(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)
Cerita lanjut layari blog http://wfauzdin.blogspot.com/.
Apa kaitannya dengan situasi masa kini ?
Selepas satu demi satu MP Pembangkang meninggalkan parti maka secara logiknya ia menggambarkan mereka sudah semakin lemah. Maka teori 'gerrymandering' ini sedang diwar-warkan agar rakyat menilai bahawa Umno akan menang PRU akan datang dengan cara yang kotor yakni menggunakan teori ini.
Ini juga bermakna mereka sudah dapat merasakan gelombang penolakan rakyat bahkan di kalangan Adun/MP mereka sendiri yang begitu berani melompat keluar parti. Mereka tahu kemenangan mereka hasil sokongan rakyat adalah hasil 'permainan persepsi' yang berjaya mengeliru ( lebih tepat kita sebut : menipu ) rakyat yang tidak reti politik.
Sekarang kemarahan rakyat begitu membara apatah lagi selepas isu berkaitan agama seperti kalimah Allah, isu DEB di Pulau Pinang dan isu perobohan gerai haram yang menyaksikan ramai peniaga gerai dirobohkan gerai mereka tanpa perikemanusiaan.
Di manakah mereka mula memperkatan isu ini?
Saudara/i boleh lihat di Harakahdaily ( klik sini ) isu ini ditimbulkan oleh Raja Petra ( pakar strategi pengkhianat negara )
Bayangkan pengecut utama negara ini begitu cepat menuduh Umno membeli ahli Parlimen mereka walhal mereka tidak pula mempunyai sebarang bukit.
Semuanya adalah 'fitnah' yang diguna untuk mengelakkan nama dan imej YB kesayangan Australia, Amerika dan negara Kanada ini dimalukan di Malaysia melalui aktiviti 'melompat' beramai-ramai YB pembangkang menjadi YB Bebas atau menyertai Umno seperti Fairus.
Apakah ini tanda kejayaan awal untuk kita ?
saya boleh kata : Insya Allah Taala !!!!
Tetapi kita jangan leka, ayuh sekarang kita fokus pula kepada parti rasis ulung di Malaysia iaitu DAP.
Perjuangan ini masih jauh dan memerlukan kita terus berusaha sambil memohon pertolongan Allah Maha Esa.
Takbir!!!!!!!!!
sila baca juga ulasa blogger kita di sini
6 ulasan:
Insyaallah..
Persempadanan semula boleh dibuat tiap 8 tahun. Bila tahun 1999 pembangkang disokong majoriti rakyat jelata menang besar, maka sebelum pilihanraya 2004 berlangsung dibuat persempadanan semula lalu hasilnya BN pula menang besar pada 2004. Namun pada 2008 rakyat tetap menolak BN lalu PR menang besar, maka sekali lagi sebelum PRU13 nanti akan dibuat persempadan semula untuk memenangkan BN semula.
Jadi bila kita tengok carta maka jadilah naik turun, bukan sebab sokongan rakyat berubah2, tetapi sebab persempadan semula tiap 8 tahun.
Kesimpulannya BN bergantung sangat pada persempadan semula untuk kekal berkuasa. Jadi jangan pelik jika kubu BN di Sarawak yang hanya pengundi berjumlah 3000 dah dikira 1 kerusi Parlimen.
Persempadanan semula tak mungkin menjadi keyataan jika BN gagal meraih kembali sokongan 2/3 anggota Parlimen. Berita baik dalam minggu ini ialah 2 MP PKR telah menjadi katak puru, keluar PKR. Jadi tugas memburu majoriti 2/3 meenjadi kian mudah.
BN perlu berusaha lebih keras memujuk lebih ramai MP PKR keluar parti itu. Dengan itu mudahlah Parlimen kembali dikuasai oleh BN dengan majoriti 2/3. Jangan peduli tentang wang, kerana untuk menggapai cita-cit besar, wang berjuta hanya secebis perkara kecil. Begitu juga jangan peduli tentang dosa dan pahala, kerana syurga dan neraka adalah cerita orang mati, ia tidak penting kerana kita wajib mengutamakan keluarga yang sedang hidup.
Moto kita kini ialah tujuan menghalalkan cara. Buatlah apa saja, yang penting kita dapat kembali majoriti 2/3.
Hidup Umno, hidup BN!!!
Ha ha ha Comment pun Dah Merapu.... PAS kata sokong UMNO jadi kapiaq, DAP kata sokong UMNO jadi rasis, PKR kata sokong UMNO jadi !@#$%^&***&^%$#@?+......zzzzzzZZZZ
Dah 52 tahun diperbodohkn. Takkan tak serik2 lagi. Sedarlah..,
Betul tu dah lama dah...macam-macam boleh berlaku...ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku...ini bukan hasutan tapi sekadar mahu anda semua berfikir.
Kita tidak boleh mendabik dada apa yang kita lakukan adalah yang ter baik yang mana orang lain tidak dapat melakukan perkara yang sama. Malah akan melakukan yang lebih baik dari apa yang sedia ada.
Jangan sampai bila "kudis dah menjadi tokak" baunya dapat dihidu semua...masa tu dah terlambat.Kita punya minda jadi kita fikir lah. Tiada siapa di dunia ini mahu melihat negara mereka menjadi kucar-kacir melainkan ada yang melakukan provokasi...yang membuatkan orang melatah seterusnya melakukan perkara yang di luar dugaan. Janganlah mensensasikan berita yang karut dan tidak masuk akal sehingga memomok-momokan dan menakutkan rakyat.Pembangkang juga rakyat MALAYSIA...ada rasa cinta terhadap negara,raja dan agama.Cuma mahu memperbetulkan kan keadaan rumah yang sudah usang (52tahun) dengan melakukan renovation menjadikan suasana rumah itu lebih selesa dan aman diduduki tanpa ada rasa syakwasangka antara kaum.Negara malaysia ini berbilang kaum.Perlembagaan jelas menyatakan hak kaum masing-masing,kenapa perlu risau.Selagi kita masih meletakkan yang dipertuan Agong itu diatas perlembagaan dalam urusan yang tertinggi...tiada apa yang perlu dirisaukan.Saya sebagai rakyat MALAYSIA akan merasa bangga jika negara kita ini diperintah oleh kerajaan yang telus,adil dan mengikut landasan islam yang sebenar.Kita kena bangga sebagai negara islam yang mempunyai pelbagai kaum didalamnya.Jadi fikir-fikirkanlah.Jangan biarkan diri kita sentiasa dimomokan dengan cerita yang entah betul atau tidak kesahihannya.Saya tidak menyebelahi mana-mana tetapi sentiasa mengikuti rapat perkembangan politik negara dan sentiasa memikirkan baik dan buruknya.Kalau baik pejalanannya maka tak salah saya sokong tapi jika sebaliknya maka harus lah kita mencari jalan penyelesaiannya agar negara kita ini tidak menjadi seperti negara lain yang mana pemimpin yang sudah lama memerintah jatuh dengan aibnya.
Catat Ulasan