Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 November 2009

Edisi Pagi : Pelik Apabila Muslimat PAS sokong Baiah Cerai Isteri dan Anak !!

MAKLUMAN : TULISAN WARNA MERAH ADALAH KOMEN PANGLIMA TERHADAP BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA.


Muslimat Pas pertahan bai'ah ( walau menganiayai kaum wanita dan anak mereka )

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.

Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.


Kenyataan amalan baiah untuk menguatkan azam pemimpin PAS adalah disanggah sama sekali. Bagaimana mereka akan dapat menjadi penegak kebenaran jika diri sudah diikat dengan cerai taklik jika lompat parti ?


Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.


Kasihkan parti tak sama kasihkan agama. Kerana agama atas DARJATNYA dari parti PAS. Suruhan agama melarang dari memperjudikan maruah dan nasib anak isteri demi perjuangan politik yang sempit. Ini adalah satu kesalahan besar ahli agama dalam PAS yang memperalatkan cerai taklik demi kepentingan peribadi yang dijadikan alasan atas nama parti...


bayangkan budak sekecil ini kehilangan kebahagian angkara Baiah Cerai Taklik celaka ini ?


Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.


Terbukti amalan ini sudah lama diamalkan dan tidak wajar lagi ia dinafikan dan diamalkan pada masa hadapan. Kegagalan membasmi amalan songsang ini pasti menyebabkan ramai orang akan terseksa dengan cerai taklik yang melibatkan isteri dan anak serta maruah diri dan keluarga yang pasti tercemar jika cerai sudah terjatuh dengan tindakan mereka melompat parti. Bayangkan jika ia terjadi pada ibu kita, adik kita atau anak saudara kita ?



Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.

"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.


Ini adalah kenyataan seorang yang begitu taksubkan perjuangan mereka yang dirasakan untuk menegakkan Islam. Walhal Islam tidak menyuruh mana-mana individu yang memeluk Islam untuk membuat cerai taklik kepada bini dan anak mereka jika keluar dari Islam.

Mana besar keluar parti dengan keluar agama ? Tentu anda tahu jawapannya. Jika benar cerai ini penting tentu ia akan digunakan oleh Nabi demi menghalang umat Islam keluar dari Islam.


Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.

"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.

Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.


Satu lagi pandangan begitu kontra dengan perjuangan Islam sebenar di dalam mengangkat martabat wanita agar tidak disalahguna oleh mana mana pihak samada parti, suami atau sesiapa pun.

Memang benar tidak ada paksaan menjadi calon namun mengadakan Baiah yang menzalimi anak isteri calon jika ia berlaku akan menyebabkan 'kezalimana' yang boleh memudarakan institusi keluarga dalam negara kita.



Lihat firman Allah agar melayan wanita dengan baik :

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).


( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #19)


Maka adakah ada sebab untuk diceraikan seorang wanita yang menjadi isteri kepada calon PAS hingga menyebabkan anak kehilangan ayah ? Fikir-fikirkanlah moga Allah memberi jalan hidayah yang benar kepada kita semua.

gambar hiasan : dari blog http://thebluekiller.blogspot.com/


Sumber berita : http://www.utusan.com.my/utusan/

11 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarah......

Tiada ap yang pelik bagi muslimat PAS melainkan terpaksa menyokong apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS.Depa ni lebih hormat kepada pimpinan tertinggi PAS dari suami mereka sendiri.Tu yang jadi celaru habis .

Arif Omar berkata...

YB TU WANITA MURAHAN. SEBAB ITU DIA SANGGUP DIPERDAGANGKAN DAN MEMPERDAGANGKAN PERKAHWINAN

sikucingsiam berkata...

salam...apa kata kita cadangkan pulak semua isteri yang menjadi wakil rakyat buat mcm tu kat somi depa pulak? termasuklah depa yang dok taksub sangat menyokong baiah yang tak masuk akal tu...baru depa ada akai!!

Ali Abdullah berkata...

Kata itu doa... apabila muslimat PAS tersebut membenarkan perbuatan bai'ah terang-terangan maka seolah2 dia mampu hadapi dugaan Allah itu sekiranya ia berlaku kepada keluarganya sendiri. Mohon petunjuk Allah agar kita dijauhkan daripada semua amalan PAS yang melampau melebihi kehendak Islam itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Untung jadi jantan dlm PAS ni isteri boleh disuruh apa saja...agaknya para jantan dlm PAS ni suka nikah perempuanyg bodoh..lagi bodoh lagi bagus..senang tenyeh..hasilnya lahirlah baka melayu yang super bodoh..perasan diri macam Arab walaupun orang arab sebenarnya menyampah kat melayu...

mawardesa berkata...

bila nafsu menguasai diri...beginilah jadinya. agama diperdagangkan...perkahwinan diperjudikan..MasyaAllah

Panglima Perang Cyber berkata...

Lagenda : mereka terpaksa jadi yeswoman..

semua yes belaka.

Arif : dia dah dapat jawatan dan dah bagi wala.tentu tak boleh melawan ketua.

Sikucing : saya setuju cadangan anda..jom ajukan kepada mereka.

Apai : mereka yg setuju akan rasa balik satu hari nanti apa yg mereka setuju hari ini.

Anon : untung ke ? hehehe

fidel castro berkata...

SALAM SEMUA.
APA YANG PERLU DALAM PERJUANGAN ADALAH KEJUJURAN. JADI KALAU TAKUT TAK USAH MASUK SAMA JUGA SEPERTI YG KITA TAU DADAH ITU SALAH KENAPA NAK JUGA? CUBA HURAIKAN APA ITU "HARAKIRI"

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima..
Astagfirullah..Nauzubillah..

Apa yg umat Islam sedang lakukan ini Panglima..mereka bermain dgn kata2 taklik dan talak..Sesungguhnya Allah S.A.W amat benci dgn talak wpn ianya halal..

pompuan yg layak seri panggil betina ini tidak pernah menyelami agaknya perasaan wanita lain bile berbicara..agaknya betina yg berckp ni patut merasa bagaimana kehilangan seorg suami apabila bertalak 3, Segala yg berlaku dipandang suci oleh puak2 PAS ni. Perjuangan apa yg pertaruhkan talak di Dunia ni..cuba beri satu cth perjuangan Rasullullah yg bole menyokong tindak tanduk mereka ni, Cuba kita gantikan baiah talak 3 ni dgn pertaruhan nyawa..berani ker mereka buat demi ISLAM..
Seri tanye ???

Beranikah talak 3 ini digantikan dgn pertaruhan nyawa utk jihat ke jalan Islam..Jawablah wahai puak2 PAS
Beranikah???
Beranikah???

Agaknya jgn kata nyawa,,utk kerat jari manis pun rasenya mereka ni tak sanggup utk baiah begitu,,Kalau betul keran ISLAM (Pertaruhkanlah nyawa anda bukan bini-bini anda..wahai puak2 PAS yg cerdik pandai) Bodoh mcm Batu

Tanpa Nama berkata...

Salam...bukan setakat isteri..nyawa ini kami insyaallah akan korbankan untuk Islam..Baiah ini sah mengikut mazhab syafiee..ngaji dulu sebelum komen..baiah ni memang disyariatkan ..then jangan cuba tafsir ayat al quran tanpa ilmu yang sahih..Insyallah bagi kami"Isykariman aumutt syahidan"

Tanpa Nama berkata...

Salam...bukan setakat isteri..nyawa ini kami insyaallah akan korbankan untuk Islam..Baiah ini sah mengikut mazhab syafiee..ngaji dulu sebelum komen..baiah ni memang disyariatkan ..then jangan cuba tafsir ayat al quran tanpa ilmu yang sahih..Insyallah bagi kami"Isykariman aumutt syahidan"

Cari Blog Ini

Translate