Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Ogos 2010

Updated - Edisi Sastera Politik : Sajak Dr Asri - bela rakyat atau angkat Pakatan Rakyat ?

Mula tulis : 7.02 pagi Siap : 9.34 pagi


Pagi ini saya kebetulan ada sedikit waktu lapang menjenguk blog termasuk laman rasmi Dr Asri. ada benda ingin saya ulas tentang entri terbaru di laman beliau. Dari dulu link beliau ada dalam senarai blog saya. Cuma blog saya sahaja tak ada di senarai lamannya ;)

Dulu beliau pernah hangat dengan sajak yang sedikit pedas mengkritik kerajaan. Tajuknya saya sudah lupa. Bahkan Dr Asri pernah mengeluarkan album bertajuk 'Yang benar tetap benar' yang entah ada di pasaran atau tidak. Ikut jadualnya akhir tahun 2008 bulan November dijadualkan untuk dilancar. Info klik sini http://drmaza.com/home/?p=493

gambar Dr Asri di Studio deklamasi sajak untuk albumnya

Satu aspek positifnya Dr Asri bagi saya meskipun sebelum ini saya mengkritik keras sosok tubuh mantan Mufti ini, ialah kegigihan beliau membawa mesej yang hendak disampaikan samada melalui media massa atau media alternatif. Perkara positif ini saya patut puji kerana ia boleh dan patut dicontohi ulama lain. Syabas untuk Dr Asri !

Cuma sedikit kecewa apabila metod salafi menjadi pilihannya berdakwah dan tidak menjadikan metod ulama ASWJ menjadi akidah dakwahnya. Sayang seribu kali sayang dan sayang semuanya sudah terlambat. Kecuali Allah ingin beri hidayat kepada beliau kembali ke aliran benar ASWJ.

Lihat bagaimana tokoh Salafi yang kontroversi di kalangan ulama Islam iaitu Ibnu Taimiyyah dijadikan 'subjek' dalam sajak Dr Asri dan dalam masa yang sama enggan mengaku pro wahabi. bagi saya tak salah tetapi ia menunjukkan kecenderungannya kepada ulama rujukan fahaman wahabi tersebut. Sila baca sajak beliau di bawah :


Kupasan lanjut pedas berapi lihat komen 'musuh' ketatnya


Semalam satu lagi sajak sudah dimuat naik dalam laman beliau berkenaan subsidi. Mungkin isu tersebut tengah hangat dan mungkin ia saat sesuai untuk ditulis sebelum menjadi basi. Sebelum dibuat komen lebih baik kita paparkan sajak beliau terlebih dahulu yang bertajuk ' ke mana pergi subsidi kami'.


Saya telah membaca dan cuba memahami apakah mesej Dr Asri dalam sajak di atas.

Adakah :

1- subsidi itu menzalimi rakyat ?
2- subsidi itu sengaja dibawa lari ?
3- subsidi itu dirampas dari rakyat ?

Menariknya beliau turut menggemburkan sajak di atas dengan perkataan 'aduh celaka' yang saya teringat kata kata Sifunya bernama Tok Garu Nik Aziz yang pernah marah kepada blogger dengan menyebut 'celaka celaka celaka'.

Nik Aziz pernah mengkritik tindakan JAIS menahan Dr Asri ekoran kaitannya dengan Wahabi seperti laporan Harakahdaily di sini http://www.harakahdaily.net/ dan menyifatkan Asri ada persamaan dengan beliau dalam isu dituduh Wahabi.

Kerana Nik Aziz memang sejak dulu saya tahu beliau adalah wahabi tegar yang fleksibel dan sering berubah demi menjayakan agenda politik beliau. cerita lanjut ada laman ini http://www.husainibrahim.com/?p=856


Jelas Nik Aziz sendiri mengiktiraf Dr Asri sepertinya (pro salafi) ketika muda dan mengumumkannya secara terbuka. Adakah Asri bakal mengganti Nik Aziz ?

cuma mengikut kawan baik saya satu perbezaan ketara antara Nik Aziz dengan Asri ialah :

Nik Aziz meletakkan Politik diutamakan Wahabi dibelakangkan manakala Asri menjadikan Wahabi diutamakan dan Politik Dibelakangkan. Sebab itu Asri 'available' kepada sesiapa sahaja yang sanggup akur dengan fahamannya.

Tidak pelik kerana Asri manusia boleh pergi ke mana mana arah dan alam tak kira Pas atau Umno atau Pkr. Beliau bukan jenis 'dua alam' tetapi tiga alam iaitu alam Muslim, Munafiq dan Musyrik....

Pendek kata Umno, Pas dan Pkr dan Sister in Islam !




Hari tu heboh diceritakan beliau akan sertai Umno. namun yang hadir hanyalah 40 orang yang dilabelkan sebagai ulama muda Umno. Selepas berita awal menyatakan ada 100 orang akan sertai Umno. Pemimpin Umno sendiri gusar dengan khabar beliau akan sertai Umno seperti ulasan Ketua Bahagian Cheras di blog beliau di sini http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2010/06/dr-asri-masuk-umno-atau-pas.html

Tak kisahlah jika yang sertai Umno itu bertaraf ulama atau tidak. Yang penting fahamannya mesti tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan Umno seperti ulasan Tun Mahathir, telah lama menjadikan ulama sebagai penasihat. Bukan bermaksud Umno selama ini meminggirkan Ulama bahkan ramai ulama menjadi penasihatnya secara tidak langsung..

Pokoknya ialah : Umno tidak menunjuk nunjuk kepada masyarakat bahawa mereka sering merujuk kepada alim ulama...tetapi parti lain mendabik dada mereka yang lebih Islam dan mendapat pimpinan Ulama (baca Ularmak) demi mencari undi rakyat !

Dalam menilai munafiq dalam agama kita kena sedar identiti mereka. Perkara ini sangat penting hingga Allah jelaskan tanda mereka dalam Al Quran pada permulaan surah Al Quran....

Tanda Munafiq sudah jelas pada surah Al Baqarah ayat 8 - 16 di bawah ..

  • Jika diamati penuh teliti ayat tersebut anda akan nampak mesej Allah sampaikan tentang gaya Munafiq itu ialah merasa dirinya Islam dan menuduh orang lain tidak Islam. Mereka memperkecilkan orang lain dan mengangkat diri sendiri.

  • Mereka bercakap di mulut merekalah orang beriman tetapi mereka tidak beriman dalam erti kata sebenar apabila menjadi musuh Islam kafir harbi sebagai teman dan rakan. Jelas percakapan mereka retorik semata mata. Kerana Allah melarang menjadikan kafir harbi sebagai teman atau rapat. MCA MIC teman yang tidak anti Islam dan mereka akur dengan 'ketuanan Islam' dalam Perlembagaan !

  • Lihat apabila dikatakan kepada mereka yakni orang munafiq itu jangan buat bencana dan kerosakan maka para munafiq ini berkata merekalah orang yang buat baik. Lihat bagaimana kerosakan dan bencana paling besar mereka buat apabila menjadikan persaudaraan Islam sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan saudara seIslam. Serta menolak perpaduan sesama Islam.

  • Patutlah British membenarkan sebuah parti kedua Melayu iaitu PAS ditubuhkan selepas Umno sebagai langkah awal untuk tempoh yang panjang bagi menghancurkan Islam dengan orang Islam sendiri. Saya yakin British tidak akan buat sesuatu yang boleh merugikan misi Kristianisasi atau anti Islam mereka... PAS menjadi 'bom' perpecahan umat Islam yang melemahkan kuasa Umat Islam dan menguntungkan kafir harbi dalam barisan pembangkang.

  • Lihat info penubuhan PAS tiga bulan selepas Umno ditubuhkan dan ketika itu pilihanraya akan dilangsungkan sedangkan parti Hizbul Muslimin tidak pula dibenarkan oleh British... Pakar strategi British tahu apabila perkataan Islam diletak dalam sebuah parti politik maka ia akan menjadi tumpuan rakyat dan dengan mudah diperdaya untuk menyertainya dan melemahkan parti UMNO yang menjadi Jemaah Pertama perpaduan umat Islam seMalaysia.

Seterusnya sila baca dengan teliti ayat ayat surah Al Baqarah di bawah :

  1. Ayat 8- Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
  2. Ayat 9- Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
  3. Ayat 10- Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
  4. Ayat 11- Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
  5. Ayat 12- Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
  6. Ayat 13- Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
  7. Ayat 14- Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).
  8. Ayat 15- Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
  9. Ayat 16- Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.




Kenapa Perpaduan gagal ? kerana janji Allah ialah tidak akan membenarkan orang beriman bercampur dengan bukan beriman kecuali orang orang yang insaf dan sedar rupa sebenar PAS..

Mereka tersebut tentu akan keluar "JEMAAH" bernama PAS untuk kembali kepada JEMAAH asal Umat Islam iaitu UMNO demi menguatkan kesatuan umat Islam.

Jangan dipandang remeh soal perpaduan kerana ia adalah PERINTAH ALLAH dan SUNNAH RASULULLAH SAW ketika berdakwa di Madinah yang menyatukan penduduknya antara Aus dan Khazraj. Lebih lebih lagi ketika ini di mana kuasa umat Islam semakin terhakis dan parti bertopeng Islam asyik memadu kasih dengan DAP yang anti Islam dan Melayu keseluruhannya.

Jangan kerana nila setitik atau seekor nyamuk maka habis susu rosak dan kelambu dibakar !!! Maafkan kekurangan saudara dalam Umno dan terimalah kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

Renungilah firman Allah di bawah :

" Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #179)

Kesimpulannya : Dr Asri, Nik Aziz atau Anwar Ibrahim adalah musuh Islam dan bukan sahaja musuh negara. Tindakan Dr Asri dan pembangkang memperkecil langkah mengurangkan subsidi tanda derhaka kepada Ulil Amri yang tidak diajar Al Quran mahupun As Sunnah. Mengajak rakyat membenci pemerintah adalah langkah seorang penderhaka bukan rakyat yang setia kepada negaranya.

Moga Allah beri hidayah kepada mereka dan kita semua agar istiqamah hingga akhir hayat dalam nikmat Islam dan Iman.

Sebelum pergi jom kita hayati lagu Ahlan Ya Ramadhan nyanyian Haddad Alwi ( keturunan Keluarga Nabi s.a.w ) ini sempena Ramadhan hari ke-4 hari ini...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah telah memberi wahyu kpd Nabi Yusa' bin Nun AS, " Aku hancurkan kaum mu 40,000 yg baik & 60,000 yg jahat." Nabi Yusa' berkata, Ya Tuhanku, yg jahat/kafir telah aku maklumi tetapi kenapa yg baik kau hancurkan?. Allah berkata. "Kerana mereka tidak marah diatas kemurkaan-Ku. MALAH MEREKA MAKAN & MINUM BERSAMA."
(marilah umat islam berpadu..buat apa join DAP)

Cari Blog Ini

Translate