Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Januari 2011

Calon BN Jawab Fitnah PAS Isu Tanah - Ahli PAS Dicabar Tengok Video dan Artikel ini !!!



Baca juga tulisan blogger Cucu Tok Selampit di bawah :


Di saat-saat kempen pilihanraya DUN Tenang memasuki fasa-fasa akhir, PAS kelihatan terdesak untuk meningkatkan peluang calonnya bersaing dengan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai.


Semalam, PAS telah mengarahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang lebih mesra dipanggil Din Puduraya danAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin untuk memanipulasi kes lelongan sesorang tanah penduduk Labis yang dilakukan atas arahan mahkamah atas permintaan pihak Bank. Petikan dari Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.Salahuddin berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.


Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka. Dalam sidang media yang sama juga Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat “tidak sama sekali tergolong kepada satu serangan peribadi terhadap calon Umno”. Sebaliknya apa yang kami ingin dedahkan adalah menyentuh isu integriti dan kelayakan calon Umno bagi mewakili rakyat di DUN Tenang. PAS percaya bahawa sebelum mana-mana calon dari mana-mana parti politik ingin meminta rakyat memilih mereka dalam mana-mana pilihan raya, adalah penting calon tersebut mengamalkan budaya ketelusan," tegasnya.


Salahuddin berkata, tanpa ketelusan sudah tentu rakyat tidak berupaya untuk membuat satu keputusan yang bermaklumat dalam memilih calon yang mereka ingini. Mansor yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut pula berkata, sekiranya beliau tahu tanah itu akan dilelong, beliau akan bertindak awal dengan membeli draf bank dan meletakkan nama tanah itu ke atas nama adik atau saudaranya.


“Pada pagi (itu), saya bayar duit kepada bank sebanyak RM10,000. Kemudian saya pergi beritahu kepada calon (Mohd Azhar), ini resit yang saya dah bayar kepada bank. Dia (Mohd Azahar) cakap nak kena lelong juga,” katanya sambil menambah beliau tidak berniat untuk berkempen di atas pentas Pakatan Rakyat.
Hasil siasatan penulis di Pejabat Daerah Segamat dan merujuk perkara ini kepada keputusan penghakiman Mahkamah mendapati beberapa fakta kes di dalam fitnah ini gagal atau cuba disembunyikan oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh tukang fitnah, Din Puduraya, Hanipa Maidin dan balachi PAS yang pastinya dibayar, Mansor Mohammad:
  • Mansor Mohammad gagal menjelaskan ansuran banknya untuk pinjaman tanah. Pihak Bank mengambil tindakan lelong ke atas tanah berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada melalui tindakan mahkamah. Pejabat Tanah Daerah tidak ada kena mengena dengan proses lelongan berkenaan dan mereka hanyalah bertindak atas arahan mahkamah.
  • Tidak mungkin Mansor Mohammad tidak mengetahui tananhnya akan dilelong oleh pihak Bank memandangkan pihak bank melalui peguam-peguam Bank akan menghantar setiap surat saman secara AR Register atau "subsitute service". Tindakan saman bermula dari tindakan "Notice of Demand" sehinggalah tindakan melelong dilakukan semuanya dilakukan secara teratur dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Malah proses lelongan akan diiklankan di semua suratkhabar-suratkhabar tempatan dalam tempoh tertentu sebelum lelongan.
  • Tindakan pemilik tanah yang setelah membayar kepada pihak Bank sebanyak RM10,000 dan kemudiannya cuba menyerahkan resit berkenaan kepada Pejabat Tanah Daerah adalah tidak tepat. Beliau sepatutnya berurusan dengan pihak bank dan pihak peguam /mahkamah bagi menghalang tindakan lelongan itu dari terus dilakukan oleh pelelong berlesen yang dilantik.
  • Seperkara lagi, pihak Pejabat Tanah Daerah tidak sama sekali terlibat di dalam proses lelongan. Lelongan dilakukan oleh Pelelong Berlesen mengikut undang-undang yang sedia ada. Pihak Pejabat Tanah Daerah hanya sebagai orang tengah yang mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib.
Kegagalan dan kebodohan Din Puduraya dan peguam Hanipa Maidin memutarbelitkan fakta perundangan amat dikesali. Sepanjang hampir 20 tahun saya bekerja dengan Bank, inilah kali pertama saya mendengar bahawa Pihak Pejabat Tanah Daerah mempunyai kuasa untuk melelong tanah. Bodoh betul. Kalau Pejabat Tanah Daerah hanya menjadi orang tengah dan tidak terlibat dengan perlelongan tanah, bagaimana hendak dikatakan bahawa calon BN cuai di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sekali lagi saya kata puak ini bodoh dan bangang!

Saya tidak peduli sama ada Normala Sudirman atau dikenali sebagai Cikgu Mala pernah berkahwin dua kali. Saya tidak peduli sekiranya perkahwinan pertamanya hanya kekal selama 3 hari. Saya juga tidak peduli sama ada bekas suami pertamanya adalah bekas pekerja KFC Labis dan kini bekerja di Marrybrown, Kajang. Ini masalah peribadi beliau dan tidak ada kena mengena dengan pilihanraya. Oleh itu, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan PAS menabur fitnah yang tidak berasas kepada calon BN. 


Tindakan mereka yang hanya berpijak kepada khabar angin dan tidak bersandatran bukti nyata semata-mata hanya mahu mengaburi keputusan pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka Ahad ini. Tindakan mereka tidak lebih dari seperti pepatah English, "If you can't convince them, confuse them!"




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate