gambar salin dari Malaysian Insider
Saya menulis artikel ini ketika jam menunjukkan 3.43 pagi. Mata masih belum mahu pejam dan saya mengambil kesempatan menyampaikan berita gembira ini kepada hadirin hadirat yang sedang menatap tulisan saya ini.
Menjadi blogger memerlukan pengorbanan. Masa memang banyak dihabiskan untuk mengemaskini blog dari segi catatan, serta reka bentuk dan juga widget yang mahu diletakkan...
Modalnya : Mata sebagai alat utama, akal sebagai alat terutama dan tangan alat ketiga yang agak utama. Tidak sedikit kesihatan badan terjejas akibat lama mengadap laptop tetapi biarlah ia menjadi kifarah dosa dosa yang sengaja atau tidak oleh saya.
Akibat menatap laptop terlalu lama juga, saya telah dinasihatkan pakar mata agar memakai kaca mata. Kerana 'gangguan' radiasi telah memberi kesan kepada mata saya. Alhamdulillah ia masih lagi dapat melihat tetapi dengan sedikit bantuan bernama cermin mata. Dan syukur kerana perjuangan tidak terganggu dengan 'kaca mata' tersebut.
Beginilah perjuangan.
Menjadi blogger menuntut pengorbanan dan meminta kita sedia menggadaikan apa sahaja termasuk masa bersama anak, isteri dan rakan baik yang sebelum ini biasa bersama di kedai mamak atau kedai kopi .
Perjuangan datuk nenek kita satu ketika dulu lebih susah. Berperang dengan manusia dan bergadai nyawa serta berbulan bulan berada di dalam hutan mencari musuh negara.
Hari ini perjuangan musuh negara sudah berubah. Mereka sedar perjuangan bersenjata hanya sia-sia. Maka evolusi peperangan maju setapak ke hadapan dengan pendekatan baru meracuni minda rakyat. Serangan pemikiran yang diguna adalah untuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan menimbulkan keraguan terhadap ketelusan kerajaan. Buktinya ialah polis, SPRM, Hakim dan termasuk majlis agama Islam telah dikritik hebat hingga menimbulkan kesangsian rakyat terhadap peranan dan jasa mereka. Walhal ia adalah taktik politik mereka dalam mengalih isu yang dihalakan atau dilakukan terhadap dan oleh Pakatan Rakyat.
Jika kita berdiam diri membiarkan ini semua berlaku maka tidak mustahil kerajaan yang menjadi payung rahmat kepada semua bangsa hari ini boleh jatuh dalam PRU akan datang. Maka demi menghalang ia berlaku maka kitalah yang akan menjadi barisan hadapan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita ini..
Apa yang dibuat adalah bukan kerana ingin mencari populariti atau duniawi tetapi berdasarkan kesedaran bahawa nasib bangsa kita ini memerlukan sumbangan kita di alam siber yang mana ia boleh dijana dengan izin Allah melalui penulisan di blog serta facebook.
Siapalah saya untuk menulis di dada akhbar kerana tahap saya tidaklah sebaik wartawan tetapi jika diizinkan Allah mungkin satu hari saya akan berjaya menjadi penulis hebat dan mempunyai ruangan tersendiri di akhbar popular di Malaysia. Jika usaha saya menulis ini berterusan untuk tempoh yang agak panjang maka tidak mustahil tulisan saya akan dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia.
Bahkan saya berangan agar dapat menerbitkan akhbar sendiri untuk menjadi wadah bacaan rakyat Malaysia.
Kerana pihak kerajaan agak ketinggalan dari segi cetakan akhbar seperti pembangkang yang memiliki berbagai jenis akhbar seperti harakah, suara keadilan, roket, siasah, buletin rakyat dan sebagainya.
Bahkan minggu lepas semasa berkunjung ke Bangi saya sempat solat Jumaat di sebuah masjid bernama Al Hasanah ( kubah hijau tua ) dan terkejut melihat suratkhabar pembangkang, cd, mp3, logo parti PAS dan PKR dijual tanpa sebarang rasa bersalah di perkarangan masjid.
Beginikah suasana di Selangor selepas PR menjadi pemilik kuasa mentadbir urusan rakyat sehingga politik telah memasuki zon larangannya di masjid ?
Bukankah Sultan Selangor sudah pun melarang masjid dijadikan tempat politik kepartian namun ia tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa Selangor titah tersebut ?
Jika saudara ada kamera digital yang dapat merakam perbuatan tersebut sila emailkan kepada saya gambarnya. Tidak kira di mana sahaja lokasinya.
Saya sangat berharap gambar tersebut diedarkan di blog blog BPN agar menjadi bukti bagaimana sikap pembangkang yang jelas begitu biadap di dalam menghormati masjid yang mana adalah satu tempat semua ahli badan politik tidak kira Umno Pas Pkr.
Oh ye, sebelum terlupa sila baca berita Khalid Samad digantung 6 bulan dan Hassan Ali diberi amaran oleh Malaysiankini di sini
Salam hormat dan jumpa lagi.
4 ulasan:
...SYABAS...Teruskan perjuangan...
teruskan perjuangan,mungkin suatu hari tercapai hajat anda dan diberi hidayah oleh Allah untuk mencoretkan kebenaran.
aku nak tanya ckit tentang berpolitik dalam masjid yg kau nyatakan salah tu.adakah salah berpolitik dalam masjid.(aku jugak tak stuju kalau letak lambang pas dalam masjid.).bagi aku berpolitik dalm masjid tak salah.nabi dulu pun mentadbir negara dari masjid.apakah islam dan politik harus diasingkan.apa pendapat kau Ppc.(aku tunggu jawapan).Bagi aku agama dan politik tidak boleh di pisahkan.Islam agama yg sempurna,sampaikan nak masuk tandas pun islam ajar caranya inikan pula tentang politik.kau kata kita perlu pertahankan kerajaan yang ada.kalau kerajaan tu bagus aku tak bantah,tp kalau dah bercelaru,rasuah dan boros kita kena sanggah jugak.yg baikj kita kata baik yg kena sanggah kita kena sanggah,barulah ada kemakmuran.jagan dok ikut membuta tuli.tenggok apa dah kerajaan lakukan pembaziran.zon PKFZ,manara matrate,kehilagan enjin jet,Pembelian tren buruk.ini semua kalau tak dak orang dok bangkang maka berlakulah pembaziran.duit tu hak sapa,hak pm soarang ke.kalau duit dia sorang biaq pi la.ni duit rakyat oi.
pkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
dan bertindak menentang kezaliman tidak kira dmana dan siapa jua.
KALAU DI IRAN, MEMANG SAH KENA GANTUNG BETUL-BETUL. NASIB BAIK DI MALAYSIA. HANYA GANTUNG TAK BERTALI.
Anon : memang salah pun sebab langgar titah Sultan yang wajib ditaati oleh rakyat.
Arif : PAS sekadar gantung ttp takut nak pecat khalid samad. Pas serba salah dlm hal keadaan sekarang.
Catat Ulasan