Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 November 2009

Edisi Hangat : Jakim kata Dr Asri palsukan kelulusan Syariah !

Jakim: Asri palsukan kelulusan Syariah

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'.

"Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif.

Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar syariah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan Mohd. Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay semalam.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dalam pada itu, Zamihan berkata, tindakan JAIS adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri.

Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.

"Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, dia perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri," katanya.

Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.

Menurutnya, golongan tersebut tidak mengikut pendekatan mazhab yang diamalkan di negara ini.

"Bacaan talkin, tahlil, wirid, qunut dan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat semuanya dikatakan bidaah sekali gus mengelirukan masyarakat di negara ini.

"Selain itu, kebanyakan hujahnya juga banyak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.


Sumber : Utusan Malaysia


Nota : Maaf kerana isu Dr Asri masih belum reda dan perlu diposting di sini mengikut selera pembaca.... harap maaf !

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya ada baca kisah seorang pensyarah uum di sini http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.5;wap2

yang belajar lughah arabiyah dan kembali sambung belajar syariah.

maknanya dua kali belajar untuk dua bidang berbeza.

harap dr asri tak dakwa dia lulusan shariah kerana major pengajian dia adalah bahasa arab.

Cari Blog Ini

Translate