gambar blog http://tunkuaisha.blogspot.com
Pertama Nik Aziz sudah mensia-siakan peluang yang datang hanya sekali dalam umur hayat PAS ketika Unity Government diwar-warkan.
Ketika itu umum sudah tahu bagaimana sikap Nik Aziz dan kita sudah pun menyuarakan luahan hati kita ketika mana Nik Aziz telah menjadi 'batu' yang menghalang proses perdamaian itu berlaku.
Ketika tawaran damai dihulur, rakyat Malaysia tidak lagi tahu kes perlantikan menantu beliau, serta perlantikan anak beliau, serta isu tajaan haji bernilai RM65 dan ketika itu juga Kickdefella masih lagi di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan masih menyimpan rahsia skandal Nik Aziz dengan baik.
Ketika itu juga hubungan Nik Aziz dengan Husam Musa dilihat baik dan rapat dan ketika itu tidak silap saya Husam masih lagi menjawat jawatan tinggi dalam hieraki PAS Kelantan. Betulkan fakta ini jika ia salah.
Namun sekarang sudah berubah 360 darjah... ketika ini satu persatu sudah hilang dan jauh pergi meninggalkan 'tok guru' lalu kita dikejutkan dengan tawaran berdamai oleh beliau kelmarin. Saya juga terkejut tahap gaban tetapi saya tahu ia mesti ada udang di sebalik mee.. Jangan risau kerana kita sudah dapat menghidu bau yang cuba disembunyikan oleh politikus licik dari Kelantan ini.
Beberapa bau sudah dapat dihidu antaranya :
1. Jangan lupa Nik Aziz sedang penat memikirkan bagaimana mahu membayar saman RM800 juta yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada syarikat pembalakan kerana mungkir perjanjian. Dia juga gagal mengaitkan isu ini dengan kerajaan terdahulu sebelum PAS kerana jelas sepanjang 19 tahun PAS menjadi pentadbir isu ini gagal diselesaikan dengan baik. Dia juga gagal meminta wang royalti kerana fakta yang jelas sudah diterangkan oleh Tok Pa ( Dato Mustafa Mohamad ) meskipun Tok Pa dan Awang Adek dituduh pengkhianat kerana tidak bersama mereka menuntut wang royalti. Akibatnya Nik Aziz fikir jalan mudah ialah dengan membina hubungan baik dan kembali berdamai dengan UMNO !
2. Nik Aziz juga tahu kes menantu beliau dilantik telah menjadi polemik dalam PAS Kelantan hingga mencemar nama PAS yang sudah pun teruk dengan berbagai isu seperti membenarkan bukan Islam membaca ayat quran ketika berceramah, menyokong Elizabeth Wong dll. Paling menarik apabila kronisme dibenarkan dalam Islam atas alasan sahabat Nabi juga dilantik termasuk menantu baginda iaitu Saidina Ali karramallahuwajhah. Namun beliau silap kerana Nabi sudah pun wafat ketika lantikan tersebut dibuat dan ia sebenarnya diputuskan oleh Majlis Syura yang dianggotai oleh para sahabat. Maka jalan berdamai terpaksa dipilih bagi menutup 'kesilapan' beliau dalam hal ini.
3. Nik Aziz juga gagal menutup skandal tajaan haji bernila RM65 k seorang yang bernilai Rm300 ribu ringgit yang diberi oleh seorang tauke billboard yang diberi kontrak memasang bilboard gambar Nik Aziz oleh PMBK yang diterajui oleh Ir Ariffahmi sebelum ini. Satu negara sudah maklum tentang perkara ini. Akhirnya isu ini mengakibatkan beliau membatalkan niat ke Mekah dan menuduh puak Umno yang menghalangnya. Jelas di sini Nik Aziz sudah pun 'agak pelupa' kerana Umno hanya meminta isu ini disiasat oleh SPRM dan tidak pun menghalang beliau ke Mekah bersama keluarganya. Asalkan bukan dengan duit rasuah.
Inilah permainan politik yang cuba dimainkan oleh puak puak yang mulanya merasa diri mereka besar dan hebat, apatah lagi dengan dokongan dan sokongan pemimpin bertaraf dunia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun aura DSAI sekarang menjunam seperti pasaran saham Wall Street yang turut mengalami kejatuhan.
Mungkin menimbangkan faktor-faktor yang disebutkan di ataslah maka Nik Aziz sudah 'konar baring' membuat tawaran nak berdamai.
Bagi saya, tak usahlah lagi terima tawaran berdamai ini kerana ia lebih memudaratkan dari memberi manfaat.
Mungkin pihak sana akan kata kita sombong tetapi realitinya mereka yang sombong ketika kita membuat tawaran berdamai sebelum ini.
Tunggulah dan buktikan kesungguhan berdamai tanpa sebarang tekanan politik dengan dibuat perjanjian tertentu barulah boleh dibentuk perdamaian yang diharapkan oleh Nik Aziz dan sudah tentu ia tidak disokong oleh fanatik tegar PAS yang sudah terkeluar perkataan 'kafir' kepada UMNO sebelum ini.
Oh ye jangan lupa juga bahawa bahtera Pakatan Rakyat ( baca : rosak ) makin karam dan anda sendiri boleh lihat di merata negeri perpecahan tersebut sedang berlaku.
atau boleh jadi tawaran ini demi membantu kes liwat Anwar ?
Wallhu A'lam.
11 ulasan:
Gerakan senyap alim-ulama akar umbi untuk menentang PAS atas landasan aqidah telah pun bermula. Ratusan CD mengenainya telah tersebar di Kuala Pilah dan Sg Petani. CD ini sedang diedarkan di Kg Sri Jugra, Banting antara 5-7 Februari 2010.
Jika ada kesempatan, pergilah ke sana dan dapatkan cd tersebut. Program ini akan ditutup dengan suatu ceramah yang jarang-jarang kita dengar iaitu BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH yang akan disampaikan oleh seorang anak didik Tuan Haji Abdullah bin Sa'amah, Pondok Geting, Tumpat yang mengisytiharkan perang terhadap Nik Aziz yang berfahaman wahabbi
Ceramah ini amat bertepatan sekali dengan scenario masa kini yang tidak membenarkan kita bercakap tentang Melayu atas segi sejarah. Jika kita tidak ambil pendekatan baru ini, takut-takut nanti akan berlakunya penyakit "tak kenal, maka tak cinta" kepada generasi muda kita"
Salam Panglima,
kita hanya mampu melihat beberapa kali lagi..apakah kali ini Datuk Nik Aziz benar2 ikhlas serta jujur dengan apa yang dikatakannya atau kerana terlalu terdesak setelah melihat dihadapan yang pakatan pembangkang semakin hari semakin bergelora...
nik aziz dah hampir menyerah kalah.sekarang dia minta berdamai. walaupun kita tahu dia ada pelbagai skandal tetapi tak salah kalau kita pertimbangkan tawaran beliau.
kita perlu lihat sama ada ianya menguntungkan orang melayu dan islam keseluruhan. kalau ianya menguntungkan, tak salah kita terima..
Salam.
Pengalaman lepas telah mengajar kita utk berhati-hati. Disebalik imej ulama dan seorang tok guru, jangan lupa Nik Aziz ialah seorang ahli politik yg tidak sunyi dgn tipu muslihatnya. Jika benar dan niatnya ikhlas demi keutuhan dan perpaduan islam, cadangan Nik Aziz itu harus disambut baik. Tapi jika sebaliknya, lupakan saja.
Pada kebiasaannya Nik Aziz akan tukar fikiran dan pendirian pada saat-saat apabila keadaan akan menguntungkannya atau sebaliknya. Akhir sekali UMNO juga akan dipersalahkannya dan UMNO juga akan dilihat bersalah, kejam, penipu dan macam-macam persepsi buruk oleh mereka.
Jadi, jangan sekali-sekali terpedaya dan tertipu oleh kata-kata dari mulut Nik Aziz ini. Teruskan usaha "lawan tetap lawan".
saya dapat tahu ramai kalangan ahli pondok yang ahli sunnah sudah bangkit membuat kecaman terhadap nik aziz.
pengalaman hampir 20 tahun di kelantan membuatkan mereka sudah hilang sabar.
mereka melihat politik dijadikan alat untuk menaikkan fahaman salah ini.
tidak pelik apabila geng mereka sudah berani mengecam majlis agama dan jabatan agama.
ini usaha yang sangat terancang untuk menjatuhkan imej islam dan menyebarkan fahaman songsang seperti wahabi.
kita kena menyokong usaha melawan siapa sahaja yang sokong wahabi samada dari umno pas pkr
mereka semua adalah 'musuh' kepada perpaduan agama bangsa dan negara kita.
ancaman ini akan menyebabkan fahaman militan akan tersebar di negara kita.
janganm sampai negara kita akan bergaduh dan berbunuh bunuhan baru kita nak sekat fahaman salah ini.
terima kasih kepada anon atas info anda.
saya dapat tahu di pondok pasir tumbuh juga dibuat diskusi antara wahabi dan sunnah.
malangnya mereka telah kalah.
terima kasih hilbert dan yb raz atas komen anda.
geng erdogan sudah nafikan perkataan nik aziz ingin berbaik dengan umno..
tengok sini :
http://perisik-rakyat.com/2010/02/bernama-berbohong-tok-guru-kata-lain.html
umno jangan seali-kali berdamai dengan pas selagi nik aziz ada jawatan dalam pas.
salam......
jangan disambut@tolong bila seperti anjing
tersepit...tetapi dihulur setelah mereka
jatuh tersungkur!
tidaklah nanti kita digigit tetapi
kita dapat kemulian dan pujian
setelah mereka insaf waima tahu bersyukur!
MOKHTAR:
JANGAN LAYAN TAWARAN DAMAI INI. MEREKA TAK IKHLAS. MEREKA KATA UMNO YANG BERKELAHI DENGan pas bukan sebaiknya. sebenarnya PAS yang berbalah dengan UMNO.
kita kena tengok sejauh mana mereka ikhlas dalam hal ini.
mereka nak mainkan isu ini bagi menutup isu Anwar.
atau kerana sedar Anwar x dpt diharap?
Catat Ulasan