- Saya telah membina satu lagi blog khas untuk sahabat-sahabat pembaca yang mempunyai akses internet yang lembab dan perlahan. Blog tersebut alamat di sini http://penembak-tepatt.blogspot.com
- Tujuan blog tersebut dibina juga untuk membolehkan ia dilayari dengan pantas di samping menampilkan artikel tentang pelbagai topik di sana berbanding blog ini yang akan menfokuskan tajuk yang besar dan berat sahaja. Setiap artikel yang disiar di sini akan dimuat naik juga ke blog kedua Panglima tersebut.
- Pagi ini juga saya baru membaca pengumuman blogger Pusaka Ayahanda (Che Wan) yang akan berhenti dari menulis di blog beliau. Satu kehilangan kepada jentera siber kita.
- Pihak Kerajaan dan UMNO perlu memerhatikan senario ini kerana banyak blogger merasa mereka tidak dihargai dan sumbangan mereka dipandang sebelah mata. Sedangkan mereka inilah yang bertungkus lumus tanpa mengharapkan ganjaran demi memastikan maruah agama,bangsa dan negara terbela. Tindakan segera perlu dibuat dan jangan biarkan ia memberi 'mudarat'.
- Bagi pihak BPN kita mengharapkan Che Wan kembali menulis jika berkelapangan walaupun akan dibebani tugas mencari rezeki. Jika ada sebarang masalah Che Wan boleh berhubung dengan Panglima atau rakan blogger yang lain. Mana tahu kita dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah beliau.
- Kekangan untuk menulis jadikan sebagai cabaran walaupun kadang kala kita hampir kalah apabila 'satu persatu masalah' datang dan tiada kawan menghulurkan bantuan atau memberi sokongan. Ada juga jenis buat tak tahu apatah lagi jika kita tak dapat memberi keuntungan 'politik' kepada mereka.
- Sebentar tadi juga Panglima baru sahaja mengetahui kisah Adun Limbongan telah dimasukkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sebuah program di Wakaf Berangan. Agak terlewat sedikit kerana ia berlaku 31 Mei yang lalu namun masalah sibuk dengan isteri baru bersalin dan kerja bertimbun maka info tersebut gagal diketahui lebih awal.
- MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menziarahi Adun bersama menantunya Ir Ariffahmi dan gambar mereka berdua ada di bawah.
- Menariknya ialah laporan berbeza Harakahdaily tentang berita tersebut berbanding laporan laman rasmi Adun tersebut. Lihat link ini Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat ditulis pengsan selepas solat Asar manakala laman rasmi Dun Limbongan di sini melaporkan beliau pengsan ketika menunggu peserta berwuduk untuk solat Asar.
- Harakahdaily nampaknya tidak cermat dalam soal pemberitaan dan tidak peliklah kalau kita lihat nilai beritanya bertaraf kampung dan banyak bersifat tidak tepat.
- Yang mengharukan ialah di saat UMNO dilabelkan komunis, sesat dan tidak Islam (lihat kembali kata-kata Nik Aziz di sini) namun pemimpin UMNO seperti Dato' Seri Annuar Musa dan Dato' Ramzi Abdul Rahman tidak menaruh dendam dan turut menziarahi Adun Limbongan tersebut seperti laporan di sini http://www.harakahdaily.net/
- Jelas siapa lebih Islam atau berpura-pura berimej Islam dalam soal ini. Islam di pakaiankah atau di akhlak kah ? Tepuk dada tanya diri !!!
Nik Aziz dan Menantu Kesayangan ir Ariffahmi menziarahi Adun di Hospital Kota Bharu
gambar Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat
(sumber http://limbongan.net/ )
mula tulis jam 9.10 dan siap 10.24 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan