Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Januari 2011

Kesian Hj Hadi dan Blogger Pro Beliau Diserang Erdogan dan YB Derhaka Adun Sri Muda Letak Jawatan & Anwar Sokong Penderhakaannya ?


Blogger pro Hj Hadi telah diserang... Mereka telah diserang oleh golongan liberal dalam PAS atau aliran Erdoganiyyah..

Lihat perbincangan panas di blog Sauh Dibongkar http://sauhdibongkar.blogspot.com/2011/01/si-aduka-yang-tidak-tahu-adab.html yang mengecam tindakan biadap Aduka Taruna. Serta desakan agar Hj Hadi dikenakan tindakan kerana 'beromen' dengan Umno di sini http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/01/respons-perjanjian-pangkor-iii.html

Pada pandangan Panglima perkara ini berlaku kerana satu pihak sudah tidak dapat menerima kelakuan Anwar dan DAP lalu mahu berunding dengan BN.

Satu pihak lagi telah berkerat arang berpatah rotan dengan BN lalu malu menjilat kembali ludah mereka sendiri.

Sebab itu dalam bab kasih sayang cinta benci kita kena kembali kepada saranan Nabi saw yang mahu kita tidak terlalu sayang seseorang dan tidak terlalu benci seseorang. 

Dalam hali sekali lagi kita terlupa bahawa Nabi menjadi rahmat sekelian alam dan menyatukan semua bangsa dan puak di Madinah selepas mereka bergaduh beratus tahun kerana perkara yang kecil.

Sepatutnya jika benar pewaris nabi itu ada pada ulama PAS - ditiru langkah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw bukan sebaliknya.

Tidak cukup lagikan tindakan biadap dan kasar DAP kepada rakyat di Selangor, Pulau Pinang selama ini ?


Dalam hal ini sangat jelas bahawa PAS makin jahanam dalam dan luarannya manakala PKR juga makin hancur kerana perebutan sesama sendiri dan DAP juga yang semakin berjaya selepas berhasil melagakan Melayu dengan Melayu dan sesama warga Malaysia !!!



Blog siarkan isu Adun Derhaka Raja Sri Muda nak letak jawatan di sini :





Baca juga Anwar pertahan Adun Derhaka di blog Adun tersebut di sini http://srimuda.blogspot.com/2011/01/anwar-pertahan-adun-sri-muda-dakwa-umno.html



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate