Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2009

Edisi Petang : Blogger Pas dituduh sebar fitnah oleh Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad ??

Berita yang dibaca sebentar tadi dalam Harakahdaily di sini http://www.harakahdaily.net mengesahkan bahawa kecelaruan pemikiran pimpinan PAS dalam menangani blogger pro mereka semakin jelas dari hari ke hari. Sehinggakan PAS terpaksa merancang untuk membuat Konvensyen Blogger tidak lama lagi dan mengwar-warkannya dalam suara rasmi mereka di atas.

Sepatutnya mereka kena lebih terbuka dalam menerima kritikan yang ditulis oleh ahli PAS dan tidak sekadar pandai mengutuk UMNO dengan berbagai tuduhan dan fitnah. Apabila kebenaran dikatakan fitnah maka inilah yang terjadi, suara blogger PAS cuba ditutup oleh pimpinan PAS sendiri agar 'kemaluan' mereka tidak akan terselak oleh 'pena' blogger yang tajam seperti pedang.

Kata beliau :

Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu.

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.

Apabila Ketua Penerangan PAS yang digelar Ustaz bernama Idris Ahmad menuduh blogger PAS menyebarkan fitnah dan meminta mereka sedar maka ia sekaligus menuduh blogger PAS yang berani berkata benar adalah tukang sebar fitnah...

Saya nampak beberapa perkara tersirat dalam komen di atas , antaranya :

1. Ia adalah satu cubaan mengalihkan kesalahan dan kelemahan pemimpin parti kepada para blogger.

2. Atau ia satu cara yang difikirkan sesuai untuk melepaskan kemarahan kepada blogger PAS kerana pekung mereka sudah terbuka

3. Atau ia menandakan orang dianggap 'ulama' sudah tidak dapat menerima pandangan dan kritikan ahli bawahan dalam PAS dari kalangan blogger ?


Jika ini berterusan maka saya yakin beberapa perkara di bawah akan berlaku :

1. Blogger penyokong PAS akan meneruskan lagi kritikan mereka yang jelas tidak diupah oleh sesiapa dan berdasarkan fakta serta kebenaran.

2. Beralih arah dari menjadi blogger PAS kepada Blogger pembela negara ( menyokong dasar-dasar kerajaan )

3. Menjadi lebih agresif di dalam membongkar satu persatu putar belit ahli agama dalam PAS serta pemimpin lain dalam PKR dan DAP.


Saya sarankan inilah masanya mereka ( rakan blogger Pakatan Rakyat ) untuk memikirkan kembali kedudukan mereka sekarang ini. Janganlah kerana wang dan pangkat mereka sanggup menidakkan kebenaran dan mendiamkan kemungkaran yang semakin berleluasa samada dalam PAS, PKR atau DAP.

Ini tidak bermakna kelemahaan pentadbiran negara tidak boleh disentuh, bahkan seperti saranan PM kita sendiri yang mahukan rakyat turut sama memberikan idea bagaimana untuk membangunkan negara ini, haruslah disambut dengan terbuka dan bersungguh-sungguh membantu PM kita. Cuma, ia perlu berlandaskan konsep 'hikmah dan mauizah hasanah' ( bijaksana dan dengan memberi pengajaran yang baik ) dalam hal ini..

Yakinlah Allah melihat jihad kita membela kebenaran dan menentang kebatilan di alam siber ini dan pasti Dia akan memberi sebaik-baik ganjaran kepada kita . Tidak di dunia, pasti di akhirat akan ada saham kita di sana.


Sekian, mari kita berjuang dan berkata BENAR walaupun PAHIT !!!

8 ulasan:

semutapi berkata...

Rupanya masih ada pemimpin Pas yang ingat blogger pro-PR akan menyokong 100% apa yang mereka buat. Jika mereka berfikir begitu, mereka silap besar.Untuk makluman pemimpin Pas jenis itu (yang otaknya lebih kurang sama saja dengan pemimpin Umno), blogger pro-PR bukannya seperti blogger BPN yang kerjanya hanya menjilat BN sahaja tanpa menggunakan kewarasan fikiran. Jika masih ada pemimpin Pas yang berfikir sama seperti blogger BPN sebegitu, mereka boleh minta bantuan blogger BPN untuk menjilat tibuh mereka dari kaki hingga ke ubun-ubun!

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, konvensyen blogger PAS ini juga akan berbincang menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan 'cyber troopers' Umno BN, dalam ertikata, mereka tidak mahu ada kelompok-kelompok tertentu yang menghentam sesama sendiri.....

Macam mana dengan blogger pro UMNO ? tidakkah dapat dikumpulkan dalam satu konvensyen...... apa yang dilihat ada juga yang lebih menyindir, menghentam sesama sendiri, ada pulak yang kaki hasut supaya memulau sesama blogger dalam UMNO...... apa dah jadi...

Tanpa Nama berkata...

SLM PANG5..TU LAAA..KETUA2 GEROMBOLAN PENYANGAK PAS SUKA SGT BUAT FITNAH 24 HOUR A DAY..7 DAY A WEEK!..365 DAYS A YEAR! AND KEEP CONTINUE FITNAH AND TOHMAH! (AISEYMEN SKIPING OMPUTEH PLAK heheh). BILA BLOGGER DIORANG CKP YG BENAR PUN DIORANG SENDIRI DH X PECAYE!..LAWAK2!!..HAAA TABUR LAGI FITNAH WEIII PAK AJIS, ERDOGEN & THE GANG!!..BIAR TELUNGKUP ENTE2 SEMUA SHEKALI GUS! KEHKEHKEH YEHAAAAA!!!!

Ali Abdullah berkata...

salam panglima,

kawan paling suka ayat ini jadi kenyataan - 2. Beralih arah dari menjadi blogger PAS kepada Blogger pembela negara ( menyokong dasar-dasar kerajaan )

jiwakita berkata...

salam......

pemimpin mereka telah sedar akan power
fitnah dan caci maki yg mereka pelopori
kepada pihak musuh sehingga tiadalah dpt
kawal lagi scenario penyokong mereka...

fitnah dan cerita palsu yg dicipta oleh
bloggers pro mereka amat menakutkan....
ditakuti menjadi liabiliti sahaja kepada
nilai perjuangan islam dalam Parti PAS...

Pada masa yg sama blogger pro mereka
sudah ada kesedaran utk menempelak
pemimpin mereka!

inilah nilai kebebasan!

Tanpa Nama berkata...

maaf sekadar untuk minta pandangan berkenaan dengan video tentang anuar ibrahim ni...

http://www.youtube.com/watch?v=heplhfWXC3c&feature=player_embedded

Panglima Perang Cyber berkata...

semutapi = adoiiiii sakitnya...

hang ni memang pandai gigit orang noooo..

tp ayat anda saya suka pada " Rupanya masih ada pemimpin Pas yang ingat blogger pro-PR akan menyokong 100% apa yang mereka buat. Jika mereka berfikir begitu, mereka silap besar."


Yang Gambi : kita mungkin boleh adakan konvensyen yg sama. bukan utk menyedarkan tetapi mengingatkan sesama kita tugas blogger dlm membela agama bangsa dan tanah air.

Jeff = kita doakan moga mereka akan sedar di mana kebenaran di mana kebatilan.. tq jeff

Apai = tak jadi ahli umno pun x pe...asalkan faham dasar2 yg dirancang oleh ulil amri kita,kan?

tq komen apai.

Jiwakita - tq sudi komen di blog picisan saya ini..kehadiran anda sangat bermakna bagi saya.


ayuh mari kita bertekad untuk satukan umat Melayu Islam kita seperti yang terbina semasa zaman Khalifah Khalifah hingga binatang buas tidak lagi ditakuti oleh mangsanya.

Allahumma Amin..

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Salam Panglima.

Nampaknya Medan Cyber yang selama ini dicanang oleh Pakatan Khawarij ini sebagai milik mereka nampaknya mula beralih arah.

Teori mereka dengan mengatakan dunia cyber yang 'ditinggalkan sementara' oleh UMNO dan Barisan Nasional pada PRU12 yang lalu kini menjadi satu medan yang ditakuti oleh mereka.

Selama ini sikap UMNO dan BN yang hanya berdiam diri apabila diserang menerusi blog sudah mula bergoncang apabila lahirnya ramai para bloggers dari mereka yang menyokong dasar Kerajaan mula mempamerkan kemahiran mereka mematahkan hujjah.

Perbezaan yang terdapat pada bloggers Pakatan Khawarij ini ialah mereka hanya bertindak sebagai pembuat fitnah dan tidak pernah menampilkan fakta yang kongkrit dalam berhujjah. Mereka berhujjah berdasarkan hawa nafsu dan logik akal.

Berbanding bloggers pro Kerajaan, yang berhujjah berdasarkan fakta semata-mata. Dan inilah kelemahan mereka yang kini menjadi duri dalam daging bagi mereka.

Selain itu sifat Kerajaan hari ini yang lebih terbuka dalam menerima kritikan juga penyebab kepada kurangnya sokongan kepada mereka. Mereka mengatakan mereka adalah pemerintah yang terbuka. Sedangkan pada hakikatnya mereka mengamalkan dasar diktator yang tinggi. Mereka mencanangkan amalan kebebasan dalam media. Namun apabila terdapat diantara kalangan mereka sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan kelompok mereka, maka mereka akan menggelarkan puak-puak ini sebagai Pro-Umno atau talibarut.

Inilah kelebihan kita bloggers yang mendukung aspirasi negara. Kita boleh berbeza pendapat, namun dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama dan bangsa kita sependapat.

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Cari Blog Ini

Translate