Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Januari 2010

Edisi Isnin : Pendapat Terbaru Nik Aziz Isu Nama Allah ( YB Khalid Samad : Sila Baca ! )

Pertama sekali terima kasih daun keladi kepada Mursyidul Am PAS Dato Nik Abd Aziz Nik Mat atas kenyataan membantah nama Allah digunakan oleh bukan Islam ini.

Meskipun teruk dihentam oleh ramai pihak termasuk blogger kerana membenarkan nama Allah diberikan penggunaannya kepada Kristian sebelum ini namun pendapat terkini yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di sini sangat saya hargai.

Ketika tak setuju saya akan kritik sesiapa sahaja, dan ketika setuju saya akan puji walau dia bernama Nik Aziz dan merupakan Mursyidul Am Pas...

Cuma saya khuatir di tengah kegembiraan kita membaca kenyataan beliau hari ini, esok akan keluar kenyataan yang lain pula dan berlawanan dengan kenyataannya yang kita temui hari ini.

Apakah ia akan berlaku lagi selepas satu negara digegarkan dengan pengguguran dua Setiausaha beliau yang mana telah diberitahu tamat kontrak walhal mereka berdua sebenarnya telah diarah meletakkan jawatannya seperti dakwaan Kickdefella di sini ? Wallahu A'lam.

Kerana Nik Abduh anak kesayangan Nik Aziz sebelum ini pernah menulis ayahandanya menerima nasihat yang salah oleh penasihat ayahandanya dan saya kira 'mungkin' antara golongan penasihat yang dimaksudkan beliau ialah Setiausaha -Setiausaha Nik Aziz sendiri yang baru sahaja diarah meletakkan jawatannya. Selain Brother Husam yang juga dikaitkan dengan 'sindiran' tersebut...

Pelik kenapa Nik Aziz mendakwa mereka berdua telah tamat kontrak dan tidak ada kaitan dengan arahan meletak jawatan. Sedangkan Kickdefella mengatakan sebaliknya ! adakah ia tindakan terancang puak Husam Musa untuk membuktikan 'kemunafikan' dalam perkataan Tuan Guru Nik Aziz itu ? Atau memang benar Nik Aziz mengatakan mereka tidak meletak jawatan dan Kickdefella yang memandai-mandai dalam hal ini... ???

Wallahu A'lam. Saya tidak tahu dan tidak dapat mengesahkannya.

Cuma saya lihat tindakan memaparkan kereta anak Nik Aziz iaitu Ustaz Nik Abduh di dalam alam siber seperti ingin menyindir Nik Aziz dan anaknya tentang konsep zuhud keluarga Tok Guru yang dikenali dan digambarkan selama ini dalam minda orang PAS sebagai pemimpin yang menolak keduniaan dan mengejar keakhiratan.

Lihat gambar kereta mewah yang dikatakan milik Nik Abduh di bawah :


Saya pada mulanya agak malas nak cari link mengaitkan dakwaan saya di atas kerana saya yakin anda tentu tahu di manakah dan bagaimanakah cara mencarinya. Tetapi memandangkan prinsip Rasulullah s.a.w iaitu 'memudahkan dari menyulitkan' maka saya berikan link tentang kereta tersebut yang didakwa milik Nik Abduh di sini http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/19/siapa-pemilik-honda-elyson-ini/ Saya harap sesiapa yang tahu ia bukan kereta Nik Abduh agar dapat membetulkannya di ruang komen di bawah ini.


Sebelum anda beredar dari sini, saya ingin hidangkan satu lagi video terbaru Anwar sokong nama Allah kepada bukan Islam di bawah ini. Ia pasti tidak pernah ditonton oleh Anda !

Harap penyokong Brother Anwar Ibrahim akan gembira menontonnya...


Terima kasih Nik Aziz atas kenyataan membantah nama Allah di atas dan saya menunggu kenyataan beliau untuk menyokong usaha menyatu padukan Umno dan Pas demi kesucian Islam.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dunia nak kiamat ...Kalau dah sewenang wenangnya guna kalimah ALLAH di dlm gereja, kuil, tokong maka secara tidak langsung nama ALLAH ni "mcm dipersendakan". Kalau guna nama ALLAH kerana membuat perbandingan, perbezaan, hujah antara agama islam dgn kristian mungkin dpt diterima pakai.Segelintir anak anak muda serta remaja melayu kini terpesong serta "liar" dan juga yg menyusahkan masyarakat sekeliling akibat kurang pegangan agama, tidak tahu menghormati org org tua, biadap, terlebih aksi serta terlebih nakal, ibubapa jauh sekali nak menegur atau mendisiplinkan, malah anak anak muda mcm inilah bakal terpesong dgn mencari "kepuasan" diri dgn mendekati agama lain kerana pada mereka ALLAH itu bukan pada agama Islam tp untuk semua agama. Malah agama bukan islam tu tak perlu sembahyang 5x sehari, malah arak, maksiat dibenarkan tp tidak agama islam.

Jadi perkataan ALLAH hanya untuk agama Islam mmg patut dan mutlak. Kaum lain pun akan "terpesong" serta "keliru" juga kalau mereka menggunakan kalimah ALLAH kerana pada mereka ALLAH hanya disebut dlm agama Islam. Jadi kalau hendak menunding jari, elok sgtlah kira kita point finger kepada PR terutama si Khalid "gereja"..dia org ni tak reti duduk diam, bila menang PRU12 mcm herba campur, byk idea dan surprise malah lompat idea lompat katak pun ada...

Teringat aku pada kata kata mak saudara aku, dlm setiap rumah pasti ada "MATA SATU" yg membuat kita cuai, lalai serta syaitan....dlm benak hati aku ni mesti logo Keadilan...aku nak jawap takut kena tempias sbb keluarga kami pro BN...aku cakap tak tau je laa, rupa rupanya TELIVISYEN...adusss kena aku rupanya..

Frodo Baggins berkata...

harap NA tegas dengan kenyataan beliau. kank jadik cam lalang lak ...

McTheory berkata...

N.ajis ni. .kadang2 btul kadang idak. . tengok mud dia le. .

Tanpa Nama berkata...

SEKALI LAGI ULAMA DIHINA..
DARI SEGI ASASNYA MEMANG XSALAH MEREKA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH.. KRISTIAN JUGA AGAMA SAMAWI YG MENTAUHIDKAN ALLAH PADA KETIKA DAHULU.. ALLAH ISA ADALAH ALLAH MUHAMMAD.. ALLAH ITU BAHASA ARAB YG BEERTI TUHAN DALAM BAHASA MELAYU.. KRISTIAN ARAB PUN GUNA ALLAH.. TIADA SALAH DALAM PENGGUNAANNYA CUMA YG MENJADI MASALAH PENGGUNAANNYA OLEH PIHAK KRISTIAN YG DIBIMBANGI MEROSAKKAN ANAK2 ORANG ISLAM.. BUKANLAH MASALAH BESAR.. MASLAH PALING BESAR ADLAH AKIDAH UMAT ISLAM SENDIRI SANGAT RAPUH.. KEFAHAMAN TENTANG ISLAM AMATLAH RENDAH.. ITU YG DIBIMBANGI NIK AZIZ.. NIK AZIZ JUGA BIMBANG UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERMAKAN DENGAN PROVOKASI PUAK NASRANI.. KALAU RASA GENDANG SUDAH DIPALU KENAPA MASIH BELUM SEDAR.. TINDAKN2 UMAT ISLAM SEKARANG SANGAT TAK CANTIK.. JANGAN SAMPAI NANTI ORG CAKAP.. OH ALLAH, NAMAMU KUSAYANG, HUKUMMU KUTERAJANG..

r.k berkata...

Hidup Nik Aziz ! heh .. jangan esok keluar fatwa lain sudahlah . apapun , masih ada golongan yang setuju penggunaan kalimah Allah didalam Herald.
Haih!!

Jeepers Creepers berkata...

kalau kenyataan keluar dalam utusan, selalunya nik aziz akan cakap lain pula selepas itu.

kalau nak tahu sahih atau tidak kenyataannya, kita kena tunggu dalam harakah.

takkan dah keluar dalam harakah, nik aziz nak cakap harakahpun memutar belit kenyataan dia pulak.

kalau nik azizpun cakap harakah memutar belit, maka sahlah nik aziz dan harakah itu penipu.

MUS berkata...

Kalau nawaitu perjuangan dlm PAS dah terpesong...cakap pun melalut. Berkawan dgn orang baik...jangan kawan dgn orang tak baik. Nanti kita pun lingkup juga.
Oleh itu saudara2 ku...jangan kawan dgn DAP...depa tolak Islam.

Unknown berkata...

Allah Maha Agung. Lulus keliking lulus telunjuk, dibimbangi tulisan Allah dipamirkan dibumbung gereja bersama dengan salip.

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih komen sahabat semua...kita tunggu apa perkembangan selanjutnya !

kiasu berkata...

Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang kurang pendidikan agama, yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.

Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, mungkin salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.

Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.

Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa disedari akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.


Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim yang berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????

Nasi akan menjadi bubur jika tiada ketegasan pada hari ini.


Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.


Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya yang semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.


Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu dan berkenalan dengan ramai keluarga2 beragama Islam dan Keristian di sana.

Tanpa Nama berkata...

Maha suci ALLAH yang menjadikan langit dan bumi … dia yang MAHA MULIA yang memuliakan makhluk dan menghinakan makhluk… tumpang bg pandangan 1-2..
saya lihat akhir² ini semacam ahli jemaah PAS suke berpecah belah dan hentam menghentam ala² puak umno galaknya … suke saye ingat²kan gerakan sosialis anwar ibrahim telah menyerap masuk kedalam PAS dengan sangat kemas dan terancang … kalau tidak ditangani dgn hikmah… pasti sokong membawa REBAH ..tolak mendatangkan FITNAH … diam berarti pasti MUSNAH … api dalam sekam ini …semakin menjadi² bahangnya… kerana dihati mereka ini ada penyakit … penyakit “cintakan dunia” …
Akhir kalam… tolak politik seketika wahai sahabat … isu KALIMAH ALLAH perlu semua umat islam tangani tanpa sempadan ideologi politik… jgn ikut puak munafik sosialis anwar ibrahim … nanti depan ALLAH bagaimana ingin menjawab segala persoalan ?????????!!!!

Tanpa Nama berkata...

x taw ler sejauh mane tahap pendidikan penulis nie sbb hanyer menulis disebalik bayang2 nyer shj. nk dibandingkan penulis ngan nik aziz, lbeh2 dlm pendidikan agama, sudah tentu kite sudah taw jawapanyer siaper yg lbeh hebat dan berilmu. at least die seorang ulama. jadi nasihat saya, kalo lah dh cetek ilmu agame( bcoz i dunno what's ur qualification), x der degree in islamic studies ker, x yah terhegeh2 nk setuh isu nie n ckp saper salah n saper btui.
harap maklum!!

Panglima Perang Cyber berkata...

nak tanya Anon satu sahaja : nik aziz seorang sahaja ke alim ulamak.

bukankah IJMAK ULAMA menegaskan kalimah Allah hanya untuk Islam untuk mengelakkan kekeliruan.

harap dapat rasional tidak emosional..

singajingga berkata...

HERAN AKU DENGAN ORANG YANG TERGAMAK SOKONG PERKATAAN ALLAH DIGUNA OLEH ORANG KAFIR. NAAUZUBILLAH!!
BACA SURAH QULHUALLAH...
ALLAH ITU TUNGGAL, TIDAK BERANAK DAN TIDAK PULA DIPERANAKAN. JELAS BAHAWA TIADA TUHAN LAIN SELAIN ALLAH. KALAU DIBENAR GUNA PERKATAAN ALLAH OLEH AGAMA LAIN ITU JELAS MENGIKTIRAF TUHAN AGAM LAIN, AKIDAH TERGUGAT TU. INGATLAH AGAMA ISA BERTUHANKAN ALLAH YANG SATU JUGA JADI WAJIB PERCAYA AGAMA YANG DIBAWA OLEH ISA TAPI BUKAN KRISTIAN YANG TELAH MENTIGAKAN TUHAN, HARAM MEMBERI SOKONGAN WALAUPUN BERDETIK DIHATI TETAP HARAM, BERTAUBATLAH SAUDARA KU MUGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI SAUDARAKU ....

Tanpa Nama berkata...

Bagi la Nik Abduh tu pakai kereta mewah sikit...depa pun manusia jugak. Kereta buruk untuk pi melawat kawasan, tipu orang kampung - munafik kebanyakan PAS ni.

ZMREFORM berkata...

Jangan tulis perkara yg jd lumrah manusia.kereta besar apa slhnye jika mampu dan tidak guna duit rkyt.kereta besar pun zuhud.!zuhud ni bukan buang harta tapi ada harta tp tidak terpalit dengan dunia!ada fhm?

Cari Blog Ini

Translate