tetap Karpal dan dia Pengerusi DAP bukan orang biasa..
Tokwan malu dengan kome ni yang pakai serban ketayap tapi haprak tak kenal mana kawan mana musuh.
tokwan,semutapi,reez, panglima dll;
Tak usahlah lagi kalian bergaduh. Terimalah kenyataan PR dan BN itu 2x5 saja. BN kata PR derhaka Raja, PR kata BN derhaka Raja, tapi sebenarnya dua-duanya sama-sama derhaka. Cuma BN dah derhaka sejak lebih 30 tahun lepas, PR baru nak belajar dari tok gurunya, BN, utk derhaka.
BN memang 'jaguh' derhaka sejak dulu. Malah kalau disingkap sejarah, ada tercatat mengenai bekas MB Kelantan Muhammad Yaakob yang telah menimbulkan murka Sultan Kelantan selepas beliau pernah memanggil Sultan Kelantan "Babi". Itulah pendurhakaan Umno yg paling teruk sekali dalam sejarah. Karpal yg nampak biadap itu pun tak sebiadap pemimpin Umno tu!!
Aku tak berapa heran bila Karpal derhaka Raja, sebab dia org Sikh yg tak berapa faham budaya Melayu. Yang aku heran mengapa Umno yg Melayu itu derhaka seperti Muhammad Yaakob, Shahidan, Anuar Musa, Idris jusoh dan ramai lagi? Mengapa PR yg Melayu nak ikut perangai buruk Umno yg tak hormati Raja itu?
Mungkinkah Karpal ingat bila Umno yg Melayu sudah derhaka 30 tahun, dia yg Sikh boleh ikut perangai Melayu Umno utk derhaka juga?
Aku nasihatkan kau org penyokong Umno, cubalah bawa Karpal tu memeluk Islam, tukarlah namanya kpd Iqbal atau apa-apa "pal" lagi, kemudian pelawa dia masuk Umno, sebab aku nampak otak Karpal nie banyak yg sama dgn otak org Umno. Umno tolak hudud, Karpal tolak hudud, Umno derhaka Raja, Karpal derhaka Raja. Lepas masuk Umno, Karpal tentu akan jadi aktivis Umno yg paling popular!
Saya sedikit teruja setiap kali menulis mengenai Pakatan Rakyat. Mungkin kerana topiknya amatlah mudah untuk ditulis. Ada saja buah-buah fikiran yang mencurah-curah masuk ke dalam otak.
Suka saya ingatkan di sini bahawa tajuk artikel saya kali ini amatlah bertepatan dengan isi kandungannya. Jika anda bersetuju dengan tajuk di atas, tidak perlulah anda meneruskan pembacaan anda. Ini kerana mereka yang sudah masak dengan agenda Pakatan Rakyat sudah tidak perlu diberitahu lebih lanjut lagi. Sila berhenti membaca di sini. Terima kasih.
Jika anda tidak bersetuju pun, tidak mengapa. Tiada apa yang akan saya katakan akan masuk dek akal di kalangan mereka yang tidak sehaluan dengan blog ini. Anda boleh tekan butang ‘backspace’ sekarang. Terima kasih.
Sebenarnya, artikel kali ini ditulis kepada sesiapa yang telah melihat gelagat para penyokong Pakatan Rakyat pada hari Jumaat lepas.
Saya terpanggil untuk menganalisa apa yang berlaku selepas hari Jumaat tersebut. Kita tidak akan menyentuh mengenai keputusan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
gambar ehsan dari blog Daulat Tuanku
Ini kerana, ramai yang tiba-tiba sudah khatam ijazah perundangan akan bertelagah sesama sendiri di sini. Ramai juga yang perasan menjadi tuan-tuan hakim untuk terus menerus menjatuhkan hukuman kepada Sultan Azlan. Walaupun sudah dikatakan bahawa baginda telah bertindak mengikut lunas undang-undang, ada juga yang akan menidakkan bidang kuasa baginda. Mereka akan berkata yang baginda mungkin tersilap kerana baginda hanya seorang manusia, akan tetapi mereka ini terlupa yang mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Harap mereka ini dapat menarik dan menghela nafas keinsafan.
Seperti dikatakan dahulu, kita boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mahu.
Namun begitu, perkara yang tidak dapat diselesaikan di mahkamah adalah maruah baginda yang sudah tercemar akibat cacian para pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut para penyokong mereka supaya memberontak. Kelakuan ini sudah pun dikategorikan sebagai menderhaka.
Yang gelihatinya, apabila orang ramai berkata bahawa Pakatan Rakyat sudah menderhaka kepada Sultan, mereka cuba memulang paku buah keras dengan mengatakan Umnolah yang mula mula menderhaka kepada Sultan suatu masa dulu. Sungguh pelik sekali. Apabila dengan terang kita melihat Umno, Barisan Nasional, sebahagian rakyat, segelintir NGO dan para bloggers sedang berhempas pulas mempertahankan institusi diraja, Pakatan Rakyat dengan tidak segan silu menzahirkan perbuatan mereka dengan menyatakan ‘dulu orang lain pernah buat, kami pun hendak buat juga!’
Beginilah sebenarnya perangai pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan. Di mana-mana kita baca tidak terdapat satu blog pemimpin Pakatan Rakyat yang meminta maaf di atas keterlanjuran para penyokong mereka minggu lepas. Anwar Ibrahim telah bertungkus lumus menggembleng tenaga buruh (ada juga yang di import dari Indonesia) untuk membuat rusuhan yang secara tidak langsung merupakan kejadian paling biadap yang pernah kita saksikan sepanjang hayat kita.
Sewaktu Raja-Raja Melayu ingin tunduk kepada pihak British, orang-orang Melayu ketika itu telah berarak beramai ramai ke Station Hotel di Kuala Lumpur untuk memujuk raja-raja mereka agar tidak bersetuju dengan perjanjian Malayan Union. Kesultanan Melayu bernasib baik kerana Datuk Onn Jaafar telah memimpin perjuangan untuk mengembalikan kuasa Raja Raja Melayu dari dirampas oleh pihak British.
Hari ini kita dapat saksikan betapa gediknya blog-blog Pakatan Rakyat mengungkit cerita-cerita lama untuk mempertahankan kelakuan mereka tempoh hari. Akan tetapi mereka ini sudah berasa lebih tinggi dari raja hingga tidak terfikir oleh mereka untuk meminta maaf kepada Sultan Azlan. Mengapa perlu terkinja-kinja dan bersungguh-sungguh mengalihkan perhatian orang ramai? Mereka tidak sedar bahawa ianya tidak sama sekali memadam penderhakaan mereka. Ianya hanya dapat dimaafkan jika Anwar Ibrahim, Mohd Nizar dan seluruh barisan exco lama Perak memohon ampun di atas kesalahan mereka tempoh hari.
Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang tidak bertanggungjawab, mereka akan terkial kial mencari sebarang justifikasi untuk membolehkan mereka menderhaka kepada Sultan. Dan dengan pantas, mereka menjumpainya. Tiada cara lain, kecuali dengan mengungkit sejarah. Mereka berharap sejarah akan berpihak kepada mereka. Sayang sama sekali, sejarah juga tidak akan melepaskan mereka dari kesalahan derhaka.
‘Orang lain boleh buat, mengapa kita tidak boleh? Yang penting, Umno juga perlu dilihat sebagai penderhaka.’ Itulah yang mereka lakukan.
Yang anehnya, dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim berkata yang beliau akan cuba mengembalikan kuasa Raja Raja. Bagaimana hendak mengembalikan kuasa raja-raja jika kita berkurang ajar kepada mereka? Saya khuatir Anwar Ibrahim akan sukar membuat ucapan kelak kerana lidahnya makin bercabang.
Ada yang lebih aneh lagi. Di dalam blog-blog pro Pakatan Rakyat, para penyokong mereka pula ingin melucutkan kuasa raja raja kerana marahkan kepada Sultan Azlan. Pelik bin ajaib! Telatah Anwar Ibrahim dan para pengikutnya ternyata mengaibkan institusi DiRaja.
Ingat, jika ingin mengungkit cerita lama seperti kes Tan Sri Ghazali Jawi dan insiden Datuk Idris Jusoh dengan pemangku Sultan Terengganu, maka janganlah anggap diri sudah terlalu sempurna dari sebarang kesalahan. Janganlah menganggap diri sudah terlalu gah dan sudah lebih makan garam dan telah banyak membuat jasa.
Tindakan tidak meminta maaf menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat percaya diri mereka kebal dan boleh melakukan sesuka hati terhadap raja mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Umno pernah berjasa besar kepada Raja Raja Melayu sebelum itu. Apakah jasa Pakatan Rakyat kepada Raja Raja Melayu kini?
Ada? Tunjuk isyarat lucah ada lah!
Ingin diingatkan bahawa kes Tan Sri Ghazali Jawi amatlah berlainan sekali dengan peristiwa Anwar Ibrahim dan Mohd Nizar menderhaka kepada Sultan Azlan. Tan Sri Ghazali Jawi berhenti walaupun mempunyai majoriti dari wakil rakyatnya. Tun Hussein Onn bagaimanapun telah menghormati kehendak Sultan Idris dan melucutkan jawatan Menteri Besarnya. Sultan Idris telah berkehendakkan sesuatu di luar batasan sistem perundangan Perak. Jika contoh ini yang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka jika Sultan Azlan bernazar tidak mahu Mohd Nizar sebagai Menteri Besar baginda, adakah Anwar Ibrahim akan menghormati Sultan Azlan dan mengarahkan Mohd Nizar supaya bersabar dan menerima sahaja titah Sultan? Tidak sama sekali. Kita telah melihat, mendengar dan membaca mengenai kebiadapan mereka.
Oleh itu, tidak usahlah hendak mendabik dada berlagak hero. Bertelur sebiji, riuh sekampung. Contoh yang dikemukakan tidak boleh dipakai. Alangkah cocok dan manis jika kita dapat melihat para pemimpin Pakatan Rakyat menelan ego mereka dan meminta ampun kepada baginda Tuanku.
Adakah pemimpin PAS terlalu maksum untuk meminta ampun bagi pihak penyokong mereka? Anwar Ibrahim tidak mungkin akan meminta maaf kerana kita sudah tahu mengenai personalitinya. Beliau tidak akan sekali-kali merendahkan diri untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliau terlalu maksum untuk itu semua!
Atau adakah mungkin para pemimpin di dalam Pakatan Rakyat tidak percaya kepada institusi Raja lagi? Adakah seorang bernama Sultan Azlan tidak berhak mendapat sembah hormat yang sewajarnya? Atau mungkin mereka berfikir bahawa orang bernama Sultan Azlan hanya berhak ditempelak sahaja? Boleh dimaki dan dicerca di dalam blog, di dalam ceramah, di dalam surat-surat khabar Pakatan Rakyat, di mana-mana sahaja. Begitu? Jika lidah sudah bercabang, sifat sifat baik di dalam diri manusia dengan sendirinya akan terhakis.
Jika Pakatan Rakyat sudah tidak hormat kepada institusi Raja Melayu walaupun hanya baru berkuasa selama 11 bulan, mana mungkin mereka akan melindungi dan menghormati masyarakat madani di masa yang akan datang.
Inilah musibah yang akan menanti rakyat jika Pakatan Rakyat terus menerus didodoi oleh sokongan mereka yang terlalu taksub kepada sifat sifat orang yang lidah bercabang.
INI DARI BLOG JEBATMUSTDIE...
JAWABLAH TAKSUB ANWAR LIWAT OI..
Catat Ulasan