Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 November 2009

Edisi Petang : Harussani, Uthman Muhammady, Daud Che Ngah dan Dr Mashitah bidas penceramah tak mohon tauliah !

Tokoh tak mohon tauliah dibidas

Oleh Nazura Ngah, Hazpaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.

Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.

Katanya, adalah wajar peraturan itu dihormati dan dipatuhi sebagai tanda menjunjung kedaulatan undang-undang dalam prinsip Rukun Negara.

“Sistem pentauliahan bertindak sebagai mekanisme kawalan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghidupkan amalan dan ajaran sesat.

“Saya tidak nampak kenapa peraturan seperti itu tidak boleh dipatuhi dan mereka yang enggan mendapatkan tauliah adalah mereka yang takbur. Doktor dan peguam juga perlu mendapat tauliah sebelum dibenarkan berkhidmat.

“Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.

Katanya, rakyat wajib taat kepada baginda sebagai ulil amri dan kuasa yang diturunkan kepada Jais untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama.


Beliau berkata, jika seorang tokoh agama menganggap dirinya berpengetahuan, matang serta beradab, maka lakukan dakwah secara intelektual, berdisiplin, beradab dan mengikut saluran sah tanpa provokasi, sensasi atau menangguk di air keruh yang akhirnya memakan diri.

“Kita kembali pada prinsip menyerahkan sesuatu kepada pihak berkuasa. Kita mengawal diri dengan disiplin dan adab secara berkesan untuk melihat isu selesai mengikut syarak,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.

Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat.

“Kini ramai penceramah luar negara juga datang memberi ceramah dan jika tiada sistem pentauliahan, akan ada ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan umat Islam. Ilmu dan kedudukan seseorang sehingga pernah menjadi mufti bukan lesen besar untuk memberi ceramah tanpa kebenaran,” katanya.

Mashitah turut mendedahkan beberapa penceramah termasuk bergelar datuk yang muncul di televisyen dan mendakwa graduan Universiti Al-Azhar sebenarnya gagal dalam pengajian mereka.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan stesen penyiaran mewajibkan semua penceramah mendapatkan pentauliahan daripada pihak berkuasa agama negeri.

Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah pula berkata, akidah umat Islam lebih mudah diseleweng jika sistem pentauliahan tidak dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, jabatan agama Islam wajar memberikan tauliah tanpa memilih bulu kerana ia boleh menyekat dakwah dan usaha meningkatkan syiar Islam.

“Dalam kes Dr Asri, beliau wajar disiasat untuk menentukan kesahihan dakwaan termasuk mengembangkan fahaman Wahabi,” katanya.


http://bharian.com.my



Komen :

Inilah kenyataan yang perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Tidak kira sesiapa pun kena dapatkan tauliah mengajar. Amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh JAIS kepada bekas Mufti Perlis ini tidak dilayan sehingga terpaksa dikenakan tindakan.



Yang peliknya ramai tidak dapat membezakan isu ini antara politik dan agama Islam serta perpaduan rakyat Malaysia. Sehingga timbul berbagai teori atas teori.



Meskipun begitu saya sendiri tidak akan berhenti mendedahkan dengan segala bahan dan penerangan yang ada untuk memberi persepsi yang tepat kepada pembaca blog saya. Keputusan terakhir terpulang kepada kebijaksanaan pembaca menilainya.


Meskipun ia berbeza dengan pandangan anda yang saya kenal atau tidak di alam maya ini.



Namun begitu saya pelik kenapa masih ada NGO yang menyokong bekas Mufti ini yang jelas melanggar undang-undang Negeri Selangor kerana tidak mempunyai tauliah, memberikan sokongan kepada beliau dan membantah tindakan JAIS tersebut.



Untuk melihat NGO yang membela Dr Asri ( adakah pro Wahabi juga ? )

boleh klik di sini :


Institut al-Qayyim, Pulau Pinang;

Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa Malaysia, Kuala Lumpur;

Institut al-Mizan, Negeri Sembilan;

Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Perlis;

Akademi al-Faqeh, Selangor;

INTIS Consultant and Training, Kuala Lumpur;

Yayasan at-Tibyan, Pahang.

Institut Ibn Kathir, Perlis;

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), Kuala Lumpur;

Pertubuhan al-Khaadem, Kuala Lumpur;

Yayasan Ta’lim, Kuala Lumpur; Islamic Propagation Centre International (IPCI), Pulau Pinang;

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar(IBH), Melaka dan

Gagasan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (GUASMA).

7 ulasan:

anWar tangguh lagi... berkata...

tauliah tu memanglah kena ada.. dah perintah sultan..
tapi, takkan lah JAIS tak pernah kenal dengan konsep "budi bicara"? sampai berpuluh penguatkuasa & polis kena datang.. itu bukan budi bicara.. itu macam nak pegi bertumbuk..

Tanpa Nama berkata...

YANG SALAH TETAP SALAH

TERMASUK MANTAN MUFTI PERLIS iaitu Dr ASRI YANG TIDAK MENDAPAT TAULIAH.

TAPI..

KENAPA JAIS PILIH BULU.....

RAMAI PENCERAMAH BEBAS SEPERTI TABLIGH.
PENCERAMAH POLITIK PAS.

PENCERAMAH DI SEKOLAH-SEKOLAH DIMANA USTAZ @ USTAZAH DIJEMPUT UNTUK MEMBERI CERAMAH KEPADA PARA PELAJAR, TANPA MEMOHON PERMIT atau TAULIAH DARIPADA JAIS.

PENCERAMAH YANG DIJEMPUT OLEH KERAJAAN NEGERI.
PENCERAMAH DARI KERAJAAN PUSAT.

TERMASUK USTAZ UTHMAN MUHAMMADY, DR MASHITOH, HAJI HADI, NIK AZIZ, ORANG KAPIAQ YANG BERCERAMAH DALAM MASJID.

DAN LAIN-LAIN LAGI PENCERAMAH TEGAR TERMASUK ISMAIL KAMUS....

ADAKAH MEREKA MEMOHON TAULIAH UNTUK BERCERAMAH?

MAKSUDNYA UNDANG-UNDANG JAIS UNTUK MEREKA YANG BERSEBULU, YANG TIADA BULU, KENA TANGKAP.....

ADAKAH ADIL UNDANG-UNDANG INI,

JANGANLAH JAIS BERSANDIWARA DALAM HAL TAULIAH. JAIS TIDAK TELUS SEMASA MEMPRAKTIKKAN TAULIAH YANG JAIS WUJUDKAN.

INI MENUNJUKKAN PEGAWAI JAIS, JENIS PEMALAS, MAKAN GAJI BUTA, BERSENANG ATAS DUIT RAKYAT, TAPI AMANAH RAKYAT DIPANDANG SEBELAH MATA.


maaf telajak kata....
Mereka kata, majoriti kakitangan di JAIS, ustaz dan ustazah di sekolah, majoritiNYA PENYOKONG TEGAR PAS.

Saya tak pasti....
Itulah yang diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

-Tumpang Lalu-
Alor Setar,
Kedah.

UNSPINNERS FAN berkata...

DR PORN ARRESTED FOR INVOLVMENT IN RUMORS OF THAI KING DEATH TO PROFIT IN STOCK

Sepandai-pandai cinma kelingh melompat, akhirnya jatug terkena mata sepet juga!



"BANGKOK – Forensic expert Dr Khunying Rojanansunanwas arrested today in a sweeping police action designed to put an end to malicious rumors about His Majesty the King’s health, which were blamed for a sell-off in the SET last month. "...


__"However, police believe that, if applied to sensitive topics, the statement might cause panic and disorder among the Thai public, which could threaten national security. "__


__"After her arrest, Dr Pornthip made a brief statement in which she pledged her loyalty to His Majesty the King but stood by her statement__

__She was immediately charged on a second count of violating Article 14 of the computer law by circulating false information concerning His Majesty.__

www.notthenation.com/pages/news/getnews.php?id=834





this siamese whore has finally been put a stop to. not only she insulted the king, she is also big time share manipulator.

and the best of it blows up in the pigfaces of the fakatan scum!!

takber!

unspinners fan berkata...

DR PORN ARRESTED FOR INVOLVMENT IN RUMORS OF THAI KING DEATH TO PROFIT IN STOCK

you silly cinapek n hindoo above better start crying now. your game to bring in doctor Porn is failed! i am serius here! no joke!

Sepandai-pandai cinma kelingh melompat, akhirnya jatug terkena mata sepet juga!



"BANGKOK – Forensic expert Dr Khunying Rojanansunanwas arrested today in a sweeping police action designed to put an end to malicious rumors about His Majesty the King’s health, which were blamed for a sell-off in the SET last month. "...


__"However, police believe that, if applied to sensitive topics, the statement might cause panic and disorder among the Thai public, which could threaten national security. "__


__"After her arrest, Dr Pornthip made a brief statement in which she pledged her loyalty to His Majesty the King but stood by her statement__

__She was immediately charged on a second count of violating Article 14 of the computer law by circulating false information concerning His Majesty.__

www.notthenation.com/pages/news/getnews.php?id=834





this siamese whore has finally been put a stop to. not only she insulted the king, she is also a big time share manipulator.

and the best of it blows up in the pigfaces of the fakatan scum!!

takber!

Tanpa Nama berkata...

JUGA KENA AMBIL TINDAKAN ATAS KHATIB JEMPUTAN DARI LUAR KHARIAH

Tanpa Nama berkata...

ada berita menarik

Court Okays Exhumation Of Teoh Beng Hock's Remains
SHAH ALAM, Nov 4 (Bernama) -- The Coroner's Court here on Wednesday allowed the family of the late Teoh Beng Hock, who was laid to rest more than three months ago, to have his remains exhumed so that a second post-mortem on him can be carried out.

Coroner Azmil Muntapha Abas also ordered that the second post-mortem be handled by a medical officer in the presence of four forensic experts, namely Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand of Thailand and another expert to be appointed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM).

However, details (of the second post-mortem) including as to when and where it will be conducted, will only be determined by the court on Monday.

Teoh was found dead on the fifth floor of Plaza Mazalam here on July 16 after being quizzed by Selangor MACC overnight. The Selangor MACC's office is on the 14th floor of the same building.

The family applied to have Beng Hock's remains exhumed following Dr Pornthip's testimony in the inquest into his death that there was an 80 per cent probability that Beng Hock was tortured and strangled.

Dr Khairul Azman Ibrahim and Dr Prashant, who are government pathologists and had conducted the first post-mortem, had told the inquest that it was possible Beng Hock, an aide to a Selangor state executive councillor, had committed suicide.



In Wednesday's proceedings, counsel Datuk Abdul Razak Musa, representing MACC, had drawn the court's attention to the fact that Dr Pornthip, who had volunteered to conduct the second post-mortem, was not qualified under Malaysian law to do so.



This was because her medical qualifications were not from any of the 250 medical universities recognised by the country.

Lawyer Gobind Singh Deo, who is holding a watching brief for Beng Hock's family, had urged the court to allow Dr Pornthip observe the second post-mortem to enable her to prepare a report on her findings.

"We also urge the court to allow Dr Pornthip testify again in court on her findings," he said, adding that Dr Pornthip would be able to be present for the second post-mortem from Nov 14 onwards.

He also did not object to Dr Khairul Azman and Dr Prashant being present or an independent forensic expert being appointed by the MACC.

Lawyer Tan Hock Chuan, representing the Malaysian government, and lawyer Malik Imtiaz Sarwar, who is holding a watching brief for the Selangor government, had no objections to the order.

Beng Hock had been quizzed by Selangor MACC over alleged abuse of state funds in the Selangor government.

His remains were buried on July 20 at the Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor.

-- BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

sumber lupa laks , http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=452441

Cari Blog Ini

Translate