Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2009

Edisi Malam : Nizar dah kena tahan di Kamunting ? -Malaysiakini



Sidang DUN bawah pokok oleh MB haram : Gambar Mstar


ISU PERTAMA :
  • Nizar sudah berada di Kamunting seperti laporan taipingmali di blognya (klik sini)
  • Nizar bukan berada di penjara ISA Kamunting walau dia patut disumbat ke dalam sana.
  • Nizar bukan sahaja engkar titah Sultan bahkan masih gila perasan jadi MB dengan bersidang di bawah pokok seperti ulasan sahabat kita sejarah melayu di sini
  • Nizar dan Adun PR juga turut mengeluarkan usul lawak seperti laporan di sini
  • Nizar bukan sahaja tidak redha dengan qada qadha Allah bahkan tidak rela untuk melepaskan kereta rasmi Kerajaan Negeri Perak AGS 10 yang masih wangi lagi bau kulit tempat duduknya.
  • Nizar contoh orang yang tidak patut dicontohi dan mereka dilaporkan cuba merempuh masuk DUN walau dilarang sama sekali (klik sini)
  • Nizar patut menghormati simbol perpaduan kita iaitu Raja Pemerintah Perak Sultan Azlan Shah yang sangat arif lagi bijaksana dan bukan terus menerus menderhaka.
  • Nizar patut mengundur diri dari diundurkan dengan paksa rela dan dengan cara terhina.
  • Jika tidak baik ditarik kembali darjah kebesaran beliau dan YB lain yang engkar arahan Sultan Payung rakyat jelata di sana..

ISU KEDUA :

Selepas membaca pandangan sahabat tentang perpaduan PAS UMNO yang saya buka kepada pandangan blogger BPN dan turut disertai penyokong PAS maka saya memberi pandangan saya di hujung komen mereka sebentar tadi seperti yang tertera di bawah ini :

Terima kasih pandangan pro dan kontra sahabat semua.

Ia sangat bermakna kerana ia pandangan kita sebagai blogger yang menjadi jambatan antara rakyat dan negara.

Bagi saya, perdamaian adalah puncak perjuangan kita sebagai BPN.

Jika ada pihak mahukan perdamaian maka usaha kena disokongan diserahkan kepada Allah jika ia ada hidden agenda di belakangnya.

kadang kala memaafkan musuh yang sudah lemah akan menaikkan maruah dan kehebatan si pemberi maaf.

Jangan ditiru sifat bongkak PAS ketika diajak bermuzakarah dan bermuqabalah pada tahun lepas selepas mereka mendapat kemenangan hasil mengorbankan prinsip dan maruah Islam.

Rupanya ia menjadi bencana yang menjatuhkan kembali maruah mereka dan menjelekkan sesiapa yang ada akal yang waras untuk menilainya.

itu pendapat saya dan sekadar pendapat peribadi sahaja.



ISU KETIGA : Cadangan Resolusi 4/2009 Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan 

BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon  campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...


DAULAT TUANKU !!!!



*sebarang cadangan atau pindaan boleh dimasukkan dalam kotak komen di bawah.

19 ulasan:

taipingmali berkata...

usul diterima dan disokong tanpa bahas.

PAPA GOMO berkata...

SALAM PANGLIMA...
AKU PUN MENGHARAPKAN SI NIZAR SERTA GEROMBOLAH KURANG AJAR NI DI LUCUTKAN DARJAH KEBESARAN YANG DIBERIKAN.

SELEPAS SATU ISU MAKA AKAN TIMBUL ISU BARU YANG DOK DIMAINKAN PAKATAN RAKYAT NI.

TITAH SULTAN DAH MUKTAMAD.
AKUR JE LAH...

HARAP RAKYAT PERAK SEDAR AKAN HAL INI!!!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

NATANG NIZAR...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

NATANG NIZAR...

Tanpa Nama berkata...

BN kata MB PR haram, PR kata MB BN haram, so kan lebih afdhal untuk adakan pilihanraya untuk bersihkan kekeliruan yg ada sekarang. Bolehkan BN ataupun PR mentadbir negeri dgn baik dlm keadaan cacamarba begini. Apa yg ditakutkan oleh kedua-dua parti. Baik bersemuka dengan rakyat dan dapatkan mandat baru. Ini baru adil and terbaik. Adalah membuang masa dan duit untuk mempertikaikan siapa yg benar dan salah walaupun kedua-dua boleh dikatakan benar dan salah mengikut perspektif minda masing2. Yang terluka dan terseksa adalah rakyat yg telah mengharapkan kerajaan yg adil utk semua rakyat Perak termasuk Sultan yg tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima,
Resolusi disokong sepenuhnya oleh Kumbang dan rakan-rakan BPN lain sebulat suara tanpa diadakan persidangan bawah pokok hehe..

Anonymous,
Adakan pilihanraya..
PAS jadi MB ke?
DAP jadi MB ?

Baca blog Kumbang untuk merungkainya...
http://analisisringan.blogspot.com/

PUTRAKENCANA berkata...

Resolusi tersebut disokong sepenuh hati dan jiwa.

Jangan lagi memalukan membuat persidangan di bawah pokok.
Satu perbuatan bodoh dan banggang dilakukan oleh speaker pendatang yang naik tocang.

Yang hairan tu, Melayu ikut ajelah ponggong si speaker Hindu paria tu.

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila kamu menghormati Raja-Raja. Sejarah mencatatkan kebiadaban orang umno terhadap Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Jangan baru kini hendak mengambil peluang menanam modal politik UMNO yang ketinggalan zaman. Kamu adalah saki baki pewaris manusia-manusia feudal yang sarat dengan kebiadaban dan kedurjanaan. Jika mahu menilai tahap penerimaan rakyat terhadap perjuangan UMNO, adakanlah pilihan raya, kembalikan hak menentukan kerajaan kepada yang empunya hak iaitu rakyat jelata. Tidak perlu bersusah payah mengheret rakyat kedalam kancah politik cara babarik jakun yang tidak pernah sedar diri.

Unknown berkata...

Sang tongkat dah berbicara dan melalak kosong! Lagi-lagi orang lain yang tidak benar.

Perlu dilihat semua yang berlaku ini secara tenang dan lapang dada; juga perlu dinilai dari sudut keuntungan dan keberkesanan hakiki untuk semua (bukan hanya untuk kegelintir teman taulan yang sudah terbukti sifat durjana, kebejatan dan ketololan mereka), keadilan, serta mendaulatkan hukum. Senang cakap, semua yang Tuhan yang maha Esa suruh.

Jadi, kesimpulannya, jangan mudah menuding jari mengatakan orang diperkudakan, menderhaka, MB haram dan sebagainya. Tidak semua orang mahu selama-lama bertongkat (harga dan jati diri amat penting; kita mahu berdikari) dan bertuankan orang durjana dan fasik.

Sekadar contoh, siapakah yang mempamirkan kain rentang "...Natang" itu? Dan siapa pula yang terpalit dan tertuduh mengelapkan wang zakat, mengambil tanah rezab Melayu, "bersenang" dengan wang yang dikumpulkan orang-orang kecil dari kampung dalam Tabung Haji? Pastinya mereka adalah ... dan mereka bersekongkol dengan .... Jawab sendiri.


Mamat dari Kg. Morten

orang dekat istana berkata...

dia tu elok hanto ke zoo aje...bukan kat kemunting....dok bawah pokok..

A-I-B berkata...

BPN,
Sedari dulu kita tahu UMNO terlalu angkuh untuk menerima perubahan.
Kekalahan demi kekalahan yang diterimanya baik PRU12 mahupun PRK di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu bukan semakin mematangkan pemimpin dan penyokongnya tetapi kewarasan masing-masing dalam politik turut hilang sehingga sanggup mengenepikan aspirasi rakyat dengan merampas kuasa secara haram pentadbiran negeri Perak.

Derhakakah rakyat jika bangkit menentang sedangkan bukan baginda Sultan Perak yang ditentang tetapi politik kotor,keji dan tak bermaruah pemimpin UMNO dan isu ini masih boleh diperdebatkan di sini atau di medan-medan forum.

Nak tanya jika benar pemimpin UMNO benar-benar membela orang Melayu dan bukan sekadar retorik untuk mendapatkan undi mereka,mengapa sehinga kini sejuta hektar tanah rizab Melayu dirampas kerajaan UMNO-BN dengan alasan rapuh untuk tujuan pembangunan.
Bukan pemimpin UMNO yang menyerahkan Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih kepada Lee Kuan Yew dan anaknya,Lee Hsien Long.
Wilayah Pembangunan Iskandar dan Kampung Baru juga berdepan dengan situasi yang serupa.Perjanjian air dengan kadar 3 sen untuk seribu gelen juga kepaad Singapura juga dilakukan oleh pemimpin UMNO.


Jika disebut satu persatu boleh dibuat novel pebohongan besar UMNO terhadap bansga Melayu.

Penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu dimulakan oleh UMNO.Contohnya sepanduk yang tertulis"kami mahukan Idris,natang" jelas biadap dan menghina Sultan Mizan yang merupakan penghulu kepada Raja-Raja Melayu.Kenapa sehingga ke hari ini penyokong bekas MB Terengganu,Idris Jusoh yang berdemo itu tidak dikenakan sebarang tindakan sedangkan jelas mereka menderhaka.

Mengapa pula Mat Taib,bekas MB Selangor yang bawak lari Ku Yah,adik Sultan Selangor tidak dicop sebagai penderhaka dan gelarannya ditarik balik.Ketua Penerangan UMNO itu jelas menderhaka.

Begitu juga dengan Shahidan Kasim jelas menderhaka kepada Raja Perlis kerana tidak menghadiri majlis angkat sumpah MB Perlis.

Penderhakaan UMNO terhadap Raja Melayu dimulakan oleh Tun Dr Mahathir apabila bertindak menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu.Ketika itu media totok UMNO memburukkan imej raja Melayu di dalam akhbar dan media elektronik yang sememangnya penderhakaan terang-terangan.

Tindakan Standard Chartered menyaman mantan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan,Allahyarham Tuanku Jaafar baru-baru ini juga sangat biadap tetapi usahkan UMNO,Perkasa juga diam menikus.

Sedarlah BPN,isu derhaka dan sentimen perkauman jika dimainkan UMNO bukan sahaja bakal menumbangkan parti yang hampir luput tarikh itu tetapi generasi akan datang akan mengingat UMNO sebagai parti yang sanggup membelakangkan kehendak rakyat asalkan dapat berkuasa.

Earl of Longford ke 7,seorang bangsawan politik terkenal England pernah berkata,"hanya ikan mati sahaja yang mengikut arus sungai".

Rakyat Malaysia sekarang sudah bijak dan tidak mahu menjadi ikan mati dan pak turut kepada UMNO-BN.

*UMNO=Parti najis.

Tanpa Nama berkata...

Pindaan terhadap kekebalan raja dibuat oleh Tun Mahathir kerana kes seorang raja terhadap jurulatih pasukann hokinya. Dulu mungkin kita dengar ada perkara yang tak manis dilakukan oleh kerabat raja tapi kini mungkin perkra demikian tidak lagi berlaku. Hari ini, Sultan Perak adalah mantan Agung, Ketua Hakim Negara. Raja Muda Nazrin ada Phd.

Janganlah sebab tamak kuasa, bacul terhadap DAP kafir harbi, Singh celaka, Siva pariah takut dan tunduk pada DAP tapi tak taedha dengan qada dan qadar ALLAH walaupun temberang satu dunia konon perjuangkan Islam.

PAS parti ajaran syaitan laknatullah

Tanpa Nama berkata...

noname,

Artikel kamu bagus. Tapi saya tak berkenan dengan panggilan "Umno parti najis". Ia terlalu menghina. Biarpun Umno patut dihina kerana 1,000 kisah kedurjanaannya, namun ia tidak wajar digelar "najis".

Kamu tau mengapa saya selalu singgah di blog BPN ini? Ini kerana blog ini menghiburkan, idea yang digarap ahli-ahli BPN begitu dangkal menyebabkan ia nampak macam jenaka pak pandir yg menyebabkan kita tak akan kering gusi. Idea ahli BPN mengingatkan aku kepada perbualan kanak-kanak tadika yang begitu lucu dan menghiburkan.

Tidak tahulah bila ahli-ahli BPN ini akan keluar dari zaman pra-kanak-kanaknya. Tapi aku percaya masanya akan tinba juga mereka melihat realiti yang dilihat rakyat majoriti. Percayalah, masa pasti mendewasakan mereka. Ketika fajar kesedaran sudah tiba, mereka tidak akan menyokong kebejatan Umno ini lagi, mereka pasti akan meninggalkan Umno.

Tetapi sementara mereka masih berfikir seperti kanak-kanak tadika ini, aku akan terus menziarahi BPN bagi menyaksikan idea-idea lucu dan menghiburkan mereka. Sekurang-kurangnya dengan adanya blog BPN yg melucukan ini dapat juga kita lari seketika dari realiti kehidupan yg penuh dengan kisah-kisah sensasi ini.

Tanpa Nama berkata...

Sokong orang kg. nizar, orang PAS berlagak haram jadah. ilmu sikit cakap berdegar-degar.Cakap perjunagkan Islam tapi sifat munafik mengalahkan kafir yahudi.

Panglima Perang Cyber berkata...

Siapa hati kotor maka perkataan kotor juga akan keluar dari mulut tulisan perbuatan dan ia tanda buruk hatinya.

Terima kasih komen sahabat semua di atas dan saya sudah siarkan resolusi yang diterima tersebut..

Mari Kita Satukan Bangsa Melayu Muslim kita untuk Agama Bangsa Negara..

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih komen sangat membina di atas oleh Anon..

Saya tak salahkan mak anon atau mak enon di atas kebiadapan anon di atas.

Moga diberi hidayat oleh Allah..

||Aku Pemikir|| berkata...

salam,

minta linkkan blog saya ke blog tuan dan minta link tuan juga..

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

sama2 kita berkongsi idea dan pandangan mengenai isu semasa di negara bumi kita tercinta!


khairul hafidz
YDP Persatuan Pelajar Malaysia DI Indonesia (PKPMI) Pusat
UNPAD,BAndung

||Aku Pemikir|| berkata...

salam,

minta linkkan blog saya ke blog tuan dan minta link tuan juga..

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

sama2 kita berkongsi idea dan pandangan mengenai isu semasa di negara bumi kita tercinta!


khairul hafidz
YDP Persatuan Pelajar Malaysia DI Indonesia (PKPMI) Pusat
UNPAD,BAndung

Tanpa Nama berkata...

kenape la penjara pudu tak di jadikan 'the most ghostly hunted house in the world' KAN LEBIH gempak...

Cari Blog Ini

Translate