Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Januari 2011

Hari Ini Hari Nik Aziz Berumur 80 Tahun : Selamat Hari Jadi dan Doa Khusus Panglima Untuk Beliau - Mohon Aminkan !!!

Bab ucapkan selamat hari jadi tidak menjadi masalah kerana ia satu cara mendoakan seseorang. 

Perkataan Happy Birthday atau Sanah Helwa dalam bahasa arabnya tidak menjadi bidaah dolalah (sesat).

Apabila kita mengucapkan selamat hari jadi maka kita akan doakan mereka dengan berbagai doa.


Maka doa Panglima kepada Mursyidul Am PAS sempena hari jadi beliau hari ini :

1. Moga panjang umur untuk menyatukan umat Islam di Malaysia dan dunia.

Sekarang blogger PAS sudah kelam kabut apabila mereka nampak Tok Guru sudah mula lembut apabila dibawa berunding dengan campur tangan YDP Agong.

Sedangkan selama ini mereka sangat mengharapkan Tok Gurulah yang akan menentang sekeras-kerasnya agenda perpaduan atau UG (Unity Government) ini.

Blogger mereka juga seperti Aduka Taruna sudah mula kempen menjalankan serangan menyerang peribadi Hj Hadi. Terbaru provokasi mereka ini berjaya sehingga kes dipukul telah diterbitkan dalam media massa.




2. Murah rezeki sehingga dapat menaja orang lain untuk ke Mekah buat haji atau umrah.

Memandangkan sudah bergelar Tok Guru dan banyak peluang untuk masuk syurga pada pandangan ahli PAS maka dicadangkan agar Tok Guru menaja pula orang lain atau meminta penaja Tok Guru memberikan tajaan itu kepada orang lain yang susah dan tidak mampu pergi beribadat di Mekah.

Ini sangat bagus dipraktikkan dan mohon maaf kerana Panglima sebenarnya tidak patut 'mengajar' Tok Guru perkara ini kerana siapalah Panglima berbanding beliau.

Tentu besar pahalanya apabila duit kita diberikan kepada orang yang tidak mampu ke Mekah. Pasti pahalanya bertambah dan berkekalan hingga akhirat dan dapat menampung kekurangan jika ada dibuat di dunia ini.

3. Moga sihat tubuh badan untuk menerangkan kebenaran dan menolak kebatilan seperti dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Cukuplah apa yang sudah berlaku dan marilah bersama-sama berkata benar walau pahit !!! Qulilhaq walau kaanamurran

Sebagai anak jati Kelantan nama baik Nik Aziz sebagai orang alim patut dikekalkan dan pengaruh rakan yang jahat perlu dihindarkan. Moga kesudahan baik untuk Tok Guru Nik Aziz yang tidak sedikit jasa beliau walaupun banyak juga 'hasil' perkataan beliau yang 'menyakitkan' Islam, Melayu dan Malaysia.

4. Moga mati dalam iman dan ihsan bukan dalam kalimah sayyiah (jahat) seperti celako celako celako....
Itu harapan terakhir kerana umur beliau pun sudah lanjut. Moga kalimah 'bersatu bersatu bersatu' akan menghiasi mulut beliau selepas ini.

Amin Amin Amin.






Itu doa Panglima, anda pula ?


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Happy Bithday Nickyyy.......moga panjang umur dan teruskan merapu sampai nyayuk....

Jo berkata...

Suruh Nik Aziz banyak-banyak bertaubat...Minta ampun kepada Dr. mahathir dan pemimpin-pemimpin yang diganyangnya...juga kepada umat melayu..
Jika tiadak mati belum tentu masuk syorga...Lebai dan jubah bukan ukuran...hafaz Quraan, pandai mengaji bukan ukuran....dosa dengan allah mudah diampun...dosa dengan manusia...kena minta ampun dengan manusia itu sendiri...

JKKK Kota Sarang Semut berkata...

amin...setuju dgn panglima...semoga Nik Aziz mati semasa sedang meNYATUkan umat Islam di Malaysia.....bukan ketika mengucapkan celako...celako..celako...

hilbert berkata...

Happy Birthday Nik Aziz... ;)

semoga segera bertaubat...AMIN!

Tanpa Nama berkata...

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/beginilah-sepatutnya-jangan-teladani.html

P.S.: Pernah tak kalian ucap happy birthday pada tarikh lahir cucunda Rasulullah SAWW, Saidina Hussein A.S.?

Cari Blog Ini

Translate