Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2010

Edisi Pagi : Pencalonan Jawatan Dalam BPN ( dibuka kepada ahli sahaja )

Diminta kepada ahli ahli BPN untuk mencalonkan blogger BPN manakah yang dilihat boleh menjadi dan mengisi senarai jawatan di bawah untuk sesi 2010/2011

Ahli BPN mestilah mengikut senarai di dalam list BPN blog Panglima dan jika didapati mereka yang dicalonkan tidak memenuhi syarat sebagai ahli ( seperti mengemaskini list BPN dan memasang logo ) maka pencalonannya akan ditolak.

Masa pencalonan akan berjalan selama 31 hari dan berakhir pada 13 Feb 2010 Khamis jam 11.59 malam. Masa sebulan boleh digunakan untuk anda melihat bagaimana potensi bakal pemegang jawatan yang bakal dicalonkan serta pematuhan mereka kepada syarat BPN yang mengkehendaki blog list BPN dan juga logo dibina di blog masing-masing....

Keputusan rasmi Majlis Tertinggi BPN 2o1o/2o11 akan diumumkan pada pagi Ahad 14 Feb 2010.

Insya Allah.


Jawatan yang akan dipertandingkan ialah :


Ydp BPN

Timbalan 1

Timbalan 2

Setiausaha

Bendahari


Wakil- Wakil Negeri :

Selangor
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Kelantan
Johor
Kedah
Perlis
Terengganu
Pahang
Perak
Sabah
Sarawak

Exco Pemuda
Exco Pemudi
Exco Gerak Saraf
Exco Logistik
Exco IT
Exco Disiplin
Exco Luar Negara

Semua pihak yang telah menjadi ahli BPN boleh menghantar calon mereka dengan mengisi nama blog calon dan menghantar melalui email kepada panglimaperangcyber@yahoo.com. Rekod email akan dijadikan bukti jika ada sebarang keraguan pada kiraan undi. Pastikan anda menulis nama sebenar, nama blog, no hp, pekerjaan, dan umur pada ruang bawah email anda...

Pemalsuan butir peribadi akan menjadikan anda automatik akan gugur dari menjadi ahli BPN atau calon Majlis Tertinggi BPN...

Undian / Pencalonan hanya sekali sahaja kepada seorang calon.

Calon dipilih mestilah dikenali sikap dan pendiriannya terhadap nasib agama,bangsa dan negara kita..

Senarai ahli terkini sila rujuk kepada list BPN yang wujud di blog ini.

Calon yang dipilih paling ramai akan dikira layak menjawat jawatan tersebut. Jika ditolak maka calon kedua tertinggi akan menggantikan tempatnya.

Semua pihak harus menerima keputusan yang dibuat dan tidak perlu berkecil hati jika tidak dipilih.

Semoga struktur BPN akan berjalan lebih kemas selepas kewujudan AJK yang akan berperanan lebih aktif di dalam mengatur langkah dan taktik untuk misi melawan musuh negara ini.

Panglima sendiri akan menjadi Penasihat Seumur Hidup BPN dan tidak boleh dicalonkan dalam mana mana jawatan dan akan sentiasa memantau aktiviti BPN agar berjalan lancar serta mengambil tindakan sewajarnya jika melihat berlaku pengkhianatan oleh mana-mana AJK yang telah dilantik.

Samada mereka yang menjadi AJK ada membawa agenda peribadi dalam BPN atau memecah belahkan sesama blogger BPN atau membocorkan rahsia BPN kepada pihak luar yang tidak berkaitan.

Insya Allah jika tidak ada aral melintang BPN akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan jika mendapat sokongan pelbagai pihak dan juga akan mengumpulkan dana sendiri untuk diguna bagi menjaga kebajikan ahli ahli BPN..

Sekian, terima kasih..



Nota : diminta semua ahli BPN menggunaka Yahoo Messenger untuk pengemaskinian data peribadi dengan Panglima.. Butir butir seperti Nama Penuh / Pekerjaan / Umur / No Hp / Lokasi/ Nama Blog diharap dapat diberikan kepada saya seberapa cepat yang boleh sebelum tempoh pencalonan berakhir.


Sekian terima kasih...



11 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

salam...
kawan tidak bersetuju....
kawan nak panglima sebagai yang di pertua.

yang lain boleh kita undi, tapi panglima kekal sebagai yang di pertua BPN

posman berkata...

"Alhamdulillah, sekarang ini kita berada dalam situasi ekonomi yang sangat baik. Malaysia jika nak dikira, memang antara negara yg pantas menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi dunia. Tahniah rakyat Malaysia!Keseronakan ini bertambah manis apabila rakyat dan kerajaan bersama-sama menikmati kestabilan ekonomi. Terbaru, kenaikan harga roti dan gula dilihat sebagai kalungan bunga indah kepada setiap rakyat Malaysia. Keprihatinan kerajaan tentang kesihatan rakyat perlu diimbangi dengan jutaan terima kasih yang ikhlas.

Kekayaan dan kestabilan ekonomi di Malaysia ini boleh diibarat seperti 'ada padi, semua jadi'. Mengambil kira ini, maka rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana kenaikan harga barang tersebut.

Pada bulan Mei nanti, harga minyak dijangka akan naik, walaupun harga minyak dunia tak naik. Wah! berita ini mengembirakan kita kerana sudah tentu ini berita bagus. Dapatlah kerajaan membantu rakyat miskin dan memperbaiki infrastruktur yang ada dilembah kelang sahaja. Kenaikan ini tidak lansung membebankan kerana ia masih murah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singpura, Thailand, Indonesia mahupun di United Kingdom. Malangnya kenaikan harga minyak dilihat oleh kebanyakan rakyat sangat lambat. Kenapa mesti tunggu sehingga bulan Mei? Sepatutnya hari ini. Baru lah puas hati kerana warga asing tidak berjaya membeli minyak Malaysia yang murah ini.

Keseronokan ini diteruskan pula dengan lagi berita seronok. Mengenai kadar baru tol yang akan diumumkan nanti. Sekoyong-koyong melihat kadar baru ini sangat menepati citarasa rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berbangga dengan harga baru nanti walaupun belum tahu berapa kadar baru tol itu. Apa nak diherankan? Lebuhraya di Malaysia merupakan antara lebuhraya terbaik di Asia. Berbangga lah kita semua. Tiada kesesakan, jalan yang selamat yakni tiada kemalangan bas ekspres dan tempat rehat dan rawat yang menyediakan kemudahan yang sangat selesa dan bersih. Keselesaan yang berterusan hasil dari wibawa kerajaan sekarang ini.

GST. Apa itu GST? Sekali dengar macam best. GTR? VVTi?VTEC?. Bukan, bukan. GST ini adalah Government Service Tax. GST adalah salah satu idea yang sangat berkesan untuk menyekat penipuan harga barang. Adakah 4% layak untuk rakyat Malaysia yang kaya ini. Saya akan katakan bahawa selayaknya 67%. Ini pun nampaknya lama lagi akan di implementasi. Masih dalam peringkat terakhir kajian. Jangan tunggu lagi. Rakyat perlukan sekarang! Ya Sekarang! Barulah kita semua terasa dan terkesan dengan situasi ekonomi terkini. Baru la benar kita rakyat sebagai rakyat yang mulia.

Namun, apa yang dikesali adalah kenaikan ini tidak menyeluruh. Sepatutnya kerajaan menaikkan semua harga barang termasuk harga sayur, minyak masak, gas memasak, beras, kadar pembentungan, tarif elektrik, cukai-cukai dan lain-lain. Kenaikan yg menyeluruh ini sangat menyenangkan rakyat. Rakyat tidak perlu tunggu lama untuk menjadi kaya. Kenaikan harga barang maka ekonomi akan bertambah kukuh. Kadar inflasi akan berkurang. Ini lah yang kita semua tunggu. Maka, jawabnya, 20 atau 30 tahun lagi Malaysia dilihat akan sebaris dengan negara membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepon dan lain-lain meninggalkan jauh dibelakang negara-negara yang setanding sekarang ini seperti Singapura, Taiwan, Thailand dan lain-lain lagi. Berbanggalah kita semua rakyat Malaysia.

"Undilah parti kerajaan demi masa depan anak-anak anda!"

Aspirasi berkata...

salam Pang5..

saya berharap pang5 masih berada sebagai dipertua.. BPN baru setahun jagung.. biarlan BPN terus mantap.. itu pun dah pelbagai cabaran dihadapi..

sebagai perintis BPN.. saya usul pang5 sebagai YDP BPN..

dari Aspirasibangsa

Jeepers Creepers berkata...

sayapun sokong panglima tetap sebagai ydp.

Unknown berkata...

MELIHAT kepada situasi politik ketika ini, tidak kiralah apa sahaja bentuk spekulasi, manipulasi dan provokasi yang dibuat ke atas parti, perlu diingat bahawa landasan yang paling kukuh adalah kembali kepada asas dan perjuangan UMNO iaitu sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Kesemua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.

Para sahabat sekailian sudah tiba masanya kita menumpukan kepada peperangan yang sebenarnya dialam cyber ini, iaitu menghancurkakan Pakatan Pembangkang! Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjungan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.

DENGAN INI SAYA MENYOKONG PENUH BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN) DI TERAJUI OLEH PANGLIMA CYBER SEBAGAI PEMIMPIN BARISAN SAF PERANG HADAPAN DI ATAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!

Salam Perjuangan 1Malaysia

BJ

wakdanial berkata...

betul tu panglima...panglima kena kekal ydp..

YANG GAMBI berkata...

Salam Pang5, sebagai blogger yang menyokong perjuangan BPN, walau tidak layak mengundi atau mencadang........ adalah disokong seperti yang dinyatakan sahabat perjuangan... Selamat berjuang....

sekupangdua berkata...

Assalamualaikum semua!

Sekupang amat setuju supaya YDP tidak dipertandingkan kerana berpendapat jika ada pertandingan dua atau tiga penjuru akan mengakibatkan perpecahan sesama sendiri, yang kita takut ialah parasit-parasit yang berhati busuk dengan tujuan memecah belahkan sesama sendiri!

terfikirkah jika sebelum ini ada blogger yang telah melanggar etika dan dikeluarkan dari senarai yang akan menjadikan peluang ini menghasut maupun menyebarkan dakyah kepada seseorang supaya turut bertanding demi kepuasan dirinya yang terhakis. itu belum lagi blogger yang yang menyelinap masuk berupa-rupa walhal sebenarnya dari Pakatan Pembangkang.

Mengikut perlembagaan dan peraturan majlis YDP dibolehkan tidak dipertandingkan, jangan risau... contohnya bila UMNO mengekalkan Jawatan Presiden tanpa dipertandingkan, termasuk pembangkang sendiri mengamalkannya seperti Nik Aziz, abdul hadi, Karpal Singh, dan banyak lagi.

Perlu juga di ingatkan bila ada diusulkan dan ada yang menyokong ini bermakna pekara tersebut sah selagi majoriti menyokong.

Gomo sendiri telah mengusulkan status YDP dengan mengekalkan Panglma dan dari 5 komen semua setuju termasuk sekupang selain POSMAN yang belum makan ubat dan terlebih dos minum air ketum yang tentunya orang gila pun akan ketawakan sdr posman. (patutlah banyak kad raya tak sampai berbanding kat raya hindu dan cina yang cepat dan tepat sampai)

Selaras itu sekupang juga turut menyokong usul gomo dan bersama Aspirasi, Yb Raz dan bro jinggo.
sekupangdua juga mengusulkan panglima YDP juga merangkap sebagai penasihat bagi seumur hidup.

sepekara lagi kalau boleh disyaratkan juga bagi exco-exco negeri diwajibkan berasal dari negeri kelahiran ataupun anak jati di negeri yang mahu dia pertandingkan kerana calon anak jati tentunya lebih arif dengan senario dan isu terkini di tanah tempat bermainnya.

Semoga BPN akan terus memimpin para blogger yang diterajui oleh kepimpinan Sdr Panglima bedasarkan pretasi dan pembangunan didalam BPN yang cermelang sehingga kini. tidakah berisiko dengan pimpinan baru yang kita sendiri tidak tahu kredebeliti pemimpin baru samaada mampu memimpin.

SAYA BERHARAP SAHABAT SEMUA BERSETUJU DENGAN SAYA SUPAYA PANGLIMA DIKEKALKAN SEBAGAI YDP MERANGKAP PENASIHAT KEPADA BPN.

sekupangdua berkata...

menjawab kepada mat meroyan spesis nizar mr POSTMAN yang sendiri makan duit kerajaan

"Alhamdulillah, sekarang ini kita berada dalam situasi kejayaan menyaingi dunia bila Dasar pakatan haprak dilihat berjaya Malaysia jika nak dikira, memang antara negara yg pantas mendapat perhatian dunia bila kejayaan pelan pakatan haprak untuk rakyat dilihat mendapat sambutan bila kita berjaya menghasut dan memfitnah dengan menjadikan rakyat sebagai pencacai dan berdemonstrasi dijalanan, sedikit masa lagi kita PAKATAN RONGGENG tentunya berjaya bila ramai yang mampus di jalanraya-jalanraya berdemonstrasi. kita akan kembangkan budaya ini sehingga melibatan kanak-kanak menjadi sasaran

Kekayaan dan kestabilan ekonomi di Malaysia ini boleh diibarat seperti 'ada padi, semua jadi' 'ada babi, ada subsidi' untuk semua pemimpin pakatan rasuah untuk kita salurkan kepada semua taukey-taukey yang mencacaikan bangsa posman sendiri

Pada bulan Mei nanti, harga minyak dijangka akan naik (KENA TIPU LER KORANG), walaupun harga minyak dunia tak naik. Wah! berita ini mengembirakan kita kerana sudah tentu ini berita bagus. apatah lagi PAKATAN ROKET sebagai tuhan dan tahu apa akan datang nanti, lagi pun PAKATAN REBAH amat berbangga dengan kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh BN dan UMNO dari segi bab fitnah dan putar alam. lagi pun bukan sangat menyuruh ahli setia kami yang kami angkat darjatnya sebagai mat angguk dan mat pencacai'

Keseronokan ini diteruskan pula dengan lagi berita seronok. Mengenai kadar baru tol yang akan diumumkan nanti yang membolehkan kami memutarbelitkan takdir dan berjanji kalau PAKATAN RAPIK memerintah confirm tidak akan ada satu pun kemalangan seumur hidup di semua Higway maupun dikandang babi yang semakin meningkat

Liwat. Apa itu liwat? Sekali dengar macam best. leeewat? bunyinya macam lewat?. Bukan, bukan. Liwat ini adalah adalah salah satu idea yang sangat berkesan untuk menyekat dari adab dan budaya yang perlu kita cemari. lagipun PAKATAN ROSAK telah berjaya merosakkan ahklak terutama bangsa melayu sendiri yang sudah boleh menerima bahawa liwat itu sedap walaupun sebelum ini kerap muntah sebab jijik

Namun, apa yang dikesali adalah kenaikan ini tidak menyeluruh. Sepatutnya kerajaan menaikkan semua harga barang termasuk harga babi yang menjadi perebutan Pemimpin PEMUSNAH RAKYAT dimana perusahaan ini telah PAKATAN REMPIT usahakan untuk membantu dan habuan untuk pemimpin-pemimpin PUKULAN REVERSE mengumpul harta rampasan sementara ada peluang memerintah. Kenaikan yg menyeluruh ini sangat menyenangkan Pemimpin PAKAI REVERSE dan pegi mampuslah dengan Janji untuk Rakyat.

kewibawaan terpancar jelas bila kejayaan yang tertinggi oleh PUKULKAN RAKYAT menyokong nama tuhan di persenda dan di permainkan. bukan senang nak malukan mak bapak supaya berbangga menjadi iblis dan setan.

"Undilah parti PAKUKAN RAKYAT menjadi kera jagaan demi memusnahkan masa depan anak-anak anda!" hilang beban korang semua.

amacam posman alright tak, sebijik dan tepat kan? muahahaha

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas pandangan sahabat sekelian.

saya rasa jika itu pandangan sahabat maka saya akan menerimanya.

bagi saya jawatan bukanlah satu benda yang dikejar kejar.

apatah lagi ia sangat berat dan pasti dihisab oleh Allah.

kita mahu bukan kepentingan diri yang dibela tetapi kepentingan negara agama dan bangsa kita wajib dipelihara.

terima kasih atas sokongan sahabat dan saya terima cadangan tersebut untuk mengelakkan pergaduhan atau persengketaan sesama blogger.

ye lah bukan semua sama macam kita ye tak ?

moga perjuangan BPN kita akan semakin membara..

ayuh kita fokuskan kembali serangan dengan lafaz Bismillah dan La hawlawala quwwata illa billah...


gempurrrrrrrrrrrrr !!!!

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

Pejuang Bangsa dari Pulau Pinang mencalonkan Panglima Perang Cyber sebagai YDP BPN

Cari Blog Ini

Translate