Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Januari 2011

Pesawat Air Asia Terbabas di Kuching Sarawak - Empat Cedera !!!

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

air asia airplane skidded of runway 081104

MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.






Panglima : 

nasib malang tidak berbau. 

Cuma kenapa dah banyak kali berlaku di landasan yang sama sejak 2006 dan 2007 seperti laporan ini http://www.bernama.com/  ?

Harap siasatan lebih lanjut dapat dibuat dengan kadar segera.

Untuk tentukan samada ia kecuaian manusia, mekanikal atau faktor cuaca !


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate