Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Mei 2010

Versi Kemaskini - Dr Asri Panas Hati Kerana UMNO Tetap Menolak Fahaman Wahabi

  1. Dr Asri sudah lama saya perhatikan gelagatnya. Beliau seperti 'parasit' yang akan hinggap di mana sahaja yang boleh 'ditumpang' olehnya.
  2. Aliran pemikiran beliau SANGAT BAHAYA dan atas sebab itu saya telah buang link blog Pena Minang kerana terlalu obses kepada fahaman yang dibawa Dr Asri yang jelas bercanggah dengan IJMAK ULAMA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Maafkan saya PENA MINANG
  3. Ketika Ulama bersepakat kita dilarang mengambil pendapat bertentangan dengannya. Inilah digelar IJMAK ULAMA dan Dr Asri seperti gagal memahami kaedah IJMAK ini dan terus mengeluarkan pendapatnya.
  4. Mungkin lubang hidung yang agak luas menggambarkan personaliti dirinya yang begitu takabur dan ego menolak pendapat para Mufti kita dengan mengangkat pendapatnya sahaja yang sah dan boleh diturut oleh rakyat Malaysia. Hingga ditegur KP JAKIM - 'beliau perlu dita'dibkan'
  5. Selepas ditolak oleh Utusan Malaysia artikelnyam, beliau akhirnya diguna oleh Mstar dan Malaysiakini. Dulu atas nama kebebasan bersuara barangkali Utusan menyiarkan tulisan beliau.
  6. Namun selepas penjelasan demi penjelasan Utusan Malaysia sudah dapat melihat aliran pemikiran yang dibawanya sangat bahaya dan bercanggah dengan Ahli Sunnah.
  7. Jika anda melihat pandangan mereka yang taksub fahaman wahabi ini mereka tidak segan silu mengatakan Allah bertempat dan Allah ada tangan dan kaki. Secara jelas mereka mengingkari IJMAK ULAMA yang mengatakan ALLAH tidak serupa dengan makhluknya.
  8. Lihat juga isu isu lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang dikritik Dr Asri http://drmaza.com/ seperti isu sebat, masuk masjid, peguam syarie bukan Islam yang jelas bercanggah dengan majoriti alim ulama Malaysia. Jika anda rajin anda akan temui banyak fahaman beliau selari dengan Sister In Islam.
  9. Orang macam ini jangan diberi ruang dan peluang. Jika anda ada menyiarkan link blog/laman mereka maka elok dibuang sahaja dari blog anda. Atau anda wajib beri peringatan kepada rakan rakan agar jangan terpengaruh dengan fahaman moden ala reformasi agama ini.
  10. Usaha anda dikira satu perjuangan jihad memerangi petualang agama selain petualang bangsa serta negara kita di alam siber. Kepada kawan kawan mohon sokongan padu anda dalam hal ini.



Bersama kita menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan taat setia tanpa berbelah bagi selama ia tidak berlawanan dengan Al Quran dan Sunnah serta Ijmak Ulama dan Qias.

Jangan jadi blogger biadap yang kritik ulil amri sesuka hati atas dasar kebencian dan dengki kepada pihak yang lain.

Salam perjuangan.


Siap tulis jam 1.44 pm.



pembela Dr Asri dan penyokong kuat beliau.

Silap tempat mengajar sampai kena tangkap oleh jabatan agama Islam Selangor


ramai terpesona kupasan modennya


PAS juga ramai wahabi di dalamnya


dua tokoh sehati sejiwa sealiran tetapi cara sahaja berbeza



Lihat penjelasan Allah Tidak Bertempat oleh 'Musuh Asri' di sini :


dan lagi di sini





Dr Asri perlekeh Ulama Silam dan Majlis Tahlil



Jawapan Dato Harussani kepada pandangan-pandangan songsang Dr Asri




Jangan lupa download tulisan Mufakkir Islami Ust Aizam Mas'od penyelidik JAKIM tentang Farish Noor Zainah Anwar (SIS) di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/



siap kemaskini jam 2.37 pagi 31 Mei 2010

2 ulasan:

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

sy setuju dgn pandagan sdr dlm hal ini...

PB gelarkan Dr Asri ini adalah reformis Agama di malaysia . Dia lebih kurang sama saja dgn puak2 PKR dan PAS kini yg mempejuangkan Islan liberal !!!

Unknown berkata...

ni satu cabaran pada umat Islam kini , fahaman Wahabi semakin menular , kebanyakan pengikutnya adalah mereka yg berpegang pada lojik akal , terlalu bijak ..
fahaman wahabi ditentang oleh seluruh negara fahaman ahlus sunnah , bukan malaysia saja ..
juga ditentang oleh ulama2 terdahulu , mereka berpendapat mazhab ini terkeluar dari mazhab yg empat ..
Dr asri ingin menjadi jaguh ilmu , pendapat dia saja yg betul , ulama lain semua salah , dan hati2..kebanyakan pengikut PAS adalah pengikut fahaman wahabi , termasuk beberapa ustaznya , [ulama dlm istilah Pas ]

Cari Blog Ini

Translate