Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Disember 2010

Amaran Kepada Pakatan Haprak - BPN akan serang habis-habisan sesiapa sahaja yang biadap kepada Sultan !!!


Insiden kegagalan Pakatan di Perak nampaknya cuba diulang di Selangor kali ini apabila calon yang diperkenan oleh Sultan Sharifuddin untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak diterima oleh pembangkang. 

Di Perak apabila wakil rakyat mereka berpaling tadah sehingga kuasa gagal dipertahankan, mereka telah mencipta 'gempa politik' seperti bersidang di bawah pokok selain memboikot perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak serta mencemarnya dengan pergaduhan.

Nampaknya mereka cuba menggunakan taktik yang sama untuk mengekalkan kuasa di Selangor yang semakin 'tidak bermaya' akibat kekacauan dalaman yang semakin parah dari hari ke hari, dengan menimbulkan polemik dan krisis dengan pihak Istana. Tindakan ini jelas bagi menutup kegagalan mereka menguruskan kejayaan besar merampas lima negeri pada PRU yang lalu agar matlamat ke Putrajaya pada PRU 13 akan berjaya.

Mereka sememangnya semakin terdesak akibat  'serangan demi serangan' oleh Perdana Menteri yang gigih memperkenalkan satu demi satu program di bawah payung - 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, telah mengambil tindakan kebudak-budakan ini walaupun tahu akhirnya penipuan mereka akan terdedah juga satu hari nanti. 

Di Perak seperti kita tahu, kekecohan demi kekecohan yang berlaku   jelas menzahirkan kepada kita bahawa mereka tidak ada rasa hormat kepada Sultan yang mana telah bertindak bijak mengikut peruntukan perlembagaan. Jangan mudah lupa bagaimana mereka memboikot majlis angkat sumpah serta enggan memakai songkok termasuk memijak gambar Adun Bebas Melayu adalah tindakan tidak bertamadun mereka sebenarnya.

Jelas Tindakan Sultan Perak yang memanggil wakil rakyat bebas dan Barisan Nasional sebelum memberi perkenan Dr Zambry sebagai MB, adalah jelas menunjukkan keadilan baginda di dalam memperkenan mana mana pihak menjadi Menteri Besar tanpa cenderung kepada mana mana parti.

Merujuk kepada situasi di Selangor, perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi,54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari telah diketahui pada 27 hb Disember yang lalu. Ia diumum oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau akan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis 2010.
Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.Tempat beliau di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki jelas telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menurut Ketua Setiausaha Negara seperti laporan yang dikeluar oleh Bernama. Bagi mengesahkan perkara tersebut Setiausaha Sulit DYMM Sultan telah membuat kenyataan akhbar sekali lagi pada 28 Disember 2010 yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini http://utusan-malaysia-online.com/lantikan-pengarah-jais-suk-muktamad-kata-istana-selangor

Selepas MB Khalid Ibrahim telah menolak perlantikan tersebut dengan memberitahu sudah mempunyai calon sendiri, beliau memberitahu media massa mahu mengadap Sultan dan membawa nama calon-calon pilihan pembangkang. Sayang sekali beliau tidak diterima mengadap kerana DYMM Sultan Sharifuddin bercuti. Malu besar MB Selangor apabila permintaannya ditolak dan diketahui seluruh dunia !!!
Apa yang dapat dilihat oleh rakyat dalam kes ini ialah tindakan tidak menerima calon yang diperkenan Ketua Negeri merangkap Agama Islam oleh seorang Menteri Besar berbangsa Melayu beragama Islam sangat melukakan hati dan perasaan kita semua. Khalid sanggup demi kuasa, menolak calon Sultan dan mahu mengenengahkan calon beliau yang sudah tentu tidak akan diperkenan dengan segera oleh baginda.
Keputusan tidak menerima perkenan Sultan bagi rakyat adalah jelas perbuatan orang yang mahu menderhaka kepada Sultan. Jika bekas Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin ditolak atas alasan tidak diterima oleh pembangkang maka adakah MB sekarang ini disukai oleh Sultan ? Sewajarnya beliau sendiri disuruh meletak jawatan kerana terbukti gagal memastikan surau dan masjid Selangor bebas dari dijadikan medan politik seperti mana yang dikehendaki oleh DYMM Sultan. Beberapa kali juga perjuangan songsang Pakatan telah ditegur oleh DYMM Sultan kerana mengancam hak hak Melayu Islam di negeri dan negara kita.
Jangan lupa baru beberapa minggu yang lalu rakyat dapat melihat bagaimana DYMM Sultan Selangor telah diketepikan semasa memorandum air SYABAS. Lihat bagaimana MB Selangor secara sengaja menghantarnya kepada YDP Agong di Kuala Lumpur. Sedangkan masalah air yang melibatkan perbalahan antara Syabas dan beliau berlaku di negeri Selangor yang masih ada Sultan. Jelas dalam hal ini Pakatan Rakyat menerusi Khalid Ibrahim ingin menghiris hati Sultan Selangor ekoran ketegasan baginda mempertahan agama Islam serta bangsa Melayu dalam titah dan perbuatan baginda. 
Kini rakyat sudah tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan menjatuhkan Raja untuk diganti dengan mereka yang rakus dengan kuasa untuk mencari habuan dunia. Rakyat tahu dan sedar institusi Raja bukan 'menggadaikan' ketuanan Melayu Islam bahkan menjaganya dengan jiwa raga. Raja dan institusinya perlu dikekalkan dan rakyat hanya menjalankan perintah dan titah baginda, bukan sebaliknya.
Dalam pada itu NGO pembela nasib orang Melayu PERKASA melalui Naib Presidennya telah membantah tindakan MB Selangor yang enggan menerima perlantikan Khusrin dengan mengancam akan mengadakan bantahan besar-besaran. Kita percaya PERKASA akan membuat apa yang mereka perkatakan berdasar apa yang berlaku sebelum ini. Siapa yang masih sedar kehebatan bangsanya akan marah apabila pemelihara hak warisan Melayu iaitu Raja kita, dipersenda dan dihina sesuka hati oleh segelintir rakyat yang tebal perkaumannya.
Menambah lagi 'luka' yang menghiris 'dada' bangsa Melayu dan institusi Diraja, ialah bapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Kit Siang yang sejak dulu sangat 'anti' kepada Melayu dan Islam serta Raja. Beliau turut memberi ulasan isu perlantikan SUK Selangor dengan mengatakan ia tidak selari dengan semangat perlembagaan. Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat. Justeru kata Lim   hujah-hujah sedemikian “sangat lemah dan tidak boleh diterima.”
Soalannya : bagaimana mahu membuatkannya selari dengan Perlembagaan ? Adakah selama ini perkenan Sultan tidak mencukupi untuk membolehkan seseorang SUK itu dilantik bagi bertugas di mana mana negeri ? Bukankah ia diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara telah mendapat perkenan Sultan Selangor ? Jadi apa lagi yang belum muktamadnya wahai MB Khalid Ibrahim ?
Tindakan ini jelas menampakkan kebiadapan beliau kepada DYMM Sultan Selangor yang patut dijunjung titah perintah baginda bukan dikritik sebarangan oleh rakyat biasa seperti beliau. Layakkah Lim Kit Siang mencampuri isu perlantikan SUK sedangkan beliau tidak ada sebarang hak sedikitpun mencampuri urusan tersebut ? 

Lagi malang apabila ada juga anak Melayu bergelar Adun Seri Setia seperti Nik Nazmi yang menjawat Pengarah Komunikasi PKR, yang berani melabelkan calon pilihan Sultan sebagai 'perkakas politik'... Tulisan di blog beliau berbunyi : “Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?” soal Nik Nazmi dalam blognya !!!

Adakah tidak biadap kata-kata ini yang jelas menyindir DYMM Sultan Selangor dalam memilih Datuk Mohd Khusrin Menawi ? Pemilihan baginda jelas tidak ada dicemari sebarang kepentingan politik dalam membuat keputusan melantik SUK Negeri melainkan demi untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat jelata. Nik Nazmi perlu memohon maaf secara terbuka bukan mengikut rasa dalam menuturkan sebarang kata-kata apatah lagi yang berkaitan Sultan dan Islam.

Dalam masa yang sama Penasihat PKR Anwar Ibrahim seperti mengiakan perkara tersebut apabila menyiarkan tulisan Nik Nazmi di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com/2010/12/29/kelayakan-khusrin-jadi-suk-selangor-dipertikai/ Tindakan dan tulisan Nik Nazmi seakan akan menjadi lidah tidak rasmi kepada beliau dan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Cuma ia dibuat dengan cara yang selamat yakni dengan menyiarkan tulisan sahaja tanpa membuat apa-apa kenyataan setakat ini kalau tidak silap saya.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi juga menuduh tindakan ini tidak ubah cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Selangor seperti yang dilapor oleh Harakahdaily. Katanya : Sewajarnya Kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.
Adakah SUK ini mampu menggoncang pentadbiran MB ? Bukankah jawatan ini bukan jawatan politik tetapi jawatan yang diputuskan oleh Persekutuan ? 
Lagi menggelikan hati Khalid Samad telah menuduh Sultan telah diperalat oleh Umno untuk merampas Selangor. Dalam hal ini Khalid Samad barangkali masih belum insaf dan tidak reti menjaga lidahnya agar tidak berterusan mencemar nama baik Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan tuduhan sedemikian.. Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.


Berita asal sila lihat di sini  http://www.selangorkini.com.my/my/berita/24720

Selepas menilai satu persatu komen pemimpin Pakatan maka adakah terlintas di akal fikiran kita, akan adanya jaminan Raja Melayu kita akan terus kekal berkuasa apabila Pakatan ini menang dalam PRU akan datang ?

Adakah akan semakin sejahtera negara kita atau akan semakin huru hara apabila kaum pelampau dari bangsa Melayu seperti Anwar dan Nik Nazmi, Cina seperti Lim Kit Siang dan India seperti Karpal Singh ini diberi  kuasa menjaga negara?

Adakah masa depan cerah boleh diperolehi melalui buku Jingga 100 Hari Pakatan Rakyat yang jelas ghairah dalam menjanjikan bulan bintang tetapi akan dilanggar juga akhirnya apabila menang seperti yang berlaku di negeri yang mereka kuasai sekarang ?

Anak Melayu Islam perlu sedar hal ini dan kebangkitan kita perlu dimulakan sekarang untuk menghalang mereka, bukan menunggu hingga esok atau lusa dan bukan menunggu musim pilihanraya.

Ayuh kita satukan tenaga anak muda kita, kaum ibu dan bapa serta alim ulama semua agar pertahanan terakhir yang cuba digugat oleh 'bidak' Dajal dan Illuminati ini akan dapat kita lawan dan sekat.

Jaringan internet insan yang sedar ancaman ini patut kita gunakan agar ia dapat membentengi maruah dan nilai diri Melayu Islam dan Malaysia buat selama-lamanya.

Kitalah yang terpilih melakukannya dan marilah kita menempa sejarah kebangkitan Islam dalam melawan musuh kepada agama, bangsa dan negara kita ini dengan membalas kembali pembohongan mereka sekuat mana yang kita mampu dan percaya.

Sejarah kebangkitan kedua Islam sedang berulang kali ini dari Timur dan kitalah yang akan menjadi antara kalangan senarai nama pejuang yang membinanya untuk menjadikan Islam kembali menguasai 2/3 dunia.

Ayuh kita berjuang dan jangan lagi duduk diam..


- Artikel ini akan dihantar kepada Utusan Malaysia dengan harapan akan disiarkan.


Terima Kasih PM Isytihar Jumaat Cuti Umum Sempena Rai Kejayaan Menang Piala Suzuki dan Video Aksi Menarik Perlawanan !!!



PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara


Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri). - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN




KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.

“Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah,” katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.

Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Dalam satu kenyataannya menerusi Bernama pula, Najib berkata, kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang dibanggakan.

“Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke hadapan pada tahap yang lebih tinggi.

“Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu tetapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar,” katanya.

Sementara itu, perasaan sama turut dikongsi Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan itu.

Menurut beliau, pencapaian itu lebih manis setelah menunggu 14 tahun untuk menjulang kejuaraan itu.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Muhyiddin percaya setiap rakyat pasti berasa megah, terharu dan paling utama bersyukur kerana kejayaan itu memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutama para pemain dan jurulatih, K. Rajagobal memburu kejuaraan itu.

“Saya ingin menggesa para pemain supaya terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, aspirasi itulah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak negara untuk terus merekodkan kejayaan pada masa depan dan kembali muncul sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah seluruh dunia.

“Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berjaya menerajui bola sepak Malaysia serta usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini,” katanya.


29 Disember 2010

Akhbar Jakarta Post akui penjualan laser meningkat dan turut promosi laser di lamannya walaupun pemain Malaysia jadi mangsa !!!


Syabas kepada pemain Malaysia yang telah tundukkan Indonesia dengan agregat 4-2 sebentar tadi. Kegembiraan di Stadium Bung Karno Indonesia ternyata turut disertai jutaan penonton dan penyokong Malaysia di seluruh Malaysia. Seluruh rakyat pulang awal ke rumah. Dan paling nyata : tiada kenderaan lalu lalang rumah Panglima dan nampaknya negara kita 'sunyi ' selama 90 minit perlawanan akhir Piala Suzuki dijalankan. Seakan 'burung garuda' terbang di atas kepala kita...

Namun apa yang dikesalkan  oleh kita bahawa akhbar Indonesia seperti ingin menyemarakkan lagi kemarahan rakyat mereka dalam insiden laser walaupun jelas pihak berkuasa telah pun memeriksa di pintu masuk agar tiada bahan terlarang seperti laser dibawa masuk. Iklan lampu laser telah diletakkan di laman web akhbar tersebut dan jangan terkejut...

Sepatutnya media massa atau eletronik mereka sepatutnya memberi pandangan yang adil lagi saksama. Janganlan esok dihangatkan lagi kekalahan ini kerana ia jelas hasil dari kesungguhan pihak Malaysia menjalani latihan sehingga luar negara tanpa perlu meniru taktik penjaga gawang Indon Markus baru baru ini.

Laman The Jakarta Post telah nyata memprovokasikan semangat rakyat mereka dengan mengiklankan laser  di laman webnya !!!

sila lihat sini




Final Piala Suzuki : Video Penalti Yang Berjaya Diselamatkan Penjaga Gol Cemerlang Kita Sebentar Tadi !!!



Jika ada pemain terbaik malam ini Panglima pilih Fahmi @ Penjaga Gol Malaysia !!!


Teruskan perjuangan pemain perwira negara sekelian !!!

Doa kami mengiringi langkah anda semua !!!!!!!!!!!!!



PENGUMUMAN : PERSIDANGAN MALAM INI DITANGGUHKAN HINGGA KE TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK !!!

MEMANDANGKAN MLM INI AKAN DIADAKAN PERLAWANAN PENTING FINAL PIALA SUZUKI AFF  MAKA PERSIDANGAN MAYA SAYAP BPN GENG FACEBOOKER MALAM INI AKAN DITANGGUHKAN KE TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.

SEHUBUNGAN ITU SEMUA FACEBOOKER YANG AKAN SERTAI PERSIDANGAN MAYA TERSEBUT DIMINTA BERSABAR MENUNGGU TARIKH BARU YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.

KELEWATAN INI DIMOHON RIBUAN KEMAAFAN.


YANG BENAR,



PANGLIMA PERANG CYBER

28 Disember 2010

Sekalung Tahniah > Pengerusi Umno Negeri & Felda & Bakal SUK Selangor Yang Baru !!!

Panglima baru sahaja sampai di rumah selepas keluar sekejap untuk bertemu kawan di satu tempat yang dikenali ramai di Negeri Sembilan... Pertemuan mingguan urusan 'bisnes' mencari sedikit rezeki tambahan dan peluang menambah rangkaian jualan. Cheguman Waadat ingin bersidang secara maya tetapi suasana tidak mengizinkan. Maaf Cikgu.

Maklumlah banyak yang perlu dibayar dan nampaknya agak malang tidak ramai yang mahu 'membantu' kita seikhlas yang mungkin untuk pindah atau tambah kredit dua tiga ringgit top up Panglima bagi mengakses internet.  Mungkin mereka tidak merasakan kesulitan dan kepayahan serta pengorbanan di dalam membina blog serta menulis artikel dalam mempertahan alif ba ta. Yang semua perlu menggunakan wang,masa dan tenaga untuk menyempurnakannya..

Tidak mengapa kerana perjuangan ini tidak diminta untuk dikenang atau diperkenalkan tetapi diharap keredaan Allah untuk kehidupan di alam yang berkekalan. Tiada siapa peduli blog kita ditutup kerana kita pun tidak diminta berdiri di gelanggang siber ini. Hanya semangat dan kemarahan kita sahaja yang menjadi bekalan untuk berjuang.

Semalam selepas rayuan memohon bantuan ikhlas dari pembaca blog Panglima untuk menambah kredit , hanya seorang yang sudi transfer RM10 untuk langgan prepaid broadband RM8 selama sehari. Tempoh  hari semasa isu AIDC dibangkitkan juga hanya seorang yang benar benar bersemangat membantu bernama Halim mengirim sms kepada Panglima...

Adakah ini petanda kelalaian Melayu dan dilema Melayu sehingga tidak lagi sempat berfikir bagaimana mahu menjaga negaranya akibat terlalu senang lenang dengan kemajuan yang ada ?

Sekarang baki kredit tinggal RM10.60 selepas ditolak RM8 sebentar tadi bagi menambah nilai prepaid broadband. Jika baki kredit hasil sumbangan tuan puan melebihi RM25 Insya Allah Panglima akan top up jumlah tersebut untuk kegunaan akses internet selama seminggu. Semalam dan hari ini Panglima hanya top up RM8 sahaja kerana itu sahaja yang mampu digunakan.

Moga selepas artikel ini ditulis akan ada ramai lagi hamba ALlah di luar sana yang akan simpati dan tidak kedekut menghulurkan top up untuk Panglima di No hp 012 3378780...




Kesempatan sedetik dua sebelum melelapkan mata ini Panglima ingin guna untuk menyentuh tiga perkara : 

Perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru bagi beberapa buah negeri yang BN kalah PRu 12, Pengumuman Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru serta kedegilan MB Selangor menerima calon SUK yang diperkenan DYMM Sultan Selangor.

Terlebih dahulu Panglima ingin ucapkan tahniah kepada semua Pengerusi Negeri yang baru bagi negeri Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang, Pengerusi Felda serta kepada Datuk Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) yang akan menjadi Setiausaha Negeri Selangor dengan perkenan DYMM Sultan bermula 1 Jan 2011.

Kesemua yang dilantik diharapkan tetap tawaduk dan istiqamah menanggung amanah demi menjaga ketuanan Islam Melayu dan negara Malaysia. Peluang menjadi ketua perlu diguna untuk menjalin persahabatan dengan semua kumpulan. Jangan berlagak dengan pangkat kerana ia punca perpecahan dalaman yang menjadi sebab kekalahan teruk BN pada PRU yang lalu. Bukan kerana Pakatan kuat. Tetapi kerana kelemahan dalaman sesama ahli yang tidak puas hati isu pemilihan calon dan juga beberapa isu lain.

Pemilihan Tan Sri Isa Samad juga sangat wajar selepas beliau menunjukkan kesetiaannya kepada parti walaupun tidak dipilih sebelum ini. Perlantikan menjadi Pengerusi Felda akan membolehkan serangan demi serangan akan dibuat untuk menepis dakyah palsu Mazlan Lima yang kuat menghasut peneroka untuk benci kerajaan dan negara kita... Dengan itu juga tenaga yang sudah lama tersimpan akan dapat digunakan semaksima boleh oleh orang berpengalaman seperti Tan Sri yang tahu bagaimana ingin menghentam kembali tipu helah Mazlan ALiman yang jelas karut lagi putar belit..

Apa yang kurang enak didengar di celah perkhabaran baik di atas ialah MB Selangor Khalid Ibrahim yang selalu digelar Khalid Gagap oleh rakan blogger, seperti tidak dapat menerima SUK pilihan DYMM Sultan dan mahu mengadap baginda untuk tujuan mengemukakan calonnya sendiri barangkali. Tidak percaya klik sini http://www.malaysiakini.com/news/151745

Apakah kenyataan KSN semasa mengumumkan SUK SElangor yang baru tersebut, bahawa perlantikan itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor tidak mencukupi ? Adakah KSN menipu rakyat Malaysia ?

Adakah Khalid Ibrahim kali ini tidak dapat menahan kemarahan lalu bertindak 'bersilat' sebegitu rupa tanpa reti bahasa menghormati institusi Diraja ?

Sudahlah beliau sengaja membuat demo air yang melibatkan masalah rakyat Selangor di Kuala Lumpur  untuk serah memorandum kepada YDP Agong tanpa merujuk masalah tersebut kepada Sultan Selangor, sekarang beliau sekali lagi seperti ingin mencemar 'air muka' DYMM Sultan dengan menafikan hak Sultan untuk memberi perkenan kepada sesiapa sahaja yang disukai baginda !

Jika Panglima berada di tempat beliau sudah pasti kenyataan biadap tersebut tidak akan dikeluarkan. Sepatutnya beliau membuat sedikit kajian samada benar atau tidak kenyataan KSN sebelum 'bercakap'...  Khalid jangan nampak 'bodoh' sangat dalam mengatur pertuturan agar tidak menyinggung mana mana pihak.

Jika dulu penderhaka macam beliau sudah lama kena sula atau dipancung sekeluarga...

Nyatalah Pakatan Rosak memang tidak pandai menjaga adab mereka dengan Sultan Selangor dari dulu hingga kini. Mereka sedar bahawa benteng umat Islam Melayu di Malaysia ini bersandar kepada Raja dan Sultan kita semua. Lalu mereka juga akan mencari jalan mencari keuntungan politik meskipun terpaksa membawa kepada penghinaan kepada Sultan dan Raja kita.

Percayalah satu perkara :

Jika hilang institusi Raja akan lenyaplah ketuanan kita tanpa sebarang 'batu nisan' dan papan keranda !!!


tak nak berubah lagi ? Tak mengapa kerana kita pun tidak paksa sesiapa pun menerima nasihat kita...

akhir sekali..........................................Lu pikirlah sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

27 Disember 2010

Video Gol Malaysia, Indonesia Akui Kalah Bukan Kerana Laser & Doktor Sahkan Laser Tidak Jejaskan Mata !!!




Indonesia Kalah Bukan karena Laser

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Teror sinar laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim "Merah Putih" kalah karena kesalahan individu seorang pemain.

Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl, seusai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010).

Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia, Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.

"Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau," ujarnya.

"Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok," tambahnya. -kompas.com



Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Pandangan Mata - Pakar Optometris
KUALA LUMPUR: Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.
Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.
"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.
"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laserpointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalamjarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.
Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.
"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.
"Mustahil untuk para penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.
Menurut Dr Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatansementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mataseseorang.
"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk mensasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.
Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu sekaligus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan. - BERNAMA


Video Sahkan Penyokong Indonesia Suluh Laser Ke Muka Pemain Kita !!!


Semalam insiden laser menjadi alasan pemain Indonesia menangguhkan perlawanan yang terhenti lebih kurang lima minit.

Mereka juga menggunakan isu yang sama untuk menutup aib mereka kalah 3-0 dengan Malaysia semalam.

Hingga Presiden SBY juga turut membuat kenyataan tentang isu tersebut.

Namun ramai tidak perasan isu laser telah menimpa pemain kita terlebih dahulu. Ia siap dibuktikan dengan rakaman yang ada di dalam Youtube.

Dalam hal ini Pejuang Maya  telah mendedahkannya di blog beliau. Syabas kepada PM atas pendedahnnya.



Anda boleh tengok juga ulasan sama oleh Hilbert di sini



Dalam video tersebut jelas Malaysia kalah 5-1 dan ada suluhan laser dihala ke muka pemain kita.


Tetapi ada kita bising ?


Harap tidak ada lagi kritikan tidak berasas pihak Indonesia tentang kekalahan mereka. 


Jangan salahkan lantai jika tidak 'pandai' menari !!!




26 Disember 2010

Catatan dan Gambar Perjalanan Panglima Kl - Kuala Terengganu - Kelantan

Semalam alhamdulillah Panglima telah selamat sampai ke rumah. Selepas beberapa hari pulang membawa anak isteri ke negeri tanah tumpah darah di Kelantan.

Perjalanan balik melalui LPT singgah di Kemaman sebelum bertolak melalui Kuala Terengganu - Kota Bharu.  Malam bermalam di hotel Shafura Kemaman sebelum meneruskan perjalanan keesokannya.

Kami sempat singgah di Taman Tamadun Islam yang begitu berbaloi dilawati jika anda ingin kenal dan mengenalkannya kepada anak anak tentang masjid yang popular di dunia Islam termasuk masjidil Haram dan Nabawi. Semua ada di sana dan anak anak Panglima gembira bergambar dengan replika masjid yang dibina.

Cuaca di Kelantan pada awalnya hujan namun beberapa hari kebelakangan ini semakin cerah dan kadangkala mendung.

Kelantan nampaknya masih lagi sama seperti dulu dan beberapa pasaraya sahaja yang bertambah. Yang lain tiada perubahan.

Ia bukan berkat Tok Guru tetapi limpahan projek Kerajaan Persekutuan sebenarnya (termasuk penjawat awam Persekutuan ) yang tetap ditabur kepada Kelantan walaupun tidak dipilih menjadi pentadbir negeri oleh rakyatnya. Sehingga menarik perhatian pelabur untuk membina Super Market seperti Tesco dan Giant.

Cuaca politik juga nampaknya tidak hangat seperti dulu di mana topik utama rakyat Kelantan sekarang lebih kepada perkara biasa.


Tiada lagi sumpah seranah kepada Kerajaan seperti satu ketika dulu akibat terpengaruh dengan hasutan dan dakyah palsu pembangkang.


Ini satu petunjuk yang bagus kepada Kerajaan tanda selari dengan kajian akademik yang menunjukkan sokongan rakyat kepada BN makin meningkat.

Faktor perpecahan PKR, pendedahan oleh bekas YB PKR dan juga penipuan PAS yang makin terdedah telah membawa kepada peningkatan tersebut di samping kejayaan demi kejayaan dan juga perancangan demi perancangan telah berjaya meyakinkan rakyat untuk menyokong kerajaan.

Penyokong PAS tidak akan memuji Umno / Bn tetapi mereka tidak lagi ghairah mempertahankan ideologi politik mereka seperti dulu. Tiada lagi isu yang mampu diguna sebagai modal kepada kutukan tidak berasas mereka kepada pemimpin kita.

Peranan blogger juga jangan dilupakan dalam hal ini. Mereka telah berkorban harta dan juga menggadaikan nyawa di dalam membawa mesej menerangkan kebenaran kepada rakyat. Lihat bagaimana Papagomo telah menerima ancaman akibat membongkar isu Adun PAS ditangkap dalam koc keretapi sebagai bukti betapa risikonya tugas menjadi blogger tidak seperti sangkaan sesetengah pihak. Blogger lain juga telah menerima ancaman sama sepert Medan Info, Parpukari, Megat dll....

Panglima sendiri terpaksa berhati hati dalam hal ini kerana kita sedar tidak semua suka pendedahan yang kita lakukan. Termasuklah menimbulkan persoalan demi persoalan kepada pemimpin mereka di dalam blog,fb atau twitter. Sehingga banyak persoalan kita gagal dijawab oleh pemimpin mereka sehingga terpaksa menyerang kembali dengan hujah yang bodoh lagi kabur.

Untuk pengetahuan sesiapa yang senang hati ingin membantu Panglima dalam berjuang di alam siber ini boleh membuat demikian dengan menambah top up kredit no handphone Panglima 012 3378780 atau menghantar kredit setakat mana yang mampu agar akses kepada internet dapat diteruskan tanpa sebarang sekatan. Mungkin jika ada lebihan itu boleh diguna untuk membantu prepaid kawan kawan blogger yang juga tentu memerlukan dana untuk memudahkan operasi siber mereka.

Mungkin seringgit dua yang anda hulurkan jika didarab dengan 10 - 20 orang akan dapat  meringankan beban kewangan Panglima dan rakan2 dalam hal ini.

Semoga Allah membalas jasa baik tuan puan dalam memastikan tugas membela negara kita di alam siber ini akan terus terjamin.

Menjadi blogger bukan bermakna kita mahu mengemis sesiapa tetapi mengharapkan sokongan moral tidak langsung dari rakyat seperti anda yang mungkin ingin turut sama menyertai gerakan rakyat di alam siber ini di dalam mendedahkan kebenaran dan memerangi kebatilan yang jelas sangat berbahaya kepada agama kita, bangsa kita dan negara kita.

Berikut gambar yang telah dimuat naik oleh Panglima sepanjang perjalanan ke Kelantan untuk tatapan anda semua.


Selamat berjuang dan mohon sokongan anda terus dihulurkan sehingga akhir hayat badan.



pagi yg hujan lebat dengan nasi lauk itik serati yg sedap!

Nasi Lauk Itik Serati yang lazat...

cuaca di wakaf bharu kelantan pagi ini

Jalan ke bulatan Wakaf Bharu menuju Tumpat

menuju kota bharu kb mall atau tesco? rahsiaaa hehe. kb mendung spt sedih nik aziz masih gila kuasa jadi mb?

Menghala ke Kota Bharu di Jambatan Sultan Yahya Petra

bandar kb waktu mlm tanpa hujan ! dulu dibuat dataran ttp skrg dah dibuka utk laluan kereta.pembaziran kwn setan!

Jalan ke Stesen Bas Kota Bharu yang dulu dijadikan dataran. Satu projek pembaziran Kerajaan PAS akibat tidak pandai merancang.

line teruk di kb susah update buka blog huhu@ gambar sg kelantan

Sungai Kelantan yang keruh kerana 'pembalakan' dan musim hujan

@ jambatan sultan yahya. jln jem x bergerak! kelantanku yg makin nazak bwh nik aziz nik mat. syukran tok guru

Suasana malam di Jambatan Sultan Yahya Petra menuju Tumpat yang sentiasa jem kerana jambatan kedua dalam proses pembinaan.

budu istimewa kelate tiga botol RM 10.50 di Tesco kota bharu... sapa nak order?

Budu istimewa hasil tangan tukang masak Istana Kelantan ( tak gatal hidung ) dan dijual di Tesco Kota Bharu

gerai nasi di kutan kelantan. mcm mcm ada! time mkn nasi kerabu sedap time kelik kelate

Gerai menjual nasi kerabu, belauk dll di Kelantan (lokasi Kutan, jalan ke Pasir Mas)

melawat masjid kg geting tumpat tempat rakan fb 'penunggu kubor'

Masjid menantu Tok Guru Ayah Lah ( Hj Abdullah Saamah yang keras kritik Nik Aziz sebagai Wahabi) di Geting.


Persimpangan ke Pasir Mas, Pengkalan Kubor dan Pantai Sri Tujuh.


Suasana Pantai Sri Tujuh, Tumpat


Batu Permata di Pengkalan Kubor


Baju tidur yang dijual di sana


Corak batik yang halus dan harga yang murah turut ada

Ust Saidi Cuba Dibunuh Dedah Kes Zina Dan Umi Hafilda 'Belasah' Nik Aziz Pertahan Anwar !!!





Kes Adun Selinsing yang didakwa berzina dan ditangkap dalam koc keretapi telah menggemparkan negara. Semalam dalam Sinar Harian telah keluar kenyataan mengatakan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang telah membuat 'kacau' sehingga memalukan beliau.

Pendedahan yang didedahkan oleh Ust Saidi yang mengaku menangkap pasangan zina tersebut harus disiasat dengan adil. Jika tidak kita semua sebagai rakyat tidak akan tahu siapa yang benar atau salah. Dalam masa yang sama kita kesal kerana Ust Saidi telah diancam bunuh dan dilangger keretanya seperti gambar di bawah. Sila lihat pendedahan Gomo di sini http://www.papagomo.com/2010/12/gempar-ekslusif-ustaz-saidi-saksi-adun.html

Adakah ini taktik gangster PAS dalam menyelesaikan masalah atau ini kebetulan sahaja ? Moga Polis dapat membantu beliau dalam menegakkan kebenaran yang berada di hadapannya....




Kepincangan moral pemimpin perlu didedahkan seperti yang mereka lakukan kepada pemimpin Umno Bn sebelum ini. Maka pihak dituduh perlu menafikan dengan sumpah bagi mengelakkan tuduhan ini dianggap benar. Jika tidak maka ramai akan kata bahawa Adun PAS tersebut betul betul melakukannya...

'berani kerana benar takut kerana salah'

Bukan setakat Adun Selinsing, Anwar pun kita mahu bersumpah jika benar dia tidak meliwat Saiful Bukhari. Tetapi ada dia berani ?

Kepada kawan kawan jangan takut jangan gentar, Allah pasti bersama orang-orang yang benar.



Cerita II


Kes Anwar dibela dan dipertahan Nik Aziz telah menjadi tajuk utama Sinar Harian edisi Kelantan semalam. Panglima sempat membeli dan melihat bagaimana tegasnya pendirian Nik Aziz membela Anwar. Entah apa 'jampi' Anwar telah hembus kepada Nik Aziz tetapi kita percaya ia bukan 'jampi' murahan. Hingga Nik Aziz begitu sekali membela Anwar yang digelar Al Juburi oleh Mat Sabu satu ketika dulu dan pernah didedah meliwat oleh Karpal Singh di Parlimen sebanyak tiga kali semasa beliau masih di dalam Kerajaan.

Lantas pengakuan Nik Aziz membela Anwar telah mengundang rasa marah seorang wanita yang telah tekad melondeh 'seluar dalam' Anwar sebelum ini. Maka wanita bernama Umi Hafilda itu telah menulis dengan penuh perasaan tentang pendirian Nik Aziz pertahan Anwar antaranya seperti :


Wei Nik aziz oooi, awak ulamak tolonglah jangan lah bersekongkol dengan perkara-perkara yg mungkar, ambo nak royak sikit , tak de faedah ambo nak aniaya darah daging ambo, kalau dia memang layak berada disinggahsana, tapi masalahnya ambo tau dia sape, tok guru jumpa setahun sekali mana mu tau apa dalam kain, apa dalam rumah dia, ambo adik dia ambo tau berapa kotor dia dok buat atas mukabumi ni, ambo tak berahi piteh (duit haram) haram,ambo nak piteh halal,mu bukak mata mu , tengok betapa KAYANYA SHAMSIDAR TAHARIN ISTERI AZMIN, JUTA-JUTA LOT SAHAM YG DIA PEGANG DI BERI DEK KEKASIH HATI YG MASA TU JADI MENTERI, MENTERI APA, MENTERI KEWANGAN, SAPE DIA KALAU BUKAN AL SHEIKH ALANWAR, ALJUBURINNN,


Jadi tok guru, bawak-bawak tobat lah tak usah dok angkuh sangat, sikit-sikit cakap dengan tuhan, sape mu ,hoiiiiii riak sungguh mu ni wei,ni lah akhir zaman bila ulamak jauh terpisah dari landasan dek kerna kuasa dan kedudukan, jangan tok guru oiiiiii, jangan mcm ambo mungkin setan yg datang ganggu berpangkat kopral bawah sekali, tapi mcm tok guru ni mungkin setan yg datang dok bisik tu taraf jenderal jadi bawak-bawak lah istifar,tok guru oiiiiiii.Mu bukak mata mu tengok kat bawah ni, fitnah guapa, ambo harap lidah anwar dengan azmin ni terbelit masa bagi ceramah dok menipu rakyat sana-sini, mu tengok sape yg kayo rayo jual bini , jual diri bukan ambo,ambo ni mangsa konspirasi jahat dan penipuan dia , ambo cabar mu tok guru lepas tengok bukti-bukti sahih ni, kalau mu dok masih menyokong manusia keji dan hina mcm ni,memang mu tak layak dipanggil tok guru.BUKAK MATO MU WAHAI NIK AZIZ.







Selanjutnya sila pergi ke blog beliau di sini http://srikandi7.blogspot.com/

23 Disember 2010

Faisal Tehrani datang beri penjelasan di Blog Panglima ?

Pertama sekali mari kita baca ulasan rakan rakan Blogger artikel Panglim 'mengamarankan' Faisal Tehrani..

Artikel tersebut telah mengundang kunjungan ramai pihak dan ikhlas Panglima dedahkan di sini bagaimana kecewanya hati apabila ikon remaja seperti Faisal Tehrani mengambil sikap mempertikaikan tindakan pihak JAIS menyerbu pengikut Syiah.

Sikap tersebut amat tidak wajar sebagai rakyat Malaysia yang wajib taat undang-undang dan penjawat awam yang menjalankan perintah bagi pihak Ulil Amri Sultan dan Raja kita. Bolehkah kita kata tindakan pihak JAIS sebagai tidak bertamadun ? Patutkah agensi agama dihina sedemikian rupa ?

Perasaan yang sama juga turut mengisi hati Panglima apabila seorang mantan Mufti seperti Dr Asri mengeluarkan kenyataan populis ingin menjadi orang yang popular dengan mengkritik tindakan pegawai kerajaan dalam menjunjung amanah yang diberikan kepada mereka. Seperti isu buku KDN larang edar di Malaysia dan juga intipan pegawai agama isu khalwat.

Maka atas dasar tersebut maka BPN mengeluarkan amaran keras kepada individu individu yang disebut di atas demi memelihara negara kita dari sebarang ajaran sesat lagi menyesatkan.

Malaysia menghormati kepercayaan Iran tetapi sesiapa yang berada di tanah Melayu Malaysia ini perlu menghormati undang-undang negara ini atau mereka perlu keluar dari sini jika gagal berbuat demikian.

Kepada FT dan MAZA kami sebagai blogger hanya ingin melihat negara tidak berpecah belah dan kami tidak ada sebarang agenda peribadi samada tersurat atau tersirat. Pendedahan ini akan berterusan selagi ada ancaman kepada akidah, fekah atau tasauf Islam dalam pemikiran Melayu Muslim berteras Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Allah Maha Mengetahui dan Cukuplah Allah sebagai saksi !!!


Mari baca komen rakan2 kita dan juga komen seakan akan tulisan FT guna nama CucuAtok di bawah ini.




 Megat Alam Gempita said...

Setuju PPC

Dr Faisal ni cuma nak bagi penerangan sisi positif Syiah namun Dr apa yg buruk tetap buruk. Sama juga dengan fahaman wahabi, salafi, taliban, liberal...

Jangan kerana Syiah Iran anti US dan Israel kita membenarkan perkembangan syiah menular di bumi ahlul sunnah wal jamaah Malaysia ini hatta dengan hujah akademik sekalipun dan suka-suka nak joint.

Dari segi ekonomi global, harga minyak global naik pun adalah kerana sikap Syiah Iran memanipulasi harga di rantau Teluk demi survivalnya yg 95% bergantung hasil penjualan minyak kepada blok anti US spt China, Rusia, Korea Utara, Amerika Latin n negara Arab anti Israel. Sekatan US dan Barat berhubung isu nuklear Iran tak banyak mempengaruhi harga minyak global. Ini fakta antara mengapa harga minyak semakin naik termasuk di Malaysia bukan kerana kerajaan nak kayakan kroni dan tidak bertanggungjawab sesuka hati kurangkan subsidi.

Syiah dan Sunnah boleh bersatu dlm memerangi kafir harbi-zindik tapi bukan dalam hal kongsi akidah kepercayaan ya! (Syiah ni boleh dipandang-pandang, tapi kita kena duduk renggang-renggang dengannya agar sesama Muslim kita bertambah sayang)

Fikir global jangan jadi macam fuckatan berfikiran jumud kekampungan.

Semoga Dr Faisal tersedar, insya Allah.



CucuAtok said...

Salam sahabat sekalian.... maafkan saya kalau saya terkasar bahasa... Apa gunanya nak membongkarkan aktiviti seseorang? Bukankah pertanyaan demi pertanyaan patutnya di utarakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang?Bukankah Rasulullah s.a.w. menyuruh kita untuk mencari Ilmu bagi meningkatkan lagi tentang kebesaran Allah?

Saya tidak menolak jika pembongkaran itu untuk menyedarkan seseorang atau menggerakkan seseorang itu bagi keterlanjurannya dalam mencari Tuhan? dalam kontek ini saya sebenarnya agak sedih kerana bukan kita hendak mencari kebenaran malah menjadi keseronokkan pula dalam membongkarkan aktiviti seseorang.

JAdi saya sarankan agar Panglima tanya soalan kepada FT agar saudara lebih faham dalam konteks mencari Tuhan.

Apabila tuan sudah mendapatnya, sila kaji dalam konteks Sunnah Wal Jamaah.Terus terang saya katakan Ahli Sunnah Wal Jamaah pun mempunyai keindahan yang tersendiri dalam erti mencari Tuhan. Bukannya dengan memberi Fatwa yang melulu seperti yang di buat oleh PAS ini. Ini terang terang teori di keluarkan tetapi pelaksaannya adalah HAMPAS dan sangat berterabur.

Cuba TUAN PANGLIMA FIKIRKAN.
SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA SAYA BUKAN PENGIKUT SYIAH. SAYA HANYA INGIN MELUAHKAN APA YANG SAYA RASA PERLU.

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya dari saya yang hina ini. Sekian.Wassalam



Kepada sesiapa yang berminat mengetahui apa itu Syiah boleh rujuk kajian Azli Shukri di blog beliau di sini 

Cari Blog Ini

Translate