Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Januari 2011

Faktanya : Nyamuklah Pembunuh Namrud : Peringatan Kepada Anwar Isu Pendedahan Umi Hafilda !!!


Semalam Anwar gelar Umi Hafilda sebagai nyamuk klik sini. Lalu dibalas Umi bahawa Anwar adalah nyamuk juga tetapi nyamuk yang berbahaya atau dipanggil nyamuk aedes. 

Anwar apabila marah memang akan membuat 'kurniaan' berbentuk gelaran. Seperti mana yang digelar kepada musuhnya sebelum ini seperti Mahafiraun atau Mahazalim atau UmnoApco.

Semua tahu nyamuk adalah serangga yang kecil. Jika anda menulis perkataan nyamuk ada 2,950,000 result akan keluar di Pak Google.

Kalah Anwar yang hanya 1,290,000 juta sahaja result jika namanya ditulis di halaman yang sama.

Kalau perkataan nyamuk pun Anwar dah kalah di internet maka layakkah Anwar bersaing dengan nyamuk ? sendiri jawablah ye.

Gambaran Anwar yang digelar 'nyamuk aedes' mungkin boleh kita lihat dengan meneliti foto nyamuk tersebut terlebih dahulu



Warnanya hitam, berbelang belang dan paling bahaya apabila ia menggigit maka kesannya boleh membawa mati.

Dimanakah nyamuk berhabitat ? Lihat kajian ini 


Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)



Jelas sekali nyamuk yang nama asalannya dari Greek membawa maksud 'tidak menyenangkan ' ini memilih tempat yang kotor, berair, dan buruk sebagai tempatnya. Maka sebab itu juga kesan gigitannya menimbulkan perkara yang buruk seperti demam kuning atau demam denggi yang boleh membawa mati.

Menutur Wikipedia tentang demam denggi memberitahu :


Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.



Berbalik kepada Anwar Aedes, sebenarnya ramai telah pun 'mati' akibat gigitan Anwar... Ada 'mati akal' ada juga 'mati maruah' dan lagi teruk apabila mereka 'mati jiwa' hingga tidak lagi percaya kepada RUKUNEGARA yang antara lain menyebut Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ada juga yang digigit 'dari belakang' dan ternyata gigitan itu juga telah mematikan maruah mereka kerana digigit dari belakang.

Aedes Anwar ini bukan sahaja 'menggigit' di Malaysia bahkan 'Aedes' ini sangat bahaya kerana pandai terbang ke luar negara. Virus berbahaya bawaan nyamuk berbelang belang ini telah tersebut ke seluruh dunia..

Panglima tertarik gelaran nyamuk ini kerana jarang orang menggelarkan orang lain atau menghuraikan nyamuk ini. 

Syabas kepada Umi Hafilda yang digelar nyamuk oleh Anwar !!!

tetapi pernahkah anda mendengar bahawa Allah ada memberi perumpamaan tentang nyamuk di dalam Al Quran ?

Firman Allah : Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.  

(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #26)



Anwar Aedes mungkin gembira bila mendapat tahu nyamuk turut tersenarai dalam Al Quran. Tetapi jangan begitu gembira sangat kerana Firaun pun ada disebutkan di dalam kitab suci untuk memberi pengajaran kepada kita semua bukan untuk ditiru atau diagungkan oleh kita semua.

Ok, apa lagi kita nak ulas pasal nyamuk ni ?


Satu sahaja bahawa nyamuk Umi boleh memudaratkan Anwar dan jangan lupa bagaimana Allah menghina musuhNYA iaitu Namrud dengan menghantar makhluk yang kecil tetapi telah berjaya memusnahkan Namrud dengan memasuki kepalanya.

Sebab itulah khabarnya Anwar begitu marah sehingga menghabiskan 45 minit menghentam Umi Hafilda dalam mesyuaratnya seperti pendedahan AIDC di sini http://www.anwaraidc.com

Bab debat hanya 5 minit sahaja.

Mari kita baca kisah bagaimana Allah menghapuskan Namrud dengan nyamuk dengan maksud menghinanya yang dipetik dari sini http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah061.html



Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk


    Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)     Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

    Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

    Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya: 

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

    Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

    Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.  Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.




Lihat video bagaimana 'Nyamuk' membuat serangan :







Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate