gambar : Malaysiakini
Isu Novel 'Interlok' telah menjadi polemik di kalangan rakyat yang telah dipolitikkan demi kepentingan sesetengah pihak. Semua dapat lihat Dr Mariah dan M.Manoharan telah hadir sama dalam perhimpunan yang turut membakar novel tersebut (klik sini).
Tindakan itu telah mengundang kesedihan penulisnya Sasterawan Abdullah Husain seperti berita di bawah.
Pelik kerana selepas 40 tahun ( ulang sekali lagi : 40 tahun ) bantahan tersebut dibangkitkan. Lagi kita tidak faham tuduhan liar Dr Mariah yang berbunyi :
Saya mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel tersebut ke sekolah. Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah “ketahui lah asal usul anda” apabila membaca buku itu. (sumber klik sini)
Lihat bagaimana 'jahatnya' tuduhan yang hendak dikaitkan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran dalam isu novel ini. Tuduhan liar ini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin sebuah parti berimejkan ISLAM di negara kita. Beliau patut dikenakan Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Cuba kita tengok pula buku-buku lain yang pernah menjadi teks sastera di sekolah seperti novel Pahlawan Pasir Salak orang Melayu yang mengkhianati negara digelar sebagai anjing penjajah tidak pun dijadikan isu.
Dalam drama Sabor tingkatan 4 yang menceritakan tentang isu nafsu seks seorang isteri Melayu yang curang terhadap suaminya juga tidak pernah menjadi isu.
Dalam novel Bukit Kepong bagaimana Cina dikatakan sebagai pengkhianat, zalim, pembunuh dan komunis juga tidak pernah menjadi isu sebelum ini.
Mengapa kini hanya kerana satu perkataan kita hendak terus menghukum keseluruhan novel itu bersalah dan seharusnya digantung mati?
Info diatas dipetik dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/152587
Ratusan ribu sudah dihabiskan untuk mencetak novel ini dan tidak wajar perkara ini dibangkitkan setelah ia diterbitkan dan menghabiskan banyak wang. Bayangkan jika ia dijadikan budaya rakyat kita sudah tentu tiap tahun kita akan kerugian kerana bantahan yang tidak berasas seperti puak pembangkang lakukan.
Perkara ilmiah dan akademik sepatutnya dibincangkan secara akademik dan tidak patut dijadikan bahan demonstrasi demi untuk mengalih perhatian atau untuk mencuri perhatian. Tradisi intelektual perlu dipertahankan tanpa memerlukan sebarang hasutan dari mana mana pihak khasnya pihak pembangkang.
Jangan sampai golongan penulis dan sasterawan serta pelajar dan penerbit buku menjadi mangsa keadaan. Carilah isu lain yang lebih sesuai tanpa menzalimi pihak lain yang tidak ada pun terlibat dengan politik seperti anak-anak kita di sekolah, golongan sasterawan dan penerbit buku seluruh negara.
Adakah pembangkang memikirkannya ?
Oh saya lupa mereka selama ini memang tidak pernah fikirkan perasaan dan kesan tindakan mereka kecuali tiga perkataan keramat :
harTA
takhTA
dan
waniTA.
(boleh tambah : lelaki muda/jambu)
Benarkan ?
ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
Sumber : Utusan Malaysia
2 ulasan:
Bahasa yang rendah paras kesopanan dalam kelompok masyarakat biasa adalah perkara biasa dalam realiti kehidupan orang biasa.
Namun kalau bahasa tidak berbudi begitu datang dari seorang VIP ditujukan terhadap seorang VIP yang lain dalam realiti kehidupan; gambaran budi yang kita dapat adalah terlalu hina dan tidak beradab.
Keadaannya tidak sama dengan apabila perbahasaan itu dibentangkan dalam sebuah karya yang perlu dikaji tujuan penggambarannya dan perbahasan nilai yang cuba ditimbulkan supaya ia menjadi bahan pengajaran.
Seorang ahli politik perlu menjadi seorang ahli sains sosial yang tajam pemerhatian dan mendalam pengamatannya. Janganlah hendaknya hentam keromo atas kepentingan sepihak yang jelas memihak dan tidak adil.
Akhirnya perlulah kita bertanya kemanakah akan pergi nilai murni dalam kehidupan kita yang sentiasa mencari keharmonian kelau kita (apa lagi kalangan pemimpin) sentiasa mencari perbezaan untuk dicucuhbakar. Bukan mecari peluang membina alun gelombang mengiramakan keharmonian untuk manis dihirup oleh semua pihak.
Siapakah lagi pemimpin kita kalau yang ramai mengikut dibelakangnya itu tidak merasa bertanggung jawab membawa ikutan itu kejalan keharmonian. Apa akan jadinya masa depan generasi mendatang.
Mashaallah.
hampeh punya azmin haha
saya pernah borak2 dgn sorang uncle driver (india) dia memang akui walaupun zaman ni moden tapi sistem kasta masih lagi ada, susahhhhh nak buang. Nak kawin, nak keluar jalan, nak pi ziarah pon ada kena tengok kawan tu dari keluarga mana dsb
pastu diorg pun ada cop "kasta ni suka buat ni, kasta tu suka buat tu" jugak. Tapi saya tengok budak2 India bmuda dia dah pikiran terbuka, dia tak kesah kasta2 ni. Sehinggalah time kawin.
Catat Ulasan