Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 November 2009

Edisi Pagi : Luahan Hati Bogger Serikandi Isu Wanita dan Anak Digadai oleh PAS Untuk Elak Lompat Parti !!!

Saya membaca komen serikandi siber berkenaan isu Baiah Cerai Taklik Adun PAS pagi ini. Sungguh mengharukan kerana ia tulus ikhlas dari hati sanubari mereka sebagai seorang Blogger Serikandi yang pasti lebih dekat dengan naluri wanita yang sejati.

Saya tidak mahu komen cuma apabila mereka memberikan komen tentang isu yang melibatkan wanita dan anak tentulah ia petanda bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan Baiah Cerai Taklik yang diamalkan oleh PAS.

Seorang wanita yang waras tentu tidak akan tergamak melihat nasib saudara sejenis dengan mereka dipermainkan oleh lelaki. Apatah lagi oleh Parti bernama PAS yang mengaku lebih Islam dari parti yang lain.

Malang sekali perkara ini berlaku di tengah-tengah kegawatan sosial dan politik serta agama. Rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Mari baca komen mereka di bawah dan anda berikan komen pula jika ingin menambah atau mengurang komen-komen mereka ! Termasuk dari rakan lelaki kita yang lain di bawah..



srikandi melayu, 11:28 PM, November 09, 2009

Salam Panglima..
Astagfirullah..Nauzubillah..

Apa yg umat Islam sedang lakukan ini Panglima..mereka bermain dgn kata2 taklik dan talak..Sesungguhnya Allah S.A.W amat benci dgn talak wpn ianya halal..

pompuan yg layak seri panggil betina ini tidak pernah menyelami agaknya perasaan wanita lain bile berbicara..agaknya betina yg berckp ni patut merasa bagaimana kehilangan seorg suami apabila bertalak 3, Segala yg berlaku dipandang suci oleh puak2 PAS ni. Perjuangan apa yg pertaruhkan talak di Dunia ni..cuba beri satu cth perjuangan Rasullullah yg bole menyokong tindak tanduk mereka ni, Cuba kita gantikan baiah talak 3 ni dgn pertaruhan nyawa..berani ker mereka buat demi ISLAM..
Seri tanye ???

Beranikah talak 3 ini digantikan dgn pertaruhan nyawa utk jihat ke jalan Islam..Jawablah wahai puak2 PAS
Beranikah???
Beranikah???

Agaknya jgn kata nyawa,,utk kerat jari manis pun rasenya mereka ni tak sanggup utk baiah begitu,,Kalau betul keran ISLAM (Pertaruhkanlah nyawa anda bukan bini-bini anda..wahai puak2 PAS yg cerdik pandai) Bodoh mcm Batu





mawardesa, 6:26 PM, November 09, 2009

bila nafsu menguasai diri...beginilah jadinya. agama diperdagangkan...perkahwinan diperjudikan..MasyaAllah






lagenda, 12:10 PM, November 09, 2009

Salam Ziarah......

Tiada ap yang pelik bagi muslimat PAS melainkan terpaksa menyokong apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS.Depa ni lebih hormat kepada pimpinan tertinggi PAS dari suami mereka sendiri.Tu yang jadi celaru habis .

Arif Omar, 12:28 PM, November 09, 2009

YB TU WANITA MURAHAN. SEBAB ITU DIA SANGGUP DIPERDAGANGKAN DAN MEMPERDAGANGKAN PERKAHWINAN

sikucingsiam, 1:17 PM, November 09, 2009

salam...apa kata kita cadangkan pulak semua isteri yang menjadi wakil rakyat buat mcm tu kat somi depa pulak? termasuklah depa yang dok taksub sangat menyokong baiah yang tak masuk akal tu...baru depa ada akai!!

Apai Ngelai, 2:09 PM, November 09, 2009

Kata itu doa... apabila muslimat PAS tersebut membenarkan perbuatan bai'ah terang-terangan maka seolah2 dia mampu hadapi dugaan Allah itu sekiranya ia berlaku kepada keluarganya sendiri. Mohon petunjuk Allah agar kita dijauhkan daripada semua amalan PAS yang melampau melebihi kehendak Islam itu sendiri.

Anonymous, 2:17 PM, November 09, 2009

Untung jadi jantan dlm PAS ni isteri boleh disuruh apa saja...agaknya para jantan dlm PAS ni suka nikah perempuanyg bodoh..lagi bodoh lagi bagus..senang tenyeh..hasilnya lahirlah baka melayu yang super bodoh..perasan diri macam Arab walaupun orang arab sebenarnya menyampah kat melayu...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.

Ideolgi itu lebih bahaya dari sebutir BOM....PAS sudah diresapi ideologi komunisme.

Tanpa Nama berkata...

SALAM PANGLIMA..

NK SAMBUNG KOMEN CIKIT LAGI..LEPAS GERAM
Perjuangan Islam itu tidak mengorbankan org lain utk jihad..
tetapi diri sendiri sebagai perisai pertahanan pertama utk taruhan syahidnya..Bodoh mcm batu

Batu pun tk bodoh mcm korang puak2 PAS..sekurang-kurangnya batu tu pandai berselawat dan mengucap kalimahsyahadah kepada penciptanya.

Bawak2 mengucap kalimahsyahadah

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman berkata...

salam panglima

Inilah padahnya apabila harga sebuah perkahwinan perlu dibayar demi kekuasaan serta kerakusan politik...Jelas menunjukkan PAS seolah-olah sengaja mempermainkan hukum demi meraih politik...dimanakah akal fikiran kepimpinan PAS..ingatlah bai'ah memang ada dalam Islam tetapi bukan untuk meraih kekuasaan dalam politik...jelas menujukkan PAS seolah-olah mempermainkan Agama Islam

Radio 60'an berkata...

terdesaknya pas ... hm... ertinya, tiada kebebasan la kita nak mnyertai parti politik? dayus sungguh pas.

http://akudanradio.blogspot.com/

Xeno berkata...

PAS menjalankan bidaah. ntah2 pas juga pendukung Wahhabi

Tanpa Nama berkata...

salam. Kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz..

KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, sengaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

-----------------------------------

So saya minta hentikanlah fitnah ini kerana pembohong tidak disukai Allah s.w.t. Nasihat saya banyakkanlah sumber bacaan, jgn jumpa blog, terus bagi komen tanpa soal selidik. Sekian. Moga Allah merahmati anda semua. Salam.

Cari Blog Ini

Translate