Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 November 2010

Armand PERKASA label Wan Azizah 'pelacur' kerana 'tinggalkan Melayu' !!! - Malaysiakini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

NONE
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.

NONEArman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.

“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.






Baca lagi http://malaysiakini.com/news/149489

Kuasa Pemerintahan Raja Perlu Dikembalikan -Prof Madya Dr.Mohammad Agus Yusoff

Kuasa raja: Perkara 66 dicadang dipinda semula

SHAH ALAM 29 Nov. - Kuasa untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang oleh raja-raja dalam Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini telah dipinda perlu dikembalikan semula bagi memastikan sistem pemerintahan beraja di negara ini dapat dikekalkan.

Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, ini kerana perkara tersebut yang dipinda pada 1983 merupakan satu sistem yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlu dikekalkan sebagai kelangsungan survival Melayu sebagai penduduk asal.

Beliau berkata, ia juga merupakan identiti dan lambang bangsa Melayu.

"Jika kuasa itu dikembalikan ia dapat mengimbangi peranan penggubal undang-undang.
"Dengan kembalinya kuasa itu, raja-raja boleh semak dan imbang di situ," katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Raja Berperlembagaan: Keperluan dan Masa Depan pada Wacana: Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mohammad Agus, bukan mudah untuk mengembalikan perkara itu kepada yang asal (pinda semula Perkara 66) kerana ia memerlukan undi majoriti dua per tiga Ahli Dewan Rakyat untuk kelulusan.
Kata beliau, untuk mendapat undi majoriti itu juga agak sukar kerana tidak mungkin Ahli Dewan Rakyat bukan Melayu akan menyokong perkara itu.

"Jadi saya rasa hanya raja-raja yang boleh meminta supaya kuasa itu dikembalikan kepada mereka dan saya yakin kalau raja yang minta pasti orang Melayu akan sokong," kata beliau



Panglima : Siapa yang tidak menyokong bererti dia memang derhaka kepada Raja !  Kuasa Raja perlu dikembalikan dengan harapan kepalsuan akan disekat dengan berkat keadilan DYMM Sultan Sultan.


29 November 2010

Sidang Akhbar PERKASA bantah kenyataan Presiden PKR 'Ketuanan Melayu' Wajib Ditinggalkan!!!

Dijemput Ke Sidang Akhbar Dan Media oleh Wira Perkasa Terhadap Kenyataan "Ketuanan Melayu Wajib Ditinggalkan" Oleh Presiden PKR Wan Azizah Semasa Kongress PKR.

Sidang Akan Diadakan

Lokasi : Di Ibu Pejabat Perkasa Grand Season Business Centre Tkt 8

Waktu: Jam 3ptg

Tarikh : 29hb Nov 2010

Agenda Memartabkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan TanahAir Amanah Serta Tanggungjawab Kita Semua. Jgn Kita Lupa Asal Usul Kita Iaitu Bangsa Melayu Islam :

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia




Harap kawan2 dapat sebarkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 November 2010

Sokongan Padu Panglima kepada Ketua Pemuda PAS Pusat Atas Tulisannya Yang Berani Berkata Benar !!!

Pas tak perlu apologetik perjuang Islam


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.

Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.

“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.

“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.

“Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.

Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.

“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.

“(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.





Apa komen Zulkifli Nordin ? Beliau menulis :


(Wan Azizah dakwa Anwar dihantar tuhan untuk memimpin Pakatan)

Salam 2 all.

Teman angkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasharuddin Tontawi yang menegaskan bahawa PAS tidak perlu berselindung dan malu untuk menyatakan perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara ini.

Berdasarkan ketegasan itu, teman menasihatkan Ustadz Nasharudin supaya membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri. Ini adalah kerana sudah jelas daripada Perjanjian Persefahaman Dasar Bersama yang telah dipersetujui oleh PAS-PKR-DAP bahawa berdasarkan kehendak dan tuntutan DAP, jika ditakdirkan Pakatan memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan, negara Islam tidak akan didirikan dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.

Kerana terdapat segelintir pak jangoat yang sudah gila kuasa dan mabuk Putrajaya, maka PAS telah diheret untuk bersetuju dengan Pakatan syaitan yang terang-terang menolak Islam. Maka habis rosak segala perjuangan PAS selama ini. Sehingga ada pak jangoat yang sanggup menggadaikan anakbini sebagai cagaran politik, menghalalkan hasil arak & judi, sampai nama ALLAH yang Maha Esa itu pun dibenarkan digunapakai secara syirik oleh kaafirun!! Teman berharap dan berdoa agar Ustadz Nasharudin diberi kekuatan dan istiqamah oleh ALLAH untuk melaksanakan ketegasan beliau itu. Berjuanglah atas nama ALLAH dan kerana ALLAH dan untuk ALLAH menurut acuan ALLAH, insyallah kita akan berjaya, dunia dan akhirat!

Ingatlah pesan ALLAH, "kalau kamu membantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu"; dan jika kamu benar-benar beriman dan bertaqwa "pasti ALLAH akan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan yang kamu sendiri tidak ketahui".

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 Nov 2010




Panglima : Suara hati pemimpin PAS sendiri sudah tidak dapat dibendung selepas mereka sedar fatamorgana yang dilihat sebenarnya ilusi yang tidak akan menjadi realiti... Mujur ada lagi anak muda berani dan jangan selepas ini beliau dihentam bertubi tubi atas kenyataan beliau yang dilihat 'dibayangi' Hj Hadi Awang.

Jika PAS keluar maka perjuangannya pasti lebih diberkati Allah kerana mereka tidak lagi 'bersubahat' dengan musuh Islam yang bertopengkan ketuanan rakyat dalam menjatuhkan Islam dengan cara melagakan sesama Islam dalam gelanggang politik.

Biar kita kalah asal Islam menang, bukankah itu amanat bekas Presiden PAS Hj Fadzil Noor ?


Harap rakan-rakan dari PAS akan mula mengorak langkah lebih berani untuk kata NO TO ANWAR & KARPAL !!!


Tabik spring untuk Ketua Pemuda PAS Ust Nasaruddin Tantawi yang pernah melayan Panglima dalam twitter baru baru ini...


Ada masa boleh jumpa untuk satukan Melayu agar kembali Satu Jemaah Islam...


baca twitter YB Zul yang menggelikan hati 'teman'  '


Kate Wan Azizah,Anwr dturunkn oleh Tuhan utk manusia Malaysia..sbb tu ahli PKR kena sujud syukur..cume hati2 bile brsujud tu yop..hehehe ;))

Siapa Yang Tulis Skrip Hingga Azizah Kata Ketuanan Melayu Perlu Ditinggalkan ? - Baca Melayu : Islam !!!


Semalam Panglima sempat menonton berita TV3 kenyataan Wan Azizah yang mahu ketuanan Melayu ditinggalkan.

Dalam ulasan beliau ucapan tersebut ditulis oleh seorang ustaz tak silap Panglima Pengerusi Biro Agama PKR Dr Nur Manuty.

Malah Wan Azizah memaklumkan beliau mengubah perkataan 'dibakulsampahkan' kepada perkataan lebih lembut iaitu 'ditinggalkan'

Apakah analisa yang diperolehi dari beberapa klu diatas ?

Pertama : boleh jadi Anwar mahu Azizah diserang  oleh sekelian orang Melayu di negara kita selepas tindakan Azizah yang tidak mahu menyokong Azmin.

Kedua : boleh jadi Azizah sendiri tidak ada pilihan sehingga terpaksa menuturkan perkataan 'meninggalkan ketuanan Melayu'

Ketiga : Wan Azizah memang sedar perkataan tersebut dan implikasinya kepada orang Melayu sehingga tidak lagi segan silu meminta agar ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan Rakyat.


Kalau benar maka memang jelas bahawa PKR tidak memikirkan nasib dan maruah orang Melayu ( Islam ) dan sanggup mementingkan kaum lain walaupun meminggirkan bangsa sendiri.

Bukan sahaja Melayu sebenarnya bahkan ramai bangsa India juga turut kecewa dengan sikap Anwa dalam banyak isu seperti kes Jenapala yang sudah pun membawa kes ke mahkamah kerana didakwa tidak lagi menjadi ahli dan dilarang bertanding dalam pemilihan parti.

Perjuangan kita selama ini jelas tidak meminggirkan kaum lain dan semua kaum merasa gembira dengan apa yang mereka perolehi dari kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik negara hingga dikagumi dunia.

Yang tidak puas hati hanyalah segelintir puak chauvanis yang bergerak dalam parti politik yang mahukan 'paha' selepas diberi 'betis' tanpa menghiraukan perasaan orang kita. Merek ini juga terdiri dari golongan agama lain yang mahu 'peruntukan Perlembagaan' yang menyekat penyebaran agama lain dihapuskan dengan cara menyertai perjuangan politik pembangkang.

Lagi malang ada muka berwajah Melayu berhati Cina atau India menjadi pemimpin politik dan bercakap dengan nada yang dikehendaki oleh mereka.

Alangkah malangnya siapa yang masih ikut orang tersebut kerana mereka hanya akan membawa ke lembah kebinasaan dan kehancuran.

Lihat insiden ahli PKR mengamuk dan berdemonstrasi sebelum ini dan sudah berpuluh pemimpin PKR keluar parti dan tidak lagi menyokong agar 'ketuanan Melayu' ditinggalkan kerana mereka sedar Melayu yang memerintah tidak menzalimi mana mana bangsa atau agama.

Rujuk keadilan kita hingga rumah ibadat agama lain pun tetap diberi peruntukan oleh Kerajaan seperti di blog YB Kamalanathan di sini http://www.pkamalanathan.com/2010/11/isu-rumah-ibadat-bukan-islam.html

Walaupun tiada dalam peruntukan Perlembagaan mereka berhak mendapat peruntukan kerana di negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan !!!

27 November 2010

1300 Ahli PKR Selangor Keluar Parti - Apa komen Azmin Ali ?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.

Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.



26 November 2010

HARAKAHDAILY TERDESAK MAHU POPULAR SAMPAI SANGGUP FITNAH SIAPA SAHAJA ?

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

24/11/2010 10:47am

BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama


Berita Terbaru : Kes Sultan Ismail Petra dan Anwar

berita 1


Sultan Ismail tiada hak rujuk isu perlembagaan

26/11/2010 10:53am

PUTRAJAYA 26 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Sultan Ismail Petra tiada hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke mahkamah tersebut kerana baginda bukan lagi Sultan Kelantan sehingga pulih daripada ketidakupayaan. - Utusan


rujuk : Utusan Malaysia






berita 2




Kes liwat Anwar: 6 Dis. keputusan agar hakim tarik diri

26/11/2010 11:04am

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember ini untuk keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri dari terus mendengar perbicaraan kes liwat membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Utusan


Rujuk : Utusan Malaysia




Apa komen anda ?

25 November 2010

Gambar Azmin bersama Anwar Zaman Dulu dan Jumlah Ahli PKR hanya 15 ribu (baca) DAP PAS dah kena tipu ??? - Mari Tengok

gambar dari blog GR : Gelombang Rakyat


satu lagi baca pendedahan Gelombang Rakyat jumlah sebenar ahli PKR



Gempar : Gambar Penjahat Mati Dipanah Kilat Atas Maqam Nabi di Madinah - Amaran kepada pengkhianat Alif Ba Ta !!!

Kubur Di Kubah Masjid Nabawi

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.







rujuk blog asal : http://greenboc.blogspot.com/2010/11/bergambar-ada-kubur-di-kubah-masjid.html






Moralnya : 


Sesiapa sahaja yang cuba 'mengkhianati'  Nabi Muhammad pasti akan 'dipanah kilat' dan menjadi iktibar kepada umat selepasnya. Seperti juga kisah seorang lelaki yang memanjat Wat Siam di Kelantan yang diupah untuk meletakkan Al Quran lalu mati dipanah petir. 


Jangan kita cuba menjadikan agama sebagai 'taruhan' dan 'perjudian' dalam merebut kuasa (dunia) sehingga melanggar batas yang ditentukan oleh Allah.


Atau sehingga mengeluarkan hukum yang bercanggah dengan hukuman ( keputusan ) Allah.


Maka mereka yang tidak berhukum ( mengikut ) keputusan yakni hukuman Allah (halal dan haram) maka merekalah orang yang kafir, atau fasiq atau zalim.




Moga ALlah menyanyangi kita dan memberi hidayat sebelum terlambat.

24 November 2010

Skandal Yayasan Selangor Makin Terbongkar - Pegawai Kanan Direman SPRM !



Majlis jamuan: Pegawai kanan Yayasan Selangor direman

SHAH ALAM 23 Nov. - Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kos tidak munasabah majlis jamuan makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu baru- baru ini yang didakwa mencecah RM300,000.

Perintah tahanan reman selama seminggu yang bermula hari ini sehingga 29 November ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, lelaki itu yang diarahkan bercuti selama sebulan oleh kerajaan negeri berikutan kontroversi perbelanjaan tidak munasabah untuk majlis makan tengah hari itu dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi.

Semalam, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.35 petang oleh sekumpulan pegawai SPRM di kediamannya sebelum dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya dekat sini untuk mengambil beberapa dokumen.

Lelaki itu dikatakan ditahan berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola majlis makan tengah hari itu dan selepas pihak SPRM mempercayai terdapat unsur rasuah dalam urusan perbelanjaan majlis tersebut.

Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 14 November lalu, kerajaan negeri mengumumkan telah mengarahkan lelaki itu cuti bergaji selama sebulan kerana siasatan awal menunjukkan terdapat pembabitan pejabat beliau dalam urusan mengeluarkan kos tidak munasabah itu.

Tindakan tersebut diambil selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan isu kos tidak munasabah itu dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis makan tengah hari berkenaan.

Isu itu terlebih dahulu dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Datuk Amiruddin Setro semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru- baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa yayasan tersebut membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk keseluruhan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-40.


23 November 2010

Pemuda Pas larang jual buku Memali - Bukti Kebebasan bersuara sudah mati !!!


BALING 22 Nov. - Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.

Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.

"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.

Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.

Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.

''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.

"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.
Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.


Anwar mula mengamuk di Mahkamah, Nak Pecat Peguam Negara - Selepas nampak Putrajaya bertukar 'Penjara' !!!

Malaysiakini melaporkan pada sekejap tadi insiden yang berlaku di Mahkamah apabila Anwar mula bertikam lidah dengan Pendakwara.

rujuk : http://malaysiakini.com/news/148893

Laporan memberitahu :

" Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."




Keadaan ini berlaku selepas rayuannya mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 ditolak. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/ 

 Lagi menarik apabila Karpal Singh mula mengkritik Hakim dengan mendakwa tidak memahami perundangan. Tidak pelik kerana Sultan Perak pun tidak dihormati oleh Karpal Singh maka setakat hakim dia memang tidak akan hormat atau peduli.

Malaysiakini melaporkan :

" Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah. "Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”

anwar karpal 200910 01"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.


Dalam blog Anwar pun beliau menyerang Dr Razali rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/11/22/keterangan-luar-biasa-dari-dr-razali/  

dan

cuba memecat Peguam Negara dengan surat terbuka ini (rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/11/22/surat-terbuka-kepada-tan-sri-ismail-omar/ )



Baca juga laporan Selangor Daily bahawa kakitangan Yayasan Selangor sedang diancam http://www.selangordaily.com/?p=751



22 November 2010

BAPAK YB Ahmad Maslan akan ajar ANAK dan BAPA Mazlan Aliman !!!


Semalam BAPAK sudah 'datang' nak ajar ANAK dan BAPA 



Sebelum ini ANAK dan BAPA sudah 'lahir' tengok  http://www.mykmu.net/ 




Mari kita tengok BAPAK dan ANAK BAPA bertembung...


Sebelum ini Suara Keadilan dah 'kecut perut' disaman Felda RM200 juta http://www.bharian.com.my/articles/FELDAsamanSuaraKeadilan/


TERKINI

 Dr Zambry MB Perak sudah menang saman RM100 juta ke atas Suara Keadilan
http://ohpolitik.blogspot.com/2010/11/zambry-menang-kes-saman-fitnah-rm100.html




nota : gambar BAPAK di atas disalin dari blog PB http://sejarahmelayu.blogspot.com/ 





FELDA saman Suara Keadilan

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/06/26

Akhbar PKR didakwa fitnah organisasi muflis bankrap

KUALA LUMPUR: FELDA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana mengeluarkan artikel yang mendakwa organisasi itu bankrap.

FELDA juga akan mengambil tindakan sama terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tertinggi PKR, PAS, Ketua Pengarang Suara Keadilan serta wartawannya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akhbar itu.

Antara pemimpin PKR termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim; Pengerusi Biro FELDA PKR Pahang, Suhaimi Said dan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pemilik permit Suara Keadilan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata penyiaran laporan bertajuk `FELDA BANGKRAP’ dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010 dianggap melampau kerana memudaratkan organisasi FELDA yang berusia 54 tahun.

Katanya, laporan itu jelas mahu merosakkan nama FELDA dan mencemar nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri bertanggungjawab terhadap agensi kemajuan tanah itu.

“Tuduhan FELDA bankrap adalah keterlaluan. Selepas mendapat nasihat peguam, kita memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar ini. Kita akan saman mereka yang mengeluarkan kenyataan memfitnah FELDA. Jumlah saman belum ditentukan, tetapi mungkin mencecah ratusan juta kerana ia menjejaskan reputasi FELDA pada pelabur asing,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Timbalannya, Suhaimi Zainudin. Sebelum itu, Ahmad menghadiri majlis bersama 22 Ketua Peneroka Wilayah seluruh negara di Dewan FELDA di sini.

Dalam laporannya, Suara Keadilan melaporkan tunai FELDA merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2009 dan mendapat ulasan daripada Anwar, Zaid, Dr Tan dan Suhaimi. Akhbar itu turut menyiarkan laporan projek bangunan baru Felda bernilai RM662 juta dan isu mengenai pulangan dividen kepada peneroka.

Sementara itu, Ahmad menjelaskan walaupun tunai FELDA berkurangan RM2.73 bilion daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2005, aset semasa dan aset tetap FELDA melonjak RM6.2 bilion, iaitu daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 tahun lalu.

Katanya, fakta itu tidak memberi gambaran FELDA bankrap kerana jumlah tunai berkurangan kerana dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai program sosioekonomi warga FELDA.

Beliau berkata, belanja utama FELDA dari 2004 hingga 2009 mengikut pecahan adalah RM2.41 bilion bagi pembangunan peneroka dan generasi baru, RM2.42 bilion (program tanam semula/sara hidup/bayaran pendahuluan hasil), RM603 juta (pinjaman pembesaran rumah tanpa riba).

Pembinaan Menara FELDA (RM662 juta), RM269 juta (program basmi kemiskinan Sabah), RM134 juta (projek perumahan warga FELDA) dan projek menaik taraf prasarana bekalan air bersih kawasan FELDA Pahang (RM220 juta).

“FELDA juga memiliki 340,126 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih RM1.1 bilion setahun selama enam tahun berturut-turut. FELDA mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, dan Arab Saudi,” katanya.

“Kedudukan kewangan FELDA sangat kukuh berdasarkan nisbah kewangan dan aset bersihnya sekarang berjumlah RM12.2 bilion,” katanya yang turut memaklumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) memberikan dividen dan bonus kepada pemegang sahamnya sebanyak 14 peratus bagi 2009.


21 November 2010

Sebarkan : 35 Wajah Pemimpin PKR Yang Sudah Keluar Tinggalkan Anwar !!!



disalin dari blog Taming Sari http://blogtamingsari.blogspot.com/2010/11/wajah-wajah-bekas-pemimpin-pkr-untuk.html


Baca juga rusuhan penyokong PKR di Ibupejabat PKR sebanyak 14 buah bas diketuai Jenapala oleh Gomo di sini http://www.papagomo.com/2010/11/gempar-200-orang-ahli-pkr-merusuh.html dan disahkan Buletin Utama sebentar tadi.


Sebab Azmin didahulukan Azizah diketepikan Ahli dipinggirkan - lah yang menyebabkan ramai pemimpin di atas telah keluar parti.

Sila tonton video kebobrokan yang berlaku dalam PKR

20 November 2010

Bukti Azmin didahulukan, Azizah dipinggirkan Anwar pada Majlis di Shah Alam semalam !!!








Apa yang jelas ialah Anwar Ibrahim mendahulukan Azmin dan meminggirkan Azizah dan terbukti tiada penjelasan lanjut kenapa Azizah tidak hadir majlis tersebut samada di Malaysiakini atau Malaysian Insider.

Siapa pandai boleh panjangkan lagi cerita ini silakan.

Panglima kira ramai tak perasan kelibat Azizah tidak hadir walhal ia majlis penting dalam memulihkan kembali semangat ahli parti PKR yang semakin teruk terumbang ambing dengan konflik dalaman yang semakin meruncing.


PKR sudah jadi Parti Kelentong Rakyat !!!



Syabas DS Anwar - Slogan Azmin didahulukan Azizah diketepikan sangat terserlah dalam gambar di atas..


Oh ye, tu kira kempen untuk adik Azmin ye bang Nuar ? Jawab jangan tak jawab....





nota : klik link ini dan sebarkan artikel hebat lagi lengkap beliau

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/peristiwa-memali-berpunca-dari-pas.html

Anwar-Azmin Jelas Semakin Ditolak Oleh Ahli PKR

Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli



SEBAHAGIAN daripada kira-kira 100 ahli PKR mengadakan tunjuk perasaan secara aman mendesak Anwar dan Azmin Ali undur di Dataran Shah Alam, malam tadi. – utusan/Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.
Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai.

Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka.
Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.
Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang.

Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah.
Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana 'menyerang' PKR menggunakan 'media UMNO'.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan 'laskar upahan' yang kerjanya memaki PKR.

Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.


18 November 2010

Video Terbaru Panglima : Ust Omar Khalid Kata Nik Aziz Boleh Jatuh Murtad Jika ...





Baca kisah Ust Omar di sini http://utusan.com.my/ 

Belasungkawa Buat Bekas Ulama PAS Ust Omar Khalid - Al Fatihah


Ustaz Omar Khalid adalah seorang tokoh yang pernah berjuang dalam Pas di era 70-an dan 80-an.

Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.


Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.



Perjuangannya tetap satu menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula. 


Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.



Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas.           Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Beliau merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz. Selalu berada di bawah ketiaknya ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas.


16 November 2010

Video Debat Nik Aziz vs Md Nor Deris di Galas Versi I dan II - Edarkan





Cerita lanjut klik sini http://www.utusan.com.my 

Video Beberapa Minit Sebelum Ust Mohd Nor Deris Berdebat Dengan Nik Ab Aziz



kesimpulan : 

Ust Mohd Nor Deris lebih dahulu berada di rumah tersebut.
Nik Aziz jelas baru tiba dengan rombongannya.

Fakta yang diterangkan Ust Mohd Nor Deris jelas iaitu ingin menyatukan umat Islam sesama orang beriman agar tidak tertipu dengan ahli politik bukan Islam yang mahu melihat kita berpecah belah.

Kita sedar bilangan mereka tidak ramai kebanyakan dalam DAP PKR sahaja...

Tetapi malang sekali ia telah diputar belitkan oleh pembangkang dengan mengatakan Ust Mohd Nor Deris kurang ajar dengan Tok Guru mereka.

Panglima rasa Ust Mohd Nor bercakap tidak mencarut dengan Nik Aziz yang selalu menghalalkan carut dan selalu menyebut celako celako celako...

Kan Tuhan pun 'samseng' dan 'mencarut' kata Nik Aziz ?

Mari kita fikir dan berkorban 'fanatik' 'taksub''asobiyah' kita sempena Hari Raya Korban esok.


Ayuh kita satukan umat Islam agar dapat menjadi kebanggaan Nabi akhir zaman Sayyidul Anam Saidina Maulana Muhammad s.a.w



Selamat Hari Raya dan Moga kita diterima amalan hidup untuk selamanya.


PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA

PANDUAN SOLAT HARI RAYA IDULADHA

PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara
berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun.

Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya
Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW
lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum
yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai baginda bersurai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Cari Blog Ini

Translate