Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Disember 2010

Amaran Kepada Pakatan Haprak - BPN akan serang habis-habisan sesiapa sahaja yang biadap kepada Sultan !!!


Insiden kegagalan Pakatan di Perak nampaknya cuba diulang di Selangor kali ini apabila calon yang diperkenan oleh Sultan Sharifuddin untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak diterima oleh pembangkang. 

Di Perak apabila wakil rakyat mereka berpaling tadah sehingga kuasa gagal dipertahankan, mereka telah mencipta 'gempa politik' seperti bersidang di bawah pokok selain memboikot perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak serta mencemarnya dengan pergaduhan.

Nampaknya mereka cuba menggunakan taktik yang sama untuk mengekalkan kuasa di Selangor yang semakin 'tidak bermaya' akibat kekacauan dalaman yang semakin parah dari hari ke hari, dengan menimbulkan polemik dan krisis dengan pihak Istana. Tindakan ini jelas bagi menutup kegagalan mereka menguruskan kejayaan besar merampas lima negeri pada PRU yang lalu agar matlamat ke Putrajaya pada PRU 13 akan berjaya.

Mereka sememangnya semakin terdesak akibat  'serangan demi serangan' oleh Perdana Menteri yang gigih memperkenalkan satu demi satu program di bawah payung - 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, telah mengambil tindakan kebudak-budakan ini walaupun tahu akhirnya penipuan mereka akan terdedah juga satu hari nanti. 

Di Perak seperti kita tahu, kekecohan demi kekecohan yang berlaku   jelas menzahirkan kepada kita bahawa mereka tidak ada rasa hormat kepada Sultan yang mana telah bertindak bijak mengikut peruntukan perlembagaan. Jangan mudah lupa bagaimana mereka memboikot majlis angkat sumpah serta enggan memakai songkok termasuk memijak gambar Adun Bebas Melayu adalah tindakan tidak bertamadun mereka sebenarnya.

Jelas Tindakan Sultan Perak yang memanggil wakil rakyat bebas dan Barisan Nasional sebelum memberi perkenan Dr Zambry sebagai MB, adalah jelas menunjukkan keadilan baginda di dalam memperkenan mana mana pihak menjadi Menteri Besar tanpa cenderung kepada mana mana parti.

Merujuk kepada situasi di Selangor, perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi,54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari telah diketahui pada 27 hb Disember yang lalu. Ia diumum oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau akan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis 2010.
Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.Tempat beliau di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki jelas telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menurut Ketua Setiausaha Negara seperti laporan yang dikeluar oleh Bernama. Bagi mengesahkan perkara tersebut Setiausaha Sulit DYMM Sultan telah membuat kenyataan akhbar sekali lagi pada 28 Disember 2010 yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini http://utusan-malaysia-online.com/lantikan-pengarah-jais-suk-muktamad-kata-istana-selangor

Selepas MB Khalid Ibrahim telah menolak perlantikan tersebut dengan memberitahu sudah mempunyai calon sendiri, beliau memberitahu media massa mahu mengadap Sultan dan membawa nama calon-calon pilihan pembangkang. Sayang sekali beliau tidak diterima mengadap kerana DYMM Sultan Sharifuddin bercuti. Malu besar MB Selangor apabila permintaannya ditolak dan diketahui seluruh dunia !!!
Apa yang dapat dilihat oleh rakyat dalam kes ini ialah tindakan tidak menerima calon yang diperkenan Ketua Negeri merangkap Agama Islam oleh seorang Menteri Besar berbangsa Melayu beragama Islam sangat melukakan hati dan perasaan kita semua. Khalid sanggup demi kuasa, menolak calon Sultan dan mahu mengenengahkan calon beliau yang sudah tentu tidak akan diperkenan dengan segera oleh baginda.
Keputusan tidak menerima perkenan Sultan bagi rakyat adalah jelas perbuatan orang yang mahu menderhaka kepada Sultan. Jika bekas Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin ditolak atas alasan tidak diterima oleh pembangkang maka adakah MB sekarang ini disukai oleh Sultan ? Sewajarnya beliau sendiri disuruh meletak jawatan kerana terbukti gagal memastikan surau dan masjid Selangor bebas dari dijadikan medan politik seperti mana yang dikehendaki oleh DYMM Sultan. Beberapa kali juga perjuangan songsang Pakatan telah ditegur oleh DYMM Sultan kerana mengancam hak hak Melayu Islam di negeri dan negara kita.
Jangan lupa baru beberapa minggu yang lalu rakyat dapat melihat bagaimana DYMM Sultan Selangor telah diketepikan semasa memorandum air SYABAS. Lihat bagaimana MB Selangor secara sengaja menghantarnya kepada YDP Agong di Kuala Lumpur. Sedangkan masalah air yang melibatkan perbalahan antara Syabas dan beliau berlaku di negeri Selangor yang masih ada Sultan. Jelas dalam hal ini Pakatan Rakyat menerusi Khalid Ibrahim ingin menghiris hati Sultan Selangor ekoran ketegasan baginda mempertahan agama Islam serta bangsa Melayu dalam titah dan perbuatan baginda. 
Kini rakyat sudah tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan menjatuhkan Raja untuk diganti dengan mereka yang rakus dengan kuasa untuk mencari habuan dunia. Rakyat tahu dan sedar institusi Raja bukan 'menggadaikan' ketuanan Melayu Islam bahkan menjaganya dengan jiwa raga. Raja dan institusinya perlu dikekalkan dan rakyat hanya menjalankan perintah dan titah baginda, bukan sebaliknya.
Dalam pada itu NGO pembela nasib orang Melayu PERKASA melalui Naib Presidennya telah membantah tindakan MB Selangor yang enggan menerima perlantikan Khusrin dengan mengancam akan mengadakan bantahan besar-besaran. Kita percaya PERKASA akan membuat apa yang mereka perkatakan berdasar apa yang berlaku sebelum ini. Siapa yang masih sedar kehebatan bangsanya akan marah apabila pemelihara hak warisan Melayu iaitu Raja kita, dipersenda dan dihina sesuka hati oleh segelintir rakyat yang tebal perkaumannya.
Menambah lagi 'luka' yang menghiris 'dada' bangsa Melayu dan institusi Diraja, ialah bapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Kit Siang yang sejak dulu sangat 'anti' kepada Melayu dan Islam serta Raja. Beliau turut memberi ulasan isu perlantikan SUK Selangor dengan mengatakan ia tidak selari dengan semangat perlembagaan. Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat. Justeru kata Lim   hujah-hujah sedemikian “sangat lemah dan tidak boleh diterima.”
Soalannya : bagaimana mahu membuatkannya selari dengan Perlembagaan ? Adakah selama ini perkenan Sultan tidak mencukupi untuk membolehkan seseorang SUK itu dilantik bagi bertugas di mana mana negeri ? Bukankah ia diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara telah mendapat perkenan Sultan Selangor ? Jadi apa lagi yang belum muktamadnya wahai MB Khalid Ibrahim ?
Tindakan ini jelas menampakkan kebiadapan beliau kepada DYMM Sultan Selangor yang patut dijunjung titah perintah baginda bukan dikritik sebarangan oleh rakyat biasa seperti beliau. Layakkah Lim Kit Siang mencampuri isu perlantikan SUK sedangkan beliau tidak ada sebarang hak sedikitpun mencampuri urusan tersebut ? 

Lagi malang apabila ada juga anak Melayu bergelar Adun Seri Setia seperti Nik Nazmi yang menjawat Pengarah Komunikasi PKR, yang berani melabelkan calon pilihan Sultan sebagai 'perkakas politik'... Tulisan di blog beliau berbunyi : “Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?” soal Nik Nazmi dalam blognya !!!

Adakah tidak biadap kata-kata ini yang jelas menyindir DYMM Sultan Selangor dalam memilih Datuk Mohd Khusrin Menawi ? Pemilihan baginda jelas tidak ada dicemari sebarang kepentingan politik dalam membuat keputusan melantik SUK Negeri melainkan demi untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat jelata. Nik Nazmi perlu memohon maaf secara terbuka bukan mengikut rasa dalam menuturkan sebarang kata-kata apatah lagi yang berkaitan Sultan dan Islam.

Dalam masa yang sama Penasihat PKR Anwar Ibrahim seperti mengiakan perkara tersebut apabila menyiarkan tulisan Nik Nazmi di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com/2010/12/29/kelayakan-khusrin-jadi-suk-selangor-dipertikai/ Tindakan dan tulisan Nik Nazmi seakan akan menjadi lidah tidak rasmi kepada beliau dan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Cuma ia dibuat dengan cara yang selamat yakni dengan menyiarkan tulisan sahaja tanpa membuat apa-apa kenyataan setakat ini kalau tidak silap saya.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi juga menuduh tindakan ini tidak ubah cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Selangor seperti yang dilapor oleh Harakahdaily. Katanya : Sewajarnya Kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.
Adakah SUK ini mampu menggoncang pentadbiran MB ? Bukankah jawatan ini bukan jawatan politik tetapi jawatan yang diputuskan oleh Persekutuan ? 
Lagi menggelikan hati Khalid Samad telah menuduh Sultan telah diperalat oleh Umno untuk merampas Selangor. Dalam hal ini Khalid Samad barangkali masih belum insaf dan tidak reti menjaga lidahnya agar tidak berterusan mencemar nama baik Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan tuduhan sedemikian.. Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.


Berita asal sila lihat di sini  http://www.selangorkini.com.my/my/berita/24720

Selepas menilai satu persatu komen pemimpin Pakatan maka adakah terlintas di akal fikiran kita, akan adanya jaminan Raja Melayu kita akan terus kekal berkuasa apabila Pakatan ini menang dalam PRU akan datang ?

Adakah akan semakin sejahtera negara kita atau akan semakin huru hara apabila kaum pelampau dari bangsa Melayu seperti Anwar dan Nik Nazmi, Cina seperti Lim Kit Siang dan India seperti Karpal Singh ini diberi  kuasa menjaga negara?

Adakah masa depan cerah boleh diperolehi melalui buku Jingga 100 Hari Pakatan Rakyat yang jelas ghairah dalam menjanjikan bulan bintang tetapi akan dilanggar juga akhirnya apabila menang seperti yang berlaku di negeri yang mereka kuasai sekarang ?

Anak Melayu Islam perlu sedar hal ini dan kebangkitan kita perlu dimulakan sekarang untuk menghalang mereka, bukan menunggu hingga esok atau lusa dan bukan menunggu musim pilihanraya.

Ayuh kita satukan tenaga anak muda kita, kaum ibu dan bapa serta alim ulama semua agar pertahanan terakhir yang cuba digugat oleh 'bidak' Dajal dan Illuminati ini akan dapat kita lawan dan sekat.

Jaringan internet insan yang sedar ancaman ini patut kita gunakan agar ia dapat membentengi maruah dan nilai diri Melayu Islam dan Malaysia buat selama-lamanya.

Kitalah yang terpilih melakukannya dan marilah kita menempa sejarah kebangkitan Islam dalam melawan musuh kepada agama, bangsa dan negara kita ini dengan membalas kembali pembohongan mereka sekuat mana yang kita mampu dan percaya.

Sejarah kebangkitan kedua Islam sedang berulang kali ini dari Timur dan kitalah yang akan menjadi antara kalangan senarai nama pejuang yang membinanya untuk menjadikan Islam kembali menguasai 2/3 dunia.

Ayuh kita berjuang dan jangan lagi duduk diam..


- Artikel ini akan dihantar kepada Utusan Malaysia dengan harapan akan disiarkan.


6 ulasan:

C L J berkata...

Kalau berselisih ideologi dalam berpolitiking; berdepanlah dengan cara jujur, tulus dan telus. Namun bila Sultan ada didepan jaga jagalah daulatnya. Siapa nak jaga kalau buka kalian yang sedang bersengketa tentang kuasa. Janganlah barisi pasukan sengketa itu kalau daulat Sultan tak pandai kita kawal jaga. Siapa mengusik kedudukan kedaulatan itu musuh jugalah ia pada hamba. Kerana demikian adalah warisan ninda.

Unknown berkata...

Salam Perjuangan Abang Panglima Perang Siber..Jalan masih jauh berliku bagi KL BOYZ.. diminta sudi lah link blog KL BOYZ disini... Jika tidak keberatan sudilah terima perjuangan yang tak sebesar mana dari KL BOYZ demi BPN yang disayangi..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah....

jangan pula pilih-pilih sultan yang kau suke je....

kawan semazhab kau si gomo dok hina sultan kelantan, Sultan Muhammad ke-v, ok plak kn...kn..kn..kn..

dasar munafik!!!

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan anda dan kita kerana:
1.BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA
SALAH
2.BERBUAT BAIK AKAN DIBALAS BAIK
3.SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT,
AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA
4.BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT
JANGAN SEKALI
5.ALLAH MELIHAT SEMUA YANG ZAHIR ATAU BATIN.

Tanpa Nama berkata...

lu je perasan kita orang peduliape,, lu je yang lebeh.. boleh belah..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. Sekadar peringatan buat semua terutama Melayu UMNO/BN. Sesungguhnya perbuatan menghina Sultan dan YDP AGONG telah dipelopori Melayu UMNO/BN. bermula dengan pindaan perlembagaan yang membataskan kuasa Y.D.P. Agong dan Sultan-Sultan semasa pemerintahan Mahathir yang Maha Hebat,(http://pekembar.blogspot.com/2009/03/rang-undang-undang-akta-perlembagaan.html) dan hari ini Perlembagaan yang telah dipinda mahathir ini telah menguatkan kuasa ketua Melayu UMNO/BN dalam menjalankan agenda sendiri yang macam biasa dinafikan oleh si pereka(mahathir) (http://www.pribumiperkasa.com/?p=4181)(jgn lupa baca comment yer). satu tindakan terancang mengikut telunjuk YAHUDI DAN NASRANI. Seterusnya penghinaan kepada Y.D.P Agong semasa pemilihan MB terengganu leh check dekat sini( http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/03/23/kemelut-mb-terengganu-2-siapa-nantang-itu/ )yang menyamakan Ketua Agama dan Negara sama seperti Binatang. So lepas nie pandai-pandai laa Melayu UMNO/BN yang bodoh n bangang yang jadi lembu pemimpin nie berfikir yer. Wassalam

Cari Blog Ini

Translate