SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendesak kerajaan negeri merombak barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai "mahkamah".
Beliau berkata Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, perlu bertindak lebih proaktif untuk memahami dasar-dasar kerajaan negeri jika berasa tidak puas hati dan musykil terhadap pelaksanaannya.
"Saya berharap YB Azmin Ali membuat siasatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang tersalah sasaran," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Azmin meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak barisan anggota exco yang didakwanya gagal melaksanakan tugas.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat desakan berkenaan kerana antara lain dipercayai kecewa dengan pelantikan anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kegagalan barisan exco memajukan Selangor.
Azmin turut membidas fungsi MTES yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan prejudis, sekali gus dikatakannya tidak baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.
Yong juga berkata Azmin tidak sepatunya menyalahkan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hanya kerana beliau mengumumkan senarai anggota PBT yang tidak lengkap bagi penggal 2009/2010.
"Kejadian ini berlaku kerana salah satu parti komponen (Pakatan Rakyat) tidak dapat menyelaraskan senarai anggota PBT parti tersebut pada masa yang ditetapkan dan mengakibatkan YB Ronnie Liu terpaksa membuat pengumuman pada tarikh yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," kata beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri.BERNAMA
( SUMBER : MSTAR ONLINE )
KOMEN PANGLIMA :
Khalid Ibrahim sudah dikritik oleh kawan yang juga orang kuat DSAI iaitu Azmin Ali. Beberapa sudut perlu dilihat mesej tersirat di sebalik kenyataan tersebut -
1- Bertujuan mengalih isu yang sedang melanda parti PKR berkenaan Kampung Pala yang begitu heboh diperkatakan di seluruh negara. Tindakan yang sama sebelum ini ketika Karpal menyuruh Anwar bertaubat bagi mengalih isu. Dan kesudahannya ialah Karpal masih lagi 'tidur sebantal' dengan Anwar di atas 'katil Pakatan Rakyat !! Lihat juga kes DAP Kedah yang membuat desakan menentang tindakan PAS Kedah dan hari ini ( semalam ) DAP kembali 'memeluk PAS' dengan 'asyik' sekali.. Drama yang sentiasa berulang.
2- Kenyataan akhbar bahawa DAP terkejut dengan statement Azmin juga satu sandiwara. Mereka berlakon dengan baik sekali demi mengelakkan rakyat melihat kes Anwar Ibrahim yang ditangguh lagi kepada 15 Julai ini. Kerana rakyat sebenarnya akan beralih sokongan kepada BN jika mereka sedar bahawa Anwar Ibrahim tidak berani berdepan dengan Saiful Bukhari kali ini..
3-Azmin Ali tidak sabar lagi menunggu untuk menjadi MB maka tindakan menggulingkan MB Khalid Ibrahim. Menurut satu sumber yang sahihi, adalah tidak mustahil bahawa orang-orang PKR sendiri akan menjatuhkan Khalid Ibrahim dengan mendedahkan satu persatu tindakan Khalid Ibrahim yang sangat cenderung kepada Cina DAP hingga mengenepikan bangsa Melayu di Selangor. Mereka yang kecewa tersebut akan mengedarkan email kepada blogger2 untuk disebarkan.. Jika saya mendapat perinciannya saya akan mendedahkan kepada anda Insya Allah !
Kesimpulannya : Geng Pakatan Rosak ( bukan Pakatan Rakyat ) adalah pakatan rapuh dan berpecah belah. Mereka menggambarkan kesatuan mereka kukuh namun mereka tidak bersatu hati sebenarnya. Perjuangan mereka hanya untuk melepaskan kebencian kepada lawan mereka yang terbukti berjaya mentadbir negara ini selama 51 tahun.
Jika anda ada senarai janji janji mereka yang gagal dilaksanakan maka sila edarkan atau siar di blog atau Facebook untuk kita tunjukkan kepada rakyat SIAPA LIDAH BERCABANG SEBENARNYA !!
SILA BACA DI SINI http://mymassa.com/myvoice/voice.php?blogid=10 CERITA AZMIN BAKAL MB BARU SELANGOR DAN JUGA ARTIKEL GAP http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008/11/mb-khalid-ibrahim-bakal-disingkirkan.html
KITA TUNGGU SAHAJA PENDEDAHAN TENTANG SALAH LAKU KHALID IBRAHIM DAN LAGI BAGUS JIKA PENYOKONG PKR KELUAR BERAMAI RAMAI DARI PKR SEBELUM IA AKAN JATUH SATU PERSATU DI SELANGOR. TIDAK MUSTAHIL KALI INI KHALID IBRAHIM AKAN TERPERANGKAP DAN TIDAK DAPAT LARI LAGI.
SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA.
gambar hiasan : GAP
8 ulasan:
SLM PANG5..MOHON IZIN NAK LINK BLOG PANG5 HEHEHE
ok jeff...tq
Alaa...nie semua lakonan puak Pakatan Riot sahaja..sengaja buat isu sebagai menutup isu yang yang sedang bergolak ..lepas tu mereka akan bercantum semula..apa lagi kocek pun leh penuh sama...contoh paling dekat kes kedah punya laa kecoh sampai keluar kenyataan keluar daripada gabungan pakatan riot...tapi tak sampai seminggu bertaut semula ..begini lah caranya puak PR untuk mengglamorkan diri...nextweek mesti ujud pula kes nizar...sebab sekarang nie cerita nizar zamrud tu dan pudar so sebagai untuk menyemarakkan isu tersebut supaya orang tak lupa puak pakatan riot akan mencipta isu baru...tak percaya tengok laa.
jangan terperdaya dengan game mereka, akan ada banyak lagi game-game yang pelik-pelik yang depa akan buat untuk divert isu liwat anwar....
salam ziarah..
Decoy. Ini semua decoy. Tidak lain hanya sandiwara utk mengalih fokus kpd ise...masih ingat filem 'Wag the Dog' lakonan Dustin Hoffman beberapa tahun dulu?
kumpulan peliwat memang selalu terkejut
Lepas ni episod baru akan muncul.. Harap harap lagi mendebarkan hahaha..
may be melibatkan Azizah pulak.
Contoh : Azizah dilapor akan menfailkan ke mahkamah kegiatan songsang Anwar selama ini dan beliau akan jadi saksi utama.
Jika Azizah sanggup mendedahkannya tentu rakyat akan dimomokkan bahawa BN sudah bayar Azizah
Tu adegan yang dapat kita jangka setakat ini jika ia berlaku.
terima kasih komen sahabat semua. Kita akan dedahkan lagi perangai mereka ini.
Perjuangan belum selesai.
Catat Ulasan