Bolehkah kita kata begitu seperti tajuk di atas dalam isu RM4 bilion ini ?
Adakah jaminan Tok Guru tidak dikelentong oleh sesiapa pun ?
Adakah ini usaha menjatuhkan Nik Aziz selepas Husam tidak tahan lagi menunggu untuk jadi MB?
Bukan lagi rahsia ramai sudah tahu Husam Musa bercita cita tinggi termasuk untuk jadi MB Kelantan paling kurang atau TPM paling ringan pun. Katanya Anwar dah janji Husam bakal TPM jika berjaya rampas Putrajaya dari BN.
Anwar urut Husam depan orang ramai - teman rapat lagi mesra
Panglima tak nampak orang lain yang sabotaj benda ni kecuali orang PAS sendiri. Masakan adik Tok Guru boleh hadir kalau bukan dijemput. Siapa yang terlibat bab ekonomi di Kelantan kalau bukan Husam Musa ?
Dalam hal ini mustahil Umno nak jemput Nik Din adik Nik Aziz dan sudah tentu adik Nik Aziz awal awal lagi menolak untuk hadir jika Umno yang jemput.
Yang jelas PAS sudah panas punggung isu ini dan tak hairanlah satu persatu pemimpin PAS cuba 'bersilat lincah' menepis tuduhan tersebut.
Cara yang sama apabila kena muka mereka akibat perbuatan mereka sendiri. Lihat Nik Aziz bersekali dengan Husam menafikan derma Rm4 bilion tersebut di sini http://www.harakahdaily.net/
Panglima syorkan kawan kawan blogger cari kaitan Husam dengan IDA WORLD samada ia ada kaitan atau tidak. Tentu kawan blogger yang ada akses lebih 'dalam' boleh dedahkan perkara ini. Kita tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada rakyat dalam isu RM4 bilion ini. Adakah ini ada pakatan rahsia antara Nik Aziz juga ? Wallahu A'lam
Jika tajaan haji pun jelas diakui oleh Nik Aziz dan dikira sebagai hadiah bukan rasuah dan perlantikan menantu Ir Ariffahmi tidak dianggap kronis, maka apakah tidak terjadi lagi perkara seumpamanya berlaku lagi sekarang ini ?
Bukankah kita sudah digemparkan dengan isu serupa ini dalam kes bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI yang mana disyaratkan kepada penerima tender agar menderma kepada PASTI seperti pendedahan oleh Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/
Jika tajaan haji pun jelas diakui oleh Nik Aziz dan dikira sebagai hadiah bukan rasuah dan perlantikan menantu Ir Ariffahmi tidak dianggap kronis, maka apakah tidak terjadi lagi perkara seumpamanya berlaku lagi sekarang ini ?
Bukankah kita sudah digemparkan dengan isu serupa ini dalam kes bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI yang mana disyaratkan kepada penerima tender agar menderma kepada PASTI seperti pendedahan oleh Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/
Kerana gerak hati Panglima merasakan orang yang buat 'kerja' ni orang dalam PAS dan dia itu sangat dipercayai Tok Guru PAS tersebut.
Tentu bukan Exco Ust Nik Amar atau Ust Ahmad Yaakub kerana mereka tidaklah bercita-cita tinggi macam orang lain.
Panglima tetap rasanya ia adalah hasil kerja Husam Musa atas 'arahan' Anwar untuk ghaibkan cerita Anwar dikritik anak dan isterinya isu pertandingan Timbalan Presiden PKR antara Azmin dengan Zaid Ibrahim yang turut disertai oleh Jenapala.
Boleh jadi juga untuk tutup isu Nik Aziz tak mengaku bangga jadi Melayu. Barangkali jugak.
Kawan kawan komen apa ?
Baca ulasan menarik oleh Hambali bertajuk : RM4 bilion untuk PAS, Husam tidur nyenyak di sini http://hambali1.blogspot.com/
tambahan : apa hal Asri mantan Mufti Perlis beria ia mengkritik isu agama dipolitikkan lalu menulis sama pendapat dengan puak peralat agama untuk politik seperti PAS dalam isu bukan Muslim masuk masjid di sini http://drmaza.com/home/?p=1219
Tulis beliau : Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!
Bukankah jelas ruang solat masjid itu tidak boleh dimasuki oleh ahli politik bukan Islam waima orang Islam sekalipun jika berhadas besar atau haid ?
Bukankah jelas petikan nas yang digunakannya menyebut 'illah' atau sebab yang membolehkan bukan muslim masuk ke masjid itu ialah untuk mendapat hidayah seperti belajar atau melihat keindahan Islam untuk tujuan dakwah. Bahkan tawanan Islam bernama Thumamah bin Uthal yang bukan Islam berada di masjid dalam keadaan terikat bukan dibiarkan bebas berkeliaran atau berceramah kepada orang Islam.
Soalan bodoh saya kepada Asri yang pernah jadi Mufti : Samakah situasi antara zaman Nabi dengan zaman kini yang dibuat oleh puak kafir harbi DAP yang dibela oleh puak puak Munafiq PAS ?
Siapa Syeikh yang ajar Dr Asri ni ? Islam atau kafir ? Mukmin atau Munafiq ? atau orientalis ?
Maaf kerana saya tidak ada dendam apa apa dengan beliau kecuali demi menentang pendapatnya yang tidak wajar meracuni fikiran umat Islam di alam siber negara kita atau dunia keseluruhannya. Jangan lupa sudah banyak perkataan 'beracun' keluar dari manusia petah berbicara dan tinggi gelaran akademiknya bernama Asri Zainal Abidin ini !!!
Harus hati hati wahai sahabat sekelian dengan fahaman dan tutur katanya (termasuklah alim agama yang lain seperti Nik Aziz dan moga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada mereka semua dan kita juga agar tetap dalam kebenaran untuk selamanya.
Gambar dari Blog Umno Bahagian Puncak Alam
Nota : Lihat gambar baik baik. Ratu Elizabeth dan suami nampaknya lebih tahu adab masuk masjid berbanding YB DAP di atas.
Lihat di sana sini puak Munafiq PAS terang terangan membela tindakan DAP masuk masjid hatta ruang solat seperti Khalid Samad. Kebanyakan mereka ialah puak pembaharuan atau kaum Wahaby.
Malang sekali Pak Pak Lebai berjubah berkopiah macam orang alim dalam PAS sudah diliberalkan oleh Anwar dan Lim Kit Siang !!!
3 ulasan:
Salam Pang 5, saya mengambil resiko hantar komen ini.
Blog Pang 5, telah dijangkiti.
Untuk semak sila buka guna web carian "google chrome".
link dari blog www.bokehphotostudio.com perlu dibuang!!!
Apalah punya bodoh punya pendapat... terlalu banyak andaian daripada fakta......
isaac - saya tak kenal blog tu..
insan - bkn korang lg teruk dari kitaorg tp tak ada masalah plak???
Catat Ulasan