Semalam jam 11.10 malam seorang blogger penyokong kuat Blogger Pembela Negara (BPN) telah pergi ke rahmatullah.
Blogger Yanggambi atau nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom umur 56 tahun (gambar) telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan akibat jangkitan kuman paru-paru.
gambar dari Blog Pilihan Anda
Beliau seorang yang kuat mempertahankan FELDA dan juga perjuangan Alif Ba Ta.
Meskipun uzur namun beliau tetap menulis dan artikel terbaru beliau empat hari yang lalu telah mendesak agar diheret Karpal Singh ke muka pengadilan di sini http://yanggambi.blogspot.com/2011/01/karpal-singh-peguam-dan-juga-saksi.html.
Panglima sendiri hanya berhubung melalui maya dengan beliau dan tidak pernah bersua muka. Namun tautan hati telah mengikat kami semua demi mempertahankan Islam Melayu dan Malaysia.
Paling mengharukan arwah pernah mengeluh bagaimana beliau tidak dihargai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun mempertahankan negara di alam siber seperti tulisan Brave Heart di bawah.
Luahan yang sama kita dengar dari bloggers kita selama ini tetapi malang sekali luahan beliau pergi bersama jasadnya yang tidak akan kembali lagi.
Pelik kerana bloggers ternama juga yang kaya raya tetapi akhir sekali mengkhianati perjuangan kita dengan menyerang pemimpin yang kita hormat dan percaya ketulusannya.
Sedangkan nasib bloggers nyamuk ini terpinggir kerana tidak pandai mempromosikan diri dan tidak ada 'kabel' yang kuat untuk meraih simpati.
Namun Panglima percaya rohnya tetap bersama kita melihat perjuangan ini diteruskan sehinggalah Pakatan Haram/Komunis/Penipu akan hancur dari bumi ini. Doa arwah untuk para pejuang pasti mengiringi setiap 'ketukan' di keyboard laptop pc kita hinggalah akhir nanti.
Jenazah beliau telah dibawa ke kampung halaman beliau di Felda Keratong 2, Pahang
Berikut luahan hati blogger tentang pemergian beliau :
Papagomo : Arwah juga merupakan tulang belakang kami semua para Blogger pro Kerajaan kerana sejak di awal penglibatan kami semua Arwah sentiasa memberikan semangat dan dorongan demi dorongan kepada penulisan Blogg kami melalui Komen Komen nya yang menaikkan moral kami untuk berjuang.
Gomo mengenali Arwah sekitar 2 tahun lalu yang mana masa itu kami semua berada dalam kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Blogger Pembela Negara(BPN) Dari dahulu memang tidak pernah bersua muka dengan Arwah memandangkan kami semua meulis tampa arahan dan bergerak secara solo.
Semalam apabila Gomo mendapat BBM dari seorang rakan menyatakan Blogger Yang Gambi telah meninggal dunia Gomo yang waktu itu sedang memandu terus berhenti dan menghubungi Blogger Pahang Braveheart bagi mengesahkan berita tersebut. Blogger Braveheart mengesahkan kesahihan berita itu dan pada waktu itu juga Gomo membuat artikel buat Arwah. Memang terasa Terharu sangat!!!
Waadat : Demang benar-benar terkejut dengan berita pemergian blogger Yang Gambi, salah seorang blogger yang sama-sama berjuang dalam dunia cyber, serta menubuhkan Blogger Pembela Negara (BPN). Demang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Brave Heart : Yang Gambi sangat komited dengan penulisan blog, diakhir hayatnya beliau sempat menyatakan kegembiraannya apabila blogger-blogger Pahang dapat bersatu dalam melahirkan blog Pahang-Ku. Beliau sempat juga menulis satu posting di Pahang-Ku dengan tajuk Tuduhan Rogol Terhadap Rais Adalah Fitnah Jahat (Klik Sini)
Pertemuan terakhir saya dengan beliau adalah sewaktu di Gua Musang ketika PRK Galas. Banyak yang kami bualkan mengenai perkembangan media sosial Pahang khususnya blog. Ada juga luahan kekesalan kerana dipinggirkan, antara dia dengan saya, adakalanya kami tidak banyak beza, ingin berjuang tetapi tidak diberi peluang.
Allahyarham blogger Yang Gambi, kiri sekali berbaju biru - Gambar Allahyarham dari Blog BH
Sekupangduas : Merasa kehilangan sahabat seperjuangan yang pernah melahirkan kegembiraan bila mengetahui ada usaha menyatukan dan menyusun SAF BPN dan berharap beliau juga tidak tertinggal, bagaimanapun Allah lebih menyanyangi nya, Teman dan rakan-rakan terutama bloggers di Perak melahirkan kehilangan dan insyallah menjadikan dorongan beliau sebagai Tekad menjayakan PENYATUAN sebagai SATU SAF, Teman juga berharap semua rakan-rakan dapat berkabung dengan memaparkan wajah beliau dan BPN kerana dengan BPN juga kita di temukan dengan beliau, maka dengan ini Teman sesungguhnya memohon segala kerja dan usaha kita kepada PENYATUAN BLOGGERS di tangguhkan selama 3 hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah dan berkabung dari skop aktiviti kawan-kawan bloggers.
Anak Merdeka : Sedih sangat Anak Merdeka pagi ini bila buka saja online, baca berita dari artikel di blog rakan-rakan semuanya berkisar mengenai kematian saudara Yang Gambi. Mula memang saya tak percaya, ingatkan gurauan mereka tapi bila kenyataan mereka serupa baru saya tahu bahawa berita ini benar.
Saya secara peribadi terasa sangat kehilangan beliau apabila mengingat kembali akan semangat patriotik selaku warga negara terhadap Malaysia terutamanya bila berdepan dengan isu dua hala Malaysia-Indonesia maka pada waktu itulah saya nampak semangat kenegaraan yang menebal pada Yang Gambi melalui tulisan beliau.
Bro Jinggo : Berita kehilangan sahabat pejuang YG Gambi amat dirasai oleh kalangan rakan-rakan blogger... Saya pernah bekerjasama dengan beliau ketika PRK Bagan Pinang, bagaikan tidak percaya dengan berita ini...
Beliau menghembuskan nafas jam 11 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang akibat jangkitan paru.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin :(
Aspirasi Bangsa : Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.
Gambar Allahyarham (pegang pen) dari blog Aspirasi
Rajahmas : Perginya seorang pejuang dunia maya yang komited dan konsisten menentang penjajahan Pakatan Rakyat amat dirasai rakan-rakan yang telah bersamanya sejak tahun lepas. Beliau kerap mengunjungi Rajahmas dan selalu meninggalkan komen-komen yang bernas. Pemergiannya merupakan kehilangan yang besar kepada kita semua khususnya BN.
The Unspinners : Seorang bersemangat juang yang tulin kerana tiga hari lepas pada hari Ahad Januari 9hb, beliau masih lagi menulis di blognya. Tulisan terakhir beliau menuntut Karpal Singh diseret menjadi saksi dalam kes Saiful.Nampaknya Yang Gambi tidak akan berada bersama kita untuk menyaksikan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim. Hanya fatihah saja yang dapat kami berikan buatnya.
Kingdom : Malam semalam aku mendapat sms daripada saudara Braveheart. Salah seorang blogger BPN yang merupakan rakan seperjuangan iaitu Yang Gambi telah kembali ke Rahmahtullah malam tadi.
Terkejut juga aku malam tadi. Aku ucapkan takziah untuk keluarga arwah. Walaupun aku tak pernah bersua muka dengan arwah tetapi aku sering mengikuti penulisan arwah terutama berkaitan dengan isu Felda. Malah arwah antara yang lantang mempertahankan Felda daripada fitnah PAS.
Jebatberkokok : Aduhai..kelu lidah dan kaku jari aku bila mendengar perkhabaran pemergian sahabat blogger Yang Gambi.Benarlah setiap yang hidup akan merasai mati..Kita harap keluarga beliau akan tabah dengan dugaan ini. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan bahagia di sana.. Sahabat-sahabat blogger, ayuh kita teruskan perjuangan beliau di dalam menjunjung kedaulatan negara kita yang tercinta.Panjatkan doa dan hadiahkan Al-Fatihah buat sabahat kita ini..Sebaknya hati aku..
Sanggul Melayu menulis : antara yang hebat, tajam dan bernas penulisannnya terutama berkaitan FELDA. Sedih lagi bila membaca keluhan arwah tentang nasib blogger pada hari ini. Perjuangan dalam parti yang diterima dan diberi ganjaran adalah berbentuk lisan dan juga kaca tv tetapi tidak kepada seorang blogger.
Nasionalis : Salam takziah dari saya Nasionalis1982 kepada keluarga Yang Gambi(klik sini) di atas pemergian beliau kepada Yang Maha Esa Allah SWT. Semoga Yang Gambi akan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman hendakNYA. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jualah kita kembali. Al-Fatihah.
MediaPermatangPauh : Walaupun perkenalan gua dengan arwah YangGambi amat singkat di dunia siber, bagi gua arwah adalah seorang yang tabah dan setia kepada perjuangannya. Walaupun arwah agak terkilan kerana langsung tak dibantu oleh pihak yang diperjuangkannya, arwah tetap istiqamah dengan tujuan penulisan blognya.
Inilah satu perkara yang paling gua respek pada arwah yang bagi gua, amat sukar dicari ganti. Harimau pergi meninggalkan belang. YangGambi pergi meninggalkan jasa kepada agama, bangsa dan juga tanahairnya.
Biarpun jasa arwah dipandang kecil oleh sesetengah pihak, tapi dimata gua ia tetap besar kerana YangGambi telah melakukan apa yang pihak Penerangan UMNO Pahang tak boleh capai didalam dunia maya.
Inilah yang dikatakan Juara yang tak didendang. Inilah juga yang dikatakan pejuang yang tak mengharapkan nama dijulang. Al-fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dirahmati Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai.
Gerakan Timur : GT mengucapkan takziah kepada keluarga sahabat Blogger Yang Gambi - penulis utk Blog Aku Yang Gambi atas pemergian beliau. Salam takziah juga kepada blogger2 Pahang.
Allahyarham adalah antara yang terawal sudi utk link ke blog Kalam Timur, dan Gerakan Timur, waktu GT mula2 berblog dulu. Kami tidak pernah bersua muka. Sekadar membaca blog dan memberi komentar masing2.
Pemergiannya adalah suatu kehilangan yang besar.... Beliau adalah di antara rakan blogger yang agak rapat dengan penulis , walaupun hanya di alam "blog"... Selalu meninggalkan komen di blog "bumiyang".
Ingatkan di PRK Tenang akan berkesempatan bersua-muka, rupa-rupanya Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Semoga sahabat di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin....
Pena Minang : Penulis benar-benar terkejut dan Sedih menerima berita ini, Namun SIAPALAH PENULIS mahu menghalang perintah ALLAH. Dan sesungguhnya Yang Gambilah antara blogger yang banyak memberi tunjuk ajar, komen, nasihat dan amanat yang berguna kepada Pena Minang.
Kita anak Melayu : Ya Allah Ya Tuhanku, maafkanlah segala dosa rakan ku ini dan terimalah segala amanya ketika hidup, Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan kepada keluarga dan rakan rakan Allahyarham untuk terus menghadapi kehidupan.. Ya Allah Ya Tuhanku kami makhluk yang lemah, janganlah dibiarkan kami tanpa peringatan mu walau sedetik kerena nescaya kami akan terlupa.
Lain lain link :
http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/01/al-fatehah-buat-sahabat-blogger-kami.html
http://dr1221.blogspot.com/2011/01/al-fatihah.html
http://dr1221.blogspot.com/2011/01/al-fatihah.html
6 ulasan:
Kembalinya ke rahmatullah Yang Gambi, kita telah kehilangan seorang lagi rakan dalam perjuangan siber ini...
Mudah-mudahan roh Allahyarham dicucuri rahmat serta diampun setiap kesilapan baik tuturkata maupun perbuatan..serta seterusnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman
Al Fatihah.....
Beliau Meninggal dalam keadaan yang tenang.
Perjuangan Beliau Hingga ke Akhir Hayat.
Al Fatihah
Perginya seorang pejuang dunia maya tulin yang dedikasi, gigih dan komited. Allahyarham mempunyai semangat juang yang tinggi dan kental dan tidak di dendangkan. Saya rasa amat terkilan, kerana tidak dapat menziarahi allahyarham semasa di HTAA Kuantan, Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh allah swt jua hendaknya. Amin
Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz
Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!
Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.
Alfatihah, semuga lmahrum di anugerahkan tempat bersama sama orang orang yang beriman. Amin
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham...amin
Catat Ulasan