Terlebih dahulu saya sangat gembira dengan tulisan Sahabat Blogger Azli Shukri berkenaan pandangan Dr Asri mantan Mufti Perlis tentang UMNO yang didakwa meniru PAS era 80-an.. Saya juga berniat mahu membalas kritikan Asri tetapi takdir menentukan ia telah dibuat dengan baik sekali oleh Blogger Azli Shukri. Pengalaman luas beliau dalam penulisan artikel majalah terbitan DBP telah membantu beliau dalam menghasilkan satu artikel yang baik dan bagus dibaca oleh semua rakan rakan.
Tulisan beliau yang jelas untuk menerangkan kecelaruan pemikiran Dr Asri, terhasil kerana semangat jati UMNO yang tebal dalam diri Azli Shukri sehingga tidak mampu lagi ditahan lalu terhambur dalam bentuk tulisan. Bagaimana seorang ahli UMNO akan berdiam diri apabila ada pihak melabelkan UMNO seperti PAS zaman 80-an ? Sekalung tahniah saya ucapkan atas keberanian beliau menulis dengan berani walaupun beliau sendiri mengaku Salafy sealiran dengan Asri.
Bagi Panglima, Dr Asri adalah ahli bab agama tetapi kurang arif tentang politik semasa. Secara ikhlas komennya berkenaan politik adalah komen 'ahli jahil' yang tidak ada asas atau pengalaman politik sedikitpun. Maafkan saya jika perkataan ini sangat jujur hingga mengguriskan perasaan beliau atau fanatiknya.
Mantan Mufti Perlis itu dilihat membuat kenyataan panas dan kontroversi untuk menyebar fahamannya menggunakan pentas politik atau publisiti di akhbar, blog, facebook dan youtuber termasuk twitter. Acapkali Malaysiakini dan Malaysian Insider memetika atau bertanyakan beliau dalam mana mana isu dan selalunya jawapan yang diberi serasi dengan apa yang diharapkan wartawan portal berita tersebut. Juga beliau turut dilihat berbuat demikian demi menaikkan nama beliau yang semakin suram dan tidak dihiraukan. Bayangkan jika Pengerusi YADIM diberikan kepada beliau tentu YADIM akan digerakkan untuk menyebar fahaman songsang ini dengan bebasnya.
Tidak kira sesiapa pun akan dibalun oleh Dr Asri berdasarkan fahaman yang telah terbina dalam diri beliau. Dalam satu aspek kita akan dapat melihat beliau seorang yang kritikal tanpa taksub kepada mana mana pihak manakala satu aspek yang lain kita akan dapat lihat bagaimana pendirian beliau itu ternyata banyak sekali bercanggahan dengan Ulama Muktabar zaman silam...Lihat komen Dr Asri dalam artikel yang menimbulkan kemarahan Azli Shukri - yang jelas menempelak Kerajaan kerana tidak menggunakan fahaman anutan beliau tetapi lebih kepada fahaman tradisi/sunni yang jelas menolak fahamannya.
Kata Asri : “Isu-isu bukan Muslim tidak boleh masuk masjid, tidak boleh berdoa untuk bukan Muslim, isu wang judi dan seumpamanya menjadikan Umno kelihatan mengadaptasi pandangan-pandangan sempit dan tidak relevan untuk sebuah pemerintahan yang bersifat pelbagai kaum dan agama,” katanya. Selain itu menurut Asri lagi, media-media pro-Umno menonjolkan pandangan-pandangan agama “jalur keras” yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama yang dipilih, seakan berpihak kepada parti dominan Barisan Nasional.
Maka demi mendesak fahaman beliau diterima maka berkumandanglah suara sahabat beliau anak mantan Mufli Perlis bernama Fathul Bari yang telah diberi peluang memberi bahas dalam Persidangan Agung UMNO semalam. Desakan beliau agar Majlis Ulama ditubuhkan dalam UMNO sangat baik. Cuma ulama jenis manakah mahu dimasukkan dalam parti keramat orang Melayu itu ?
Kalau ulama wahabi tentu sekali saya orang pertama yang akan menentangnya. Seperti mana ketika ura ura Dr Asri dikhabarkan dirisik untuk diangkat menjadi ahli UMNO dan sebelum itu sebagai YDP YADIM maka tentangan keras terpaksa saya lakukan demi melihat fahaman jenis Dr Asri pegang ini tidak akan menular di kalangan pemimpin kita. Meskipun ada juga seorang dua yang 'terkesima' dengan fahaman baru lagi 'moden' ini. Seperti seorang Timbalan Menteri yang mana kita semua tahu siapakah dia.
Sedarlah sahabat sekelian fahaman ini sudah secara IJMAK ditolak oleh ratusan Ulama Islam maka tidak wajar lagi kita membahaskan perkara ini. Jangan kerana 'kedegilan' sebilanga orang kita demi membawa sesuatu yang baru dan berlawan dengan arus perdana menyebabkan kita terlupa pesanan datuk nenek kita tentang bahaya fahaman ini.
Demi Allah saya tidak ada sedikitpun perasaan benci kepada mereka yang terpengaruh dengan fahaman Wahabi tetapi kesian kepada mereka yang nampaknya tidak sedar betapa fahaman ini tidak diterima oleh MAJORITI ULAMA ISLAM dan jelas terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sila klik sini 20 kitab Ulama Muktabar yang menolak aliran Wahabi http://pondoktauhid.blogspot.com/ dan senarai 75 Ulama menolak fahaman ini http://ustazmoden.wordpress.com/ Ingatlah selepas Al Quran dan Hadis kita kena berpegang kepada IJMAK/ MAJORITI pandangan Ulama bukan yang MINORITI...
Maka apabila agamawan seperti Dr Asri ini menyentuh UMNO sehingga membangkitkan kemarahan blogger UMNO seperti Sahabat Panglima En Azli Shukri maka ia adalah 'kesan sampingan' yang akan berterusan jika beliau terus diangkat dan dijadikan 'sandaran' dalam pegangan agama umat Islam. Para Wartawan juga harus sedar bahawa pandangan beliau perlu ditapis agar tidak ada yang kontroversi disiar dalam akhbar atau portal berita mereka.. Kecuali wartawan anti kerajaan yang memang suka adanya ahli agama seperti Dr Asri ini.
Seharusnya publisiti kepada beliau juga patut dihentikan dan sebarang penularan fahaman ini wajar disekat oleh Kerajaan. JAKIM mesti membersihkan mana mana pihak yang terlibat membawa fahaman ini dan pegawai JAKIM juga yang cenderung dengan fahaman Wahabi perlu ditukarkan dari mengisi jawatan penting dalam penyelidikan dan kajian agar tidak ada 'jurnal JAKIM' akan memuji tokoh wahabi secara tersurat atau pun tersirat seperti di sini http://ustazmoden.wordpress.com
Saya pasti Presiden UMNO YAB Dato Seri Najib Tun Ab Razak sedar bahana ini dan telah melakukan sesuatu agar tidak ada yang bersekongkol dengan Dr Asri dalam membawa 'trojan wahabi' menjadi 'think tank' dalam UMNO. Khabarnya PM juga bersetuju agar Dr Asri tidak menyertai UMNO seperti pendedahan Zulkifli Nordin di sini http://zul4kulim.blogspot.com/ dan syukur kerana Allah tidak mahu UMNO dicemari 'virus wahabi' dari menular di kalangan ahlinya.
Sila baca artikel pedas berapi Azli Shukri di blog beliau di sini http://azlishukri.blogspot.com/2010/10/
3 ulasan:
terima kasih sahabat, terharu membaca komen tuan di sini...
Pohon add celahgelegar.blogspot.com di laman Panglima Perang Cyber, tq
Fahaman Wahabi adalah virus yang tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Catat Ulasan