Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Januari 2011

Gempar : Faizal bekas Suami Nana meninggal dunia kerana serangan jantung petang tadi ! Al Fatihah ....

Al Fatihah ditujukan kepada arwah Faizal, 33 tahun yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada jam 1.45 petang tadi.

Arwah dikatakan rebah di bilik air dan telah dibawa ke hospital Pusrawi.

Namun takdir telah mendahului dan arwah telah kembali ke rahmatullah pada hari pertama tahun 2011.

Beliau adalah pelakon drama Adamaya dan bekas suami Nana ( Siti Nordiana )




Iktibar dari kejadian tersebut ialah kita sebagai manusia perlu bersiap sedia menghadapi mati. Tidak kira siapa dan apa juga gelaran dan pangkat kita.

Di sisi Allah hanya amalan yang soleh sahaja yang diterima olehNYA.

Amalan 'celako' tidak akan diterima sedikitpun.

Maka marilah kita insaf dan terus berjuang menjadi hamba Allah yang baik dan menjaga dengan teguh warisan agama Islam dari dihina dan diperkotak katikkan oleh sebilangan umat Melayu Islam.

Mereka telah menjadi api dalam sekam sehingga bukan Islam hari ini telah berani 'bersenam aerobik' dalam masjid dan juga menjadi 'pembela' utama kafir harbi seperti Karpal Singh seperti Wan Rahim ( bekas speaker DUN Kelantan) http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/12/cikgu-rahim-sanggup-mati-demi-kafir.html.

YB DAP pakai seksi aerobik di masjid


Bahkan manusia bergelar tok guru juga menjadi orang kuat menentang perpaduan umat Islam sedangkan ia adalah asas Tamadun Islam yang dimulakan tapaknya oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.

Perpaduan Aus dan Khazraj dan juga dengan golongan Muhajirin dari Mekah telah menghasilkan Empayar Islam yang begitu hebat sehingga mampu memerintah 2/3 dunia.

Marilah kita bersatu padu dalam memelihara Islam dan juga menghancurkan penyangak yang mahu rosakkan Islam dengan menjadi tali barut musuh musuh Islam demi wang, kuasa dan pangkat dunia.

Takbir !!!!!!!!!!!



Berita lanjut sila ke blog Desperado  http://pilihan-anda.blogspot.com/2011/01/faizal-yusof-meninggal-dunia.html

Baca juga blogger pejuang Alif Ba Ta digelar anak haram luar nikah http://www.pejuang-maya.com/2011/01/betapa-biadapnya-blogger-pas-ajaran-nik.html


Sila lihat video penghinaan kesucian masjid oleh Teressa Kok yang 'dihalalkan' oleh pemimpin PAS tanpa sebarang komen sedikitpun




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak seksi pon. biasa je. kalau kat gym agaknye ada lagi seksi, pakai tank top paras bawah dada je

Cari Blog Ini

Translate