Sebarkan video ini untuk elakkan kita membuat dosa fitnah yang lebih besar dari membunuh !!
Firman Allah :
(ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
2 ulasan:
Saya tak tertarik dengan sumpah sesiapa pun. Anak saya yang kecil-kecil hari-hari main sumpah. Sumpah buat itu, sumpah tak buat ini. Anwar pernah sumpah sejak tahun 1998 di sebuah masjid di Johor, di Masjid Negara, tapi orang Umno tak percaya sumpahnya. Saiful sumpah pada 2008, akibatnya BN tewas di Permatang Pauh. Najib sumpah di masjid Penanti pada 2008, akibatnya orang Melayu beri majoriti besar kepada Anwar. Semua sumpah - sumpah Anwar, sumpah Saiful, sumpah Najib, malah jika sumpah Sang Sumpah-Sumpah bernama Ezam tu, semuanya macam sumpah budak-budak saja, ramai orang tak percaya.
Dalam artikel sdr PPC ini ada dimasukkan petikan firman Allah bahawa fitnah lebih bahaya dari membunuh. Masalahnya sekarang ini fitnah politik ada di merata-rata tempat. Fitnah paling dahsyat bermula pada 1998 hingga tilam pun dibawa ke mahkamah, tarikh pertuduhan terhadap Anwar 3 kali dipinda. Tapi akhirnya kisah tilam dan tarikh tidak jadi bukti penting di mahkamah. Aduhai, begitu hebatnya kesan fitnah.
Kini tokoh paling banyak dilempar fitnah ialah Anwar dan Najib. Mungkin kerana kedua mereka tokoh penting yang melakar senario politik negara. Bacalah blog pro-PR, sarat dengan sumpah seranah terhadap Najib. Lihat pula blog pro-BN termasuk kepunyaan PPC ini, sarat dengan sumpah seranah terhadap Anwar. Jadi semua blog ini: blog pro-PR dan blog pro-PR, 2x5, 5x2 saja, sarat dengan sumpah seranah terhadap tokoh yang mereka tak sukai.
Kita tidak suka diri kita, keluarga kita, tokoh pujaan kita disumpah seranah, tapi kita sendiri membiarkan diri kita dan rakan-rakan bloggers kita menyumpah seranah tokoh-tokoh yang tidak kita sukai dalam blog kita. Apa maknanya ini jika bukan 2x5, 5x2? Apa maknanya ini jika bukan hipokrit? Jika tidak mahu orang berlaku tidak baik kepada kita mengapa kita enggan berbuat baik kepada orang lain?
Tidak bolehkah kita berhenti seketika menyumpah Najib dengan gelaran Altantuya dan Anwar dengan Al-Juburi?
Berhentilah menyumpah seketika. Berhentilah memfitnah seketika. Tapi mampukah kita menjadi umat Muhammad yang baik? Terlalu sukar, bukan?
HIMPUNAN DAULAT TUANKU
"ADAT BERBANGSA HIDUP SERUMPUN! ADAT BERAJA KESETIAAN DIRIMBUN!" Suatu Himpunan akan diadakan bagi menyemarakkan semangat perjuangan Melayu Merdeka. Ayuh! Kita bebaskan diri daripada penjajahan oleh "musuh". Kita mesti bangkit dari tidur dan lena nan panjang. Kini professional Melayu hanya 34% dan kuasa ekonomi kita hanya 19%. Kita perlu Sedar dan Insaf! Melayu mesti gagah di nusantara ini. Melayu mesti menjadi contoh dan tauladan kepada semua insan. Melayu mesti bangkit dari kejatuhan! Melayu kita jugalah yang menjadi penghuni Pusat Serenti, GRO Kelab Malam dan Pelepak di jalanan. Kita kena majukan Melayu. Melayu mesti Maju. Kita mesti buangkan yang keroh dan mendakap semua kejernihan itu. Marilah kita bersatu atas nama Jama'aah yang satu biarpun kita punya beribu lambang, bendera dan logo. Kita mesti Bersatu Hati. Untuk apa? Kesinambungan kepimpinan dan warisan perjuangan hidup.
Catat Ulasan