Saya masih lagi dalam keadaan dinasihatkan agar tidak risau. Tetapi saya terpaksa melanggar pantang tersebut kerana kewajipan saya sebagai blogger perlu dilunaskan dengan segera. Apatah lagi isu cerai taklik menggadaikan anak dan isteri jika lompat parti oleh Parti PAS. Walaupun perbuatan saya ini boleh jadi memudaratkan kesihatan. Tetapi saya bertawakkal dengan azimat ' La TaKhof Wala Tahzan Innallahha Ma'ana ' Insya Allah.
Isu cerai taklik talak tiga jika melompat parti adalah isu yang panas dan wajar menjadi perhatian ramai pihak. Jika didiamkan dan gagal diketahui rakyat maka isu ini akan kembali sejuk dan nasih anak dan isteri mereka akan kekal menjadi gadaian dan taruhan bagi kepentingan PAS sampai bila-bila. Ini kerana Jumhur fuqaha’ (Hanafi, Syafi’iy, Maliki dan Hanbali) berpendapat gugur talaq dgn lafaz ta’liq. Walaupun ada minoriti pendapat Ulama lain (aliran Wahabi) tidak begitu. Namun IJMAK atau JUMHUR FUQAHA adalah pegangan kita sebagai umat Islam.
Ia satu cara sangat keji, tidak bertamadun dan begitu hina di dalam menjadikan nasib isteri-isteri calon PAS sebagai bahan gadaian. Saya sangat tidak bersetuju walaupun mereka tidaklah menyokong UMNO dan memusuhinya. Namun mereka juga tetap manusia yang ada perasaan dan wajar diberikan pembelaan....
Saya petik sedikit komen dari Zulkifli Nordin berkenaan isu ini dengan tajuk ' Mempertuhankan Politik : Baiah Talak ' seperti berikut
Dan saya makin rasa terpanggil menulis isu ini apabila sahabat-sahabat wakil rakyat yang telah berbai'ah meminta saya membawa isu ini, apatah lagi ianya sudah pun menjadi isu umum setelah didedahkan oleh YB Ahli Parlimen tersebut. Mereka sudah tidak boleh menanggung bebanan yang dipikul, tetapi mereka tidak mampu untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. Namun mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar bagi mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.
Saya sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang dibenarkan syariat. Malah Nabi sendiri pernah mengambil bai'ah daripada para sahabat.
Tetapi dalam isu ini asas bai'ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.
Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai'ah politik ini.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan catatan Yb Kulim ini antaranya :
1. Wakil Rakyat PAS sendiri tidak bersetuju dengan isu talak tiga cerai taklik ini
2. Isu ini wajar diketahui rakyat kerana ia SANGAT BERCANGGAH dengan ajaran Islam yang mengangkat tinggi martabat wanita dan tidak dijadikan bahan gadaian/taruhan demi kepentingan mana-mana parti politik.
3. YB PAS yang berbaiah sendiri merasakan bahawa baiah keji ini satu cara menutup mulut atau langkah mereka agar tidak melompat meskipun selepas melihat kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS seperti membenarkan bukan Islam menghina Islam oleh Nik Aziz.
Bagi Panglima, inilah rahsia kenapa ramai YB PAS mendiamkan diri walaupun melihat satu persatu kemungkaran dan juga kesilapan haluan bahtera parti yang dibuat oleh pemimpin mereka. Kita fikirkan mereka diam kerana tidak mahu kecoh tetapi rupanya mereka diam disebabkan baiah yang begitu besar akibatnya jika dilanggar kerana membabitkan nasib isteri dan anak-anak mereka.
Jika pemimpin parti lain berani bertindak keluar parti apabila tidak bersetuju dengan pimpinan parti namun YB PAS dilihat seperti sudah 'dikasi kemaluan' dan 'hilang telor' kerana berdiam diri . Walhal ia disebabkan oleh baiah rahsia di atas yang baru diketahui ramai dan menjadi tajuk utama Akhbar Malaysia semalam tanggal 7hb November termasuk saya juga.
Bahkan rakaman audio tentang Baiah juga ada dirakam semasa pertemuan blogger dengan Timbalan Presiden PAS dan Datuk Hassan Ali dan ada dalam simpanan Mahaguru58 http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html . Ia hanya menunggu saat untuk diedarkan sahaja.
Apa yang berlaku kepada PAS sekarang ini bagi Panglima adalah :
1. Saat kejatuhan mereka selepas kemenangan besar pada PRU 12 Mac 2008. Di mana isu yang menimpa PAS hingga hampir meranapkan parti mereka tidak ubah seperti 'teori domino'. Namun kenyataan Hj Hadi yang hingga kini masih lagi mahu kekal bersama Anwar dan Lim Kit Siang akan semakin merosakkan imej PAS dan boleh menjahanamkannya..
2. Ia juga balasan doa mereka kepada UMNO seperti 'pergi jahanamlah UMNO' dan doa agar UMNO porak peranda....Satu persatu pergolakan menimpa PAS seperti desakan menyingkirkan pemimpin pro UG oleh Nik Aziz yang mahukan PAS membuat EGM walaupun digantikan dengan seminar politik dan terbaru kebocoran rahsia baiah cerai taklik ini adalah hukuman Allah terhadap kesilapan mereka dalam berpolitik. Lagi malang pendedahan ahli akademik Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah ( Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya ) bahawa sokongan pengundi/ahli muda terhadapa pimpinan parti semakin merosot sebanyak 70 % adalah satu lagi tamparan hebat. Kajian berdasarkan sampel 2100 responden dari Pantai Timur dan Utara adalah petunjuk jelas PAS semakin teruk walaupun masih kekal bersama Pakatan Rakyat.
2. Semua yang berlaku adalah balasan Allah kepada PAs ekoran menggunakan agama untuk keduniaan ( seperti baiah cerai taklik untuk halang lompat parti ) hingga tergamak mengenakan baiah tersebut kepada calon parti sedangkan ia tidak melambangkan imej PAS sebagai Parti berteraskan Islam. Adakah ada nas dalam Al Quran atau Hadis yang menyuruh kita menjadikan maruah wanita dan anak-anak sebagai taruhan dalam menjamin kesetiaan ahli politik kepada parti yang mereka wakili ?
3. Kejayaan perancangan musuh Islam untuk melemahkan Islam hingga memecah-belahkan parti Muslim Melayu di Malaysia.
4. Kejayaan memburukkan Islam oleh parti mendakwa membawa perjuangan Islam hingga menjadikan tokoh yang sinonim dengan imej Islam telah dikecam dan direndah-rendahkan hingga membawa kepada penghinaan ajaran Islam secara tidak langsung oleh agen Yahudi dan Nasrani ini.
Apakah yang perlu kita lakukan ?
1. Mendesak baiah cerai taklik ini dibatalkan dan dihapus terus dalam sistem politik PAS
2. Meminta agar isu isteri dan anak dijadikan sebagai gadaian untuk menjamin kesetiaan ahli parti tidak lagi diamalkan dalam sistem politik PAS.
3. Membantu usaha mana-mana pihak menyatukan dua parti Islam terbesar di Malaysia iaitu PAS dan UMNO serta menolak usaha mana-mana pemimpin atau ahli parti yang menghalangnya.
4. Menyedarkan penyokong PAS bahawa mereka perlu bertindak segera agar PAS memisahkan diri dari Pakatan Rakyat demi kesucian Islam atau bergabung dengan UMNO untuk membentuk Pakatan Nasional yang boleh menjamin kestabilan ekonomi di saat krisis global yang melanda dunia hari ini....
Saya percaya kita masih belum terlewat dan kita masih punya banyak masa..
Ayuh ! Jangan tunggu lagi saudara/i ku sekelian.
8 ulasan:
tambahan :
Muslimat PAS pertahan baiah..
di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
ertinya mereka sokong tindakan menggadai anak isteri dalam baiah calon PAS.
ish...ish...ish
Panglima, saya nak tambah sikit. Ni ha
Bai'ah aniaya isteri
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 7 Nov. - Amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, di dalam Islam, penceraian tidak berlaku berdasarkan bai'ah tertentu tetapi apabila suami melafazkan taklik terhadap isteri.
''Ini masalah politik, kenapa soal politik kita nak menganiaya isteri pula," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani diminta mengulas pendedahan beberapa pemimpin Pas bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Menurut mereka, bai'ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan reaksi negatif daripada banyak pihak terhadap bai'ah yang diamalkan sesetengah pemimpin Pas itu yang disifatkan sebagai menindas kaum wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa.
Assalamualaikum Datuk Panglima.
Saya belum siarkan isi rakaman tersebut sebab ada di antara perkara yang di dedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor itu menyentuh perancangan beberapa Exco Selangor yang jika tidak dibantah Dato Dr Hassan Ali pasti mencetuskan polemik besar terhadap nilai kehidupan umat Islam di sekitar Selangor.
Kami yang merakam perjalanan majlis dailog itu di minta memgang amanah tidak menyiarkan kandungan rakaman tersebut ke pengetahuan umum.
Bab bai'ah taklik jatuh talak 3 jika YB PAS belot tidak termasuk bab yang di minta kami pegang amanah itu maka sebab itu saya dedahkan sehingga ribut politik berlangsung sampai ke hari ini, menghentam PAS!
Cuba bayangkan apa akibatnya jika saya atau Al Banjari menyiarkan seluruh isi kandungan majlis dailog bersama ketiga pemimpin PAS dimalam itu?
Kami akan berdosa memecah amanah Dato Dr Hassan Ali dan PAS besar kemungkinan akan terjejas terok di arena politik semasa.
Walau saya di tuduh dan di cap sebagai BLOGGER UMNO padahal saya hadir di sana sebagai BLOGGER MUSLIM, saya tetap tidak akan membocorkan rahsia yang di amanahkan pada kami kerana ianya bertentangan dengan pegangan saya selaku seorang penulis blog MBA.
Saya akan dedahkan jika diizinkan Dato Dr Hassan Ali sahaja selaku tuanrumah dan hos majlis dailog itu.
Harap maklum.
Saya pendokong Gerakan Perpaduan Ummah!
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
depa wala' ketua katanya....
wala' ke taqlid? macam diorg ni dah ada ajaran sendiri
PAS = Ayah PIN
Salam Ziarah....
Puak-puak PAS ni buat apa pun tak pa.Cuba kalau UMNO yang buat Bai'ah ni hangit depa kutuk tang depa semuanya halal sampai institusi kekeluargaan pun depa main-mainkan .
Mahaguru = Saya ingat ada dalam rakaman. Tapi tak mengapa yg penting isu baiah ini sudah diketahui oleh masyarakat.
lebih-lebih lagi para penyokong PAS khasnya bahagian muslimat.
Blood = mereka sudah nak jadi mcm tu..doakan agar sedar cepat.
Lagenda = mereka halal semua benda. sebab mereka sahaja masuk syurga.
PAS seperti menjalankan industri pelancuran terhadap Wakil Rakyat mereka. Talak3 yang di wajibkan adalah sama seperti memastikan'ayam daging' di rumah pelacuran tidak melarikan diri.
Dulu boleh laaaaa.. semua orang ingat apa PAS buah boleh, halai, tak ada yang jijik dan kotoq. Tetapi la nihh haaaaa satu donia dah tau..sesungguhnya Pas penuh dengan nanah, darah, sopak, kurap panau dan mungkin AIDS politik dan ummmah.
salam kepada semua sahabat..mungkin sahabat2 tidak faham fungsi bai`ah dalam pas..lagi pun tidak menjadi perlembagaan dalam pas bahawa calon pas perlu berbai`ah..ia di buat atas kerelaan..
sebenarnya baiah taklik cerai bukan bertujuan untuk mencemar kesucian rumahtangga atau hendak menganiaya anak bini tetapi ia berkaitan dengan akidah orang yang berbai`ah (orang umno susah nak faham)dasar perjuangan pas adalah menegakkan negara islam (yang melaksanakan hukum Al Quran & Sunnah) jadi perjuangan pas merupakan perjuangan yang sangat mahal dan memerlukan pengorbanan yang besar..politik bukannya perjuangan hendak mendapat kuasa tetapi Politik dari sudut bahasa yang mudah untuk difahami menurut sebahagian ilmuwan adalah melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara itu.Politik juga dapat diertikan sebagai satu kegiatan ummah menyokong dan mendokong usaha melaksanakan syariat untuk merealisasikan Islam yang syumul dapat dipraktikkan melalui sebuah institusi yang menjadi penerajunya. (Umat dan Negara dalam Syariat Islam karangan Dr. Abdul Karim Zaidan.
politik umno tak sama dengan pas, politik pas tak sama dengan politik pkr & dap, politik pkr & dap mungkin sama dengan politik umno. perjuangan pas bukan untuk mendapatkan kuasa tetapi untuk mewujudkan suasana yang di tuntut syariah islamiyyah..sebab itu perjuangan pas mahal..setakat ini tidak ada calon pas yang lompat parti dan di beli kerana mereka faham konsep perjuangan pas..parti hanya wasilah dakwah pas bukan keutamaan..
mungkin sahabat2 pernah terlihat kekurangan dan keburukan yang ada pda sesetengah ahli pas.itu tidak menjadi masalah kerana kita semua manusia biasa..
mari kita buat bandingan: baiah cerai taklik yang di lakukan sesetengah calon pas dengan tindakan2 pimpinan kerajaan yang menggadai maruah islam (judi, lesen judi,arak,kilang arak,rasuah.komisyen melampau menggunakan duit kita,dll)yang mana lebih berat???? fikir2kanlah
Catat Ulasan