Wakil rakyat Umno itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.
kemaskini 12.25pm Bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.
Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.
Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.
kemaskini 12.15pm Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.
Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.
Macc dpp appled bail at Rm16000.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syafeera Mohd Said membenarkan ikat jamin RM10,000.
kemaskini 11.50pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.
Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjalan tidak lama lagi selepas mereka menunggu kira-kira tiga jam.
Mohd Yahya dan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dijangka akan dituduh dahulu sebelum tiga yang lain.
Pembantu kepada Ronnie Liu tiba kira-kira jam 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman (foto).
Mohd Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.
Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan.
Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.
Kira-kira 100 orang, termasuk ahli-ahli parlimen (MP) Umno, berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Antara MP yang hadir ialah datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Ahmad Hamzah (Jasin), and Hamim Samuri (Ledang) and Salleh Kalbi (Silam).
Halimah berkata, wakil-wakil rakyat BN yang hadir itu mewakili Kelab Penyokong Kerajaan.
Menurutnya, kira-kira 70 penyokong Umno dari Sabak Bernam turut hadir.
Sementara itu Ronnie, yang turut hadir di mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka.
"Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," katanya.
Menurut Ronnie, pembantunya itu akan diwakili empat peguam, yang diketuai oleh Cha Kee Chin, juga ADUN Kepayang, Negeri Sembilan.
Wong disiasat SPRM berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Sungai Pelek, yang diselianya.
sumber : Malaysiakini
Komen Panglima :
Ini adalah bukti SPRM adalah badan bebas tidak menurut perintah mana mana pihak.
Jika benar SPRM adalah alat UMNO maka tentu tidak akan ada YB dari parti pemerintah yang akan didakwa.
Persoalannya : sejauh mana fakta ini dapat diterima oleh penyokong PAS,PKR dan DAP ?
Satu lagi persoalan, kenapa gambar bersongkok YB Sabak Bernam digunakan sebagai hiasan dalam artikel berita ini?
Adakah ada maksud tersirat atas apa yang tersurat ???
Wallahu A'lam.
8 ulasan:
SLM PANG5..INILAH MASANYA SPRM BERTEGAS DLM MENGUATKUASAKAN UNDANG2. JGN BAGI MUKE KAT LAHABAU2 PENGKHIANAT NEGARA. TAK KIRA SAMA ADA DIA DARI BN ATAU PEMBANGKANG. YG SALAH TETAP SALAH!
SADAQALLAH HUL AZIM. TAMAT
SPRM sedang mengamuk... Satu lagi bukti bahawa Najib memang bersungguh-sungguh dan bersikap telus.
1 Malaysia.
Satu strategi yg bagus. Dgn itu tidak ada parti mana akan buat tuduhan sembrono kerana masing2 pun 2 x 5 juga..
Aku respect tindakan SPRM.....kali ni jangan bagi chans langsung......DAKWA...TETAP DAKWA....tak kisah la BN ke PKR ke...PAS ke.......sama je.......ketelusan Perdana Menteri harus di sanjung tinggi.....HIDUP PM.....
Salam PPC, pembangkang ini tidak akan berpuashati kalau SPRM dakwa puak-puak mereka, kalau dari UMNO-BN pulak dia orang kata 'kambing hitam'...
Pendek cerita, mereka macam komunis juga, akan bawa dakyah kerajaan UMNO-BN zalim dan kejam....
Tuan,
Mengapa MP-MP UMNO BN hadir bersama yang kena tudoh MP Sabak Bernam kerana RASUAH, apakah MP UMNO BN menyokong Rasuah, bagi sokongan moral pulak tuuu...haiya dunia apa macam....manyak olang hilup lalam lunia ini cakap tatak seleba bikin looo...manyak hilup mau lunjuk bek oii..itu ka mau jali pemimpin...sebab itu bangsa lain lebih mudah memerintah Melayu. Panglima cyber pun akan tunduk hormat kalau Maniam atau A Chong yang jadi KETUA..untuk apa ...PERUT.
Org2 UMNO yang kaki rasuah ni ada kemungkinan besar untuk melompat ke PKR...jeng jejeng
DAP tu memang ramai kongsi gelap..cartel besar woo Ronnie Liu.
PKR - dah tau, mereka nih ahli2 reject umno yg xleh buat keje dan suka duit. (tak true)
Catat Ulasan