Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Januari 2011

Pakatan Haram Putar Belit Kronologi Perlantikan SUK - Lihat Sini !!!

Sumber dari Suara Keldaian menulis : 


26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur  pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Dato’ Menteri Besar.
ii)  Dato’ Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama  yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar  menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia  untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Dato’ Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana  menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha.  Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’  Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.



Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR


sedangkan fakta sebenarnya ialah :


1) 3 Disember 2010
* Surat rujukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (S) 328/2/1-1 Klt.22/(73Y dari JPA mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebelum ini, Datuk Ramli Mahmud.
2) 3 Disember 2010
* Surat rujukan IPK.Sel. (S) 1095/6 Jld. 44 daripada SUK Selangor memanjangkan tiga calon untuk mengisi jawatan SUK Selangor yang baru bagi mendapat perkenan Sultan Selangor kepada Setiausaha Sulit kepada Sulit Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
3) 10 Disember 2010
* Surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan SUK Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, SUK Selangor sebelum ini.
4) 17 Disember 2010
* Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan tiga nama untuk calon SUK Selangor.
5) 21 Disember 2010
* Surat rujukan (65) dalam Pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor menyampaikan satu salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor iaitu surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01. Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan Sultan Selangor terhadap Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru.
6) 27 Disember 2010
* Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pelantikan SUK Selangor yang baru di dalam akhbar-akhbar tempatan.
7) 27 Disember 2010
* Menteri Besar mengutus surat kepada Sultan Selangor mohon menghadap bagi membincangkan pelantikan Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru. (Sultan Selangor pada masa ini sedang bercuti dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).







Ternyata Pakatan Haram ini cuba menipu rakyat selepas mereka jelas menderhaka Tuanku termasuk mengugut untuk memboikot angkat sumpah Khusrin depan DYMM Sultan Selangor...

Perbuatan Adun Sri Muda juga jelas menghina Sultan Selangor dan tidak patut dibenarkan sedikitpun.

Malangnya masih ada orang menyokong perbuatan tersebut termasuklah Anwar Ibrahim.

Jelas kecelaruan dalam pentadbiran ekoran tidak bijak menguruskan kuasa diberi oleh rakyat mengakibatkan fikiran dan negeri menjadi kucar kacir.

Kalau macam inilah cara mereka mentadbir negeri dan negara (jika menang PRU 13) nescaya akan hancurlah tamadun kita bina !!!


Sekelip mata...



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate