Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2010

Edisi Ahad: Kisah TPM di Angkasa dan Tun M di Perkasa

Semalam dua acara penting telah saya hadiri bersama rakan bloggers.

Pertama : pelancaran websiter TPM YAB Tan Sri Haji Muhyidin Yasin di Angkasapuri dan


Kedua : pelancaran PERKASA Selangor ( negeri terakhir ) di Keramat oleh Tun Mahathir.

Acara di Angkasapuri bermula jam 9 pagi dengan forum oleh panelis seperti Nobisha, Feriz dan KP Penerangan iaitu Dato Ibrahim yang juga seorang bloggers ( Dunia Tiger ) dan diikuti dialog TPM bersama pelajar pada jam 11 pagi. Selepas itu barulah diikuti dengan pelancaran website TPM yang dibuat penuh gilang gemilang di auditorium yang padat dengan ribuan peserta dari universiti tempatan kebanyakannya.

Sila letakkan link TPM di blog anda khasnya sahabat BPN dan jika ingin melihat sendiri rupa website TPM kita, anda boleh ke laman sesawang tersebut di sini


Cuma ralat sikit sebab tengok masalah mic pengerusi Forum yang tak berapa baik berfungsi semasa rakaman dijalankan dan pihak RTM perlu memastikan ia tidak berulang lagi. Imej Kerajaan pada RTM dan seharusnya kecacatan itu tidak membawa kecelaan kepada Kerajaan Malaysia. Ini kerana rakan sebelah saya sudah berleter ketika masalah tersebut berlaku dan dia adalah salah seorang 'rakyat' yang sangat peka dalam menilai sesuatu perkara.

Katanya inilah mentaliti penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan dan mereka dilihat tidak mampu memberi perkhidmatan setanding atau lebih dari stesen swasta yang lain. Sepatutnya RTM perlu mendahului stesen lain demi menunjukkan bahawa stesen milik kerajaan yang dikendalikan penjawat awam adalah terbaik di Malaysia.

Tidak disangka juga pelancaran laman TPM turut diulas oleh blogger PR seperti Tukar Tiub milik Hishamudin Rais. Beliau turut mengambil peluang mempromosi laman TPM kita di blog beliau di sini http://tukartiub.blogspot.com. Ingatkan tak minat dengan aktiviti orang Umno khasnya TPM. Ulasan beliau turut sama mempromosi secara tidak langsung laman tersebut dengan cara dan kaedah beliau yang tersendiri.

Walaupun sekadar menyindir dan ditambah kah kah kah tetapi jangan terkejut kerana blog beliau antara blog paling disukai orang ramai. Mungkin kerana nak tengok 'lawak bodoh' atau ? Mungkinkah kita perlu meniru 'kah kah kah' beliau lepas ini ?

Kalau setakat nak kutuk orang untuk menarik hits saya rasa tidak perlulah diikuti jejak langkah 'kawan baik' Anwar Ibrahim di atas. Lebih baik ditulis perkara yang berfaedah dan boleh membina minda rakyat. Mungkin kelebihan menjadi penulis di Malaysiakini menjadi faktor Mr Tukar Tiub lebih popular hatta dari Nobisha sendiri.

Laporan penuh majlis TPM sudah dicatat oleh sahabat saya Mr Abg Tuah di sini http://abangtuah.blogspot.com/2010/01/sekitar-majlis-pelancaran-laman-web-ts.html dan tak perlulah saya mengulang kembali apa yang sudah dilaporkan oleh beliau.

Tq Mr Abg Tuah !

Memandangkan saya belum memiliki kamera digital buat masa ini maka saya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan gambar majlis TPM di sini. Saya akan berusaha membeli kamera digital yang sesuai demi membolehkan anda melihat dengan lebih jelas ulasan yang dicatatkan oleh Panglima di sini... Gambar yang diambil dalam auditorium guna handphone Panglima tidak jelas kerana suasana agak gelap.

Ramai blogger sempat Panglima temui ( ramai juga yang pertama kali jumpa ) seperti Abg Tuah Gomo, Pisau, Serikandi, Sumandak, Belantan, Leftflank, Pembela Wira, Darulehsan, PakatanMalaysia, Brave Heart, Keris Putera, Pejuang Bangsa, termasuk yang popular seperti Nobisha, Tun Faisal, Feriz Omar dll. Sekupangdua tidak hadir kerana ada hal kecemasan di Perak dan terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Angkasapuri.

Tahniah kepada Mr Feriz atas majlis tersebut dan juga terima kasih kerana sudi menjemput kami ke sana ( siap dapat baju t-shirt dan mug 1Malaysia ) dan kalau boleh diadakan juga pertemuan tertutup antara bloggers dengan TPM bagi mendekatkan lagi hubungan antara kami dengan pimpinan tertinggi negara kita. Seperti yang pernah dibuat di Carcosa Seri Negara tahun lepas.

Maafkan saya tidak mengangkat telefon anda semalam kerana ketiduran dan saya akan call balik pagi ini Insya Allah.

Cerita dan gambar tentang pelancaran PERKASA Selangor ada diterbitkan oleh PAPAGOMO http://www.papagomo.com/2010 dan dan selepas melihat upacara perasmian PERKASA yang mendapat sokongan padu dari rakyat, Panglima yakin PERKASA akan dapat menjadi wadah menyatukan umat yang sudah muak dengan politik yang membawa perpecahan. Tidak mustahil Selangor akan kembali dirampas PRU ke 13 akan datang.


Meskipun Datuk Ibrahim Ali bukan ahli Umno tetapi beliau tetap bersemangat meminta sokongan diberi kepada Umno yang menjadi teras kepada Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia. Namun katanya, jika ada kesilapan maka PERKASA akan tetap mengkritik demi kebaikan bangsa Melayu. Kehadiran PERKASA benar benar menjadi pencetus semangat kebangkitan Melayu untuk kembali bersatu dan mempertahankan maruah bangsa agama dan negara.

Panglima sempat mendengar dari awal hingga akhir ceramah Dato Ibrahim Ali dan ternyata beliau memang layak digelar Singa Melayu dengan semangatnya yang berkobar kobar dalam menyuarakan isu isu yang berkaitan dengan Melayu. Ceramah beliau memang meremangkan bulu roma seperti ulasan papagomo...Namun Panglima tertidur juga walaupun agak kepanasan dek keletihan tidur lewat jam 4 pagi malam sebelumnya.

Cuma semasa nyanyian lagu pembuka majlis ada sedikit kecacatan pada klip lagu telah berlaku dan ia sepatutnya tidak terjadi di sebuah majlis yang dihadiri oleh mantan Perdana Menteri. Saya rasa ia mungkin tidak disengajakan. Semoga ia diambil berat oleh pimpinan PERKASA agar tidak berulang pada masa akan datang..

Panglima sendiri bercadang ingin menjadi ahli PERKASA dan memang elok sangat jika kita dapat tolong NGO Melayu yang bersemangat ini demi menjaga nasib agama, bangsa dan tanah air ini. Sahabat Megat Pisau pun sudah mendaftar jadi ahli termasuk PAPAGOMO sendiri. Sekarang pendaftaran PERKASA boleh dibuat terus secara online. Sekarang sudah ada 200 ratus ribu ahli dan jika kita membantu mempromosi PERKASA ini tentu ia akan berganda menjadi 2 juta ahli selepas ini.

Namun dalam berjuang untuk bangsa kita, serta agama jangan sesekali kita lupakan Allah yang menjadi penentu kejayaan perjuangan kita. Kita jangan semangat berkobar tetapi terleka untuk memenuhi apa yang wajib dilakukan sebagai seorang Muslim. Takut kita berjuang tetapi jauh dari mendapat bantuan Allah kerana kita lupa tanggungjawab asas kita sebagai hamba kepadaNYA.

Ingatlah kisah sahabat Nabi yang begitu menjaga amalan mereka di dalam berjuang menegakkan Islam sehingga mereka akhirnya diberi pertolongan 'karomah' di saat saat mereka mengalami kesukaran dalam perjuangan. Kerana janji Allah 'ingati daku nescaya daku pasti mengingatimu' memang benar dan tidak diragui sedikitpun.

Ini sekadar peringatan demi alif ba ta dan semoga apa jua kita lakukan diberi pertolongan oleh Allah selepas kita selalu mendekatkan diri kepadaNYA dengan amalan yang wajib serta sunat !


Itu saja untuk hari ni dan jangan lupa tanya kawan kawan kenapa Anwar takut nak masuk mahkamah walaupun ada 13 alibi yang menunjukkan beliau tidak bersalah dengan isterinya sebagai alibi pertama sebagaimana laporan Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my/utusan/

Baca juga kenyataan bercanggah Wan Aziz dan dan Nurul Izzah di sini http://www.papagomo.com/2010/01

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate