Menarik kerana isu penahanan Dr Asri telah mendapat perhatian Perdana Menteri yang telah mempersoal motif tindakan JAIS tersebut.
Dr Asri juga turut bertuah kerana mendapat sokongan ramai pihak Islam Liberal dan Islam Wahabi termasuk Sister In Islam, selain beberapa tokoh pembangkang seperti keratan akhbar Mstar Online di atas.
Paling menarik, rupa-rupanya Ketua Dewan Ulama PAS pernah mempelawa beliau menyertai PAS dan disiarkan di laman Dr Asri di sini http://drmaza.com/home/?p=764 selain pernah digosipkan akan menyertai PKR di sini
Apakah anda ingin mengetahui kaitan SIS dengan Asri ?
Sebenarnya SIS pernah dibela oleh Dr Asri. Klik laporan di sini http://mstar.com.my/berita
Meskipun ada beberapa perkara dia bercanggah dengan SIS namun beberapa perkara juga telah disepakati oleh beliau dan SIS.
Isu pengharaman buku oleh KDN turut disentuh oleh bekas Mufti negeri Wahabi ini yang turut disentuh oleh Sister In Islam. Tindakan yang bersifat ingin menjaga dari fahaman sesat dan menyeleweng oleh KDNK telah dikritik oleh bekas Mufti termuda Malaysia ini.
Lihat beritanya di laman berita pro Islam Liberal yang aktif mengangkat tokoh wahabi ini iaitu Malaysiakini di sini
http://www.malaysiakini.com/news/91015
Sepatutnya tugas mana mana agensi yang berada di bawah Yang Dipertua Agong atau Sultan sebagai ketua Agama tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Jangan kita terperangkap di sebalik isu yang berlaku kerana yang lebih besar di sebaliknya ialah kedudukan JAIS sebagai sebuah agensi agama di dalam menjalankan penguatkuasaan tidak mengira sesiapa dan gelaran yang dimilikinya.
Bukankah itu yang dikehendaki oleh rakyat dan diperjuangkan oleh kita dan mereka dari pembangkang ? Kita mahukan sesiapa yang bersalah ditangkap dan kita mengkritik apabila JAIS menangkap pesalah yang mengajar tanpa tauliah ini. Begitu juga ketika SPRM menangkap tokoh tertentu maka ramai yang mengkritik sedangkan tugas SPRM bukan diarahkan oleh mana-mana pihak.
Malang sekali ramai tidak melihat maslahat ummah di sebalik tangkapan terhadap Dr Asri yang turut ditolak oleh 15 NGO berhubung jawatan Ydp Yadim baru-baru ini.. Jangan lupa bahawa fahaman wahabi sangat berbahaya dan Osama Laden antara yang mengikut ajaran ekstrim ini.
Lihat blog pembangkang yang menyokong Dr Asri :
1. Blog Ketua Pemuda PAS http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/jais-tidak-profesional.html
2. Blog Pemuda PAS Perak http://dppperak.blogspot.com/
3. Yb PAS http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/bekas-mufti-perlis-dr-mohd-asri-zainul.html
4. Penarik Becaa http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/hujah-lawan-hujah-la-jais-oi.html
Bahkan Harakahdaily turut mengkritik tindakan JAIS tersebut (http://www.harakahdaily.net/)
Adakah begitu ramai sokongan menunjukkan Dr Asri berbaju Umno berhatikan PAS ? Saya rasa isu ini tidak melibatkan sesiapa kecuali kerana fahaman wahabi yang dibawa oleh beliau.
Sesiapa pernah bekerja di Majlis Keselamatan Negara tahu bahawa ancaman wahabi adalah antara ancaman yang boleh menggugat negara kita kerana ajaran yang ekstrim tersebut. Ia disahkan oleh kawan Panglima yang bekerja dengan JAKIM..
Jika ada tambahan sila tinggalkan di ruang komen bawah ini !
14 ulasan:
apabila kes ni berlaku ramai tuding jari kat hassan ali.
sedangkan ia tak ada kaitan pun dgn beliau.
apakah ini disebabkan PR nak tutup isu lain ?
atau kerana ia kerana nak tegakkan undang-undang ?
Assalamualaikum,
Sebagai individu yang bekerja di negeri Perlis, rasanya Pakteh adalah antara yang boleh mengulas isu mantan mufti perlis ini sebagai rakyat perlis.
Pakteh berasal dari Kedah dan bekerja di Perlis....
Tulisan yang mengatakan bahawa mantan mufti ini sebagai wahabi boleh difikirkan semula kerana saya cuba mencari pengakuan dari Dr, Asri tetapi tidak ditemui. yang ditemui cuma tanggapan bahawa wahabi berkembang di Perlis.
Pakteh juga berpandangan sedemikian dahulunya namun selepas melihat dan menilai secara peribadi, pakteh merasakan Malaysia bertuah kerana dianugerahkan ilmuan Islam yang sanggup mengkaji dan meneliti dan bukan hanya membaca dan menghafal.
Terus terang pakteh katakan bahawa, pada awalnya terasa janggal apabila doa qunut ditiadakan waktu sembahyang subuh, doa selepas solat jumaat diperlahankan (baca sendiri2). tidak ada talqim atau kenduri arwah...
pakteh mencari penjelasan...
sahabat sekelian, soal kenduri arwah dijelaskan oleh Dr. Asri dalam webnya. Begitu juga beberapa hal lain.
Selepas mendengar dan menilai, Pakteh bersetuju bahawa Negara sangat memerlukan tokoh sebegini yang kritis, lantang, dan mampu berfikir diluar kotak. Jangan terlalu sempitkan fikiran kita dengan hujah2 yang boleh dipertikaikan lantas kita menolak hujah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Dr. Asri pada kebiasaanya akan mengemukakan bukti hadis dan Al-Quran terhadap sesuatu isu dan ditampilkan fatwa dan pandangan ulama terdahulu.
Persoalannya sekrang…
Berapa ramai ilmuan Islam yang berani tampil kehadapan untuk memikirkan masalah umat islam dan penyelesaian isu secara terbuka. Malah Dr. Asri adalah dikalangan mereka yang boleh menerima kritikan secara terbuka. Fikirkan juga berapa ramai mufti, alim ulama yang memberikan akses kepada masyarakat untuk menerima pandangan mereka. Layari web Dr. Asri dan lihatlah bagaimana beliau mempergunakan kemudahan internet ini untuk tujuan dakwah. Webnya begitu tersusun dan begitu banyak artikel tulisan beliau samada pandangan, jawapan, tazkirah, ceramah, video yang boleh dikutip.
Bukanlah niat pakteh nak berikan kredit kepada Dr. Asri tetapi sebagai orang muda, pakteh sering tertanya-tanya mengapa itu dan ini dan kadangkala tidak dapat penjelasan dari tokoh agama yang terlalu berpegang kepada status quo….
Pemikiran mantan mufti Perlis ini seperti pemikiran Tun Dr. Mahathir namun keupayaan mereka adalah dibidang masing-masing.
Salam Panglima,
Kes Dr Asri adalah satu kes yang akan membuka lebih banyak isu-isu lain, apapun yang penting, masyarakat akan mula buka mata dan cuba mengetahui apa itu fahaman wahabi dan apa itu ASWJ.
Wahabi mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan punya tangan ghaib yang kuat menopang fahaman ini di Malaysia ini.
Namun kebatilan akan terserlah jua.
Syabas saya ucapkan kepada panglima yang berani menyuarakan pendapat dalam kes Dr Asri, kami akan sentiasa menyokong panglima. InsyaAllah.
Salam Saudara Panglima,
Ulasan saudara bagi saya adalah sangat adil, berdasarkan 'ilmu yang sohih dan tidak mengikut emosi. AlhamduliLlah.
Teruskan
Salam,
TokPakir
betulke beliau berfahaman wahabi? Dr Asri sendiri telah nafikan n kalau dia betul2 wahabi mesti kerajaan tak benarkan dio jd Mufti...
Ingatkan, blogger pembangkang yg kata Asri ni pengikut wahabi. Rupanya blogger pro Umno pun ada?
Bukankah Dr Asri lebih byk kritik Anwar? Dengan sajaknya dan kataannya. Tetapi kenapa sekarang lebih byk pemimpin pembangkang yg mahu menjemputnya? Mahu lembutkan hatinya dari kutuk anwar?
Saya setuju dengan TDM... jadi pihak ketiga... hentam dedua pihak.
assalamualaikum wbt. anda akan di pertanggungjawabkan di hadapan ALLAH secara bersendirian di akhirat nanti tentang semua yang anda telah tulis dalam blog anda.(selain semua perkara tentang kehidupan anda).. jika benardan sahih maka selamatlah anda...tapi jika anda telah melakukan fitnah terhadap seseorang dan tidak berlaku adil seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul..maka anda akan dibalas dengan hukuman yang setimpal...Apa anda bersedia untuk itu??? apakah sebenar fahaman WAHABI... adakah anda betul2 faham akan perkataan itu...jangan pakai main ikut buta tuli sahaja...sesunguhnya ramai akan terjerumus kedalam neraka kerana melakukan amal tanpa ilmu..hanya main ikut-ikutan sahaja...Sudahkah anda pastikan bab mana tentanh aqidah ustaz asri yang salah....bab ibadah (tentang solatnya, puasanys, hajinys serta ibadah yang lain)yang mana yang dikatakan salah..Malah kita tanya JAIS ..manakah perkara2 yang dikatakan salah yang diajarkan oleh ustaz asri? sila kemukakan...jika sudi adakan muzakarah ilmu dan bincang..tapi sayang yang ada di JAIS ......(tak perlu ana sebut)...
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2
ni ada link menarik kisah asri dan zamihan ni.
Salam Bro:
SAya selalu mengikuti blog saudara. Saya heran dgn pandangan anda terhadap Dr. Asri. Tuduhan pedas saudara terhadap Dr, Asri sungguh pedas dan tuduhan yg berat. Apakah saudara telah buat kajian? Membuat fitnah berat bro. Dr Asri adalah seorang Ustaz yg berani kedepan mempertahankan maruah Saiful. Dimana Ustaz dan alim ulamak waktu? Kalau tak kerana Ustaz Asri, Anwar dan konco2 sudahpun mengheret Saiful di mahkamah Syriah dan di hukum 80 sebatan. Kalau saudara sedar kesilapan telah berlaku, harap mohon maaf.
Salam,
Saya setuju dengan PakTeh. Cubalah Panglima ikuti ceramah Dr Asri. Mana WAHABI nya?? Cubalah berfikir dengan fikiran terbuka. Jangan kita terlalu terkongkong dgn fikiran orang tua2 yg hanya menerima apa tok guru cakap tanpa berani bersuara. Itukah ajaran Rasul kita??
Hamba dah jadi keliru.
Tentang Wahbi tidak patut dikembangkan di Malaysia, hamba faham dan dah jelas.
Tetapi Dr. Asri tu Wahbi hamba masih tidak jelas.
Panglima Pedang Serikandi dah linkkan sikit, tapi masih tidak jelas.
Lagi keliru apabila JAIS tak buat apa apa pendakwaan. Apa maksudnya.
Masa ditangkap pun tak disebut kerana Wahbi; cuma dikatakan sebagai mengajar tanpa tauliah.
Keliru keliru.
buat pakteh yang hanya 'menginap' d perlis dan buat mereka yang menyokong fikrah pakteh...
pelik melihat 'org luar' mengomen tentang kehebatan Asri di dalam kes ini.mengatakan Asri tidak pernah mengaku wahabi.Ya benar dan benar dan benar...
Disini saya cuba datangkan contoh...
Adakah saudara2 sekalian tahu bahawa yahudi tidak pernah mengaku nama mereka yahudi...dan x pernah suka org memanggil nama mereka sebagai yahudi.tapi adakah disbabkan tiada pengakuan mereka sebagai yahudi bermakna mereka tidak yahudi??macam mana kita boleh katakan mereka yahudi??Nahhh senang sahaja...kita boleh tgk manhaj dan fahaman mereka...
Pakteh dan seangkatan pernah dengar Al-Arqam??Nahhhh mesti pernah bukan...sesat ke tidak Al-arqam tu pakteh???Dah diharamkan oleh jakim maknanya sesat la pakteh...Pakteh dan kengkawan lain pernah dengar nama rufaqa'??kenal sapa rufaqa'??nah lagi buat buat pakteh dan kawan...mereka jugak Al-arqam...macam mna jakim boleh tahu mereka al'arqam jugak???senang saja pakteh,manhaj yang dibawa adlah sama jugak...fkrahnya sama jugak...
kesimpulannya...biarlah letak nmama apa sekalipon...hatta jundullah ker,habiburrahman ker...kekasih allah ker...asal kita boleh trace fikrah dan manhaj nya kita bolej tahulah kebenarannya...
Ahli Sunnah Wal jamaah (bersadurkan wahabi) ni mmg kita boleh tahu la...tengok kepada manhaj yang dibina dan juga fikrahnya...
Kepada pakteh dan rakan2 yg seangkatan...mengenai Ulama2 di Malaysia yang pakteh cakap xda seorang pon yang berani tampil untuk memberikan hujjah untk menyangkal dakwaan Asri...
Heheheh...jangan serampang 40mata sahaja pakteh n The Geng.Dah bersepah2 sudah...Buat pakteh n The Geng jugak...Islam ni syumul...bukan hanya sekadar Al-Quran dan sunnah sahaja yang menjadi sandran hukum di dalam Islam...ada banyak lagi...Dan major sandaran nya for sure la Quran dan Sunnah...
Ulama2 terdahulu sudah lama menutup perbincangan masalah2 kecil2 atau cabang2 @furu' yang ditimbulkan balik oleh Asri...kita ni yang hanya sekadar orang awam...kita xakan memahami kaedah2 yang dugunapakai oleh ulama untuk menentukan sumber hukum.jadi ikutlah manhaj dan hukum yang telah difatwakan secara jumhur..
kalau pakteh n The Geng ada masa lambang kajilah lagi dengan lebih teliti dan terperinci tentang manhaj ahli sunnah,manhaj istinbat hukum,kaedah2 berijtihad n sebangainya...insayaAllah akan bertemu dengan jawapannya.
akhir kata saya mengatur 10 jari memohon kemaafan diatas terkasar
bahasa.
ikhlas dari,
org perlis yg tersangat perihatin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih
Assalamu`alaikum
Saya bersetuju dengan pandangan pakteh.. dan saya kurang bersetuju juga dengan pandangan yang mengatakan perlu mengkaji selain hadis dan Al-Quran.. Tidak ada major atau minor.. Intipati Islam adalah 2 pegangan ini.. Jika berpegang kepada dua ini pasti tidak akan tersesat walau apa pun yang berlaku..
Saya menghormati Dr. Asri atas keberaniannya menegur walau pemimpin sekalipun.. Caranya menegur mungkin tidak melalui saluran yang betul namun jika ditegur melalui saluran yang betul pun siapa yang nak ambil kisah..
Tokoh-tokoh agama kita yang ada sekarang hanya pandai mengangguk tanpa sebarang ulasan kritikan terhadap pimpinan.. Memang ada sesetengah isu yang saya sendiri tidak begitu bersetuju dengan Dr. Asri. Untuk menghukum orang itu wahhabi atau orang ini wahhabi sungguh x sesuai.. Untuk menghukum orang itu sesat atau orang ini sesat.. Hanya Allah yang lebih mengetahui.. Mungkin kita kena bukak minda sedikit dan mengkaji apakah sebenarnya wahhabi.. Dalam cakupan pelbagai aspek. Siapa itu Ahmad bin Wahhab.. Ibn Taimiyah.. Ibn Qayyim.. Ibn Katheer.. Bukakan minda lapangkan dada.. Berdoalah agar Allah membuka hati kita ke jalan yang lurus dan benar..
Tidakkah boleh utk berdakwah tanpa memasukkan jarum racun fitnah sesama mereka yg dipandang sbg alim ulama ....tdk perlu mengejek dan mengata yg bukan2 jika ada kekhilafan kecuali yg nyata sesatnya dan sahih salahnya.... juga cukuplah berbincang sesama ulama tanpa membabitkan para pengikut jahil yg merasa sentiasa di pihak yg benar, yg merasakan org lain taksub&taklid padahal mereka pun sama saja...kerana mereka adalah golongan jahil yg merasa berilmu...
Catat Ulasan