Kesan Jika 100 Janji Buku Jingga Pakatan Dilaksanakan - Mari Lihat Sini Dan Mohon Tambah Lagi Sebelum Disebarkan Seluruh Medan Maya Ini !!!
- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).- kesannya negara akan huru hara bila gangster, penyamun, perompak, pengkhianat dan pelacur politik berleluasa hancurkan negara.
- Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.- kesannya perbelanjaan meningkat dan duit untuk subsidi pendidikan, kesihatan dll yg penting termasuk makanan akan terjejas sedangkan tol hanya diguna oleh sebilangan rakyat sahaja di bandar bukan semua warga negara.
- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. Kesannya : pelabur swasta akan takut melabur apabila melihat kesan hasutan rakyat bahawa projek seumpama itu dilabelkan sebagai membazir atau ada unsur kronisme. Ini juga akan menjejaskan usaha negara yang memang memerlukan penglibatan swasta dalam membangunkan negara kita. Jelas pembangkang tidak memberikan janji yang wajar dalam hal ini.
- Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang. Ini juga sangat membebankan perbelanjaan kerajaan. Bayangkan jika bonus RM500 kepada kakitangan awam pun sudah melibatkan kos yang besar maka apakah ada jaminan 'khazanah negara' akan kekal jika janji sebegini ditaburkan demi merampas kuasa untuk menduduki takhta Putrajaya ?
- Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. kesannya : Semua tahu sumber air dunia sudah tercemar. Maka terpaksa kos rawatan dilakukan dan melibatkan kos. Penukaran paip lama juga melibatkan kos tinggi. Semua ini demi membolehkan rakyat termasuk pelabur mendapat bekalan air bersih yang mencukupi untuk kehidupan dan perniagaan mereka.
- Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. kesannya : ini juga janji ketika belum mendapat kuasa. Sama seperti di negeri Selangor yang dijanjikan pakatan dengan berbagai janji. Tetapi tidak ditunaikan kesemuanya hingga kini. Perkara yang sama juga di negeri pakatan yang lain.
- Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. kesannya : negara akan gagal meneruskan bakti membantu orang Melayu Felda jika ini dilaksanakan. Janji ini bukan mahu membaiki tetapi menjahanamkan agensi yang sudah terlalu banyak jasanya kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di luar bandar.
- Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%. kesannya : perasaan tidak puas hati akan timbul apabila perkara ini ditimbulkan kerana selama ini jumlah pembangunan untuk Sabah dan Sarawak lebih besar dari jumlah minyak yang dihantar kepada Federal. Maksudnya keuntungan minyak lebih rendah dari bajet Persekutuan beri untuk pembangunan kedua negeri tersebut.
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman. kesannya : sistem ada sekarang sudah lengkap dan elok. Namun persepsi sebegini ditimbulkan demi meraih sokongan politik. Kegagalan sistem ini berfungsi atau gagal dilihat dengan baik hingga dipercayai akan menyebabkan negara huru hara. Kerana keadilan itu akan terlaksana apabila ia adil dan dilihat adil. Justeru ini satu lagi permainan persepsi yang jahat oleh Pakatan Rakyat.
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. Kesannya : selama ini apa yang tidak dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut ? Sila google di internet dan dapatkan fakta yang benar...
7 ulasan:
hanya sekadar janji untuk memancing undi
nk baca pun susah..jawapan pun mcm org bodoh...
aku rasa ko nie dh cukup kaya agaknya... biar lar dorg nk bg semua tu kat rakyat,yg ko dok pening2 tu apasal? negara kita kt ada sistem pilihan raya.. kalau x btl nanti tukar la blk.. bn dh memerintah dh puloh tahun pun.. x salah kalau nk bg peluang kat org lain lak...
Kalau macam itu lah alasan yang Panglima buat, saya akar umbi umno di luar bandar merasa yakin UmnO / BN akan kalah dalam PRU 13 nanti. Bukan pendekatan begitu yang patut diambil.
Apakah tidak ada satupun apa yang ada dalam buku unggu itu yang tidak benar. Tentu mustahil. Saya yakin dengan kerajaan mengunapakai apa yang ada dalam buku unggu itu kita akan di lihat lebih sensitif dengan kehendak rakyat. Kita kena buat mana yang boleh walaupun ianya nanti di kata kita menciplak idea mereka.
Ingat kita semakin gawat sekarang, salah catur kita boleh kecundang. Sudah kecundang bukan mudah untuk kita ambil semula. Lihat Negeri2 yang di perentah PR, logiknya kita sukar untuk tawan semula. kalau Kerajaan Persekutuan kita tumpas ianya memakan masa untuk kita tawan semula.
Gunakan pendekatan berhemah bukan menyerang dan membantah membabi buta.
dan apabila pelan-pelan tersebut tidak berjaya, tarik separuh dari pelaburan dan rezab di luarnegara untuk menampung keperluan dengan mewar-warkan bahawa mereka berjaya membawa pulang wang yang kononnya cuba diseludup oleh BN.
pergh!!!.... memang dia orang ni nak jual Malaysia
Semuanya memerlukan wang yang banyak kan? Apa yg nak difikirkan, IMF kan ada, pinjam aje lah. Lepas tu biar negara muflis dan ikut telunjuk zionis. Pemimpin boleh lari keluar negara
pinggiran shah : biasa komen tu utk elak dari bagi jawapana atau komen yg bernas.
anon : aku tak bagi org tak pengalaman bawak kereta.takut eksiden aku jgk yg susah. understand?
ano : pendekatan macam mana lagi ? rasa dah sesuai pendekatan tersebut yg sesuai dgn jiwa dan pemikiran saya
bingai : u nampak apa yg akan terjadi.syabas
anon : imf ? hehehe...anwar lagi terrer bab ni hehe.
tq komen2 semua
Catat Ulasan