Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Ogos 2009

Edisi Merdeka : Ayuh Kita Merdekakan Rakyat dari Fahaman Komunis Pakatan Rosak !

Dulu semasa komunis bermaharajalela mereka cuma menjajah fizikal rakyat agar menyokong perjuangan mereka yang ingin memerintah Malaysia menggunakan kekerasan. Mereka fikir ketika itu bahawa kekerasan adalah pendekatan yang sesuai untuk menguasai negara kita. Namun mereka silap!

Mereka menggunakan pendekatan bersenjata dan pertempuran ala gerila.. dan mereka sedar mereka tidak dapat menawan dan mengalahkan tentera gagah berani negara kita yang gigih menjaga sempadan dan kedaulatan negara kita..

Lalu di era moden lagi canggih ini maka penaklukan minda dilakukan. Matlamat mereka bagi menjana keuntungan politik agar mereka mendapat kuasa hasil undian rakyat. Justeru berbagai cara baik dan lunak di mata orang Islam telah dibuat termasuk membaca ayat quran semasa berceramah, menaikkan elaun guru agama, mengagumi Saidina Umar Ibnu Aziz dan lain lain. Alangkah hebatnya psikologi yang mereka gunakan.



Sebenarnya jika sesiapa yang nak sesuatu tentu akan buat sesuatu dan tidak mengira berapa banyak dan bagaimana caranya. Asalkan rakyat memberikan mereka kuasa ( baca : undi ) dan selepas berkuasa tentu mereka tahu apa yang perlu dibuat untuk membalas dendam atas apa yang mereka rasai ketika kalah dalam pertempuran satu ketika dulu.

Jangan terkejut apa yang berlaku sekarang ini adalah 'belang' yang telah mereka zahirkan sedikit demi sedikit. Kes pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam adalah salah satu contoh terbaik yang kita dapat lihat. Bayangkan mereka tidak sensitif kepada perasaan umat Islam hingga akhir sekali umat Islam telah marah dan bangkit menunjukkan perasaan mereka sehingga terbawa sekali kepala lembu di dalam perarakan menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu tersebut. Jangan lupa isu-isu lain seperti tulisan jawi dan laungan azan di Selangor sebelum ini.

Apa motifnya kita tidak dapat teka. Cuma bagi yang
ingin menyemarakkan lagi kekecohan agar berlaku rusuhan, tentu sekali merasa gembira dengan tindakan tersebut. Kerana penganut Hindu tentu akan marah dan tidak dapat menerima tindakan yang bagi mereka adalah sangat menghina 'Tuhan' mereka ( Lembu adalah Tuhan penganut Hindu )

Jika perkara ini tidak dapat dikawal maka tidak mustahil rusuhan agama akan berlaku ! Yang bermasalah dalam perjalanan politik mereka tentu akan ketawa kerana rakyat telah melupakan masalah rasuah yang melanda parti mereka yang terlondeh dalam inkues Teoh Beng Hock yang kita semua telah ikuti tiap-tiap hari.

Maka, untuk itu pada pandangan saya eloklah kita tidak mudah masuk perangkap mereka yang inginkan perkara ini terjadi. Ingatlah bahawa pergaduhan kaum / rusuhan berdarah bukan budaya rakyat Malaysia. Bahkan kemakmuran kita perolehi adalah hasil dari kestabilan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa.

Apa yang perlu kita lakukan?

Pihak berkuasa perlu lebih tegas menangkap sesiapa sahaja yang memainkan isu dan sentimen agama yang boleh menimbulkan kekacauan dan membuka ruang kepada pihak asing atau agen mereka untuk mencetuskan huru hara. Ingatlah situasi yang berlaku di negara lain dan juga bagaimana yang terjadi di Thailand adalah hasil tindakan pihak yang menjadi alat negara asing untuk mengganggu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.


Jika kita terleka dan terlupa untuk memerdekakan rakyat dari terus dijajah pemikiran mereka agar menentang kerajaan maka kita akan terjajah sekali lagi pada PRU akan datang. Maka tugaslah kitalah sebagai blogger untuk memerdekan rakyat negara kita dari terus dijajah minda mereka oleh komunis versi baru yang mahu konsep KESAMARATAAN menjadi teras pemerintahan Malaysia seperti yang diamalkan di China.

Selamat Merdeka !


Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !

Merdeka !


14 ulasan:

Senjaliza berkata...

The cow-head sacrilege an ominous warning that Najib’s first National Day celebration as Prime Minister will go down as a Black National Day if the genii of racism and religious chicanery are allowed to get out of the bottle - Lim Kit Siang.

WARNING UNCLE LIM!

Jangan persenda Kemerdekaan Negara kita dan mengaitkannya dengan kepala Lembu. Kalo dia nyanyok takpe.

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Itulah ideologi komunis cara baru meresap ke dalam masyarakat sekarang yang mesti diawasi, meraka bukan lagi mengangkat senjata, memadai dengan kelalaian bangsa Melayu itu sendiri....

Nasionalis1982 berkata...

Salam...

Menjelang 31 Ogos, wajib tonton 1957 Hati Malaya.

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html

Xeno berkata...

MERDEKA!!!

Memang, kalaulah komunis betul2 memperjuangkan kemerdekaan, kenapa lepas Malaysia merdeka mereka masih menggempur rakyat?

Hahaha, Mao Zedong pun tak peduli dengan korang, biar kena baham harimau di hutan Jeli.

Nasionalis1982 berkata...

Salam Kemerdekaan

Menjelang 31 Ogos : Wajib tonton 1957 Hati Malaya

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html

Alan berkata...

selamat menyambut hari kemerdekaan yea yea

yb raz

Frodo Baggins berkata...

salam merdeka panglima!!!


merdeka

merdeka!

YANG GAMBI berkata...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

mail lambong berkata...

MELAYU MAKIN SESAT JIKA MASIH SOKONG UMNO.

ANDA BUKAN BLOGGERS PEMBELA NEGARA TETAPI BLOGGERS PEMBELIT NEGARA.

PEMIMPIN PEROMPAK MAKA PENYOKONG PALING KURANG PENYANGAK.

TUMBANG UMNO HIDUP AMAN DAMAI

mail lambong berkata...

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)

Panglima Perang Cyber berkata...

Faizal - terima kasih atas sokongan anda di sini.

Tahniah kerana anda telah memilih menyokong PAS yang telah 'mengharumkan' Islam dengan membenarkan bukan Islam menghina Islam seperti fatwa Nik Aziz baru-baru ini.

Benarlah PAS parti Islam bukan plastik seperti UMNO yang didakwa Islam Plastik.

PAS bukan parti komunis atau sesat. Hanya UMNO parti sesat dan pasti masuk neraka.

Tahniah Faizal kerana anda telah layak masuk syurga dengan ketaatan anda kepada Nik Aziz - penyimpan kunci syurga di Malaysia.

hahahah

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih kepada sahabat2 lain yang turut menulis komen di sini.

selamat merdeka !

Tanpa Nama berkata...

SALAM...SAYA CILOK PIC DR BLOG KAMU...HALALKAN TE..HEHEHE

PUTRAKENCANA berkata...

Salam Kemerdekaan buat semua rakan-rakan.

Kekalkan keamanan dan kesejahteraan hidup di Malaysia.

Mari kita berjuang menentang penderhaka Islam, Negara dan Bangsa.

Berjuang terus berjuang.

Cari Blog Ini

Translate