Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Ogos 2010

Edisi Celaka Pakatan Rakyat Apabila 'Ratu Bogel' akan dihantar MB Selangor Bertemu Raja Permaisuri Agong Mohon Maaf !!!


Keberangkatan Raja Permaisuri Ke Islamic Song Festival Atas Jemputan Rasmi - Istana Negara

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara dalam kenyataan berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.

"Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat," kata kenyataan itu di sini Khamis.

Pada Isnin lepas, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being FRANK: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa, yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah.

Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.

Laporan itu juga menyebut ketidakcekapan kerajaan negeri menganjurkan acara itu telah memalukan Tuanku Nur Zahriah kerana tidak kehadiran pentadbir utama negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut ketibaan Baginda.

Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.

Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.

"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA







Beberapa soalan untuk MB Selangor :

  1. Pada 4 Julai lalu di Shah Alam telah berlangsung Festival 'Islamic Song' anjuran Pelancongan Selangor. Ia turut dihadiri Raja Permaisuri Agong namun tanpa dibuat persediaan sepatutnya untuk baginda. Sedangkan Istana Negara menyatakan mesyuarat persediaan telah dibuat antara pihak Istana Negara, penganjur serta Jabatan dan agensi kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dipengerusikan oleh Pengurus Besarnya. Isu ini juga boleh dibaca di sini http://hambali1.blogspot.com/
  2. Maka ia telah menjadi isu besar kerana melibatkan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Raja Permaisuri Selangor. Lalu inisiatif telah dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut dimulakan apabila MB Selangor memohon maaf kepada Sultan Selangor di samping ingin menghantar Elizabeth Wong selaku Exco Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar mengadap Raja Permaisuri Agong untuk memohon maaf atas kejadiaan tersebut.
  3. Persoalannya ialah : Kenapa 'Ratu Bogel' dihantar mengadap Raja Permaisuri Agong untuk mohon maaf insiden penghinaan tidak langsung Kerajaan Selangor terhadap baginda ? Bukankah ada lagi Exco lain yang boleh menjadi wakil Kerajaan Negeri ? Termasuklah Exco Agama Hassan Ali ?
  4. Dalam isu ini jelas sekali bahawa MB Khalid secara tidak langsung menghina Raja kita sebelum dan selepas majlis Islamic Song tersebut, apabila gagal memastikan pegawai Kerajaan Negeri Selangor serta barisan Exconya untuk menunggu baginda dengan sebaik-baiknya dan juga gagal memilih Exco bersesuaian untuk menyelesaikan isu tersebut.
  5. Lagi biadap ialah apabila beliau mengatakan kehadiran baginda adalah atas kapasiti peribadi bukan rasmi. Seolah olah Raja kita terhegeh hegeh untuk ke sana...Biadap tahap gaban bagi Panglima !
  6. Beliau juga gagal juga memaklumkan kepada Sultan Selangor atas kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut. Menunjukkan kelemahan pentadbiran MB Khalid menjadi punca semua ini berlaku di samping isu isu lain seperti isu air dan sebagainya. Patutlah Selangor makin bankrap dari hari ke hari.
  7. Meskipun MB Khalid Ibrahim sudah meminta maaf kepada Sultan Selangor namun ia dilihat satu lagi cara serangan halus Kerajaan Selangor bawah Pakatan Rakyat untuk menimbulkan kemarahan Melayu Islam dengan menghina Raja Perempuan Agong.
  8. Mujurlah kita hidup di zaman moden yang mana jika Khalid berada di zaman Feudal tentu beliau sudah dijatuhkan hukuman bunuh atau diusir dari Malaysia serta merta.... Juga mujur apabila pihak Istana Negara tidak mendesak tindakan keras dikenakan terhadap beliau.
  9. Yang pasti kes ini menjadi iktibar bahawa Pakatan Rakyat bukan jenis menghormati Raja atau Sultan yang menjadi penghalang mereka untuk memusnahkan Islam dan bangsa teramai menganutnya di Malaysa iaitu Melayu...Mereka dalam PR bukan Pembela Raja tetapi Penghina Raja sejak dulu hingga sekarang dan tidak mustahil pada masa akan datang.
  10. Kronologi-Kronolgi peristiwa tersebut sila lihat di bawah :

The chronology on the 'royal snub' issue

JULY 4 (2010): Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah showed up at the Selangor Tourism's Islamic song festival, but Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, State executive councillors, other elected representatives and senior civil servants were apparently “out of town”.

JULY 4: State executive councillor for Tourism, Consumer Affairs and Environment Elizabeth Wong, who was in Shanghai, China, on the same day for to an
exhibition, issued showcause letters to Tourism Selangor and the event's promoter, Out of This World Sdn Bhd (O2TW), holding them responsible for the fiasco and to arrange to meet the Sultan of Selangor and the Queen to seek forgiveness.

AUG 2: Tourism Selangor general manager Noorul Ashikin Mohd Din said the State government was awaiting a date to explain the fiasco to the Queen.

AUG 3: The State government claimed the Queen attended the event in her personal capacity. Said State political secretary to the Selangor Menteri Besar, Faekah Husin: “Suddenly, the Queen felt like coming. We, at State-level, did what we could and arranged the necessary protocol for her." Selangor Tourism and O2TW confirmed getting showcause letters from Wong. Meanwhile, State executive councillor for Women Affairs, Science, Technology and Innovations Rodziah Ismail said Khalid had apologised to the Sultan of Selangor over the incident.

AUG 5: Khalid said there was no need to apologise as the Queen came to the event in her private capacity on the invitation of the organiser.


Lihat balasan Allah akibat hina Ulil Amri @ Sultan / Raja !!!

Thursday, January 7, 2010

IPOH, 7 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang ditahan di Wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Hotel Cassuarina, di sini pagi ini. Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun, semasa kejadian, Nizar yang memandu sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.
Sementara itu, Berita Harian online melaporkan Nizar cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi dan kini dirawat di Hospital Ipoh.

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Kalau ikut protokol apabila sesuatu majlis kerajaan negeri bersama Yang Di Pertuan Agong atau permaisuri baginda maka Ketua Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab. Maka, Hassan Ali sendiri tidak layak untuk memohon maaf inikan pula exco-exco lain. Menteri Besar dengan diiringi exco-exco terbabit yang seharusnya mengadap baginda Permaisuri dan bukannya wakil.

Begitu juga menjemput kehadiran Raja Permaisuri Agong tanpa pengetahuan Baginda Sultan Selangor merupakan satu perilaku derhaka kerana membelakangi Sultan apabila menjemput Kerabat di Raja walaupun bukan Yang Di Pertuan Agong atau permaisuri baginda.

Aku Yang Bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

Cari Blog Ini

Translate