Pagi ini selepas subuh saya sempat membelek email Yahoogroups Perisik Rakyat. Tujuan saya ialah untuk mencari perkara yang perlu dinasihat kepada saudara seagama saya dari parti PAS. Mudah-mudahan mereka berlapang dada menerima nasihat saya.
Email yang memaparkan artikel dari blog di bawah telah menarik perhatian saya. Ia bertajuk : PAS perlu tendang UMNO dari blog http://sentuhanrakyat.blogspot.com
Dalam artikel dibawah beberapa penilaian dapat dibuat:
1. Pas merasakan dirinya makin kuat.
2. Pas telah menanam persepsi sangat buruk kepada lawannya melebihi kepada parti anti Islam iaitu DAP.
3. Pas sanggup mentarbiyah ahlinya berkata nista seperti kandang babi dan anjing kurap kepada Umno yang merupakan saudara seagama mereka juga.
4. Email ini juga kemungkinan disebarkan oleh geng hati berkarat yang lebih sayangkan DAP dari parti Melayu Islam Umno ini.
5. Ini juga adalah hasil tarbiyah Mursyidul Am mereka yang sangat jelas semakin berusia dan nyanyuk dalam berkata-kata. Malangnya kata-kata beliau sangat mengelirukan ummat dan menyesatkan sebilangan kecil rakyat.
Bacalah email di bawah dan anda boleh nilaikan sendiri apakah ini Islam asli yang dikatakan milik ekslusif PAS SAHAJA?
sekali lagi, wallahu a'lam.
Assalamualaikum
Begitu banyak rakan2 yang bertanya pandangan aku mengenai pergolakan kepimpinan PAS baru2 ini. Ramai pula yang cepat membuat pelbagai andaian mengikut persepsi masing2.
Bagi aku isu kepimpinan PAS ini sepatutnya tidak perlu menimbulkan sebarang masalah. Sejarah telah membuktikan pimpinan PAS bertukar ganti namun perjuangan Islam yang kita dokong perlulah kita sematkan dalam hati. Kita perlu menyedari jika pimpinan "kegemaran" kita dikeluarkan dari jamaah atas dasar mahu mengukuhkan perjuangan parti PAS maka seharusnya kita terima. Kita kena sedar Tuan Guru Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz atau sesiapa sahaja merupakan pimpinan kita untuk meneruskan jalan perjuangan menuju Islam yang syumul dan mereka termasuklah kita merupakan jentera perjuangan Allah swt. Oleh itu jika sesiapa pun atau diri kita sendiri dilucutkan jawatan maka perlulah kita ingat jika ianya demi menjaga perjuangan Islam itu sendiri maka kita perlu redha dengan takdir Allah ini.
PAS merupakan sebuah parti yang semakin hari semakin kuat. PAS merupakan parti yang tidak memerlukan bihun percuma dan air mineral lambang dacing untuk menggerakkan anak2 buah mereka melakukan kerja. Dalam PAS juga tidak memerlukan perebutan kuasa sehingga menyebabkan fitnah berleluasa. Tidak seperti UMNO yang bercakaran dan sanggup berbunuhan demi survival politik. Mereka amat memerlukan jawatan demi mendapat projek, balak haram, saham percuma, duit politik wang dan lain2. Malahan mereka juga sangat fanatik terhadap pemimpin mereka sehinggakan merasakan pemimpin mereka maksum. Kerana itulah mereka membutakan mata dan memekakkan telinga dengan menyokong pemimpin2 mereka yang terbukti melakukan rasuah, skandal seks, curi duit rakyat dan banyak lagi.
Sebagai pendokong PAS, kita jangan cepat melatah. Isu kerajaan perpaduan ini pastinya selesai dalam jangkamasa yang singkat. Sebagai penyokong PAS kita perlu merapatkan ukhwah dan bersifat terbuka dalam menerima sebarang keputusan pimpinan. Jika terbukti ada pemimpin yang memang mempunyai gerakan bawah tanah dalam menyatukan PAS dan UMNO maka singkirkanlah mereka. Bagi aku, bersatu dengan UMNO seumpama kita masuk ke kandang babi. Dalamnya penuh dengan najis yang sangat busuk. Mengapa perlu kita bersama dengan UMNO yang ternyata kehidupan mereka hanya penuh noda dan dosa. Merekalah yang telah membunuh pejuang PAS seperti Ibrahim Libya serta menabur fitnah Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat. Mereka juga lah yang memenjarakan ramai pejuang PAS di bawah ISA atas sifat ingin menutup segala kejahatan mereka. Terpenting sekali ialah mereka inilah golongan Islam yang membenci hukum Allah. Pelbagai fitnah telah mereka taburkan dalam memburukkan hukum Allah. Malahan mereka sanggup mencaci hukum Allah. Begitu juga dengan MCA dan MIC. Mereka redha MCA dan MIC mengutuk hukum Allah.
UMNO ini adalah umpama anjing kurap yang tersepit. Apabila mereka sedar orang2 cina dan India sudah tidak mahukan mereka lagi maka barulah mereka terhegeh-hegeh mencanangkan isu perpaduan orang2 melayu. Barulah mereka ceritakan di Perak perlu adanya kuasa orang Melayu untuk memerintah. Sedangkan rakyat Perak tahu selama BN memerintah, UMNO sebenarnya hanyalah proksi dalam kerajaan negeri. Buktinya, pemberian tanah yang banyak kepada MCA. Penjualan balak dan penebangan oleh ketua2 orang cina itu sendiri. Kilang2 yang tumbuh macam cendawan bukanlah milik orang Melayu tetapi cina. Bukankah UMNO juga yang banyak terlibat dalam penjualan tanah di Perak dan PEnang. Kenapa apabila nak terjaduh dalam lubang najis baru sibuk nak berbaik?
Pimpinan PAS perlu duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati. Sebagai penyokong PAS pula, kita seharusnya terus komited bersama PAS. Bagi aku janganlah ada sebarang penyingkiran pemimpin ketika ini. Bagi aku masing-masing ada silapnya. Dan bagi aku jika Tuan Guru Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz di singkirkan maka kesannya amat dalam dan pedih. Seharusnya PAS bergerak secara solo kembali. Biarlah kita tidak menang asalkan kita tidak bersekongkol dengan aliran yang lebih kurang sama dengan UMNO mahupun MCA. PAS sendiri cukup lama dan kuat dalam arena politik Malaysia ini. Eloknya PAS memikirkan untuk bergerak secara sendirian. Apatah lagi orang2 cina dan India sudah semakin terbuka menyokong PAS. Semoga PAS akan terus kukuh dan bakal merubah negara Malaysia yang tercinta ini di bawah kepimpinan Ulamak!
TAKBIRR!!
13 ulasan:
saya rasa ini kerja erdogan yang nakkan utk singkir hj hadi.
lihat tajuk pundah nampak.perkataan umno merujuk kepada presiden yg nak buat unity government.
tak abis abislah puak anuwa dan kussam ni buat hal.
aku yakin makin teruk geng erdogan ni kena sapu.
baik depa join pkr sahaja.
mereka yang menggelarkan diri mewakili rakyat adalah pembohong kerana rakyat tidak sesekali membenarkan perkataan hina dan keji dilontar kepada mana-mana pihak.
sebaiknya rakyat mendesak agar Pakatan Rakyat diubah kepada nama lain.
juga ubah nama Parti Rakyat Semalaysia.
Sekarang ini MOD group ini berada dalam kegusaran kerana terdapat beberapa nama yang sering menyanggah pendapat puak mereka telah disekat. Tuan MOD dan kumpulan penyokong tok janggut berjanggut sejemput ini takutkan kepada bayang - bayang mereka sendiri dengan pendedahan keburukan dan kepincangan oleh puak yang mementingkan keharmonian hidup didalam negara ini demi bangsa dan agama..sejak bermula PRK di bagan Pinang sudah jarang kelihatan pendedahan dan jawapan balas daripada ziee_lipan, fika_huda, Farhan, jamaludin dan ujang tganu. Mereka2 ini lah yang tahan telinga daripada cacian dan maki hamun oleh puak penyokong PR yang diketuai oleh Topeng Perak..
Disebabkan ketika ini banyak paparan yang mendedahkan kerapuhan pakatan yang Tuan Mod "yahoo group perisik rakyat" sokong segala mail mereka diatas telah disekat..kah kah kah begini lah perangai sebenar puak penyokong PR yang terlalu takut kepada kebenaran..
Pas ialah Parti dan Islam adalah agama.... jangan cemari agama dengan urusan parti yang menyesatkan...
Anak Lwnggong ; saya bersetuju dengan jawapan anda.
terima kasih
Mengata dulang paku serpih
Mengata orang, kamu yang lebih!
Apa bezanya panglima dan puak Blog Penjilat Najis (BPN) dan sesetengah orang dalam Pas itu? Sebenarnya bagi aku, orang yang tak ada parti ini, blog panglima yang pro-Umno dengan mereka yang dihentamnya dalam Pas, 2x5 saja. Jika Pas kata Umno macam anjing dan babi; panglima pun apa kurangnya, sering guna pelbagai kata-kata nista kepada Pas.
Bagi aku, Pas, Umno, PKR, blog hampeh BPN, blog hampeh Perisik Rakyat dll semuanya sama: hampeh!!!
yang sesat ialah golongan yang mengenepikan alquran dan sunnah dalam pemerintahan nya cuba nilai diri terlebih dahulu wahai bogger kita akan mati tak tahu bila jangan bersikap seperti orang tidak islam
berhati hati lah dalam bab agama kita semua akan mati
saya mengharap kan semua pihak harus meletak agama diatas dan menjadikan ikutan termasuk pihak pemerintah apa yang berlaku harini ialah kegagalan mentadbir secara islam yang baik
SALAM BRO..HARAP DAPAT PANJANGKAN ISU NI
Kecoh isu perjumpaan Blogger bersama Hassan Ali pada malam yang lepas. Apa yang sampai kecoh sangat ni??? Apa isu yang menarik sehinggakan Blogger Pakatan Al Banjari dan geng nya yang lain Kepanasan dengan artikel Gomo???
http://www.papagomo.com/2009/10/live-blogger-pakatan-kepanasan-dengan.html
Pembunuh Iblis : saya tak suka gunakan perkataan kesat dan maki hamun.
saya berpegang kepada prinsip etika dalam menjadi blogger.
kawan dan lawan akan hormat jika kita dapat membina imej yang tidak bercanggah dengan norma kehidupan.
Apatah lagi Islam.
Cuma apakah perbuatan geng PAS sekarang mengikut Islam diajar oleh Nabi Junjungan ?
Wallahu A'lam
Gomo : tahniah kerana dapat liputan.
Saya juga dapat dari Pahangdaily baru-baru ini.
Bila kebenaran didedah maka ada pihak akan 'lemas' dan 'panas'
teruskan perjuangan !
Ni cam golongan erdogan punya kata2 je....
Catat Ulasan