Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2010

Al Fatihah Untuk Ust Hassan Syukri - Bekas Pengerusi Kohilal & Timbalan Presiden PAS

  1. Pertama Al Fatihah ditujukan kepada Allahyarham Ust Hassan Shukri atas pemergian beliau ke rahmatullah kira kira jam 2 petang tadi (menurut sms alert Utusan). Meninggal sejurus pulang dari muktamar ke 56 PAS di Kelantan. Jasa beliau paling besar dan terbaru ialah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas atau DPHH seperti info klik http://www.malaysiakini.com/ selain pernah menjadi Pengerusi Kohilal yang ditukar nama oleh rakan Blogger menjadi KOHILANG.
  2. Mungkin masa tidak sesuai menulis isu berkaitan Allahyarham di saat beliau sudah pun dijemput mengadap Tuhan. Namun apakan daya demi keadilan maka isu ini perlu disentuh juga walaupun boleh menimbulkan perasaan tidak senang ahli PAS yang sememangnya sukar menerima kenyataan parti mereka juga tidak maksum dan boleh 'gelap mata' apabila berhadapan dengan wang dan juga takhta.
  3. Skandal KOHILAL mungkin menjadi satu lagi 'kudis' PAS yang baru pecah nanahnya dan ia berlaku di kala Pakatan Haprak pembangkang sedang menuju Putrajaya khabarnya. Adakah kudis terbaru ini akan mengena PAS seorang atau ia akan memberi kesan kepada yang lain termasuk DAP dan PKR ? Masa akan menentukannya dalam PRU akan datang. Menariknya isu ini pernah diulas Malaysiakini pada 5 mei 2005 http://www1.malaysiakini.com/news/35897 namun tiada 'happy ending' kisah KOHILANG ini.
  4. Kenapa Allahyarham meninggal sejurus pulang dari Muktamar ? adakah kerana isu KOHILANG atau isu DHPP ? ini antara persoalan yang akan cuba saya kupas tidak langsung selepas ini Insya Allah. Banyak kebetulan dan mungkin ia kebetulan yang juga kebetulan terlintas di minda saya. Mungkinkah ini adalah petanda Allah menyanyangi beliau agar tidak akan ada lagi insiden Islam dan perkataan Allahu Akbar dilacur oleh ahli DPHH ini yang sudah pandai bertakbir ketika muktamar pertama mereka diterima dilayan sebagai ahli PAS dan layak pula bertanding atas tiket parti itu.Ulasan ada dibuat Panglima klik sini http://penembak-tepat.blogspot.com
  5. Dulu kita masih ingat ketika nama Pak Lah digelar 'badwi jaga unta' ketika itu juga Presiden PAS Allahyarham Ust Fadzil Noor dipanggil mengadap Ilahi. Kesilapan orang 'beriman' macam ahli ahli PAS ini cepat di'bayar' tunai oleh Allah Taala. Mungkin sebagai peringatan kepada yang lain agar tidak meneruskan perbuatan tersebut dengan lebih teruk lagi. Al maklumlah hanya PAS sahaja 'beriman' dan parti lain tidak layak dilabel dengan Iman atau Islam kecuali PAS dan sekutu mereka sahaja.
  6. Ust Hassan Syukri juga bekas Timbalan Presiden PAS dan juga Pengerusi Kohilal ketika krisis Koperasi Al Hilal atau singkatannya - Kohilal yang ditubuh pada 1986, berlaku pada 1996-1999.Info klik http://www.malaysiakini.com/ Isu Kohillal telah dibangkit kembali oleh Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tiket PAS pada PRU yang lepas baru baru ini . Saya masih tidak pasti adakah isu KOHILANG ini diungkit dalam perbahasan peserta Muktamar PAS ke 56 yang lalu atau tidak.
  7. Ada satu blog baru dimasuk dalam senarai rakan baru Panglima ada mengulas isu ini http://pemudatbk.blogspot.com/ Antara lain ditulis : PAS cuba mengelakkan diri dari dikaitkan dengan KOHILAL ! Pelik lagi ajaib puak PAS ini. Sindrom penafian sudah begitu membarah dalam jiwa pemimpin PAS sekarang yang tidak lagi malu untuk menipu demi mengekalkan kuasa dan populariti yang ada.
  8. Satu lagi persoalan ialah kenapa Malaysiakini menyiarkan dengan begitu teliti isu ini ? Media online pro Anwar Ibrahim menyiarkan beberapa laporan tentang isu Kohilal antaranya dengan tajuk 'Premis Kohilal mungkin dilelong' http://www.malaysiakini.com/news/ , ' Kelemahan pengurusan Kohilal dibekukan' http://www.malaysiakini.com/news/
  9. Adakah demi membalas dendam atas tindakan 'bijak' PAS membuka peluang bukan Islam menyertai DHPP sekaligus menyempitkan ruang PKR dan DAP meraih sokongan Cina dan India ? Jika benar kenapakah ia tidak disedari ahli PAS bahawa mereka akan 'disembelih' hidup hidup oleh sekutu mereka jika tidak lagi memberi manfaat bahkan mencetus 'mudarat' ??? Bukankah PAS sedar dengan siapa mereka berkawan sekarang iaitu kafir harbi yang menolak Islam seperti DAP ? Laporan Malaysiakini isu ini klik http://www.malaysiakini.com/
  10. Tulisan Maharaja Zhou tentang Hassan Syukri http://maharajazhou.wordpress.com/ pasti menyakitkan hati golongan pro Ulama dalam PAS kerana ia jelas membayangkan bagaimana rakusnya geng Erdogan yang condong kepada Anwar dalam PAS untuk menjatuhkan beliau. Satu lagi analisa saya tentang artikel tersebut ialah kemungkinan besar Allahyarham telah dijadikan mangsa untuk melemahkan golongan Ulama dalam PAS sekaligus membuka peluang Erdogan naik menguasai jawatan penting sebelum ditumbangkan kembali pada Muktamar PAS yang lalu. Apatah lagi ketika itu Kamaruddin Jaafar rakan rapat Anwar Ibrahim menjadi Setiausaha Agung PAS sekaligus menguasai suara rasmi PAS hingga dapat menjadi platform paling berkesan menaikkan mana mana calon yang 'direstu' oleh beliau.
  11. Allahyarham ditulis dalam sejarah PAS sebagai pengasas Markas PAS di Taman Melewar. Malangnya di hujung usia beliau telah dipinggirkan oleh golongan yang anti kepada kepimpinan Ulama dan menyokong Ulama Carut / Celaka seperti Nik Aziz ( klik sini http://politikbanjar.blogspot.com) yang tidak jemu menjadi pembela setia Anwar Ibrahim dan DAP.
  12. Lihat geng Blogger Adukataruna atas nama PAS Reform cuba mengganggu PAS dari dalam. Budak ini cuba menjadi 'messenger' Anwar dan sekutunya dalam isu Projek Kerajaan Perpaduan. Keberanian budak ini bertanyakan soalan berkenaan kerajaan perpaduan boleh dipuji tetapi siapa yang tengok tentu akan sakit hati. Ketika ini kita boleh lihat cubaan dibuat budak 'baju kurang ajar' ini semakin menjadi jadi demi menghalang perpaduan Umat Melayu Islam di Malaysia. Seingat saya hanya setan dan jin afrit serta munafiq dan kafir harbi sahaja yang anti perpaduan samada antara PAS dan UMNO atau perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia dan seluruh dunia. Budak Adukataruna jika dinilai tulisannya mirip geng Hishamudin Rais yang 'jilat menjilat' satu ketika dulu dan kasar bahasa dan perangainya. Tengok tulisan budak ini http://adukataruna.blogspot.com/ yang jelas anti Hj Hadi dan ulama Kitab Kuning dan agak pro Nizar serta jelas spesis Wahabi.
  13. Kesimpulan kisah Allahyarham Ust Syukri ialah PAS terbukti gagal menguruskan wang RM60 juta dan bayangkan jika RM60 bilion diberikan kepada PAS untuk diuruskan oleh rakyat Malaysia. Alhamdulillah Allah lebih tahu di mana diletakkan kuasa 'memerintah' dan lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang berdusta menggunakan nama agama untuk kepentingan dunia. Pengakuan kelemahan pengurusan PAS dalam operasi KOHILANG menjadi punca kerugian ada dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Nik Amar Nik Abdullah di sini http://www.malaysiakini.com/news/ dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini http://www.malaysiakini.com/news/
  14. Dah jam 1.10 pagi, Panglima mohon berehat dulu dan Insya Allah ada masa sambung lagi tulisan di blog ini. Selagi ia masih 'ada usia' di alam siber. Mudah-mudahan panjang umur murah rezeki...

3 ulasan:

lord ried berkata...

SALAM MAKAN TAIK BEWAK2 PEJUANG MELAYU......
( lebih koghang ngan salam 1 mesia jugak la )


MEMANG APA YANG BEWAK TULIH TU BETUI....PAS MANA PANDAI MENEGA2 NI. KOHILAL SEJAK DITUBUHKAN 1986, RUGI TIAP TAUN. TADAK SATU TAUN PON UNTUNG.

KOHILAL TAKLEH NAK CELENG KERAjaan BEWAK MENEGA. NEGAGHA MAJU 2O2O AKAN JADI KENYATAAN JUGAK WALAUPON EKONOMI MALAYSIA MAMPUIH PADA TAUN 2019. KALU TAKDIQ MAJU....MAJU LA. SOAL EKONOMI MAMPUIH, RAKYAT TAKLEH MENTEKEDARAH NASIK, CEGHITA LEIN TUH.

SANGAT BIJAK KERAjaan BEWAK NI, HUTANG NEGAGHA
NEIK SAMPAI 300 BILION TAPI DOK BANGGA SUBSIDI HANYA 74 BILION. PATUT PON IDRIS JALA WAT STATEMEN 10 TAUN LAGI BANGKRAP.

SANGAT BIJAK PUAK2 BEWAK NI URUS GHETA TABUNG HAJI. RAKYAT SIMPANG KAT TH UNTUK NAK PI NEIK HAJI, DEPA DOK MENEGA SAMPAI UNTUNG BERBILION RINGGIT KAT LADANG GETAH DI INDONESIA. TAPI BEWAK NI PANDAI JUGAK OTA DOK KATA KEBAKARAN HUTAN LA SABIK TH HAJI UNTUNG. UNTUNG JUGAK TABUNG HAJI SABIK DOK MELABUQ SALAH TEMPAT.

BANYAK LAGI KALU ABANG NAK TULIH KEUNTUNGAN2 YANG DIJANA OLEH PUAK2 BEWAK NI SEPERTI PKFZ, SIME DARBI UNTUNG BERBILION DOLLAR KAT PROJEK BAKUN. KITA BULIH TENGOK LAGU MANA MAS, SYARIKAT PENERBANG KERAjaan MENCATAT KEUNTUNGAN BEGITU TINGGI TIAP2 TAUN.

SABIK TU LA( ngan keuntungan yang begitu memberangsangkan) PUAK2 BEWAK TELAH MENURUNKAN KADAQ TOL, TARIF ELEKTRIK,REGA MINYAK, DAN SELURUH KOS HIDUP DI MALAYSIA TERENDAH DI DONIA. OLEH KERANA RENDAH KOS IDUP KITA TENGOK
PELABUQ2 ASING BEREBUT2 SAMPAI TIDAK TERTANGGUNG NAK MAI MELABUQ KAT MALAYSIA. SABIK
BEWAK LA MALAYSIA AKAN MAJU PADA TAUN 2020, SEHINGGA RAKYAT SEMAKIN BERPENDAPATAN TINGGI DAN MENIKMATI KOS IDUP YANG TERENDAH DI DUNIA.

he he he
gurau ngan puak2 bewak.

Tanpa Nama berkata...

Atas pagar:

"Indah sungguh" akhlak "Lord Reid".

Akhlak sesama Muslim pun tak jaga, tak tahulah...

Banyak yang pandai cakap, sembang bab politik berapi2, tapi bila sampai bab Akhlak, mmg istighfar banyak2.

Tanpa Nama berkata...

X kenal maka x cinta..sembang dalam blog bukan main bro...islam??cakap biar berlapik..dulu guna melayu untuk hantam islam...sekrang islam dah naik..guna islam untuk hantam pas...xpayahala...selama ni p la pusing satu malaysia..sae yang usaha nak hidupkan islam...sekolah agama,pondok yang lahirkan ulama..yang buat kuliah agama di masjidx2...tu semua sokong umno ka?berani kerat jari..xde yang sokong umno..mana boleh sokong parti yang jadikan malaysia pusat kasino...kilang arak terbesar...orang melayu islam miskin...arwah ustaz asri ak arqam pun join pas dulu sebab nak bawa islam..pasal ape dia xjoin umno?sebab dia tau..mati kering la ustaz masuk umno..umno memang xbanyak cakap atau mengata..dia pakai ISA dengan FRU je...dont talk nonse la...our people dah celik..dah tahu nilai..yang mana hak dan batil..UMNO berjuang kerana wang...ini hakikatnya...sanggup bergaduh rasuah sebab hilang kuasa..terang lagi bersuluh ..

Cari Blog Ini

Translate