Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mei 2010

PRK Sibu Siri 10 : Isu Cukai Judi&Arak - Teladan Khalifah Umar Mengutip Cukai Nama Kharaj


Malaysiakini melaporkan dua ratus premis akan jadi tempat pertaruhan judi piala dunia


manakala Harakahdaily melaporkan 2000 premis pertaruhan.



Mana satu betul ?


Jawapan saya : dua dua penipu !!!!

kerana sehingga kini saya tidak menemui keratan berita bahawa lesen judi telah diluluskan seperti yang dilaporkan Malaysiakini.


Ramai telah terkena dengan propaganda ini yang pasti untuk menutup kes liwat Anwar...

Jangan terpedaya.

Jika diluluskan apa masalahnya ?

kerana ia dilulus untuk bukan Islam ..

cuma penguatkuasaan perlu dibanyakkan agar umat Islam tidak akan terjebak dengan perjudian ini.

Biarkan bukan Islam berjudi kerana mereka memiliki kekayaan dan biarlah perjudian ini dilesenkan seperti juga Sports Toto dan Magnum dll

Dilesenkan tidak bermaksud dihalalkan kerana lesen itu untuk bukan Islam dan judi TIDAK PERNAH dihalalkan kepada umat Islam.

saya seumur hidup tak pernah membeli no ekor atau minum arak walaupun berlambak depan mata saya, so ada saya kisah lesen judi /arak diluluskan untuk bukan Islam ?

pendekatan melalui pendidikan serta undang-undang telah berjaya menahan rakyat seperti saya dari mendekati benda haram dan memabukkan itu.

Perkara ini dipolitikkan oleh pembangkang khasnya PAS demi untuk menunjukkan PAS juga masih 'tinggi syahwatnya' untuk membela Islam. Begitu juga PKR yang cuba menjadi jaguh isu ini selepas agak malu dengan kes liwat bigbos mereka terhadap anak muda tidak berdosa bernama Saiful Bukhari Azlan serta kekalahan di Hulu Selangor akibat calon yang dikaitkan dengan judi dan arak..

Negara kita ada undang2 dan jangan khuatir ia akan menjadi benteng dari kesan negatif akibat pelesenan perjudian ini.

Along sudah diperangi dan mereka sudah sukar bergerak untuk memberi pinjaman tanpa
lesen kepada rakyat.

Jangan menggambarkan selepas ini pelacuran pun akan dilesenkan kerana aktiviti pelacuran
berbeza dengan perjudian.

Berjudi tidak melibatkan gadis dan wanita tetapi pelacuran melibatkan gadis wanita dan boleh menimbulkan kesan sosial kepada institusi keluarga di negara kita.

ini pandangan peribadi saya, mohon dibetulkan jika silap.

WALLAHU A'LAM


oh ye, mana satu anda fikir penipu ?

kalau tak tengok pun keratan berita ini saya memang dah lama tak percayakan
Malaysiakini dan Harakahdaily...



info tambahan :

Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.


Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain.


Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.



Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.



Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.



Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.



Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?



Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.



Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.



sumber : http://www.pemudaumno.org.my/





Lihat juga tulisan Zaharudin (kolumnis ruang Ekonomi Islam di Harian Metro) tentang boleh atau tidak cukai arak dikenakan dan diguna untuk membayar gaji pekerja/penjawat awam.



" Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka.

Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.


Jika cukai arak boleh dikenakan maka begitu juga dengan judi.Jadi jangan kita mudah melatah isu ini tanpa mengkajinya terlebih dahulu.


Wallahu A'lam.



5 ulasan:

Sidang Redaksi berkata...

Terma kasih atas penjelasan,

Di facebook sudah ada fan/group yang mengecam tujuan ini, harap dapat diberi hujah ini untuk penjelasan...

tamingsari berkata...

Hanya 'fatwa' Pas sahaja yg benar dan terbaik. Fatwa Pas hanya untuk ahli Pas. Biarlah mereka sesat dengan ulamak politik mereka.

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

saya tetapi tidak setuju dgn kerajaan benarkan lesen judi bola sepak ini diluluskan walaupun pelbagai alasan dan hujah disertakan.

keputusan kerajaan ini mengecewakan sy ... memang susah nak counter isu ini dan imej buruk utk Najib .. Pak Lah pun semasa pemerintahan dia tidak benarkan mengapa Najib benarkan ..

org PAS seronok lah main isu ini yg UMNO sendiri beri peluang kpd mereka ... Dulu kita seronok hantam PAS dalam isu Arak ronnie liu tetapi kini kita pulak sama saja lulus lesen judi kepada jutawan tauke judi ...


bg pi 1000 alasan pun , memang org akan anggap kerajaan buat tu tak betul ...

kembara putih berkata...

Judi tu haram, walaupun bermati2an kamu memberi alasan, HARAM TETAP HARAM, semua yang terlibat menanggung dosa, dari pihak yang meluluskan hinggalah pencacai2 UMNO yang menyokong.

Panglima Perang Cyber berkata...

harap saudara dpt baca artikel kenapa judi dilesenkan.

jika judi dihalalkan oleh kerajaan sayan orang pertama akan bangkit menentangnya..

namun jika dilesenkan maka saya tidak ada sebarang masalah dengannya.

Cari Blog Ini

Translate