Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Januari 2011

Sah Faisal Tehrani 'Mencuri' Gambar Lawatan JAKIM Ke Yayasan Syiah di London Dan Dikecam Pemiliknya !!!



Nampak gayanya 'keasyikan' Faisal Tehrani ( opsss lupa la gelaran DR ) di dalam menjernihkan SYIAH di kalangan rakyat Malaysia semakin hari semakin tinggi 'syahwatnya'...

Maka dibongkar dengan tajuk Wikileaks : Kemesraan JAKIM dan SYIAH.

Maka sekali tengok tentu sekali ramai akan menyangka JAKIM dan SYIAH adalah kawan baik dan tidak ada sebarang masalah.

Malah mungkin dengan gaya seorang penulis yang hebat menyusun kata-kata maka kita akan dapat melihat propaganda mengangkat SYIAH dan dikaitkan dengan JAKIM serta perkataan 'mesra' - telah berjaya mencapai matlamatnya.

Namun beliau perlu sedar perbuatannya menyiarkan gambar tersebut telah menimbulkan kemarahan pemilik asal yang juga seorang blogger bernama Ust Imran.

Bahkan pemilik asal gambar tersebut telah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Faisal yang mencuri gambar tersebut tanpa izin tuannya.


Maka sila lihat artikel Faisal di sini dan kecaman Blog asal di bawah :

Kenapa kita menolak Syiah ?

Hujjah ada di link di bawah ini jika anda benar-benar mencari KEBENARAN !!!

Dalam hal ini pendirian JAKIM adalah jelas iaitu tidak menerima ajaran SYIAH

http://muzir.wordpress.com/2009/06/03/penjelasan-terhadap-fahaman-syiah-disediakan-jakim/

Lihat juga keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 tentang Syiah seperti berikut :



a) Bersetuju supaya keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :
“Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut :
“Hukum Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.

g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan.


Ini adalah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996 di link ini http://bahayairan.wordpress.com/tag/jakim/ !!!


Jawapan lengkap JAKIM menolak SYIAH klik sini http://www.islam.gov.my/jakim-akan-membenteras-ajaran-sesat-hingga-ke-akar-umbi  dan sini http://www.islam.gov.my/sites/default/files/jawab_syiah.pdf


Baca kecaman Blogger TakmirPenang di bawah :




MENOLAK SEGALA SALAH FAHAM OLEH BLOG FAISAL TEHRANI

Saya hari ini telah menerima email, panggilan, Facebook dan sms daripada sahabat seluruh negara bertanyakan mengenai satu isu yang saya sendiri tidak pernah terpikir akan berlaku. Isu tersebut ialah : "Faisal Tehrani bongkar lawatan JAKIM ke Syiah London".


Agak mengejutkan kerana  seorang sahabat telah menyatakan halaman blog Faisal Tehrani  : 




Blog tersebut telah memberikan maklumat yang agak mengejutkan dan menyimpang jauh dari kebenaran. Yang paling tidak sangka ialah hampir keseluruhan gambar yang dipaparkan di blog beliau diambil dari blog takmirpenang tanpa kebenaran. 

  

Saya meminta kepada beliau agar menceritakan perkara yang betul dan menarik kembali halaman tersebut atau akan berhapadan dengan tindakan sewajarnya. 

  

Saya ingin memberikan penjelasan di sini bahawa JAKIM atau Jabatan Islam Negeri  tidak pernah bersekongkol dengan Syiah dan apa yang dipaparkan bukan sahaja ke Al Khoie Faundation malahan peserta turut pergi ke ke Gereja-gereja dan Sinagog Yahudi di London untuk mempelajari perbandingan agama. 
  
Sekian Terima Kasih. 
  
Hj Muhammad Imran B Ibrahim 
Penolong Pengarah Takmir 
JHEAIPP 
Bekas Penuntut Muslim College  London 2010

10 ulasan:

blogenstarz berkata...

Dia ingat ilmu yang ada pada dia sudah cukup bagus.... dan boleh mendabik dada......
Janganlah..... begitu.... makan diri nanti !

Tanpa Nama berkata...

blogenstarz,
apakah kamu juga ingat dengan meninggalkan komen bacul di sini KAMU SUDAH CUKUP BAGUS?

kah kah kah kah...

semoga laknat Allah SWT ditimpakan ke atas segenap golongan pemfitnah yang mempertikaikan kesucian Rasulullah SAWW dan Ahlul BaitNya yang disucikan oleh Allah SWT.

kepada panglima perang cyber juga,
silakan turun ke medan perang hakiki apabila tiba saatnya nanti, di alam cyber ini, kami tahu kamu menulis kerana dibayar oleh duit, maka segala kerja kamu adalah kerja panglima upahan seperti Syimir yang bertugas untuk Yazid ketika memenggal kepala Imam Hussein A.S.

sama-sama kita saksikan kepanglimaan kamu di medan perang yang sebenar apabila tiba masanya nanti.

sementara tulisan-tulisan sempit kamu di blog ini tidak lain hanyalah penebar jala fitnah dalam menafikan kesucian Rasulullah SAWW dan Ahlul BaitNya yang suci, sama-sama kita menghadap Baginda nanti, saya akan heret kamu di padang Masyhar kelak, insya-Allah.

P.S.: dunia ini tidaklah lama sangat sebenarnya, akhirat juga yang kekal abadi. berhati-hatilah.

Klik Di Sini berkata...

mimview.blogspot.com

mohon link di blog tuan..

terima kasih...

Klik Di Sini berkata...

mohon link di blog tuan..

mimview.blogspot.com

terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Cuba bawak mengucap Syiah Melayu.Sikit2 nak ugut dengan kisah Karbala.Tak abis2.

Agama kamu adalah agama dendam karbala.pusing2 tang tu.tak pegi mana.

bayangkan Siti Fatimah ada anak 360 orang.tiap-tiap hari anaknya meninggal dalam satu tahun.

takkanlah beliau bingung macam korang habiskan masa menangis tetiap hari.

banyak kerja lain.buang masa.baik korang menangis utk diri sendiri,apsal aku tak nak ikut apa nabi ajar?apsal aku suka buat hadis palsu?

huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Salam.

: Harap penulis melihat isu utama yg dipaparkan dalam blog Faisal T itu. Soal 'bermuka-muka'.. Bukan pasal gambar yg dikatakan curi tu (FT kata ada sahabatnya kirim).

: Isu ini masih tergantung dan ada ramai diluar sana yg masih kebingungan, apalagi orang awam seperti sy tidak punya latar agama. Tidak jelas apa pendirian kita terhadap Syiah sebenarnya.

: Tidak perlu kita jarakkan lg jurang perbezaan, carilah persamaan demi kesatuan.


:

Tanpa Nama berkata...

Bro Panglima,

Kongsikan pengunjung2 blog bro dengan link ini pasal syiah:

http://muzir.wordpress.com/2010/12/19/beberapa-pautan-tentang-kesesatan-syiah/

Di sana ada beberapa link yang disarankan untuk kita baca pasal kesesatan syiah...

thegabenor berkata...

Saya setuju dengan pendapat 'lihat tujuan foto tersebut dipamerkan. Berbaik sangka itu kan lebih baik dan saya tidak melihat ada sisi negatif pada foto yang disiarkan oleh Dr. FT. Jika foto itu 'dicuri' sekalipun (menurut tuan punya blog) ianya satu kebenaran yang perlu diperlihatkan. (Secara peribadi saya berpendapat tidak semua syiah itu sesat dan tidak semua sunni itu baik akhlaknya)

thegabenor berkata...

Gambar yang disiarkan diatas agak mengaibkan. Sebagai Islam bukan kerja kita mengaibkan orang lain. Dari sisi yang lain saya melihat adanya unsur fitnah dalam gambar tersebut. (Maaf jika anggapan awal saya ini salah).

Bagi saya Mahmoud Ahmaddenejad punya peribadi yang tidak sepatutnya difitnah sebegitu.

Tanpa Nama berkata...

mohon izin, nak tampal lagi satu pautan kat sini, terima kasih

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/beginilah-sepatutnya-jangan-teladani.html

Cari Blog Ini

Translate