Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mei 2010

EDARAN SEGERA : ISU DUA BLOK MINYAK YANG DISERAHKAN KEPADA BRUNEI !

Tun Mahathir telah menulis dalam blog beliau (chedet.co.cc) pada 29 April 2010 mendakwa bahawa dua blok minyak L dan M telah diberikan kepada Brunei oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah sebagai tukaran bagi Limbang yang menjadi pertikaian kedua buah negara sejak 1963.


Ia berdasarkan laporan The Edge Finacial Daily bertarikh 22 April 2010 dan Brunei Times yang menyatakan Blok L dan Blok M tidak lagi menjadi hak milik Malaysia.


Tun Mahathir dalam tulisannya mendakwa negara kehilangan hasil bernilai anggaran USD100 bilion bersamaan RM320 bilion ringgit dari tindakan tersebut dan mahukan penjelasan Kerajaan berhubung perkara ini.


Tun Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usahasama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.


Perdana Menteri pada 2 Mei 2010 menegaskan bahawa perjanjian yang dimeterai oleh Malaysia dan Brunei tersebut masih belum selesai dan pasti menjurus kepada situasi yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak


Kenyataan terbaru Wisma Putra pula menyatakan penyerahan dua kawasan blok minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei melalui Pertukaran Surat antara Malaysia dan negara itu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.


Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas dua blok minyak yang diserahkan Malaysia kepada negara itu pada tahun lalu berdasarkan kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.


Ini kerana kawasan minyak Malaysia di Blok L dan M secara kebetulan sama dengan kawasan minyak Brunei di Blok J dan K, ia diiktiraf dalam perjanjian tersebut memandangkan kedua-duanya terletak dalam kawasan perairan Brunei, yang membawa maksud negara itu mempunyai kedaulatan terhadapnya mengikut UNCLOS,"


Petronas pula berkata, ia telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.


Petronas juga telah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.


Sementara itu, kata kenyataan itu, penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan Petronas kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat.


Menurut Wisma Putra, selain mendapat kelulusan Kabinet mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu.


Dalam pada itu, Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.


Perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan.


Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih dan ia lebih hampir kepada Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan "bertindih" sebegini,tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.


Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.


Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan mungkin selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Brunei.


Kawasan Limbang juga mungkin akan terus kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.


Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalahmerupakan sebuah negara jiran tetangga yang baik. Tidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahan maupun ketegangan dengan negara ini.


Selain itu Sabah dan Sarawak juga adalah asalnya milik mereka. Pastinya jika Brunei menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak tidak akan berada di bawah Malaysia pun.

Jika kita bermusuh dengan Brunei yang mana merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau Melayu sudah tentu ini hanya akan melemahkan kita.




rujukan : Utusan Malaysia dan blog Bumiyang http://bumiyang.blogspot.com

3 ulasan:

hilbert berkata...

Salam 1Malaysia Panglima,

ni nak buat pembetulan sedikit, sebenarnya Sabah bukan sebahagian daripada wilayah Brunei sebab Sabah adalah wilayah pentadbiran kerajaan Kesultanan Sulu sehingga ke wilayah Mindanao selatan Filipina.

Hanya Sarawak saja merupakan bekas wilayah yang dikuasai oleh Brunei bermula dari Kuching hingga ke Lawas. Brunei sebenarnya tidak ada kuasa untuk menghalang Sarawak dari menyertai pembentukan Malaysia sebab hak Brunei keatas Sarawak telah tiada apabila Brunei gagal untuk menebus wilayah2 yang ada dalam Sarawak yang telah digadainya sebelum itu sebagai daripada Rajah Brooke serta kerajaan British.

Harap isu block L dan M tidak selalu diungkit lagi..jangan guris perasaan rakyat Brunei sebab mereka adalah sebahagian daripada sejarah kami yang sentiasa hidup.

jitu berkata...

fakta telah diberi...aku menghormati segala yg telah di rundingkan...kebaikan lebih byk dr kebrukan...nilai persaudaraan sudah pasti akan terserlah lagi.brunei adalah jiran yg blh dikatakn paling akrab..penjelasan sudah diberi...jgnla dinodai lagi...jagala sama air muka negeri org yg selama nie bertolak ansur dlm apa jua yg dirundingkan..

Edjarn berkata...

Jika dilihat dari segi geografi dan dihitung secara terperinci kawasan blok L & M memang milik mutlak negara Brunei Darussalam. ini kerana ia terletak di dalam wilayah ZEE negara tersebut. rasanya tak salah memberikan blok L & M kepada Brunei kerana Brunei merupakan sahabat paling baik dalam ASEAN dan negara yang tidak pernah mendatangkan masalah kepada Malaysia sebagai jirannya. selain itu ia juga melambangkan betapa sopan dan santunnya rakyat dan kerajaan Malaysia dengan memberikan kawasan minyak ini kepada yg lebih berhak tidak seperti indon yg tidak memberikan kita kawasan ambalat walaupun mengikut undang2 UNCLOSS itu adalah wilayah Malaysia.

seperkara lagi kalau diamati sejarah, Sabah kan dulunya terbahagi 2. bahagian timur adalah jajahan Kesultanan sulu manakala barat kesultanan Brunei. so kalo diikutkan sejarah blok ini terletak dibawah pengaruh Brunei..

Cari Blog Ini

Translate