Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Januari 2011

Artikel Khas Isu Pindaan Undang-Undang Selangor : Agenda Jahat Pembangkang Kembalikan Kuasa MB Melebihi Sultan Didedahkan Peguam !!! Mohon Sebarkannnn


Pindaan jadikan Sultan Selangor rubber stamp sahaja

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.

Menurut beliau, Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dalam peruntukan sekarang, Sultan Selangor diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk menentukan calon bagi jawatan itu apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada baginda untuk diperkenan.

"Sultan di peringkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain dan baginda boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan tuanku. Kebiasaannya SPA akan menerima cadangan baginda. Setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Sultan Selangor.

"Tetapi dengan cara putar-belit oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik," katanya menerusi entri terbaru blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/  bertajuk Rampasan Kuasa Diraja hari ini.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pemerintah dan Menteri Besar dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan pegawai tertinggi negeri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
Menurut Zulkifli, menerusi pindaan itu kuasa mutlak pelantikan adalah di tangan Menteri Besar.

Menurutnya, berlindung di sebalik nama dan kedudukan Sultan Selangor, kerajaan negeri cuba 'memperkudakan' baginda dalam soal pelantikan itu.
"Pada saya ia sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang.

"Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendek kata, Sultan Selangor wajib menerima 'perkenan' Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan pegawai kewangan negeri," jelasnya.






Utusan Malaysia





Buktinya sila baca pindaan yang mahu dibuat oleh Pembangkang :





“Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”


Kuasa siapa sebenarnya yang mahu dipinda hari ini ? Sultan atau MB ?

Lihat kenyataan Khalid di sini http://www.bernama.com/  bahawa pindaan dibuat agar Kerajaan Negeri diberi kuasa melakukan pengurusan sendiri membuktikan agenda merampas kuasa secara halus melalui pindaan perlembagaan hari ini dan mencabar Adun BN menyokong gerakan jahat mereka...

Kami Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan kuasa DYMM Sultan ditarik dan dirampas oleh Pakatan Haram ini.

Mereka jelas merompak segala harta benda dan juga kesucian agama termasuk kuasa Raja kita tanpa memikirkan kesannya kepada anak cucu kita masa hadapan.

Daulat Tuanku !!!

4 ulasan:

Salam semua (R)... berkata...

Salam ziarah..

Sebagai blogger baru, saya mohon pertimbangan supaya dapat tuan pautkan blog saya yang tidak seberapa ini di laman blog tuan.

Sekian, terima kasih.

http://salamsemua2010.blogspot.com

Panglima Perang Cyber berkata...

baik tuan...

permintaan dikabulkan...


tq

Alhamdulillah berkata...

salam Perjuangan,
terima kasih diatas kunjungan tuan ke blog saya, saya dah link blog tuan ke blog saya...

Panglima Perang Cyber berkata...

sg rapat : tqvm

taiping : tq sudi singgah bagi info

Cari Blog Ini

Translate