Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Oktober 2010

Piala Malaysia Selepas 55 Tahun : Tahniah Tan Sri Annuar Musa & Amaran Kepada Munafiq PAS Jangan Dabik Dada !!!

gambar KOSMO

Ketika keputusan Kelantan menjadi Juara Piala Malaysia 2010 Panglima sedang terlena dalam BAS dari Pahang ke KL selepas kepenatan menghadiri 'program' di Pahang sejak awal pagi.

Sayang kerana detik sangat berharga itu tidak dapat dikongsi bersama rakyat Kelantan yang lain meskipun saya sudah pun merasa amat yakin Kelantan boleh menang malam ini dengan jangkaan 2 - 0. Ia sudah ditampal di wal Bloggers UMNO/BN dan Facebook. Walaupun agak tersasar apabila NS memperolehi jaringan pertama pada separuh masa pertama.



Tetapi di tengah kemeriahan tersebut terdengar suara suara sumbang mendabik dada bahawa kejayaan malam ini didedikasikan kepada MB Kelantan yang tidak pernah pun memberi perhatian kepada sukan bolasepak. Sedangkan jelas bahawa Kelantan ingin mempersembahkan piala tersebut kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan baginda. Bukan kepada Menteri Besarnya !

Tak percaya klik sini http://kelate.net/hadiah-untuk-sultan-kelantan/


Hanya UMNO sahaja selama ini yang berjaya membangunkan bola sepak di Kelantan dan rakyat Kelantan telah mula sedar hakikat ini.

Kenapa selepas 20 tahun baru Kelantan berjaya ? Itupun di bawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa menjadi Presidennya. Apakah jasa PAS kepada bola sepak Kelantan ?

Maka perasaan tidak puas hati melihat PAS cuba mendabik dada dengan mengatakan perkara ini berkat Nik Aziz (persoalannya kenapa berkat tunggu 20 tahun ) maka seperti petir perasaan marah telah berdentum di hati Panglima meskipun detik jam sudah pun melepasi 1.30 pagi dan esok pula akan bergegas ke Negeri Sembilan menyelesaikan 'kerja' di sana.

Namun mujurlah sahabat Panglima Blogger Terbilang alam cyber RBF sudah pun menyiarkan tulisan yang mempunyai mesej yang sama dengan apa yang dirasa oleh Panglima di blog beliau.

Maka dengan niat ingin menghebahkan tulisan beliau yang sangat bagus itu maka di sini disalin semula kepada anda agar dapat difahami dengan baik bagaimana sebuah parti bernama PAS sanggup mengaku apa sahaja miliknya walaupun bukan hasil titik peluhnya. Demi mencari sokongan rakyat walau dengan cara yang 'haram' dan 'syubhat'

Maka demi membalas jasa UMNO Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ini maka apa kata kita kempen kepada kemenangan BN dalam PRK GALAS dan juga PRU 13 akan datang. Biar kemenangan berganda menjadi milik kita semua tahun ini.

Panglima yakin selepas sekian lama kita akan mula mencipta kemenangan demi kemenangan dengan syarat kita sabar dan istiqamah dalam berjuang.

Tahniah sekali lagi kepada Kelantan dan Tan Sri Annuar Musa atas kemenangan gilang gemilang selepas penantian selama 55 tahun tanpa henti...

Berikut tulisan RBF untuk dibaca bersama....






Tahniah Tan Sri Anuar Musa !

Menitis air mata saya malam ini sewaktu melihat di kaca tv saat kapten Kelantan , Indera Putra menjulang Piala Malaysia. Saya merasa seolah-olah bagaikan mimpi melihat Kelantan menjulang Piala Malaysia. Saya betul-betul gembira dengan kejayaan ini,tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi.

Ianya menjadi lebih sedih lagi kerana saya tidak dapat berada di Bukit Jalil melihat peristiwa bersejarah tersebut kerana saya kini berada di Batu Sapi.

Saya mengikuti bolasepak Kelantan semenjak zaman persekolahan lagi, begitu lama menunggu sehingga kini saya telah ada empat orang anak barulah Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia.

Saya mula mengikutinya semenjak pasukan Kelantan dilatih oleh Arwah Hj Md Che Su, manakala pemain-pemainnya ialah Salim Mahmod, Ahmad Mohamed, Yap Kam Choon, Hashim Musthapa, pemain import Thailand Boonpup Pranhut dan pelbagai pemain import lain lagi.

Pasukan bolasepak Kelantan pernah diswastakan kepada Zaid Ibrahim melalui syarikatnya Ringgit Kreatif, tetapi pencapaian yang terbaik hanya setakat separuh akhir sahaja.

Bolasepak Kelantan tidak boleh maju kerana faktor pengurusan dan politik dalaman termasuklah tiada sokongan dari Kerajaan Pas Kelantan yang pada masa itu menganggap bermain bola haram kerana memakai seluar pendek.

Tetapi semenjak Tan Sri Anuar Musa mengambil alih teraju bolasepak Kelantan beberapa tahun lepas beliau telah mengubah landskap bolasepak Kelantan.


BACA SELANJUTNYA DI BLOG RBF di sini http://ruangbicarafaisal.blogspot.com 

Gambar perlepasan 25 buah bas ke Stadium Bukit Jalil oleh Naib Ketua Pemuda Umno bersama Calon BN DUN GALAS (info Blogger PapaGomo)




 


PAS hantar hanya 5 buah bas dan Umno hantar lima kali ganda (25) bas... 



 BEBERAPA VIDEO MENARIK FINAL PIALA MALAYSIA 2010












Penyokong Kelate di Radio Era dan Sinar (sumber Kelate.net )



Piala Malaysia (Riuh Pagi ERA)
Piala Malaysia (Riuh Pagi ERA)






1 ulasan:

Ms Pearl berkata...

TSAM tak pernah hilang kepercayaan kepada pasukan kelantan - Tahniah kepercayaan akhir bebalas dengan kemenangan tahun ini. :D

Cari Blog Ini

Translate